Al-Kisah Seram Kuku
.
Saya terkejut melihat semuanya berterabur habis licin. Kotaknya terbuka sedikit seolah-olah ada yang curi-curi menjamunya. Yang peliknya, balutan-balutan ditinggalkannya satu persatu dengan rapi dan kemas. Mustahil rakan-rakan sepasukan yang lain punya angkara kerana saya di bilik seharian. Jadi gerangan siapa yang membuatkan saya berasa seram kuku ni?
.
Semalam tekak saya teringin nak menikmati coklat hitam setelah sekian lama. Saya bukanlah kipassusahmati benda-benda manis, akan tetapi sekali sekala saya akan mencari apabila timbul kemahuan. Saya makan semua jenis coklat sebenarnya, tetapi dalam keluarga coklat ni, yang berada di carta teratas adalah coklat hitam atau pada kebiasaan di panggil ‘dark chocolate’. Umum tahu banyak kebaikan coklat hitam ini dan selain daripada itu saya sebenarnya kecanduan rasa semulajadi koko itu sendiri.
.
Bila di ingat balik, selepas makan malam semalam saya ada menyentuh lima keping sahaja sambil mentelaah sesuatu di komputer riba. Ianya memang betul-betul menimbulkan ketidakpuasan hati saya. Baik. Saya akan buat jejak balik apa sebenarnya berlaku.
.
Sebelum saya baring di katil untuk tidur, saya ke tandas. Sebelum ke tandas tu saya kemas-kemas bilik. Dan sebelum itu lagi saya ada bercakap telefon. Sebelum itu pula saya ada mentelaah urusan kerja di komputer. Dan sambil mentelaah tu lah saya ada menyentuh lima keping coklat hitam ni. Haaaaaa dah hampir jumpa punca dia ni. Baik, kena fokus kena fokus.
.
Waktu tekun buat kerja tu, saya ada ambil lima keping lalu saya keluarkan dan letak di luar kotak sebagai tanda itu yang saya nak jamukan. Oleh kerana ketekunan lobus oksipital keatas urusan di skrin komputer tu, tangan saya secara tak sedar mengambil satu persatu coklat hitam yang didalam kotak tersebut. Di telanjangkannya satu demi satu disertakan dengan suapan ke ceropong mulut saya. Khayal, benda sedap memang membuatkan kita separa sedar. Setelah habis di kerjakan sekotak tu barulah tangan terarah ke lima keping yang saya keluarkan awal tadi tu. Saya terkesiap, rasa macam dah makan tadi, tapi kenapa masih ada lima keping ni? Lobus depan malas nak berfungsi, apa-apa sajalah, saya pun jamu satu demi satu yang lima keping tadi tu.
.
Selepas selesai urusan kerja saya pun tutup komputer riba dan terus bercakap telefon sebentar. Dan selepas itu saya kemas-kemas bilik dan seterusnya saya ke tandas untuk gosok gigi dan sebagainya. Dan selepas keluar dari tandas saya terus menuju ke katil dan baring untuk tidur. Memang seram kuku guys, saya buntu dan masih tak dapat jawapannya. Siapakah punya angkara yang menghabiskan coklat hitam saya itu. Sungguh misteri !
.
[TAMAT]
.
#CeritaAzizul #CerpenAzizul #alkisah
#teamazizul #azizulawang
同時也有7部Youtube影片,追蹤數超過41萬的網紅Aisyah Habshee,也在其Youtube影片中提到,Throwback saat saat aisyah kena kuarantin time UPSR sbb suspected H1N1, & Aisyah juga dapat anak buah baru ! Alhamdulillah kek buah kukuih makcik i: ...
alkisah 在 Rumah Jamu Cosmetic Facebook 的最佳貼文
ALKISAH MINAH YANG SEMAKIN BERSERI DAN BERGETAH SELEPAS BERPANTANG🤔
MASALAH IBU BERPANTANG
Risau dengan luka jahitan di faraj😣
Risau susu badan tak cukup 😣
Penat & stress 😣
.
Dapatkan SET BAKIRA PERFECTION SERIES ,sangat membantu wanita berpantang kerana mengandungi:
BAKIRA SERUM memulihkan luka missV dengan pantas dan mengetatkan kembali otot faraj.
BAKIRA SENSATION OIL membantu menghasilkan susu yang berkualiti, banyak dan mencukupi
BAKIRA POTION mencipta ketenangan bersama bayi anda!
.
A New way home treatment instantly successful with BAKIRA PERFECTION SERIES.
ORDER NOW!
.
Dapatkan sekarang daripada agent2 dan stockist kami. Tekan link bio @bakiraserumfeedbackhq atau @rumahjamucosmetichq atau
https://rumahjamuofficial.wasap.my/
untuk info dan promosi.
