Antara filem yang focus pada orang jahat lalu berjaya digarap dengan baik, Joker 2019. Babak last, joker nak cerita satu lawak, tapi takde orang faham, diapun bunuh orang tu.
Apa 'lawak' tu? Sebelum ni orang sangka, kegilaan Batman yang mencipta Joker. Tapi sebenarnya, Joker yang mencipta Batman.
Kesimpulan cerita ini..
Orang miskin forever alone bila stress dia jadi joker
Orang kaya forever alone bila stress dia jadi Batman.
Tapi Joker bukan sejahat Firaun yang mengaku tuhan.
Dan Batman pula bukan sehebat Nabi Musa dalam menegakkan keadilan.
Dalam perjuangan Batman, Joker tewas tapi orang jahat semakin ramai. Two Face, Penguin, Scare Crow, Bane dan macam macam lagi.
Dalam perjuangan Nabi musa menentang Sejahat jahat dan segila gila manusia, Firaun akhirnya mati kafir, tapi seribu ahli sihir Firaun mati beriman.
Itulah bezanya amal makruf vs nahi mungkar.
Think about it.
Tapi entah dari mana, ada pendapat mengatakan, Joker adalah orang baik yang tersakiti?
Dari mana falsafah ni datang?
Filem Joker cerita kisah seorang manusia yang tersakiti oleh sekeliling, lepas tu jadi jahat, bermakna orang jahat dalam cerita ini adalah orang segila joker yang disakiti. Bukan orang baik yang tersakiti.
(Baca: bukan semua pesakit mental menjadi jahat bila disakiti, banyak sebab Joker menjadi jahat jika nak salahkan pihak lain, faktanya ramai jer pesakit mental yang disakiti tetap jadi baik, lagi lagi yang ikut rawatan dan nasihat doktor, makan ubat, dan dekati diri dengan agama, Alhamdulilah jadi baik, biarlah Joker sorang jer yang jadi jahat, dan biarlah watak itu kekal dalam dunia fantasi, kita semua usahalah jadi baik, insyaAllah )
Sebab orang baik ni, tersakiti macam manapun tetap baik. Bak kata Nabi Muhamamd SAW bila orang buat jahat dekat dia dan tetap di balas baik, kenapa?
“Tak kan lah bila orang buat jahat dekat kita, maka kita nak buang sifat baik kita?”
Sebab tu nabi kena pukul, kena ludah, kena baling batu di Taif, tersakiti, lepas tu malaikat datang nak terbalikkan bumi Taif, tapi nabi doa semoga anak cucu orang Taif dapat hidayah.
Nampak tak?
Orang kafir tuduh Nabi gila,tapi Nabi tak gila, orang kafir dalam filem joker dah buktikan, orang segila Joker tersakiti, akan jadi jahat macam joker, tapi Nabi bila tersakiti tetap jadi baik sebab Nabi bukan Majnun.
“Tapi bang Hamka, itu Nabi..”
Baik, kita rujuk sahabat Nabi, bilal diseksa lebih teruk dari Joker, ada Bilal jadi jahat? Bilal jadi AJK masjid tau tak?
Khabab bin Alarat diseksa ada jadi jahat? Umar cakap belakang Khabab ni lual paling teruk? Kenapa terok sangat luka tu? Jawab Khabab, waktu masuk islam dia kena seret atas bara api hingga lemak dan darahnya padamkan api. Apa? Tak kenal Khabab tu siapa? Amboi, Joaquin Phoenix , Jack Nicholson, Heath Ledger, Jared Leto korang kenal pulak, Adohai.
Dulu Anwar Ibrahim tersakiti di zaman PM ke 4, ada Anwar jadi jahat? sakarang elok jer jadi baik dengan PM ke 7.
Dulu, Azmin Ali, Mat sabu, Guang eng, pernah tersakiti oleh PM ke 4, sekarang elok jer berkawan dengan PM ke 7.
(Bagi yang tak tahu: PM4 dan PM ke 7 adalah orang yang sama)
Sekarang Bekas PM datok Najib tersakiti dengan pelbagai tuduhan merompak, keluar masuk mahkamah, tapi elok jer jadi orang baik naik motor sambil berkata “malu apa bossku?”
Jadi hentikanlah guna ayat: Orang jahat adalah orang baik yang tersakiti. Biarlah dalam Filem jer falsafah itu berlalu.
