Rendang Udang Galah
Salam semua.... Lepas masuk tahun 2015 makin merundum kerajinan cik kuali utk memasak...Lama betul cik kuali tak update....Resepi terakhir cik kuali update bulan Nov 2014.....Sorry semua...Harap lepas ni kerajinan utk memasak & kongsi resepi ngn uolls makin bertambah....Hari ni cik kuali nak share resepi yg mungkin jarang-jarang kita masak tapi sedap bila makan sekali sekala....Biasanya rendang kita guna ayam, daging & kerang, kali ini cik kuali guna udang.... Kebetulan pulak Encik D memancing udang minggu lepas, hasil tangkapan pulak sgt meriah...terus cik kuali rajin nak cuba masak rendang udang...
Bahan-bahannya:-
700grm udang galah (nak guna udang lain pun boleh) - dibersihkan
2 helai daun kunyit (jika daun besar guna 1 helai pun ok) - dihiris halus
4 helai daun limau purut
2 keping asam keping / asam gelugor
4 sudu besar kerisik
Santan (1 biji kelapa akan dapat lebih kurang 1 setengah cawan santan)
4 sudu besar cili kisar / cili boh (jika ingin pedas boleh tambah lagi)
Garam & gula secukupnya
Bahan kisar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
4 batang serai
1 inci kunyit hidup (cik kuali guna serbuk kunyit)
3 inci halia
1 inci lengkuas
Cara Membuatnya:-
Udang dibersihkan. Cik kuali guntingkan sedikit muncung depannya & dicuci bersih. Ketepikan seketika udang.
Kisarkan semua bahan-bahan kisar hingga halus.
Panaskan minyak dalam kuali . Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar & cili boh hingga naik bau / pecah minyak.
Tambahkan santan, asam keping, daun limau purut, kerisik, garam & gula secukup rasa. Masakkan kesemuanya dengan api sederhana.
Bila sudah mendidih masukkan udang. Kacau hingga sebati semuanya. Akhir sekali taburkan hirisan daun kunyit.
Rasa & masak hingga kuah agak pekat. Cik kuali suka berkuah sedikit tidak terlalu pekat sangat. Terpulang pada kehendak masing-masing.
Jika ok, padamkan api & hidangkan
Lobster Rendang
Greetings everyone.... After entering 2015 I'm going to have a lot of crafts to cook... It's been a long time since I didn't update.... The last recipe of Miss Wok will update on November 2014..... Sorry everyone... This is the craft to cook & share the recipe with you all is increasing.... Today miss wok wants to share the recipe that we can rarely cook but it's delicious when we eat once in a while.... Usually rendang we use chicken, meat & clams, this time miss Wok using shrimp.... Coincidentally Mr. D fishing shrimp last week, the catch was very festive... immediately miss wok wanted to try to cook shrimp rendang...
The ingredients :-
700 grams of lobster (can use other shrimps too) - cleaned
2 pieces of turmeric leaves (if a large leaf uses 1 pieces, it's okay) - smooth sliced
4 pieces of purut lime leaves
2 pieces of sour pieces / asam gelugor
4 tablespoons of kerisik
Coconut milk (1 coconut milk will get about 1 and a half cup of coconut milk)
4 tablespoons of grind chili / chili (if you want to be spicy you can add more)
Salt & sugar is enough
Grind ingredients
2 big onions
3 review of garlic
5 review of red onion
4 sticks of lemongrass
1 inches of turmeric life (miss wok uses turmeric powder)
3 inches of ginger
1 inches of galangal
How to Make it :-
Shrimp cleaned. Miss wok scissors some front pout & cleaned. Put aside shrimp for a while.
Blend all the ingredients to smooth.
Heat up the oil in the pan. Stir-fry the ingredients that have been blended & chili until the smell / oil breaks.
Add coconut milk, sour pieces, lime leaves, kerisik, salt & sugar taste. Cook everything with a simple fire.
When it's boiling, put in shrimp. Stir it all up. Finally spread a slice of turmeric leaves.
Taste & cook until the gravy is quite thick. Miss wok loves broth a little not too thick. It's up to each other's will.
If ok, extinguish the fire & serveTranslated
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過2,440的網紅Yatt Hamzah Official,也在其Youtube影片中提到,DO YOU SMELL WHAT BONDA IS COOKING? Resepi kali ni adalah resepi tradisi Melayu yg memang famous masa Hari Raya Aidil Fitri. Tapi sesuai juga utk menu...
