Daddy ❤️ Yayang
.
Jenuh macam-macam cara ikhtiar, yayang dalam perut mama tetap nak ‘duduk bawah’ ye... (Placenta Previa) ... Keluar masuk hospital sebab pendarahan. Mujur bertahan sampai 37 minggu. Kakak Indah, Abang Juna terpaksa dihantar ke kampung sebab nak fokus Yayang. Yayang satu-satunya lahir melalui pembedahan. Punyalah susah nak ‘bertahan’ demi nyawa Yayang. Rupa-rupanya Yayang nak keluar 1 Ramadan🥰🤲 Merasa daddy buka puasa mana di mana yang sempat. Masjid dekat HUKM paling diingati. Hari awal Ramadan tak ramai orang. Relaks dan tenang. 27 Mei 2017.
.
Once again, Happy birthday Yayang❤️
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「placenta previa type」的推薦目錄:
- 關於placenta previa type 在 Fedtri Yahya Facebook 的精選貼文
- 關於placenta previa type 在 Zoe Raymond Facebook 的最佳貼文
- 關於placenta previa type 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
- 關於placenta previa type 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文
- 關於placenta previa type 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於placenta previa type 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於placenta previa type 在 Placenta Previa - YouTube 的評價
placenta previa type 在 Zoe Raymond Facebook 的最佳貼文
Arielle saw her sibling for the first time at our scan at 20 weeks! I can still remember how funny she was, she cried the moment we closed the door, thinking it was her who was seeing the doctor. She must still be feeling scared about her vaccination the week before.
Thank you, my little baby A, for just being healthy and you weighed 322g at 20 weeks. (525g at 24 weeks! Can’t wait to see you again this Friday & see how much more you have grown!). Baby was very active during the detailed scan and we took a little more time, waiting to see the hands and face!
However, I’m not as well as I hope I would be. I have Placenta Previa. It is a condition where the placenta lies low in the uterus. Thankfully, mine is Low lying placenta/ Marginal Previa. But I’ve been asked to stay off yoga, even prenatal massage (prenatal companies do not agree to work on low placenta conditions too). Yoga is a big part of me so I spent weeks feeling upset. 😌
It’s been over a month, I still feel upset and occasionally lament about it to Alvin. But I know how I am holding a life in me and I do not want any chance of regret. I will exercise when the right time comes again.
Any mommies with similar experiences, please share them with me and others who may have this condition too! Thank you 🙏🏻♥️
P/S: I have also taken my whooping cough jab & the influenza jab! Will be taking my Gestational diabetes test when we are back from our trip.
placenta previa type 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
Kisah yang saya janji untuk kongsi, betapa kuatnya menjadi wanita ini. Menitis juga air mata apabila menaip cerita ini.
***
Kami kenal semasa saya posting di satu hospital sebuah negeri. Gayanya yang peramah dan pandai mengambil hati pelanggan membuatkan saya amat tertarik. Kalau order delivery, direct kepada dia sahaja masa itu.
Ada beberapa kali kami contact melalui Facebook Messenger. Ada berkaitan kesihatan dan kehamilan.
Wanita ini nikah pada usia yang muda. Diduga pula berjauhan dengan suami kerana tugas suami sebagai seorang guru di pedalaman borneo. Mereka melalui alam rumahtangga mereka seperti insan-insan yang biasa berjauhan dengan suami.
Sampai suatu ketika wanita ini hamil. Benarlah orang cakap, anak merupakan satu rezeki bilamana suaminya dapat berpindah ke semenanjung apabila wanita ini disahkan hamil. Rezeki berganda kan?
Tetapi, kebahagiaan mereka diduga pula dengan placenta previa type III/IV (maaf saya tak berapa pasti).
Yang kita tahu bahawa wanita hamil dengan kondisi ini perlu admit kedalam ward dalam tempoh masa yang lama kerana dikhuatiri akan mudah mengalami perdarahan walaupun semasa berjalan.
(Placenta Previa merupakan keadaan dimana kedudukan uri berhampiran atau menutupi sepenuhnya pintu serviks)
Baru sahaja mahu mengecapi nikmat berumahtangga yang sebenar, mereka suami isteri didugaNya setinggi ini. Akurlah wanita ini dengan keadaannya dan juga kerana zuriat yang memang dinantikan.