Sebab orang jahat ni adalah, orang yang diberi peluang oleh Allah untuk pilih nak jadi jahat ke baik? Tapi dia pilih jadi jahat.
Buktinya dalam Al Quran surah Al Balad, Allah cerita setiap manusia di beri dua jalan iaitu kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi tapi ada yang memilih jalan kejahatan.
Sendiri mau pilih lepas tu salahkan orang konon tersakiti.
Tau tak?
Kata doctor, ramai orang jahat bila tersakiti di hospital, menjadi baik.
Kata warden penjara, ramai banduan bila tersakiti di penjara, menjadi baik.
Kata ustaz garang, ramai pelajar yang tersakiti di rotan menjadi baik.
Maka yang betulnya, orang ‘baik’ itu adalah orang jahat yang tersakiti.
Woha!
Sejahat jahat manusia, Firaun yang mengaku Tuhan, lepas tersakiti oleh azab Allah, menangis bertaubat dalam neraka!
Jelas tak?
Kesimpulannya:
Orang jahat itu adalah orang yang sakit hati.
Faham tak?
Orang jahat adalah orang yang sakit hati, dan bila dah tahu hati sakit, maka pergilah cari penawar bagi hati iaitu bertaubat, mengaku bersalah, beristigfar dan lain lain so call akhirat.
Al faham ke idop?
Habis tu jika nak guna ayat tersakiti ni kat mana yang sesuai?
Baik, Ada beberapa contoh yang sesuai untuk prosa tersakiti ini, sebab bila tersakiti bukan bertukar menjadi jahat sahaja, tapi bertukar kepada macam macam. Ada baik, ada jahat, macam-macamlah!
Contoh yang betul dalam bab tersakiti..
• Orang gemuk adalah orang kurus yang tersakiti.
• Ahli Bersatu adalah ahli Umno yang tersakiti.
• Ahli Amanah adalah ahli PAS yang tersakiti.
(okey, boleh sambung sendiri)
Woha!
同時也有7部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅Aanif Bahrin,也在其Youtube影片中提到,#aanifbahrin #reaction #pulang #hati #kclique #tuju #mk #somean #noki #gnello #reactwithaanif #ttonthemove #tulangkata #trending #malaysia What’s up...
al ahli vs 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的精選貼文
10 filem zombie paling best
Bila duduk berkurung dirumah, dan wabak sedang merebak di luar, layan filem zombie menambah insaf untuk kita tidak merayau, jadi saya senaraikan 10 filem zombie yang best bagi saya.
1. The Night Eats the World (2018)
Mula mula korang boleh layan filem Perancis berbajet rendah ni, tapi feel dia sampai, Kisah simple lelaki terakhir di bumi, sunyi yang mencekam hingga zombie dalam filem ini juga bisu, tiada roar…, lalu hero hanya mengurung diri dalam rumah, dan mengurung jiran yang jadi zombie untuk ajak bercakap. Ada jugak cubaan hero untuk berkawan dengan kucing tapi risiko ada kawan di waktu wabak zombie amat merbahaya. Dalam kesunyian, hero sempat bekarya dengan hasilkan muzik indah guna barang terpakai. Lalu muncul seorang wanita dengan idea berbeza, kata wanita itu: nak teruskan hidup, kena pindah randah jadi nomad, tapi hero pulak, prinsip hidup dia, kekal selesa di satu tempat sahaja, tiba tiba ada plot twist, aduh, sedihlah pulak. Layan!
2. The Rec (2007)
Jika filem French tadi bosan sebab tak ramai pelakon dan terlalu sunyi, jom layan filem Spanish ini, kisah Wartawan buat dokumentari pahit getir ahli bomba, dan ikut ahli bomba ke lokasi kecemasan, sekali ada virus zombie kat sana, Feel cemas movie ini sampai sebab rakaman guna hanya video cam. Oleh sebab filem Spanish ini sangat best, Holywood buat remake bertajuk Quarantine (2008) sama jer jalan cerita Cuma bajet lebih mahal dan bercakap English.
3. Train to Busan (2016)
Dari Spanish, kita terbang ke Korea, jom tengok kisah orang asia dan anak kesayangan terperangkap dalam keretapi yang wabak zombie sedang merebak, ruang keretapi yang sempit mencemaskan lagi babak serangan zombie. Filem zombie terbaik asia!
