Korean Folk Village ini adalah sebuah perkampungan yang menghimpunkan sejarah dan budaya masyarakat Korea Selatan. Anda boleh lihat perbezaan rumah orang Korea Selatan di bahagian Utara dan Selatan dan juga di bahagian pulau-pulau. Anda boleh belajar tentang cara kehidupan orang dulu dari saat kelahiran sampai kematian. Ada pelbagai cultural performances disini. Disini juga ada dilakukan pengambaran untuk TV Show setiap hujung minggu tak silap. Boleh spend disini sampai petang sebab performances ada waktu-waktu dia. Untuk ke sini mudah aja. Kalau dari Seoul, sila ambil Line Kuning menghala ke Suwon. Berhenti di Sanggal Station. Dari Sanggal station anda keluar exit 2 dan anda akan nampak free shuttle bus time table berdekatan dengan bus stop. Tunggu sahaja sampai bas sampai depan jadual tu. Jarak dari Sanggal station ke sini dalam 5 minit sahaja. Kalau nak naik dari Suwon Station pun boleh tapi free shuttle bus tak sekerap di Sanggal Station dan jarak dari Suwon Station ke Korean Folk Village agak jauh (dalam 30 minit). Bayaran masuk adalah 18000Won tapi saya dapat 10000 Won seorang sebab saya ada discount voucher. Hahaha. Nanti nak balik ke Subway station balik just tunggu di tempat drop off. Dekat situ ada Jadual basnya.
*Kalau nak voucher boleh pergi ke Korea Tourism Centre di KL Plaza. Kalau bernasib baik boleh dapat T-Money card bergantung kepada stock availability.
**Di Suwon juga anda boleh buat City Tour sebab di Suwon sendiri banyak tinggalan sejarah.
#thisisreef #REEFISM #REEFISMTERRITORY #blog #blogger #bloggerblasts #bloggerlife #bloggermalaysia #bloggerno1malaysia #photo #photog #photography #photographer #streetphotography #traveller #travel #backpackers #backpack #visitseoul #visit_korea #tourismkorea #akukeseoul2017 #holiday #travelblogger #southkorea #koreanfolkvillage
#suwon #goasiaplus
「akukeseoul2017」的推薦目錄:
akukeseoul2017 在 REEF OMAR Facebook 的最讚貼文
Nami Island adalah pulau kecil yang berbentuk half moon yang terletak di Chuncheon, South Korea. Ia mempunyai keluasan 430K meter persegi. Memang saya tak nafikan yang Nami Island ini memang indah. Sejak viral akibat penangan drama Winter Sonata, tidak putus-putus orang datang ke sini. Katanya waktu musim luruh lagi ramai. Jadi pastinya ini tempat wajib kalau anda berkunjung ke South Korea. Kalau anda dari Seoul, ambil Gyeongchun Line menghala ke Chuncheon dan berhenti di stesen Cheongpyoeng atau di Gapyeong. Saya stop di Gapyeong. Ada 2 pilihan samada nak naik ITX( High Speed Train) ataupun subway biasa. Kos ITX dalam 4400 Won tapi subway murah lagi la dan boleh guna T-Money. Kalau ITX kena beli tiket asing. Apa bezanya? Bezanya anda sampai lambat dan cepat ja la ke station yang dinyatakan itu dan ITX ada nombor seat. Bila sampai di stesen, cari shuttle bus yang menyediakan day trip ke sini. Harga 6000 Won. Bus ini juga akan bawa anda ke beberapa attraction lain seperti Petite France dan The Morning Calm Garden. Kalau anda ambil bas dari CheongPyeong Station boleh singgah ke The Morning Calm Garden dulu kalau anda dari Gapyeong Station anda boleh ke Nami Island dulu. Oh ye. Kalau anda nak ke Edelweiss Swiss Theme Park anda juga boleh ambil free shuttle bus di CheongPyeong Station. Tapi Free shuttle bus ini hanya beroperasi pada hujung minggu sahaja tau! Nanti details saya cerita dekat blog ya. Selamat berwinter sonata dan selamat memburu tiket murah AA. Hahaha!
*Kalau anda datang dalam group of 4 contohnya dan hanya nak ke Nami Island sahaja ambil taxi lagi jimat!
#thisisreef #REEFISM #REEFISMTERRITORY #blog #blogger #bloggerblasts #bloggerlife #bloggermalaysia #bloggerno1malaysia #photo #photog #photography #photographer #streetphotography #traveller #travel #backpackers #backpack #visitseoul #visitkorea #tourismkorea #akukeseoul2017 #holiday #travelblogger #southkorea #namiisland #goasiaplus