Jual Cakoi pastuuu……. BASUH CAWAN ARAK
Hai dan Salam Sejahtera..!!
Lama x up status...Oklah nak story sikit boleh ek...
Saya Ihsan aka Tuan Pagoh. Saya merupakan seorang Perunding Hartanah Profesional di Nilai Property Realty Sdn. Bhd. Dan saya juga merupakan salah seorang Lembaga Pengarah di Koperasi Keluarga Ajman Johor Berhad.
*
*
Alhamdulillah, kini saya bahagia tinggal bersama isteri dan anak-anak saya. Dan saya juga merupakan salah seorang Penasihat dalam bidang pengeluaran produk. Yang mana jika ada usahawan-usahawan yang ingin mengeluarkan produk, mereka boleh mendapatkan khidmat nasihat saya dari segi pembekalan dan pembungkusan. In Sya Allah boleh saya bantu.
*
*
Tapi,
dulu saya pernah mengalami pengalaman hidup yang sangat sukar dimana, saya pernah berniaga di tepi jalan sebagai seorang penjual cakoi dan pisang goreng. Di situ saya boleh mendapatkan pendapatan sehingga Rm200 sehari. Sehinggalah pada satu hari sale saya tiba-tiba menurun menjadi RM20 hingga RM30 sahaja sehari. Saya tidak mampu membayar gaji pekerja-pekerja saya. Ujian ini menyebabkan saya terpaksa berhijrah meninggalkan anak dan isteri, angkat kaki ke seberang, iaitu Singapura.
*
*
Haa..sebenarnya ramai yang tidak tahu apakah pekerjaan pertama yang saya buat semasa saya berada di Singapura. Sebenarnya, saya bekerja sebagai seorang pencuci pinggan. Pada waktu itu, saya tiada pilihan kerana saya telah sampai ke sana dan menggunakan perkhidmatan ejen. Hidup amat tertekan kerana kami dikerah bekerja lebih masa dan bekerja menggunakan bahan kimia sehinggalah tangan jadi rosak. Pada masa itu saya tinggal bersama orang asing iaitu pekerja-pekerja Bangla, China. Tempat tidur saya adalah tingkat tiga.. bukan double decker, tapi triple decker. Kalau jatuh, boleh mati gamaknya. wor!!
*
*
Purata pinggan yang saya cuci adalah sebanyak 8 ribu hingga 9 ribu sehari, yang mana walaupun kami menggunakan mesin pencuci pinggan-pinggan tersebut tetapi masih menggunakan manual. Tangan menjadi rosak akibat penggunaan bahan kimia yang bahaya. Saya tidak sanggup bekerja lagi, sehinggalah saya perhatikan seorang pekerja sedang mengumpulkan sisa-sisa minuman daripada cawan. Saya pelik dengan perbuatan itu.
APE BENDA DIE BUAT NIH!
*
*
Owh, barulah saya faham sebab beliau lakukan perkara sedemikian. Air itu merupakan sisa-sisa air arak. Yang mana telah dihidangkan dan pekerja melayu itu mengumpulkan dan kemudian layan MABUK... Saya sangat tidak berpuas hati kerana pada awalnya kami dimaklumkan tempat kerja tersebut adalah halal. Tetapi kami terlibat dalam menghidangkan arak. Pada mereka, babi sahajalah bahan yang haram, dan selainnya adalah halal. Jadi, daripada situ, saya berhenti bekerja di situ.
SAYA TERPAKSA BAYAR KEPADA AJEN TERSEBUT DENGAN JUMLAH WANG YANG BESAR.. Diugut oleh mereka untuk tanam saya hidup2.. Subhanallah...
*
*
Pelbagai lagi jenis pekerjaan yang saya buat di Singapura. Dari situ, saya belajar cara mereka bekerja dan menguruskan sesuatu perkara tanpa sebarang kesilapan. Dan saya sedar betapa jauh beza mentality masyarakat kita dan masyarakat Negara maju.
*
*
Saya juga dapat belajar dengan orang di sana tentang cara berniaga dalam bidang pengeluaran produk kesihatan dan kecantikan. Sehinggalah saya pulang semula ke Kuala Lumpur dan menjalan perniagaan produk kesihatan dan kecantikan.
*
*
Tetapi, apabila saya berada di sini, suasana berbeza dari segi pemasaran dan juga penjualan. Saya tidak dapat menguasai teknik-teknik penjualan dan bersaing dalam bidang tersebut. Sehinggalah saya bernekad menceburi bidang hartanah dan meninggalkan bisnes-bisnes lain.
*
*
Alhamdulillah, saya berjaya berjumpa dengan beberapa guru yang hebat yang mana mereka telah mengajar saya cara berniaga di Malaysia dan menembusi pasaran asing. Salah seorang sifu saya ialah Fizo Omar. Beliau telah mengajar saya seni perniagaan yang sangat halus dan terperinci yang tidak pernah saya jumpa di kelas-kelas saya sebelum ini. Beliau berjaya menaikkan semangat saya dan juga menaikkan motivasi saya dalam penjualan.
*
*
Saya sangat bersyukur kerana saya pernah mendapat anugerah sebagai ‘Most Improved Rent’ dan ‘Top Exclusive Lister di dalam agency saya. Kini saya tidak perlu susah berurusan dengan individu yang ingin membeli property kerana saya hanya akan berurusan dengan insan-insan yang baik hati, mulia akhlak. Saya akan membantu mereka untuk mendapatkan property idaman mereka serta menjual property mereka. Ini sangat menggembirakan saya, hari-hari yang saya lalui sangat awesome. Saya bersyukur sangat dengan adanya isteri saya yang sangat membantu saya dalam bidang property ini.
*
*
In Sya Allah, kami bakal melakukan satu inovasi dalam bidang hartanah ini, yang tidak pernah dilakukan di mana-mana.
PERTAMA DI DUNIA Barangkali..
..Kejutan ini, amat luar biasa.. In Sya Allah, kita akan sama-sama saksikan, dan doakan kejayaan kami. Kami memerlukan doa-doa insan yang baik hati dan Akhlak.. TQ semua
Amin..
seminarsyb.com
「pengeluaran singapura hari ini」的推薦目錄:
- 關於pengeluaran singapura hari ini 在 Fizo Omar Facebook 的最佳貼文
- 關於pengeluaran singapura hari ini 在 #keluaransgp - Explore | Facebook 的評價
- 關於pengeluaran singapura hari ini 在 Pengeluaran SGP Hari Ini - Travel - Pinterest 的評價
- 關於pengeluaran singapura hari ini 在 LIVE DRAW SINGAPORE HARI INI RABU 27 OKTOBER 2021 的評價
pengeluaran singapura hari ini 在 Pengeluaran SGP Hari Ini - Travel - Pinterest 的推薦與評價
Feb 8, 2019 - Bagi anda yang sedang mencari pengeluaran sgp dan data pengeluaran sgp ... Data Pengeluaran Togel SGP History Of Singapore, Singapore Photos, ... ... <看更多>
pengeluaran singapura hari ini 在 #keluaransgp - Explore | Facebook 的推薦與評價
LIVE DRAW SINGAPORE HARI INI JUMAT 11 FEBRUARI 2022 || LIVE RESULT ... draw sgp,pengeluaran singapura hari ini,pengeluaran sgp hari ini,keluaran sgp hari ... ... <看更多>