4. World War Z (2013)
Dari Korea kita pulang ke tempat asal usul Zombie yang mana Wabak zombie di gambarkan pada skala besar, hero menjelajah dunia mencari penawar, pergi Korea tapi semua dah jadi zombie hingga bom nuclear meletup, dan begitu pantas viris ini merebak seluruh dunia, dan bagaimana yahudi membina tembok tinggi di Palestin demi mencegah zombir panjat dinding!Kelemahan filem ini, zombienya kurang kejam tak berdarah sangat, lebih kepada nak menjangkitkan viris sahaja, tapi dengan bajet filem ini yang mahal, bolehlah kita tengok serangan zombie pada skala global.
5. Dawn of the dead (2004)
Oleh sebab filem War of Z tadi zombienya kurang ganas, dan lokasinya terlalu luas, apa kata kita layan Kisah sekumpulan manusia berlindung dalam pasar raya apabila wabak zombie merebak di sebuah bandar, maka di pasaraya semua ada, makanan, hiburan, dan macam macam, tapi manusia bila tamak, tingkat pasaraya pun berebut, hingga terpaksalah guna hokum rimba, yang kuat akan menindas yang lemah, dan walaupun di pasaraya semua ada tapi manusia tetap rindukan alam semula jadi, lalu mereka plan nak lari ke pulau, dan bermulalah masalah. Filem ni semua zombie layak mendapat anugerah pelakon pembantu terbaik. Tapi sayang ada dua tiga saat babak seks, mandi bogel, membuatkan filem ni tak sesuai untuk tontonan keluarga. Aduh.
6. 28 days later (2002)
Filem zombie di pasar raya tadi jika zombie gigit orang, masa nak bertukar jadi zombie tu makan masa beberapa jam, jadi masih boleh ikat mangsa gigitan tunggu dia mati dan tembak bila dan bertukar, tapi ada filem lagi seram, 20 saat lepas gigit terus jadi zombie, 28 days later ni memang zombienya ganas walaupun bajet file mini murah tapi feel seram tu sampai.
Babak awal lelaki berbogel koma di hospital, bila sedar dari koma, seluruh dunia tiada orang, heropun merayau cari orang tapi tak jumpa, rupanya semua dah jadi zombie yang aktif pada waktu malam. Kisah sisi jahat manusia bernama lelaki bila dah lama gersang tiba tiba jumpa perempuan. Pelakon tak ramai, tapi suasana ancaman zombie dan ancaman manusia jahat itu ‘sampai’.
7. The girl with all the gifts (2016)
Dari Hollywood, kita layan pula filem British, yang mana satu sudut dunia, ada harapan untuk kanak kanak di zaman virus merebak, lalu kajian sains menemukan zombie ini boleh dikawal kepada kanak kanak yang IQ tinggi, tapi begitulah, bukan semua rancangan manusia itu terjadi dengan baik, lalu kanak kanak ini memberontak!
8. Zombieland (2009)
Dah penat layan keseraman filem zombie, cari filem yang ringan sikit:
Apa akan berlaku jika dalam dunia ini hanya tingga empat orang manusia sahaja bersama ribuan zombie, empat manusia tu pulak sangat berbeza personality buatkan mereka bergaduh dan terpaksa berdamai, dan gaduh lagi, begitulah. Ceroita ni tak seram, zombie versi kreatif dan kelakar. Layan!
9. Shaun of the dead (2004)
Ok, tak cukup kelakar filem Zombieland sebab pelakon tak ramai? Jom layan Filem ini, masih ada ruang untuk ketawa dalam wabak zombie.
10. Land of the dead (2005)
Apa? Tak suka filem zombie yang kelakar, dan tak suka juga filem zombie yang terlalu ganas, nak yang sedan sedan sahja, hmmm, kena rujuk bapa zombie si Gorge Romero.
Maka bolehlah layan filem ini, fokos pada pasca zombie yang mana lepas dah lama zombie merebat, maka masyarakat terbahagi kepada dua, ada kisah kapatalist yang dapat layanan istimewa di zaman zombie, mereka duduk dalam bangunan mewah, bebas dari zombie, orang miskin pula terpaksa berjuang melawan zombie di luar pagar, maka sifat tamak manusia, dendam dan dengki pada orang kaya, dan mahu susah sama sama, maka usaha untuk buka pagar agar zombie serang golongan kaya agar semua susah sama sama. zombie dalam filem ni dah mula berelovasi serta bereformasi hingga dah nak pandai guna senjata.
