・・・
[Part 1]
Al-kisah seorang Cina
.
Sempena sambutan Tahun Baru Cina 2020 ni, saya nak kongsi sedikit tentang seorang Cina yang saya anggap sebagai ‘Father Figure’ dalam hidup saya. Beliau adalah Dato Ng Joo Ngan. (Beliau berbaju hitam dan berdiri di sebelah kanan saya, yang sebelah kiri tu ‘Father Figure’ versi Australia)
.
Dalam skuad lumba basikal kebangsaan (national team), beliau lebih mesra dengan panggilan Uncle. Semasa saya baru-baru menjejak kaki ke SSBJ pada tahun 2004, pertama kali saya mulakan latihan bersama National Team. Pada zaman itu, semua atlet berbasikal akan berkumpul di Casa 2 MSN seawal jam 6.30 pagi kerana latihan bermula tepat jam 7pagi. Jadi, skuad pelapis dari SSBJ, skuad senior, skuad wanita dan segala macam skuad akan berkumpul sama-sama untuk mendengar taklimat dari jurulatih masing-masing. Pertama kali saya melihat Uncle, saya teruja. Ini lah antara legenda sukan lumba basikal Malaysia dan antara idola saya ketika itu. Kalau main basikal dan tak kenal Ng Joo Ngan, baik tak payah main basikal lah, belum cukup ilmu didada, pesan seorang senior pada ketika itu.
.
Ketika pertama kali saya melihat beliau, orangnya nampak sangat serius. Percakapannya lantang dan straight to the point. Teringat pula pada ketika itu ada seorang pelumba senior turun sedikit lewat, Uncle pon terus meledaskan sebutir peringatan,
“You jangan itu macam maaa”
Kami atlet-atlet junior ni semua begitu gerun dan takot dengan beliau memandangkan reputasi nya sebagai Ketua Jurulatih pada ketika itu dan bekas pelumba handalan suatu ketika dahulu. Kami semua mengambil kesempatan bersalaman dengan nya, siap dengan cium tangan. Sempat di ledaskan peringatan untuk kami juga,
“You semua kalau mahu itu jadi champion, kayuh mesti all out punya, jangan main-main maaa”
Semua mengangguk kepala tanda faham tanpa sepatah perkataan keluar dari mulut.
.
Dipendekkan cerita, pada tahun 2006 saya hendak digugurkan dari program pelapis.
.
[BERSAMBUNG]
.
#CeritaAzizul #CerpenAzizul #alkisah
#teamazizul #azizulawang
msn australia 在 Soh Wai Ching - Athlete Facebook 的最讚貼文
[Long Post Alert and Need Help to Share this Post]
Last year of today I won the Best Malaysian here in KL Tower International Towerthon Challenge and it kick start my journey to take part in oversea Towerrunning Races!
Remember the day before the race, I went online to look for oversea Towerrunning Races and I came across with Towerrunning World Association Vertical World Circuit Tower Running UK Towerrunning México Towerrunning Germany Towerrunning Austria. I told myself, if I win the Best Malaysian Title tomorrow, I will go oversea and compete!
Got to thanks to Jeffrey Ross who challenged me in doing this race and I discovered my potential in tower running.
I am glad in this one year time, I took part in a total of 7 oversea Towerrunning Races. Managed to qualify in La Verticale de la tour Eiffel and also Towerrunning World Championships in Taipei 101 last week. I am also very happy to bring Malaysia into Top 10 for both of the race.
I couldn't done all this without financial support from Felcra Berhad Life Engineering . 生命工程 University of Malaya and also my hard earn prize money from road races and money that I earned from being a part time athletic coach. Thank you again for believe in me.
I am always hope one day I can get my country to support me in terms of cover my expenses travel and compete oversea, also hope to get recognition from them as Towerrunning is also a competitive sports and there's World Championship as well.
It's growing fast in lots of countries now like UK, US, China, Mexico, Germany, Austria, Poland, Australia, Taiwan, Japan. There are almost weekly Towerrunning races in US and China as they have a lots of tall buildings.
I have also tried to write in to KBS, MSN, OCM and other corporate company to seek for financial support for me to compete oversea. Glad some of them reply me even though they can't support me but wish me all the best in achieving my dream to be World No 1 in Towerrunning, thank you! (Currently World Ranking 36th in TWA Ranking - Towerrunning.com)
*In 3rd of June, I am hoping that I can go to Mexico and compete in Carrera Towerrunning Challenge. I am still searching for financial support to buy the flight ticket.
Would like to hope that each of you can share this post and get more people to know about Towerrunning sports and Wai Ching is in need of financial support to represent Malaysia compete oversea Towerrunning Races.
#Towerrunning #MasTowerRunner
msn australia 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的最佳貼文
Kenyataan media berhubung keputusan tidak melanjutkan kontrak Yang Zhuliang
Saya ingin merujuk kepada keputusan Institut Sukan Negara (ISN) untuk tidak melanjutkan perkhidmatan Encik Yang Zhuliang sebagai Ketua Jurulatih sukan terjun negara.
