KENYATAAN MEDIA: TOTAL LOCKDOWN FASA PERTAMA
1. Setakat laporan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada hari ini, terdapat 8,290 kes positif baru di Malaysia. Disebabkan kenaikan yang membimbangkan ini, Pejabat Perdana Menteri telah mengumumkan ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021. Ini secara langsung akan memberikan kesan aktiviti dan perkhidmatan kepada sektor ekonomi dan sosial selama 14 hari bermula dari 1 Jun. Pengecualian hanya diberikan kepada sektor ekonomi dan perkhidmatan penting sahaja.
2. Peningkatan kes baru disebabkan oleh varian agresif Covid-19 yang baru adalah antara faktor yang memburukkan lagi gejala kepada pesakit dan menyebabkan mereka dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
3. Ini adalah situasi genting di seluruh negara dan saya berharap kita semua dapat memainkan peranan masing-masing bagi memerangi wabak ini dan mematuhi perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan. Jalankan tanggungjawab kita dengan duduk di rumah bagi memutuskan rantaian jangkitan disebabkan kes penularan sporadik. Ini adalah tanggungjawab bersama kita sebagai rakyat Malaysia bagi menjaga keluarga, masyarakat dan negara kita
Ainie Haziqah
EXCO Srikandi BERSATU Malaysia
________________________________________
MALAYSIA’S PHASE 1 OF TOTAL LOCKDOWN
1. As of today, it was reported that we have 8,290 new active positive covid cases in Malaysia. Due to this alarming rise, the Prime Minister’s Office made an announcement of total nationwide lockdown, similar to MCO 1.0 in March last year which will come into effect from June 1 to June 14th. This will directly put to halt the services and activities of both the economy and social sector for 14 days beginning from 1st June itself. Under the total lockdown, only the essential economic and service sectors are allowed to operate.
2. With more people getting infected by the new Covid-19’s aggressive variants are among the factors that has worsen symptoms of patients and causing them to be admitted to the Intensive Care Unit (ICU).
3. This is a nationwide emergency and I hope that everyone will play their part to fight this pandemic and abide with the orders issued by the government. Do our part by staying at home and break the chain of infection because most of the infections are sporadic cases of transmission within the local community. This is our collective responsibility as citizens who care for our families, our communities and our country.
Ainie Haziqah
EXCO Srikandi BERSATU Malaysia
#LindungDiriLindungSemua
#TeguhKitaMenangBersama
#MalaysiaBelumMenang
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「teguhkitamenangbersama」的推薦目錄:
- 關於teguhkitamenangbersama 在 Ainie Haziqah Facebook 的最佳解答
- 關於teguhkitamenangbersama 在 Ainie Haziqah Facebook 的最佳解答
- 關於teguhkitamenangbersama 在 Ainie Haziqah Facebook 的最讚貼文
- 關於teguhkitamenangbersama 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文
- 關於teguhkitamenangbersama 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
- 關於teguhkitamenangbersama 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
- 關於teguhkitamenangbersama 在 Pertubuhan Kebajikan Teguh Kita Menang Bersama - Home 的評價
- 關於teguhkitamenangbersama 在 Teguh Kita, Menang Bersama - YouTube 的評價
teguhkitamenangbersama 在 Ainie Haziqah Facebook 的最佳解答
VAKSIN COVID-19
Sudah lebih satu tahun sejak Malaysia melaporkan kes COVID-19 yang pertama. Seluruh dunia masih berada dalam situasi memerangi wabak Covid-19 dengan jumlah kes yang masih meningkat di peringkat global.
Imunisasi adalah peluang terbaik kita untuk menamatkan wabak ini secara berperingkat.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa kerajaan akan mula melancarkan Program Imunisasi Nasional Covid-19 pada akhir bulan ini kepada 80% penduduk negara ini, atau sekitar 26.5 juta orang akan menerima vaksin secara percuma. Ini menunjukkan bahawa respon Malaysia terhadap COVID-19 kini memasuki fasa baru. Sekiranya tahun lalu adalah "masa untuk bertahan" dengan menangkis virus melalui jarak sosial, tahun ini pendekatan baru kita harus menjadi "masa untuk serangan balas" melalui vaksin dan rawatan yang disediakan untuk orang ramai.