「resepi rendang daging berkuah」的推薦目錄:
resepi rendang daging berkuah 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳解答
Assalamualaikum semua.... 😊 Harini kak nurul nk kongsikan resepi rendang ayam dan pes untuk korang simpan buat stock...... Jimat tau, bila korang nk guna... Boleh je terus masak.... Make sure pes tu Korang masak betul2 sehingga naik minyak lebih kurang [email protected] bila nk masak korang just masukkan ayam @ daging😊.. Simple kan!
Bahan bahannya ialah:-
1/2 ekor ayam/daging
12 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
5 batang serai*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
3 biji kunyit hidup*
5 batang serai*
4sb kerisik
1 kotak kecil santan
Daun kunyit hiris nipis
Garam/gula/serbuk perasa secukupnya....
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
Cara:
1) Gorengkan sekejap ayam...jgn garing tau ayam tu..saya suka goreng dulu ayam tu...(ketepikan)kalau x suka...xyah goreng...boleh masukkan ja terus nanti dalam kuah
2) Lebihan minyak goreng ayam tadi...tumiskan bahan blend sekali dengan cili giling tu... Goreng hingga 2 atau 3 kali pecah minyak... (Bila pecah minyak kali pertama masukkan air... biar kan pecah minyak kali kedua.. masukkan sedikit air lagi...biarkan mendidih n pecah minyak lagi....lagi garing rempah kita...lagi sedap rendang tu nanti..
3) Masukkan ayam...kacau sekejap...masukkan santan..air...kerisik...asam keping (jika suka) saya x masukkan... Masak hingga ayam masak.. kalau nak berkuah boleh lebihkan santan n air...
4) Bila ayam dah masak...kuah dah kering n pekat ... masukkan hirisan daun kunyit...nak masukkan daun limau purut pun boleh... perasakan dgn gula..garam ...serbuk perasa...(jika suka). ..kacau sekejap... Dah boleh tutup api n hidangkan...
Nanti korang asing kan dulu rendang yang untuk dibuat pes.... Sejukkan baru masuk dalam peti😊
Pesanan!
Pes ayam boleh bertahan sehingga sebulan, make sure simpan ditempat sejukbeku, korang pek Kecik2 ye untuk mudahkan....
Selamat mencuba...
#RendangAyam
#pkp
resepi rendang daging berkuah 在 Sajian Dapur Bonda Facebook 的最佳解答
Raya ke-6 nak buat open house? Guna la periuk noxxa utk lauk2 yg payah empok!
Untuk panduan bersama
*Cara guna periuk noxxa mengikut jenis masakan*
1. Nasi Arab..HP7 minit
2. Bihun goreng..Stir Fry & steam 4 minit
3. Nasi impit ..HP 25 minit
4. Kacang kuda..rendam semalaman..HP 10 minit
5. Ikan Untuk laksa..HP 15 minit
6. Sup tulang...HP 45 minit..
7. Sup Ayam ...HP 10 minit
8. Nasi putih...HP 7 minit
9. Bubur nasi ..HP 20 minit
10. Dodol, steam5 minit
11. Bubur kacang hijau, HP 11 minit
12. Pulut kuning HP 3minit + Steam 3 min (santan + garam)
13. Popcorn Hp 1 min
14. Kentang LP3
15. Rendang daging HP20minit
16. Nasi impit nona. HP30minit
17. Rebus telur 1 minit HP
18. Rendang ayam tua 35minit HP
19. Ayam golek hp15 steam 5
20. Sardin Homemade 90HP
21.kek coklat moist 15 steam
22. Daging batang pinang 5HP
23. Kerang rebus tanpa air 1HP
24.Makaroni HP 8.Air paras makaroni
#groupresepinoxxa
*RESEPI PERIUK NOXXA*
🍭 *BIHUN GORENG*
Tumis bahan guna fungsi stir fry (tekan stir fry kemudian tekan butang merah).
Bila garing masukkan bihun yang telah dibasuh.
