Sambungan cerita SAMPAH.
.
Mungkin ramai di antara kita yang rasa perangai orang kita ni amat sukar untuk di bendung kan? Bagi saya sendiri, saya lebih suka melihat dari sudut yang positif, sebenarnya masih ada harapan untuk masyarakat kita. Jangan biarkan kekecewaan membelenggu persepsi diri kita, kerana menidakkan kebolehan adalah salah satu langkah pramatang. Usaha haruslah kekal berterusan dan jika masih menemui kebuntuan maka ada keperluan untuk mencari tonik baru sebagai evolusi dalam percubaan. Pada pendapat saya ada beberapa tempat yang kita perlu rujuk kembali untuk memperkemaskan balik idealogi kefahaman serta mentaliti orang kita tentang bab ini.
.
Yang pertamanya adalah di peringkat rumah sendiri. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa bukan sahaja mendidik tetapi juga sentiasa memperingatkan anak-anak tentang perihal ini. Saya sendiri sentiasa menitik beratkan perkara ini kepada anak-anak. Kadang-kadang saya sengaja buat-buat kumpul sampah depan mereka dan juga saya tunjuk saya simpan sampah kecil dalam poket seluar sebelum di buang ke tong sampah berdekatan. Adakalanya tu saya buat macam kuiz, saya tanya kenapa saya buat sedemikian, kita bagi mereka berfikir sikit lah guys, baru senang nak lekat dekat kepala anak-anak. Apapun, didikan dirumah itu adalah amat penting dan kita jangan terlepas pandang. Dan juga, jangan lupa ye, LEAD BY EXAMPLE.
.
Keduanya di peringkat sekolah. Mungkin tidak perlu ada polisi khas dan sebagainya pun, kalau nak buat macam tu pun mungkin bagus. Macam dekat rumah tadi, kena ada penyampaian maklumat dan peringatan yang berterusan dari warga pendidik. Mungkin boleh juga dirancakkan sekali sekala dengan aktiviti gotong-royong kutip sampah berserta PENGISIAN ILMU. Bukan sekadar arahan tetapi ada penjelasan dan perkongsian ilmu tentang aktiviti tersebut. Sekolah adalah tempat dimana budak-budak ni untuk ‘absorb’ maklumat. Andai kata ada seorang dua yang jenis kepala batu, mereka masih juga akan terkesan apabila melihat kebanyakkan rakan membuat perkara yang betul. Sekolah adalah tempat kedua pembentukan sahsiah diri anak-anak kita, jadi kenapa tak nak gunakan peluang tersebut sebaik mungkin kan?
.
Ketiga diperingkat kebangsaan yang meliputi media massa dan media cetak, agensi-agensi kerajaan, mereka yang berpengaruh di dunia realiti mahupun alam maya dan sebagainya. Semua perlu bertanggungjawab memainkan peranan bersama. Selalu menyampaikan mesej kesedaran tanpa perlu tunggu menerima arahan mahupun bayaran. Memang lumrah manusia sentiasa lupa dan perlu di ingatkan. Kalau tak kawan-kawan, tak kanlah syarikat-syarikat besar sanggup melabur jutaaan ringgit untuk kempen pemasaran. Semata-mata untuk produk mereka di lihat setiap hari oleh masyarakat sama ada melalui billboard, kaca tv, surat khabar mahupun social media. Konsep sama kita harus ciplak dan sama-sama BERGANDINGAN untuk menyedarkan masyarakat di Malaysia.
.
Keempat, ermm....keempat ape erk? Hurmm lupa dah. Owhh! Elakkan dari menuding jari dalam isu ni. Salah kau, salah dia, salah mereka. Sampai ke sudah masalah tak kan selesai. Kadang-kadang masalah masyarakat kita macam ni lah, bila ade satu isu, semua orang sibuk duk cari sape yang salah. Lepastu berlarutan dan mulalah merapu sampai ke bab lain. Berbeza dengan apa yang saya belajar, dalam situasi tersebut sepatutnya semua orang kena fokus kepada SOLUSI nya. Apakah jalan penyelesaian terbaik? Bagaimana untuk elakkan perkara ini berulang lagi? Apa langkah seterusnya? dan lain-lain. Macam ni barulah masalah boleh selesai dengan cepat.
.
