denies any knowledge of something = 否認對某件事知情
電影 #Zootopia #動物方城市 精彩例句:
****************************************
Her predecessor, Leodore Lionheart denies any knowledge of her plot claiming he was just trying to protect the city.
她的前任(市長), Leodore Lionheart 否認知情她的陰謀並聲稱他只是想保護這個城市。
************************************
zootopia plot 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
Aku, Nasi Lemak dan peminat?
(Tajuk asal Cerpen ini, Antara Sahiba dan Star Wars ada nasi lemak dan telur separuh masak, popularkah aku?)
Aku ni bukan orang popular, keluar mana mana orang tak layan aku macam Hamka Kereta mayat, sebab aku tak dedahkan identity aku.
Pernah satu hari ada awek tegur aku:
“Hamka kan?”
Akupun, dalam hati berbisik: Perghh, ada orang kenal Hamka keretamayat,dah pakai ray ban pun orang cam.
“weii, ini akulah, Ina budak kelas kau dulu, jangan buat muka macam artis sangat!”
Woha!
Perasan popular, ke ke ke.
Okey, cerita hari ini. Kisah aku yang tak popular perasan popular.
Alkisahnya, Lepas dua minggu raya, waktu memandu seorang diri tiba tiba nampak sebuah kedai jual nasi lemak best. Dah sebulan tak cuba sebab kedai ni tutup bulan puasa, jadi eloklah di tunaikan kemengidaman tak terduga di pertengahan syawal sebegini.
Masuk kedai, order nasi lemak, dan teh Tarik, perghhhh, sambal bilis kuah pekat di gaul dengan putih telur, kunyah perlahan lahan dengan nasi lemak kukus santan kelapa segar, perghh, sedar sedar tinggal mentimun sahaja terdampar di atas daun pisang.
Order sebungkus lagi, dan order dua biji telur separuh masak sebagai pencuci mulut.
Dah habis teh Tarik, aku pun bersiap nak bayar, tapi, sedar-sedar, beg duit tak ada dalam beg sandang aku.
Okey, relax, chill, cool, mungkin beg duit tercicir dalam kereta sebab tadi campak beg sandang tak tutup zip, lalu aku pergi basuh mulut dekat singki, orang waktu tu ramai, line clear, terus aku keluar kedai dan bergegas ke kereta.
Jika aku tak percaya hari akhirat macam orang taka da agama, dah tentu aku start kereta dan blah macam tu sahaja, perut kenyang, makan free, dosa belakang kira. Tapi aku sedar Allah Maha melihat, Allah lihat apa yang aku buat, dan apa yang aku buat di nilai oleh Allah, dan syukur sebab beg dut memang ada terdampar celah tempat letak kaki.
Capai beg duit, kunci kereta dan bergegas masuk kedai dan terus melangkah ke kaunter bayaran. Buka beg duit, nampak not seringgit dua tiga keping, not hijau.., merah?, oren?, ungu?, semua tak ada, arghhh, sudah!?
Semalam rasanya ada RM100 lebih, langkah kaki di perlahan sedang jantung berdegup kencang.
Imbas balik kemana duit RM100 melayang?, okey semalam teman anak-anak belanja duit raya di kedai buku, anak perempuan tak nak beli buku nak beli permainan susun abjad ‘Sahiba’, tak apa guna duit raya dia. Elok layan anak pilih mainan Sahiba, tiba tiba anak kecik umur 3 tahun capai buku tebal Star Wars, dan ‘prak’ koyak bahagian dalam.
Aku pusing belakang buku, harga RM70 ringgit, mak aih, aku tengok kiri kanan tak ada siapa yang nampak, CCTV pun tak ada, tapi Allah melihat apa yang aku buat, dan apa yang aku buat di nilai oleh Allah.
Maka membayarlah akan aku harga buku tu RM70 campur mainan SAHIBA, duit anak terlalu banyak dalam not RM satu jadi Puan bini suruh guna duit dulu dan claim kemudian, tapi aku lupa nak claim, (tak claim pun) hasilnya hari ni, aku berjalan perlahan macam haiwan jaga kaunter dalam kartun Zootopia.
Okey!, apa kemungkinan paling buruk jika aku mengaku duit tak cukup, kena basuh pinggang? Sanggup, kena maki depan khalayak, errr, kena viral di FB, ohh tidak. Tidak!!!
Sedar sedar dah sampai depan kaunter, makcik jaga kauter belum sempat bersuara aku dah cakap dulu.
“berapa yer dua bungkus nasi lemak, dua biji telur separuh masak dan teh Tarik?”
“awak yang duduk meja sebelah tiang tu tadi kan?
Eh? Makcik ni, dia nampak ke aku lari keluar kedai gaya orang tak nak bayar? Alamak habis lah.
“meja awak dah ada orang bayarkan”
Hah, aku terkejut dalam gembira. Macam tak percaya.
Lalu aku pusing pusing kepala tengok kot kot ada orang yang aku kenal. Dan puas toleh sini sana, aku tanya makcik tu, siapa yang bayar?
“tadi ada sorang tu waktu bayar dia suruh kira meja awak sekali”
“siapa dia?”
“makcik tak kenal”
Okey, aku malas nak susahkan makcik tu pikir siapa di antara beratus ratus pelanggang yang rajin belanja makan. Apa-apapun, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada hamba Allah misteri.
Anekdot yang boleh aku isi untuk penuhi ‘plot hole’ cerita hari ini adalah…
Aku rasa ada orang perasan aku Hamka Kereta mayat, dan perasan aku lari dari meja makan tak bayar, dan dia tolong bayarkan sebab nak jaga maruah aku.
Jadi kesimpulan cerita adalah.
Aku seorang yang masih popular.
Woha!
Ps: Allah melihat apa yang kita buat, dan apa yang kita buat di nilai oleh Allah. Jika baik di balas baik walaupun sebesar zarah kebaikkan, dan begitulah sebaliknya, Nauzubillah! Take note!
zootopia plot 在 Zootopia V.2 Part 6 by tan575 on DeviantArt - Pinterest 的推薦與評價
Art by Part 3 of how the original Zootopia story featuring T.A.M.E collars could become real. Part 4: tan575.deviantart.com/art/Zoot… ... ... <看更多>