Kemudian masukkan 3 cwn air (cwn penyukat pressure cooker). Masukkan sayur
Tekan fungsi steam 2 kali. Kemudian tekan butang merah
Bila skrin menunjukkan 0 lepaskan pressure. Buka tutup gaul rata dan hidang
🍭 *NASI GORENG*
1. Tumis bahan guna fungsi stir fry (tekan stir kemudian tekan butang merah)
2. Masukkan beras yg telah dibasuh (sukatan:1cwn beras, 1 setengah cwn air)
3. Tutup tudung. Tekan fungsi high pressure 7 kali, kemudian tekan butang merah.
4. Bila skrin menunjukkan 0, off suis dan lepaskan tekanan
🍭 *NASI PUTIH*
1. Masukkan beras dan masukkan air mengikut sukatan.
2. Tekan high pressure 7x. Kemudian tekan butang merah. Bila skrin menunjukkan 0 off suis dan lepaskan tekanan.
🍭 *PULUT*
1. Masukkan pulut yg telah dibasuh.masukkan air
2. Tekan high pressure 3x. Tekan butang merah
3. Bila skrin menunjukkan 0, off suis dan lepaskan tekanan
🍭 *APAM BALIK*
Bahan: 310 ml air, 150gm tpg gandum, 50gm tpg roti, 25gm tpg jagung, satu sudu teh baking powder, satu sudu teh soda, 2 sudu butter, 1 biji telur, 2 sudu creamer(susu segar), dan 50gm gula.Cara: Blend semua bahan. Masukkan anggaran dua senduk tepung dalam periuk. Tabur kacang, gula dan jagung. Masak guna stir fry
🍭 *BUBUR KACANG*
1. Rebus kacang hijau 10 minit (1 cwn kacang 6 cwn air).
2.Tekan fungsi high pressure 10x. Tekan butang merah.
3. Habis masa, off suis dan lepaskan tekanan.
4. Buka tudung. Tekan butang stir fry kemudian tekan butang merah.
5. Masukkan santan dan gula, kacau sampai agak pekat, tutup suis.
🍭 *BUBUR NASI*
1 cwn beras : 6 cwn air.
1. Masukkan semua bahan.
2. Tekan high pressure 15x.
3. Kemudian tekan butang merah.
4. Bila skrin 0. Tekan butang merah. Release pressure. Buka tudung. Masukkan santan dan tekan butang stir fry. Tekan butang merah.
* Peringatan. 1.Jika menggunakan fungsi high pressure dan steam pastikan tombol untuk melepaskan tekanan di atas tudung periuk selari dgn titik putih bulat. (jika guna fungsi steam, perkataan steam selari dgn titik di tudung. 2. Pastikan tekan butang merah untuk mula sesuatu fungsi dan untuk menamatkan sesuatu fungsi.
🍭 *NASI DAGANG*
1. Beras biasa (3 cawan) + Beras pulut (1 cawan) — kalau pakai beras nasi dagang, abaikan yang ni.
2. Santan (500g)
3. Garam
4. Halia (dimayam halus)
5. Halba (2 sudu)
6. Bawang putih dan merah
*** Bahan 3 – 6 bergantung kepada kesukaan. kalau suka, masuk lebih.
Cara masak:
1) Basuh beras, masukkan dalam periuk. masukkan air separas beras. Boleh masukkan santan sikit. dalam 50g atau 100g santan.
2) Set Pressure 7 minit.
3) Bila masa dah tamat, biar sekejap. Lepas tu keluarkan tekanan.
4) Masukkan santan yang dah dicampurkan garam, halba, halia, bawang. kacau hingga sebati dan santan meresap ke semua bahagian. kalau susah nak kacau dalam periuk, masukkan nasi ke dalam bekas yang lebih besar.
5) Nasi dagang SIAP!
🍭 *DODOL*
Bahan:
1. Gula merah 1.5kg
2. Gula pasir 12 sudu makan
3. Air 3 mug
4. Daun pandan 3 helai.
5. Tepung pulut 1kg
6. Tepung beras 6 sudu makan
7. Santan 3 kg
cara:
1. Gaul semua bahan hingga sebati, masukkan dalam periuk.
2. Steam 10 minit. Kemudian guna fungsi stir fry selama 2 jam suku.
🍭 *CHOCOLATE MOIST CAKE*
Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu coklat UHT(sejuk)
1 cawan minyak masak (Minyak mazola pun okay)
1/2 cawan susu pekat manis
Bahan B
1 cawan tepung gandum
1 camt baking powder
1 camt soda bikarbonat
1 camt serbuk vanilla
Bahan C 3 biji telur (Gred A)
Cara-caranya
1. Masak bahan A dengan api perlahan sehingga larut, sejukkan.
2. Pukul telur sehingga kembang. Kalau takde mixer, pakai blender pun boleh.
3. Masukkan bahan A yang telah sejuk. Kacau sehingga rata.
4. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan kacau rata lagi.