Yang terakhir adalah kompaun, denda dan yang seantara dengannya. Saya sebenarnya kurang selesa dengan langkah ni. Kalau boleh kita elakkan bab denda-denda ni dan jikalau perlu untuk denda jugak, biarlah dengan tujuan untuk mendidik. Kenapa saya kurang setuju? Menghukum adalah langkah bersifat sementara sebenarnya kawan-kawan. Ianya bukan pendekatan yang efektif pun. Sebagai contoh, kita ada anak. Bila anak tak solat, instead of didik dengan penjelasan dan hujah, kita guna cara hukuman. Anak tu akan solat selagimana kita ada, kerana takut. Akan tetapi sampai satu masa bila anak tu dah keluar dari rumah, anda rasa apa akan terjadi? Sebahagian besarnya akan buat perkara sebaliknya, ‘culture shock’. Di pendekkan cerita, kita tak nak masyarakat kita takutkan denda dan kompaun, atau sebab takut kerana ada cctv merata tempat dan juga mungkin ada pihak penguatkuasa. Tetapi kita nak masyarakat kita buang sampah ke tempat yang sepatutnya adalah kerana mereka mempunyai kefahaman mutlak akan kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar dan kawasan setempat. KESEDARAN SIVIK.
.
Saya mungkin betul dan saya juga mungkin salah. Ini cumalah pendapat dan idea-idea dari saya. Jika anda rasa ianya bernas, bolehlah diguna pakai dan saya gembira jika ianya dapat dimanfaatkan. Akan tetapi jika anda ada pandangan dan idea-idea yang lebih kreatif dan menarik, bolehlah kongsi di ruangan komen supaya kita semua dapat gunakan untuk kebaikan bersama. Tugas mendidik itu adalah tugas kita BERSAMA.
.
Terima kasih semua 🙏❤️🇲🇾
.
.
#FaktaAtauPendapat
#SajeSembang #SembangSembang
#SembangSukan #SembangInfo
#SembangPengalaman
#Apekebenda #ilmu #knowledge
#teamazizul #azizulawang
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「sajesembang」的推薦目錄:
- 關於sajesembang 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於sajesembang 在 Facebook 的最佳解答
- 關於sajesembang 在 Facebook 的最佳解答
- 關於sajesembang 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文
- 關於sajesembang 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於sajesembang 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
- 關於sajesembang 在 Saje sembang - YouTube 的評價
- 關於sajesembang 在 Syakila Saje Sembang | Facebook 的評價
- 關於sajesembang 在 Saje sembang YouTube Channel Analytics and Report 的評價
- 關於sajesembang 在 2022garbage truck-汽車保養配件資訊,精選在PTT/MOBILE01 ... 的評價
- 關於sajesembang 在 2022garbage truck-汽車保養配件資訊,精選在PTT/MOBILE01 ... 的評價
sajesembang 在 Facebook 的最佳解答
Assalamualaikum semua. Mohon korang luangkan dua ke tiga minit baca perkongsian saya sekejap kalau tak keberatan.
.
Berdasarkan gambar yang dikongsikan tu, kita tolak tepi dulu kat mana tempat kejadian, siapa punya angkara, bila benda tu berlaku dan sebagainya. Akan tetapi saya nak anda semua fikir sejenak kenapa perkara tersebut masih boleh berlaku?
.
Dah habis fikir dah ?
.
Kita ni dah masuk tahun 2021 korang. Era dimana kereta terbang apa semua itu macam. Tak kanlah bila bab keluar pergi mana-mana tempat, masih tak reti nak buang sampah di tempat yang sepatutnya? Errr tapi tak ada tong sampah la, macam mana tu? Meh sini abang nak kongsi sikit, lain kali kalau dah tahu nak pergi tempat-tempat macam ni, pastikan bawa satu plastik sampah, tak pun satu plastik besar sikit. Lepas dah settle apa-apa aktiviti korang tu, masukkan semua sisa-sisa yang tidak diperlukan ke dalam plastik tersebut, ikat elok-elok dan bawa sekali ke kenderaan korang. Dalam perjalanan nak balik ke rumah tu, bila nampak ada tong sampah atau yang bersamaan waktu dengannya, maka buang lah disitu. Khalas.
.
Setelah mengembara keserata pelosok dunia, saya belajar pelbagai perkara. Antaranya benda ni lah, KESEDARAN SIVIK. Kita sebagai manusia, belajar pandai ke tak pandai tu nombor dua guys, yang penting sekali akhlak kita. Lagi-lagi bila bercakap tentang kita yang di Malaysia dan lebih-lebih lagi apabila mana-mana yang beragama islam. Islam itu amat menitik beratkan kebersihan. Dalam Surah Al-Maidah ayat 6, Allah menuntut umat Dia untuk mengambil wudhuk setiap kali sebelum solat. Disitu sudah jelas menunjukkan kebersihan itu adalah keutamaan dalam Islam. Saya kalau ada sampah kecil-kecil yang kalau saya buang macam tu je orang tak kan perasaan, saya akan masukkan dalam poket dulu, bila jumpa tong sampah barulah saya akan buang kat situ. Saya rasa diri saya ni hina sangat kalau saya buang sampah membuta tuli macam tu je. Kena bermaruah sikit lah guys.
.
