MENGIMBAU BETUL AISKRIM ERA 90'AN NI
Mengimbau betul bila aku beli aiskrim bata ni. Dulu uncle jual aiskrim ni (aiskrim calong) dalam box berisi ais kering depan sekolah. Klu nak beli aiskrim calong kena guna duit belanja mak bagi masa pegi sekolah. Ikat perut time rehat tak nak makan. Mujur dapat RMT 🤭
Mak buat aiskrim Malaysia mmg tak layan. Nak kena aiskrim beli baru sedap gamaknya kot 😅 Aiskrim mak buat tak nak, tapi aiskrim pop (patah dua tengah) tu sanggup plak berebut beli 🤦
Sekarang ni berjangkit ngan Jasmeen. Suka nau dia makan askrim calong ni. Dari dia beli hari2 kat peniaga aiskrim yg lalu lalang depan rumah tu, baik aku belikan dia banyak mcm ni. Ada mcm2 perisa lagi. Durian, coklat, jagung, strawberi, vanilla dan keladi. Tinggal pilih je nak perisa apa. Makan ngan calong boleh, nak makan ngan roti pun boleh, nak makan mcmtu je pun xpe 😍
Bukan Jasmeen ngan Zaraa je suka, ngan anak cucu jiran pun terjebak sama. Kot la korang pun nak be.likan utk anak2 korang askrim lagenda ni, boleh roger Puan Fyra Rahman ye 😍👇
http://www.wasap.my/60172964752/nakaiskrimbata
SATU SET RM13
Harga aiskrim = RM5
Harga kon = RM3 (12 pcs)
Harga roti pelangi = RM5 (8 pcs)
#BotakMakan
#foodreview
#kitasapot
「aiskrim kon」的推薦目錄:
- 關於aiskrim kon 在 Afzalsukasukidotcom Facebook 的最佳解答
- 關於aiskrim kon 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳貼文
- 關於aiskrim kon 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳解答
- 關於aiskrim kon 在 Aiskrim kon | Facebook 的評價
- 關於aiskrim kon 在 MANA NAK BELI KON AISKRIM MURAH? ; ICECREAM CONE 的評價
- 關於aiskrim kon 在 86 Galeri Aiskrim ideas - Pinterest 的評價
aiskrim kon 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳貼文
Selepas selesai memesan dua McFlurry Oreo untuk anak-anak dan Vanila kon untuk diri saya, kami menanti untuk membuat bayaran di Drive Thru.
.
Sementara menunggu, kami tiga beranak berborak dan apabila menghampiri tingkap pembayaran, saya ternampak kelibat seorang kanak-kanak yang saya agak usianya lebih kurang 8-9 tahun, baya anak ketiga saya. Saya melihatnya sedang membawa bakul yang tetapi saya tidak pasti apa yang ada di dalam.
.
“Assalamualaikum dik. Jual apa tu?” Saya bertanya.
.
Adik itu menjawab: “Walaikumusalam. Saya jual sate dan moist kek. Ibu suruh jual. Ayah kerja ibu tak kerja.”
.
Saya bertanya lagi; “Berapa harga tu dik?”. Adik itu menjawab; “satu bungkus sate ni RM4 dan kek tu RM5.”
.
Saya melihat rambutnya basah sedikit mungkin kerana terkena hujan. Lalu saya memintanya untuk ke hadapan sedikit agar saya boleh berbincang lanjut dengan dia. Setelah mengambil pesanan kami, saya memandu kereta mendekati adik itu.
.
“Ada berapa semua tu dik?” Saya menyoal lanjut dan adik itu membalas, “sate ada dua bungkus & kek 7 lagi cik.”
.
Saya hulurkan aiskrim yang saya belikan untuk diri saya tetapi belum dimakan lagi kepada adik itu dan dia menolak dengan alasan dia tak makan aiskrim. Saya beritahu kepadanya,
.
“Ok adik. Pakcik beli semua ni ok. RM43 semuanya kan. Ni pakcik bagi RM50 adik simpan je bakinya dan lepas ni balik.”
.
Adik itu mahu memberikan saya sate dan kek tetapi saya memberitahu kepadanya; “Takpe dik. Baki tu adik simpan dan makanan tu adik bagi je kepada sesiapa sebagai sedekah pakcik. Adik jangan jual ya apa yang pakcik dah beli ni.”
.
Dia menjawab “Baik pakcik” dan penuh amanah terus mencari Grab rider dan foodpanda yang ada di mcd dan berikan mereka makanan itu.
.
Hati saya mudah tersentuh melihat kanak-kanak atau mereka yang dalam keadaan memerlukan. Saya jadikan insiden tadi peluang untuk saya berkongsi dengan anak anak saya betapa mereka jauh lebih bahagia dan beruntung dan kita hendaklah sentiasa mudah bersedekah membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira agama & bangsa.