5. Tuangkan ke dalam periuk NOXXA, dan tekan butang steam selama 15 minit.
🍭 *CREAM CARAMEL*
Bahan A (Caramel)
1/2 cawan gula pasir
6 sudu besar air
Bahan B
1 tin susu cair
1 tin air (sukat guna tin susu cair)
5 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla
5 keping roti (Tak kisah jenama apa)-Taknak letak pun boleh.
5 biji telur (Gred A)
Cara:
Caramel:
1. Tekan butang stir fry, masukkan gula dan kacau hingga gula menjadi cair dan berwarna keperangan.
2. Masukkan air dan kacau.
3. Tutup suis, dan keluarkan periuk untuk sejukkan caramel.
Puding:
1. Panaskan susu cair + air (Guna api perlahan, jangan sampai mendidih), ketepikan dan sejukkan.
2. Blend telur, gula dan roti sehingga halus.
3. Masukkan bahan blend ke dalam adunan susu cair, kacau sebati.
4. Masukkan semua bahan ke dalam periuk noxxa
5. Steam 8 minit (Tanpa roti, steam 12 minit)
6. Bila beep berbunyi, tutup suis dan keluarkan periuk. Rendam di dalam bekas berisi air. Keluarkan cream caramel selepas 10 minit.
🍭 *KEK GULA HANGUS*
Bahan gula hangus:
1/2 cawan noxxa- 1 cawan noxxa gula pasir
1 cawan noxxa air
2 sudu besar mentega
Bahan kek:
1 setengah cawan noxxa tepung gandum *
1 sudu kecil soda bikarbonat *
1 sudu kecil baking powder *
* (Diayak)
1 setengah cawan noxxa susu pekat
5 biji telur (Gred B/C)
I sudu kecil esen vanilla
Cara:
Caramel
1. Tekan butang stir fry, masak gula sehingga keperangan dan masukkan air.
2. Masukkan mentega dan kacau sebati. Keluarkan periuk dan sejukkan caramel.
Kek:
1. Blender telur, gula dan susu pekat hingga sebati.
2. Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
3. Masukkan esen vanilla, tuang adunan ke dalam periuk yang berisi gula hangus.
4. Kacau sebati.
5. Steam 12-13 minit.
6. Selepas bunyi beep, keluarkan periuk dan rendam dalam bekas berisi air. Keluarkan kek selepas 10 minit.
🍭 *CILI BLEND NOXXA*
Hp cili kering 10 minit
Blend besama bawang merah + putih
blend trs ngan bwng merah + putih +air+ minyak…
2 bks ltk tmpat frozen utk stok…1 bks tmpat sejuk biasa sblh bwh…utk kegunaan seharian…
Senang nk msk tinggal ceduk jeee…
Kita kan supermom…x de bibik…keh3…
🍭 *NASI ARAB MANDY NOXXA*
Cara ini menggunakan pc Noxxa. Kalau tak ada pc Noxxa boleh masak dengan rice cooker ye. Tapi rebus dulu ambil air macam buat nasi ayam. Kalau guna pc Noxxa boleh masak terus.
Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam. belah 4 cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsah ( kalau tak de gantikan dengan rempah campuran)
Garam
Sedikit warna kuning/saffron
↪Cara2nya penyediaan ayam
Gaulkan ayam dengan semua bahan rempah. Kalau nak sedap jangan beli yang serbuk. Elok kita beli yang biji dan mesin halus. Garam dan pewarna kuning.
Nasi
4 cawan beras basmathi di rendam 30 minit, basuh dan toskan.
3 sudu minyak zaitun / minyak sapi. Lebih suka pakai minyak zaitun.
4 cawan 1/2 air. Kalau buat mandy kambing. Kita rebus dulu kambing yabg telah diperap dengan bahan-bahan yang sama dengan perapan ayam dan rebus HIGH PRESSURE 1jam. Ambil air masak nasi.
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia ( semua ini dimesin halus)
1/3 cawan kismis
Rempah tumis -kayu manis. Bunga lawang. Pelaga. Bunga cengkih
Sedikit kunyit/ pewarna kuning
Garam secukup rasa
↪Cara penyediaan Nasi Mandy Ayam
1. Tumis bahan mesin dan rempah tumis. Masukkan beras dan kacau sedikit. Masukkan air serta garam dan kunyit. Akhirnya susun ayam diatas dan tutup. Tukar tombol ke arah PRESSURE dan tekan HIGH PEESSURE 7 minit dan ON. Selepas selesai 7 minit tunggu lebih kurang 3 minit, tukar tombol kepada STEAM tekan OFF. Dan buka penutup keluarkan ayam perlahan-lahan. Kacau sedikit nasi biar sebati dan boleh lah letak kembali ayam di atas nasi. Jangan lupa keluarkan periuk boleh tanggal dan letak di luar. Takut nanti nasi hangus.