Hari-harinya dilalui seperti biasa di dalam wad antenatal. Suami nya setiap hari tidak pernah gagal untuk melawatnya. Cuma semakin hari keadaan suaminya ketara berubah. Kata si suami, dia demam biasa. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan. (Mungkin tidak mahu menganggu emosi isterinya yang sedang hamil).
Sampai suatu ketika bilamana wanita ini mendapat berita, suaminya di zon merah dalam keadaan kritikal. 'Ya Allah, apa lagi kau uji dia'. 😣
Suaminya di intubate kerana GCS drop dan dimasukkan ke ICU dengan diagnosis TRO Leptospirosis.
(Leptospirosis merupakan penyakit disebabkan oleh bakteria leptospira yang disebarkan melalui urine atau darah haiwan yang membawanya.)
Semua usaha telah dilakukan. Bagaimanapun Allah sahaja maha pemilik nyawa kan.
Wanita ini dengan sarat hamil pergi ke ICU untuk melihat keadaan suaminya. Semakin lama semakin menurun denyutan nadi suaminya.
Runtun hati sesiapa yang melihat seorang isteri yang sarat hamil dengan pakaian berwarna pink (yang dikhaskan bagi ibu-ibu hamil yang masuk ke dalam wad), memegang erat tangan suaminya yang sedikit pun tidak punya respon.
Tangan itu yang disalami saat telah sah menjadi suami,
Tangan itu yang membelai perut memberi salam kepada zuriat benih cinta,
Hari itu, tangan itu kaku, sejuk dan tidak memberi apa-apa tindakbalas. Machine sana sini memberi bantuan hayat.
Baru semalam rasanya wanita ini melihat muka letih pucat suami datang melawatnya. Apabila ditanya, suaminya jawab penat. Jika dia tahu ini yang akan terjadi. Maka dia akan pilih menjalani tanggungjawab sebagai suri dari berlama-lama di hospital ini.
----
Suami wanita ini telah pulang ke pangkuanNya setelah beberapa hari berada di dalam ICU. Gigih mengambil risiko sendiri memohon pulang melihat pengebumian arwah suami tercinta walaupun dia tahu bahawa ia juga membahayakan nyawa sendiri serta bayi yang dikandungnya.
Tetapi, kalau boleh biar kali terakhir jasad suaminya dapat ditatap sebagai bekal rindu buat hari mendatang.
Wanita ini diberi kebenaran pulang selama 3 hari bagi menyelesaikan urusan berkaitan suaminya.
Beberapa hari selepas itu, wanita ini melahirkan bayinya secara Caesarean. Bayi lelaki persis arwah suaminya.
***
Semasa saya melawat beliau, tiada setitis air mata yang kelihatan di tubir matanya. Hanya pelukan dalam sebak seolah memohon diberikan sedikit kekuatan.
Kata wanita ini kepada saya, anak ini tanda cinta, anak ini tanda mata. Allah ambil suaminya, Allah beri pengganti persis si suami. Anak ini akan dididik sebaik mungkin supaya mampu menjadi pendidik seperti ayahnya.
3tahun kisah ini telah berlalu, anak itu kini apabila kepusara ayahnya, sudah mampu menyebut,
'Ayah.....'
------
Sampai saat ini, wanita ini selesa hanya berdua bersama anak lelakinya itu. Belum terbuka lagi hati untuk mencari pengganti kerana separuh hatinya telah dibawa pergi arwah suami. Dan belum pernah lagi pusara suami gagal dikunjungi.
-------
Awak tahu siapa awak, terima kasih kerana menunjukkan betapa kuatnya awak saat diduga,
Betapa awak bangkit demi masa depan anak tercinta,
Bagaimana awak yang hampir rebah bangkit semula kerana janji saat jasad suami mahu dikebumi bahawa awak akan mendidik anak itu sebaik-baik mungkin agar suatu hari nanti dapat sama-sama menarik kalian ke syurga.
Kakbel tak pasti samaada kakbel mampu sekuat kamu.
Rindu yang tiada kesudahan seperti yang awak rasa, hanya Dia sahaja yang tahu segala.
Respect!!
Notakaki;
Kisah benar digarap atas izin. Supaya dapat menjadi pengajaran diluar sana. Dugaan tidak akan berhent
placenta previa type 在 Placenta Previa - YouTube 的推薦與評價
Placenta Previa. Watch later. Share. Copy link. Info. Shopping. Tap to unmute. If playback doesn't begin shortly, try restarting your device ... ... <看更多>