Reaksi orang ramai tidak kira di Malaysia atau peringkat global terhadap Program Vaksin Covid-19 adalah berbeza. Ada yang teruja untuk mendapatkan vaksin ini dan ada pula yang menyoalkan kesan sampingan akibat vaksin ini. Disebabkan berita palsu yang memberikan maklumat yang salah dengan tujuan menakutkan orang ramai, program vaksin ini mungkin akan terjejas. Golongan Anti-Vaksin Global telah berkembang dan Malaysia juga mempunyai kumpulan ini yang dikenali sebagai ‘anti-vaxxer’. Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta pemimpin yang akan mengetuai Program Imunisasi Covid-19 Malaysia telah menjelaskan bahawa jika 70% penduduk diberi vaksin, maka kita dapat mencapai imuniti kawanan. Sekiranya imuniti kawanan tercapai, mereka yang belum menerima vaksin akan dilindungi dari jangkitan Covid-19.
Kerajaan harus bekerjasama dengan semua lapisan masyarakat untuk meningkatkan pendidikan masyarakat mengenai vaksin dan memerangi maklumat yang salah. Banyak kajian telah klinikal dan saintifik telah dijalankan untuk memastikan vaksin ini selamat dan perkara ini harus diuar-uarkan oleh pihak berwajib. Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Amrahi Buang, berkata bukti klinikal mengesahkan vaksin COVID-19 tidak memberi kesan sampingan yang buruk kepada penerima dengan ia sudah diuji kira-kira dua bulan ke atas jutaan rakyat di seluruh dunia. Malah perkara ini disahkan oleh Penasihat Sains kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Profesor Madya Dr Mohd Ghows Mohd Azzam yang menegaskan apa sahaja vaksin yang diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), agensi yang bertanggungjawab meluluskan vaksin, adalah selamat digunakan di negara ini.
Program vaksinasi ini sangat penting dalam usaha negara memerangi wabak Covid-19. Keberkesanan vaksinasi ini bukan sahaja penting untuk kesihatan rakyat negara kita tetapi juga ekonomi yang terjejas disebabkan pandemik ini. Ambil contoh bagaimana Presiden Indonesia, Jokowi menerima suntikan vaksin COVID-19, Sinovac, sekali gus menjadi rakyat pertama negara itu berbuat demikian. Ia disiarkan secara langsung menerusi media tempatan dan ia merupakan satu mesej yang jelas bahawa vaksin ini selamat.
#KitaJagaKita
#KitaMestiMenang
#TeguhKitaMenangBersama
AINIE HAZIQAH
Ketua Wanita Muda Negara
Gambar: Berita Harian, 10 Februari 2021
teguhkitamenangbersama 在 Ainie Haziqah Facebook 的最讚貼文
Selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada penganut agama Hindu yang meraikannya.
Tahun ini, sambutan perayaan ini dibuat dalam suasana yang sederhana disebabkan penularan wabak Covid-19. Semoga sambutan ini tetap membawa kegembiraan disamping keluarga dan orang yang tersayang.
Thaipusam Nal Vathukal!
AINIE HAZIQAH
Ketua Wanita Muda Negara
#Thaipusam2021
#SayangiSetiawangsa
#KitaMestiMenang
#TeguhKitaMenangBersama
teguhkitamenangbersama 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文
teguhkitamenangbersama 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
teguhkitamenangbersama 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
teguhkitamenangbersama 在 Teguh Kita, Menang Bersama - YouTube 的推薦與評價
Teguh Kita, Menang Bersama. Watch later. Share. Copy link. Info. Shopping. Tap to unmute. If playback doesn't begin shortly, try restarting ... ... <看更多>
teguhkitamenangbersama 在 Pertubuhan Kebajikan Teguh Kita Menang Bersama - Home 的推薦與評價
Kami dari Seluruh Warga Sukarelawan Pertubuhan Kebajikan Teguh Kita Menang Bersama (TEGUH) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal & Selamat Tahun Baru ... ... <看更多>