.
Kenapa hati saya mudah tersentuh?
.
Kerana saya bukan lahir di dalam keluarga yang berada. Saya masih ingat keluarga saya dahulu hanya menyewa sebuah rumah dua bilik di mana kami tiga beradik akan tidur sebilik ditemani tikus-tikus yang singgah menziarahi kami dan adakalanya bila kami bangun jari kaki berdarah kerana digigit tikus.
.
Saya masih ingat bagaimana pada musim cuti sekolah kawan-kawan saya bermain video game atau bercuti bersama keluarga tetapi saya akan mengikut IbuBapa saya untuk bekerja mencari sedikit duit poket. Gaji harian saya membantu adalah RM15-20 dan ianya nilai yang besar pada 90an.
.
Bagaimana ayah & ibu saya selepas seharian penat bekerja sebagai tukang kayu & buruh kasar, akan balik masak dan kemudian membuka gerai menjual pau dan suratkhabar dan saya akan turut membantu.
.
Saya tidak kaya tetapi kehidupan saya & keluarga saya hari ini jauh lebih baik dari dulu. Saya masih tidak mempunyai rumah atau harta sendiri tetapi Allah cukup pemurah memberikan nikmat buat kami.
.
Sedikit rezeki yang saya ada, saya mahu kongsikan dengan orang lain bukan untuk mereka tetapi untuk pelaburan akhirat diri saya sendiri. Allah berfirman dalam surah Al-Isra 17 ayat ke 7 bahawa segala kebaikan yang kita lakukan adalah untuk diri sendiri.
.
Ya Allah, kurniakan hidayah Islam buat ayah, abang, kakak, anak saudara serta keluarga mertua dan sanak saudara yang masih belum Islam. Allahuma Ameen
.
Maaf pada waktu malam begini berceloteh panjang pula. Tujuan saya berkongsi bukan menunjuk saya bersedekah tetapi berharap kisah ini menjadi inspirasi buat sahabat semua. Semoga Allah jadikan kita asbab kebaikan buat alam ini. Allahuma Ameen.
.
*Gambar ini diambil di hadapan rumah sewa lama kami dulu di mana bapa saya menjual surat khabar. Dan gambar kedua ialah sambutan harijadi kakak saya yang diadakan di dalam rumah kami yang hanya ada dua bilik. Ruang tamunya lebih kurang 80 kaki persegi. 😊
aiskrim kon 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳解答
APAM CORNETTO
----------------------
Bahan-bahan :
3 bj telur (sejuk)
1 sk ovalette
1 1/4 cwn gula (kisar halus)
1 sk esen ros
1 cwn aiskrim soda
2 1/2 cwn tepung gandum
1 sk baking powder
3 jenis pewarna
Coklat compound
Colour rice
Kon secukupnya
Cara-cara membuatnya :
1) Putar telur, gula & ovalette sehingga kembang (5-8 minit)
2) Masukkan esen ros & aiskrim soda. Putar sebati kejap je.
3) Masukkan tepung & baking powder yg telah diayak ke dlm adunan. Kacau sebati.
4) Bahagikan kpd 3 bahagian & warnakan. Kemudian masukkan ke dlm piping bag.
5) Panaskan kukusan. Susun kon ke dlm lubang pengukus. Tinggalkan sedikit lubang utk pengudaraan wap panas.
6) Paipkan adunan 3 warna satu persatu sehingga 3/4 kon.
7) Balut penutup dgn kain. Kukus selama 15 minit api sederhana.
😎 Cairkan coklat. Masukkan ke dlm piping bag kemudian paipkan ke atas apam. Taburkan colour rice.
9) Bila coklat dah keras boleh la buka kon. Siap!
Kredit resepi : Mariana Zainal
aiskrim kon 在 MANA NAK BELI KON AISKRIM MURAH? ; ICECREAM CONE 的推薦與評價
harini saya sharekan mana nak cari kon aiskrim murahRM0.20 jeranda boleh cari di giant,tesco or mydincari di bahagian jual jual aiskrim ... ... <看更多>
aiskrim kon 在 86 Galeri Aiskrim ideas - Pinterest 的推薦與評價
2020 Jul 25 - Explore Zasham Zasham's board "galeri Aiskrim" on Pinterest. See more ideas about aiskrim, cendawan, membuat buku. ... <看更多>
aiskrim kon 在 Aiskrim kon | Facebook 的推薦與評價
Aiskrim kon. 36 likes • 37 followers. Posts. About. Photos. Videos. More. Posts · About · Photos · Videos · Aiskrim kon · Photos. Aiskrim kon's Photos. ... <看更多>