Baik, demikianlah 10 filem zombie buat modal berjaga jaga dengan wabak serta virus, banyak lagi filem zombie lain tapi 10 ini bagi saya menghiburkan, feel nya sampai, dan boleh layan dua kali, jika durasi filem korang rasa pendek sangat sebab 1 jam setengah tak sempat nak karaktor development, maka boleh layan drama zombie.
Untuk drama saya layan Walking dead, tapi cukuplah episod Rick vs Gebenor kat penjara tu, lepas Rick lari dari penjara rasanya dah meleret leret sebab Rick asyik buat silap yang sama dan zombie lepas zaman penjara tu dah tak rasa ancaman sangat, makin slow dan sangat mudah dibunuh.
Mujur ada drama Kingdom dari Korea kisah zombie ganas, laju, mudah berjangkit dan oleh sebab filem tu zaman purba maka lebih susah nak bunuh dan perebutan takhta raja di zaman itu menambahkan dramatic drama tersebut. (tolong jangan tulis spoiler drama kingdom sebab saya belum habis menonton)
Sekian, ulasan filem zombie dari saya, seram juga menulis artikel ini di waktu perintah berkurung, jiran yang sunyi, larangan bebas bergerak, tiada terdengar azan, tiada bunyi kereta macam biasa.
Kena ambik wudhu, baca al quran, solat hajat, minta Allah selamatkan kita semua dari virus dan wabak.
Amin ya Rabbil alamin.
Ps: Ada penyakit akhir zaman yang merbahaya kata Nabi, namanya WAHAN, iaitu cinta dunia dan takut mati, apa tandanya? Layan semua filem zombie berjam jam ada masa, tapi nak solat, baca al quran tak ada masa, aduh.., pesan pada diri sendiri.
#hamkafilm
al ahli vs 在 Papa Azri Facebook 的精選貼文
Sambungan yang lepas......
PART 2
Pada 3 Disember 2018 jam lebih kurang 17.30 hrs barulah saya dilepaskan atas jaminan pihak Polis. Dan pada waktu itu juga Saya terus menyuarakan kepada pegawai Penyiasat dalam kes itu akan keyakinan saya wujudnya konspirasi yang diatur untuk mewujudkan ketegangan kaum antara Melayu vs India.
Pegawai penyiasat berminat untuk tahu lebih detail dan Saya kongsikan apa yang ada dalam kepala Saya setelah 4 hari 3 malam bermalam didalam lokap. Ya lah, duduk lokap ni apa yang kita boleh buat selain dari solat dan tidor kan? 😅 So waktu didalam lokap itu Saya banyak berfikir kenapa Saya ditangkap walhal video Saya yang tular pada hari insiden rusuhan kuil Seafield itu telah direkodkan sebulan sebelum nya. Jika mahu tular sudah pasti sehari atau dua hari selepas video direkodkan.
Selepas PRU14 Mei 2018, memang wujud satu gerakan yang disengajakan untuk membakar sentimen api perkauman Melayu vs India. Saya sendiri telah beberapa kali memberi amaran dalam siri live Saya akan cubaan pihak tertentu yang sengaja membakar api perkauman Melayu vs India. (Saya yakin ramai yang alert amaran yang telah Saya berikan).
Saya sebenarnya telah dijadikan mangsa konspirasi kes kuil di Seafield, mereka D4P telah edit klip video live Saya dan telah menyebarkan pagi hari insiden kuil di Seafield. Selepas penyebaran video dibuat mereka telah menggerakan ahli mereka untuk membuat laporan Polis ke atas Saya. Ini semua dibuat bagi membakar lagi api sentimen perkauman antara Melayu dan India rentetan insiden di Kuil Seafield.
Umum mengetahui bahawa kes kuil di Seafield jika tidak dikawal oleh Polis sudah pasti berlaku nya pergaduhan kaum. Saya tak boleh nak bercerita lanjut akan hal ini tetapi Saya nak ucapkan terima kasih kepada pihak Polis yang telah menggagalkan rancangan mereka yang mahu rusuhan kaum tercetus antara Melayu vs India. Jika tidak kerana kecekapan pihak Polis pada hari Arwah Adib dipukul sudah pasti berduyun-duyun orang Melayu akan amuk pada masyarakat India diseluruh Malaysia. Al fatihah buat arwah Adib 🤲🏼
Mungkin anda semua tidak perasan tetapi Saya harap anda semua berfikir dengan waras apa yang Saya nyatakan ini.