Sos
1 biji tomato -hiris
5 biji cili besar hijau ( nak pedas ana masukkan cili padi)
1 tangkai ketumbar
Garam
Gula
Perahan lemon
(Semua bahan ini dimesin halus
🍭 *KARI TULANG DAGING LEMBU*
Bahan A:
1 kg. tulang lembu tempatan (pilih tulang lembu yang ada isi)
2 cawan pati santan
4 – 5 biji kentang
2 biji tomato – dibelah 2
2 biji cili hijau
Garam dan gula secukup rasa
Bahan B: (disatukan di dalam blender dan dikisar, dijadikan pes)
4 sudu besar serbuk daging pedas BABAS
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Air secukupnya
Bahan C: Menumis
3 biji bawang merah (bawang kecil) – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 batang serai dititik.
Penyediaannya:
1. Perap tulang daging lembu dengan Bahan B selama 1 jam. Letakkan 1 sudu teh gula.
Cara-cara Memasak Menggunakan Periuk Noxxa:
1. Masukkan minyak secukupnya ke dalam periuk. Tekan fungsi STIR FRY’ dan tunggu sehingga minyak panas.
2. Selepas minyak panas, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, dan serai. Selepas naik bau, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, dan daun kari. Tumis sehingga bawang kekuningan.
3. Kemudian masukkan tulang daging lembu yang diperap dengan rempah tadi dan gaul rata. Masak sehingga pecah minyak.
4. Setelah pecah minyak, masukkan santan dan kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Off fungsi stir fry. Set fungsi HIGH PRESSURE 30 minit. Tutup periuk dan set cap ke PRESSURE. Tekan on.
6. Selepas 30 minit berlalu, release steam. Alihkan cap ke STEAM. Biarkan wap keluar habis, baru tudung periuk boleh dibuka.
7. Buka tudung dan kacau rata. Kemudian masukkan ubi kentang, Guna fungsi `LOW PRESSURE’, Set 2 minit.
Buka tudung dan kacau rata. Kemudian masukkan ubi kentang, Guna fungsi `LOW PRESSURE’, Set 2 minit tanpa perlu menutup periuk.
8. Selepas dua minit berlalu dan ubi kentang pun telah Empuk.
*Nasi Beriani Noxxa*
Bahan-bahan diperlukan
2-3 sb minyak sapi + sedikit minyak masak
1 labu bawang besar di mayang
2-3 labu bawang putih di mayang
sedikt halia di hiris halus
sedikit rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, pelaga, bunga lawang n cengkih)
2-3 helai daun salam (bay) kering
sepaket rempah beriani (saya guna cap MAGGI atau IMAN)
sedikit serbuk kunyit utk warna kuning yg cantik
garam secukup rasa
1 kilo beras seeloknya beras Basmathi
kismis dan gajus
1 caw susu cair
Cara menyediakan dan memasak:
on kan stir fry dan masukkan minyak sapibila dah panas tumis 4 sekawan sehingga wangimasukkan bawang besar, putih n halia...tumis hingga layumasukkan rempah n goreng hingga garing sketmasukkan beras, air dan susu...ikut sukatan biasa masak nasi masukkan juga garam, daun bay dan kunyittukar ke function high pressure..tutup dan pressure selama 8 minitbila dah cukup masa lepas kan stim, buka dan masukkan kismis dan gajus...pastu keep warm sehinnga masa makan
*Nasi Lemak Noxxa*
3 cawan beras - dicuci
1 cawan santan
3 cawan air
1 inci halia - dihiris atau dititik
1 labu bawang - dihiris kasar
1 batang serai - dititik
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa.
Caranya
1. masukkan kesemua bahan ke dalam periuk Noxxa.
2. Pastikan tombol berada pada pressure.
3. Tekan High Pressure. Setkan pada 7minit.
4. Tekan ON.
5. Selepas 7 minit, periuk berbunyi, aku tekan OFF. Pusing tombol ke Steam untuk mengeluarkan stim dalam periuk. Bila tiada lagi stim (ia berhenti berbunyi), buka tudung periuk, dan siap untuk dimakan.