Baiklah, mungkin ada yang tak tahu kena buat macam tu dan mungkin juga ada yang terlupa. Jadi saya harap perkongsian saya ini akan dijadikan sebagai peringatan dan juga panduan untuk rakan-rakan di luar sana semua. Jangan malukan status kita sebagai ‘keyboard warrior’ terbaik dunia. Jangan bab orang buat salah je kita cepat menghentam. Kalau kita buat salah pula, kenalah bersikap terbuka, terima dan cuba perbaiki mana yang boleh lah, tak gitchew ?
.
You must be the change you wish to see in the world 🌎
.
.
#FaktaAtauPendapat
#SajeSembang #SembangSembang
#SembangSukan #SembangInfo
#SembangPengalaman
#Apekebenda #ilmu #knowledge
#teamazizul #azizulawang
sajesembang 在 Facebook 的最佳解答
Semangat Kesukanan
.
Bagi saya sukan itu lebih daripada sekadar menang kalah. Ya betul, semua orang mahu menang bila bertanding kan, mana ada orang yang nak kalah. Tetapi jika kita hanya melihat pada sisi menang kalah, sebenarnya kita tercicir banyak perkara yang utama.
.
Mungkin ada yang perasan dan mungkin juga ramai yang terlepas pandang, setiap kali selepas selesai perlumbaan saya akan pergi bersalaman dengan pihak lawan. Kenapa saya berbuat demikian?
.
Korang pernah dengar tak tentang ‘Good Sportsmanship’ atau semangat kesukanan yang baik?
.
Bila kita menang, kita jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak lawan atas usaha dan cabaran yang diberikan. Bila kalah pula, janganlah lupa untuk mengucapkan tahniah kepada pihak lawan kita itu. Itu yang saya amalkan sejak sekian lama.
.
Kenapa penting untuk menonjolkan ‘good sportsmanship’ ini? Ianya membuatkan sukan kompetetif itu lebih seronok untuk bersaing sesama sendiri malah membuatkan atlet itu lebih menghormati antara satu sama lain yang mana ianya adalah salah satu elemen penting dalam dunia sukan.
.
Agak-agak korang best ke kalau pergi bertanding tu rasa macam pergi perang? Rasa macam musuh tu nak mengakhirkan kehidupan kita dan kita perlu menamatkan kehidupan pihak musuh? Mungkin boleh di terima untuk sekali dua bertanding saja, tapi lepas tu confirm hilang rasa keseronokan yang membuatkan seseorang itu tidak boleh bertahan lama. Itu kata kunci dia. Seronok. Bayangkan korang pergi ke sekolah ataupun tempat kerja, suasana dan manusia di situ semuanya tidak memberikan keseronokan dan penuh dengan aura negatif. Mesti kita terus memikirkan untuk tukar sekolah dan tempat kerja bukan?
.
Semangat kesukanan yang baik juga boleh di tonjolkan dengan membantu pihak lawan sama ada di dalam mahupun di luar gelanggang. Kalau korang pernah tengok video di youtube tentang seorang pelari marathon yang membantu pesaingnya sedang kekejangan untuk menamatkan beberapa meter terakhir pertandingan. Ada banyak lagi video-video di luar sana yang berkongsikan tentang semangat kesukanan yang sebenar, korang boleh tengok sendiri.
.
Kalau pertandingan itu sekadar menang dan kalah, maka bila menang kita bersorak dan bila kalah pula kita mencemuh. Oleh sebab itu adalah penting untuk kita semua menyelami maksud yang tersirat dan lebih bermakna dalam penyertaan sukan mahupun pertandingan. Saya yakin kita semua boleh belajar banyak benda dan juga boleh memanfaatkannya ke dalam kehidupan seharian kita. Kata kunci disitu adalah perspektif.
.
Jika anda adalah peminat sukan tegar, boleh kongsikan dengan saya semangat kesukanan baik (good sportsmanship) yang anda paling sukai?
.
.
#FaktaAtauPendapat
#SajeSembang #SembangSembang
#SembangSukan #SembangInfo
#SembangPengalaman
#Apekebenda #ilmu #knowledge
#teamazizul #azizulawang
sajesembang 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文
sajesembang 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
sajesembang 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
sajesembang 在 Syakila Saje Sembang | Facebook 的推薦與評價
Syakila Saje Sembang is on Facebook. Join Facebook to connect with Syakila Saje Sembang and others you may know. Facebook gives people the power to share... ... <看更多>
sajesembang 在 Saje sembang YouTube Channel Analytics and Report 的推薦與評價
Estimated Audience Age & Gender. Estimated Audience Geography. Saje sembangMost Related Tags. Saje sembangChannel Introduction. Production by sajesembang. ... <看更多>
sajesembang 在 Saje sembang - YouTube 的推薦與評價
Production by sajesembang. ... <看更多>