Penghujung 2018 bahang isu perkauman yang melibatkan Melayu dan India. Penghujung tahun 2019 ini? Apakah anda sedar apa yang sedang berlaku?
Ya, mereka telah mencetuskan isu perkauman antara Melayu vs Cina. Ini yang telah berlaku beberapa minggu kebelakangan ini melibatkan beberapa isu sensitif seperti Abu mayat Chin Peng Komunis, bendera Malaysia bintang lima, motor penguatkuasa Melayu MPKJ dilumur daging babi dan yang terbaru perjumpaan bekas-bekas Komunis.
Saya sangat yakin mereka sedang berusaha sedaya upaya untuk orang Melayu melantun dan seterusnya “AMUK” pada orang Cina. Ini lah juga yang mereka lakukan tahun lalu dalam rentetan insiden kuil di Seafield. Konspirasi yang dibuat ini adalah usaha mereka untuk dunia luar masuk dan campur tangan dinegara kita.
Saya telah menjadi mangsa konspirasi pada tahun lalu. Ramai masyrakat India benci kepada Saya kerana video yang diedit dari klip video penuh disebarkan waktu kes kuil di Seafield. Saya cuba pulihkan hubungan Saya dan masyarakat India. Saya harap masyarakat India di Malaysia sedar permainan jijik D4P dan Anwar yang akan gunakan apa sahaja demi agenda jijik mereka.
Begitu juga dengan masyarakat Cina yang mana pihak D4P menggunakan klip video Saya pada tahun lalu dan disebarkan pada hari terakhir kempen di PRK Tanjung Piai. Saya sekali lagi dijadikan mangsa konspirasi dengan tujuan membuatkan pengundi Cina marah dan seterusnya menolak BN.
Alhamdulillah, di Tanjung Piai majoriti pengundi Cina sedar permainan jijik D4P. Pengundi Cina di Tanjung Piai menolak politik perkauman yang dibawa D4P dalam kempen-kempen mereka. Video Saya yang diulang kali kedua telah menjadi basi dan tidak lagi laku.
Sebab itu selepas PRk Tanjung Piai, mereka mencetuskan satu persatu isu yang disengajakan untuk mencetuskan ketegangan kaum Melayu vs Cina. Mereka sedang berusaha untuk bangsa Melayu berperang dengan bangsa Cina.
Saya merayu kepada rakyat pelbagai kaum yang ada di Malaysia. Kawal lah emosi kita tak kira apa bangsa sekalipun. Jangan kita masuk perangkap mereka kerana jika berlaku sesuatu insiden rusuhan kaum maka kita akan sekali lagi dijajah oleh dunia luar sepertimana yang telah berlaku dibeberapa negara Islam yang lain.
Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain bangsa warganegara Malaysia, wake up dan tolak politik keji D4P dan Anwar. Jangan lupa insiden di Lahad Datu Mac 2013 kerana ianya juga adalah konspirasi yang dirancang oleh mereka yang kemaruk kuasa.
Waktu Saya menaip coretan ini Saya terfikir bahawa mungkin mereka sedang merancang konspirasi terbaru ke atas Saya dalam menjadikan Saya bahan kempen untuk mencetuskan ketengangan kaum di Malaysia. Saya tidak akan mengalah dan akan terus berjuang menyedarkan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia.
-TAMAT-
PART 1 - https://www.facebook.com/100506774683011/posts/161739341893087?sfns=mo
#bubarparlimen
al ahli vs 在 Aanif Bahrin Youtube 的最佳貼文
#aanifbahrin #reaction #pulang #hati #kclique #tuju #mk #somean #noki #gnello #reactwithaanif #ttonthemove #tulangkata #trending #malaysia
What’s up guys. Harini kita akan terus ke next reaction part 7 bersama K-CLIQUE & TTONTHEMOVE.Pulang merupakan sebuah lagu "frust" daripada K-Clique selepas kena diss??