Tidak ada sesiapa yang boleh menafikan kejayaan Zhuliang sebagai Ketua Jurulatih Terjun Malaysia. Sejak dilantik sebagai Ketua Jurulatih pada tahun 2008 dahulu, beliau telah berjaya membawa negara ke puncak kejayaan sukan terjun di pentas dunia. Di antara kejayaan beliau adalah membantu Pandelela Rinong mendapat pingat gangsa di Sukan Olimpik London 2012, membantu gandingan Pandelela dan Cheong Jun Hoong mendapat pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 dan melatih Jun Hoong muncul sebagai juara dunia dalam acara 10 meter Platform di Kejohanan Dunia Budapest 2017 baru-baru ini. Walaupun berasal dari negara China, beliau adalah wira sukan Malaysia yang wajar disanjung tinggi.
Namun begitu, di samping kejayaan cemerlang beliau, ada beberapa perkara yang menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak. Perkara-perkara tersebut telah dibawa ke perhatian saya oleh pihak ISN, Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) dan Majlis Sukan Negara (MSN). Mereka telah membuat syor masing-masing dengan maklumat terperinci dan akhirnya saya telah membuat keputusan untuk tidak melanjutkan kontrak Zhuliang.
Setelah itu, saya mengarahkan ISN untuk mengumumkan keputusan tersebut. Saya juga mengarahkan ISN supaya menjaga aib dan reputasi semua pihak agar pengumuman ini tidak membawa tanggapan negatif kepada sukan Malaysia.
Mungkin disebabkan arahan itu, ISN tidak dapat memberi penjelasan yang lengkap dan terperinci. Ini sekaligus telah mengundang lebih banyak lagi persoalanan tentang nasib Zhuliang. Maka oleh kerana itu, saya tiada pilihan lain selain memberikan pendedahan penuh tentang perkara ini.
Sebab utama kontrak Zhuliang sebagai Ketua Jurulatih Terjun Negara tidak dilanjutkan adalah kerana wujud satu budaya dan persekitaran ketakutan atau ‘culture and environment of fear’ di kalangan sebahagian atlet terjun kita. Budaya dan persekitaran ini telah mengundang kes rogol, gangguan seksual, keganasan, tindakan memukul, buli dan ugutan.
Walaupun Zhuliang sendiri tidak terlibat dalam perkara-perkara tersebut, beliau telah membenarkan ia merebak tanpa kawalan walaupun setelah beberapa amaran diberi kepada beliau dan seorang lagi jurulatih yang amat rapat dengan beliau. Selepas jurulatih tersebut didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 11 Oktober 2017 mengikut Sesyen 376(1) Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol atlet terjun negara, persekitaran dan suasana latihan pasukan terjun kebangsaan menjadi lebih rumit.
Selepas timbul kes rogol yang melibatkan jurulatih dan atlet terjun negara pada Oktober yang lalu, saya telah minta Datuk Marina Chin untuk melihat dan menyiasat bagaimana perkara seumpama ini dapat dielakkan daripada berlaku dalam sukan Negara. Hasil siasatan beliau menunjukkan bahawa wujudnya budaya toksik diselubungi ketakutan atau ‘culture and environment of fear’ merentasi hampir keseluruhan sukan terjun ini.
Inilah sebab utama saya memilih untuk tidak menyambung kontrak beliau. Tanggungjawab saya sebagai Menteri Belia dan Sukan bukan sekadar untuk membuat dasar bagi mencapai kejayaan sukan Malaysia di peringkat tertinggi tetapi juga untuk menjaga kebajikan atlet negara dan melindungi mereka daripada sebarang ancaman. Tiada mana-mana pingat emas yang nilainya lebih tinggi daripada keselamatan atlet negara.
Saya juga sedar, Sukan Komanwel dan Sukan Asia hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Pihak ISN dan ASUM telah mengenal pasti seorang jurulatih dari Australia yang boleh membantu jurulatih sedia ada, Zhang Yukun, yang akan menjalankan tugas sebagai Ketua Jurulatih. Rombakan ini akan memastikan persiapan atlet terjun untuk kedua-dua temasya ini tidak terganggu. Barisan baharu jurulatih ini telah diminta untuk mengintegrasi sepenuhnya aspek sains sukan seperti latihan kekuatan(conditioning), latihan mental, analisa biomekanik dan aspek nutrisi yang tidak dimanfaatkan secara menyeluruh sebelum ini.
Namun, seperti yang saya tegaskan dengan jelas dalam kenyataan ini, kebajikan dan keselamatan atlet terjun negara adalah keutamaan saya dalam keputusan ini. Tiada keutamaan yang lebih utama. Jika perlunya sebuah rombakan besar agar masa depan sukan terjun bebas daripada kes rogol, gangguan seksual, tindakan memukul, keganasan, buli dan ugutan maka itulah keputusan yang wajar dibuat.
Khairy Jamaluddin
Menteri Belia dan Sukan
22.12.2017
msn australia 在 MSN Australia - Home | Facebook 的推薦與評價
MSN Australia. 87907 likes · 379 talking about this. The best stories in news, sports, money and entertainment curated at http://www.msn.com/en-au... ... <看更多>