#rumahjamucosmetic #bakiraserum #bakirasensation #bakirawash #berpantang #setberpantang #bersalin #senggugut #milkbooster #ikhtiarhamil #ibuberpantang #keputihan #berpantangsendiri #setbersalin #bengkungmoden #ibumenyusu #confinement #kurus #bengkung #awetmuda #susuibu #jamumoden #setpantang #ibumengandung #pakejpantang #pakejberpantang #berpantangtradisional #pakejpantangmurah #mengandung #bazarpaknil
alkisah 在 Facebook 的最佳貼文
Al-Kisah Jari Putus
[Part 3-Last]
.
Saya hanya mempunyai kurang 1 jam sebelum ‘Adrenaline Rush’ berakhir dan rasa sakit akan menjelma. Saya akhirnya memilih untuk menghantar anak saya ke rumah terlebih dahulu dan terus melencong ke arah hospital secepat mungkin.
.
Setibanya saya di wad kecemasan, rasa sakit telah menguasai diri saya dan rasanya bukan kepalang. Kejantanan saya teruji, walaupun hanya hujung jari, tetapi rasa sakit dia memang tak boleh dibincangkan. Hasil daripada ujian X-ray, pihak hospital menyatakan yang ‘Distal Phalanx’ atau tulang hujung jari saya juga ‘fractured’. Saya perlu di bawa ke bilik bedah untuk melalui proses baik pulih keadaan tersebut. Alhamdulillah syukur semuanya berjalan lancar dan saya tidak dibenarkan untuk membuat latihan berat sekurang-kurangnya selama 2-3 minggu. Pada pendapat kalian lah, adakah saya akan berehat selama tempoh tersebut?
.
Sudah tentu tidak!
.
Saya hanya berehat satu hari selepas pembedahan dan terus melakukan latihan ringan yang bersesuaian dengan keadaan saya pada keesokkan harinya. Isteri yang disayangi memarahi dan cakap jangan buat kerja gila. Saya tetap meneruskan sahaja latihan kerana saya memang suka kerja gila. Sudah tentu latihan tidak dapat di jalani seperti biasa. Terlalu banyak perkara yang saya tidak boleh lakukan ketika latihan di Gym dan juga di atas basikal. Tangan saya tidak boleh digenggam dan kesakitan masih dirasai apabila terlalu banyak pergerakan. Saya bermain akal mencari apa sahaja yang boleh dilakukan untuk memastikan saya tidak ketinggalan terlalu jauh dari segi latihan.
.
Insyaallah di lain waktu saya akan ceritakan secara terperinci ketika perlumbaan di Korea tapi dipendekkan cerita, hasil kecekalan serta ketabahan yang didampingi sengan sikap tidak mahu mengalah dan berputus asa membuahkan hasil. Walaupun bukan mudah dan perlu melalui pelbagai cabaran, tetapi saya masih berjaya membawa pulang pingat Emas yang membuatkan banyak pihak terkejut akan kejayaan tersebut. Dengan jelas saya menunjukkan kepada semua yang untuk memenangi sesuatu kejohanan itu bukan sahaja memerlukan kekuatan fizikal, tetapi juga kekuatan mental.
.
Don’t limit your challenge,
Challenge your limit.
.
[TAMAT]
.
#CeritaAzizul #CerpenAzizul #alkisah
#teamazizul #azizulawang
alkisah 在 Aisyah Habshee Youtube 的精選貼文
Throwback saat saat aisyah kena kuarantin time UPSR sbb suspected H1N1, & Aisyah juga dapat anak buah baru ! Alhamdulillah
kek buah kukuih makcik i: Instagram @kukuihbypahann
tudung bawal: Instagram @niyamohd
Roti sangkaya (COD area Sg buaya, bukit sentosa, dan seangkatan dengannya only): @seraazahry
INSTAGRAM: https://www.instagram.com/aisyahhabshee
BUSINESS INQUIRIES: aisyahhabshee@gmail.com
THANK YOU EVERYONE, JANGAN LUPA LIKE & SUBSCRIBE!
FAQs
Umur bape tuu? Nampak tuaaa --- 23
Rakam guna apa?--- G7X mark ii/ GoPro hero 7 Black
Edit guna apa?--- Sony Vegas Pro 14
alkisah 在 KismisPerang Youtube 的最佳貼文
alkisah 在 Ajak Channel Youtube 的最佳解答
Alkisah basikal jad dan had. :)
alkisah 在 ALKISAH. COMING SOON. | By Senyawa - Facebook 的推薦與評價
Our new album " Alkisah " is co-released by multitude of independent record labels from all over the globe. ... <看更多>