*RENDANG AYAM NOXXA*
Bahan-bahan:
1.5 kg. daging ayam
1/2 kilo santan pekat
150 gram kerisik
2 batang serai – diketuk
2 helai daun kunyit – dihiris halus
Beberapa helai daun limau purut
2 keping asam gelugor
2 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa
Bahan-bahan dikisar:
4 senduk nasi cili kering kisar
3 biji buah keras
3 biji bawang besar saiz sederhana
10 gram bawang putih
20 gram lengkuas
50 gram kunyit hidup
20 gram halia muda
4 batang serai – dihiris
10 gram cili padi
Air secukupnya
(Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dikisar halus)
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan yang dikisar di dalam periuk dalaman.
2. Kemudian masukkan ayam dan serai yang dititik.
3. Masukkan santan pekat.
4. Kacau rata dengan menggunakan senduk kayu atau senduk plastik.
5. Tutup periuk dan putar tombol pengawal tekanan ke PRESSURE.
6. Sentuh fungsi HIGH PRESSURE dan masukkan 8 minit. Sentuh butang ON.
7. Selepas 8 minit berlalu, putar tombol pengawal tekanan ke STEAM. Tujuannya adalah untuk membebaskan wap dan membolehkan tudung boleh dibuka (sekiranya wap tidak dibebaskan, tudung tidak boleh dibuka). Sentuh butang OFF. Tanggalkan tudung.
8. Kacau rata. Pada masa ini kondisi ayam telah empuk tetapi masih berkuah. Masukkan daun kunyit, daun limau purut, asam gelugor, kerisik, gula perang dan garam secukup rasa.
9. Sentuh STIR-FRY, dan tekan ON. Masak sehingga kuah kering (ikut citarasa masing-masing).
10. Selepas kuah agak kering, tekan butang OFF
#noxxa #senangkankerja
.
.
Share!
.
.
.
Iklan:
Berminat viralkan perniagaan anda? Mesej admin utk dptkan t&c pengiklanan. Tq
resepi rendang daging berkuah 在 Yatt Hamzah Official Youtube 的最讚貼文
DO YOU SMELL WHAT BONDA IS COOKING? Resepi kali ni adalah resepi tradisi Melayu yg memang famous masa Hari Raya Aidil Fitri. Tapi sesuai juga utk menu RAMADHAN dan harian kan..Sedap dan mudah sangat nak buat. Bahan2 semua ada je dlm peti ais tu cuma kena tambah daun2 jelah, daun kunyit dan limau purut.
BAHAN2
Bahan A
1. Daging 500gm
2. Cili kering/Cili Padi 7 tangkai (Tambah kalau nak pedas)
3. Bawang Merah Besar 1-2 biji
4. Bawang Putih 6 Ulas
5. Halia 2 cm
6. Lengkuas 2 cm
7. Kunyit hidup 2 cm
8. Serai 3 btg (2 blend, 1 ketuk masuk kemudian)
Bahan B
9. Asam keping 1 kpg
10. Daun limau purut 4-5 helai
11. Daun kunyit 3-4 helai
12. Kerisik jika suka
CARA2
1. Blend Bahan A dg 1 cawan air dan tumis dlm 1/3 minyak yg telah dipanaskan dlm kuali.
2. Bila bahan tumisan telah masak (pecah minyak), masukkan daging yg telah dipotong kecil dan dibersihkan. Gaul sebati dan biarkan dg kuali tertutup hingga empuk.
3. Setelah daging empuk, masukkan garam, dan bahan B. Kalau nak rendang berkuah boleh masukkan Bahan B awal dan tutup api awal. Kalau nak macam Bonda masak tu biarkan kering sikit tapi jangan terlalu kering ya. Basah2 sikit baru sedap..
.
Haa senang je kan..Dalam 35 minit boleh siap dah In shaa Allah. Mmg gerenti sedap.
Selamat mencuba dan menjamu selera..
.
Kalau suka resepi Bonda ni, Jangan lupa KOMEN SUKA & SUBSCRIBE CHANNEL BONDA YATT HAMZAH ni jika nak banyak lagi resepi2 mudah dan sedap In shaa Allah..???❤
.
#RENDANG #RENDANDDAGING #RESEPITRADISI #RESEPIRENDANG #RESEPIRENDANGDAGING #MENURAMADHAN #MENURAYA #MENUSYAWAL