K-Clique VS TTOnTheMove | Tahlil + Al-Fatihah Dia Bagi! - REACTION : https://youtu.be/16yISKpVM18
[PART 2] K-Clique VS TTOnTheMove | Tuju Kasi Balas Sama Kloud$ - REACTION : https://youtu.be/6WoZYSYfWno
[PART 3] K-Clique VS TTOnTheMove | Welcome To The Ground AHLI NERAKA! - REACTION : https://youtu.be/Yr9J8e4gz_0
[PART 4] K-Clique VS TTOnTheMove | K-Deaf Tiru Verse B-Heart - REACTION : https://youtu.be/HTZWXba8LNo
[PART 5] K-Clique VS TTOnTheMove | Ini CLIQUE Bukan One Hit Wonder! - REACTION : https://youtu.be/PS4xaY4INL0
[PART 6] K-Clique VS TTOnTheMove | Dulu Kami Satu Bumbung - REACTION : https://youtu.be/BPaZ1ASI7e4
[PART 7] K-Clique VS TTOnTheMove | K-Clique Kasi Keluar Pulang Selepas Bosan Kena Diss?? - REACTION : https://youtu.be/pqVN4H4w9iY
Pastikan korang nengok sampai habes tau !
So, stay tuned and enjoy
Follow IG : aanifbahrin
*All the credit of the song in this video goes to K-CLIQUE & AJ
*Purpose of this video is just for fun only.

al ahli vs 在 Aanif Bahrin Youtube 的最讚貼文
#aanifbahrin #reaction #perahuretak #popcorn #airseeyaw #rompaksound2 #kapitalis #battle #kclique #tuju #mk #somean #fareedpf #nastynas #kdeaf #noki #gnello #reactwithaanif #ttonthemove #tulangkata #klouds #azhamradio #trending #malaysia
What’s up guys. Harini kita akan terus ke next reaction part 6 bersama K-CLIQUE & TTONTHEMOVE. Dengar cerita makin menyala-nyala scene hip-hop Malaysia sekarang ni.
K-Clique VS TTOnTheMove | Tahlil + Al-Fatihah Dia Bagi! - REACTION : https://youtu.be/16yISKpVM18
[PART 2] K-Clique VS TTOnTheMove | Tuju Kasi Balas Sama Kloud$ - REACTION : https://youtu.be/6WoZYSYfWno
[PART 3] K-Clique VS TTOnTheMove | Welcome To The Ground AHLI NERAKA! - REACTION : https://youtu.be/Yr9J8e4gz_0
[PART 4] K-Clique VS TTOnTheMove | K-Deaf Tiru Verse B-Heart - REACTION : https://youtu.be/HTZWXba8LNo
[PART 5] K-Clique VS TTOnTheMove | Ini CLIQUE Bukan One Hit Wonder! - REACTION : https://youtu.be/PS4xaY4INL0
[PART 6] K-Clique VS TTOnTheMove | Dulu Kami Satu Bumbung - REACTION : https://youtu.be/BPaZ1ASI7e4
[PART 7] K-Clique VS TTOnTheMove | K-Clique Kasi Keluar Pulang Selepas Bosan Kena Diss?? - REACTION : https://youtu.be/pqVN4H4w9iY
Pastikan korang nengok sampai habes tau !
So, stay tuned and enjoy
Follow IG : aanifbahrin
*All the credit of the song in this video goes to K-CLIQUE & TTONTHEMOVE
*Purpose of this video is just for fun only.

al ahli vs 在 Aanif Bahrin Youtube 的最佳解答
#aanifbahrin #reaction #kumerais #rompaksound2 #dignity #battle #kclique #tuju #mk #somean #fareedpf #nastynas #kdeaf #noki #gnello #reactwithaanif #ttonthemove #klouds #bheart #trending #malaysia
What’s up guys. Harini kita akan terus ke next reaction part 5 bersama K-CLIQUE & TTONTHEMOVE. Dengar cerita tengah panas scene hip-hop Malaysia sekarang ni.
K-Clique VS TTOnTheMove | Tahlil + Al-Fatihah Dia Bagi! - REACTION : https://youtu.be/16yISKpVM18
[PART 2] K-Clique VS TTOnTheMove | Tuju Kasi Balas Sama Kloud$ - REACTION : https://youtu.be/6WoZYSYfWno
[PART 3] K-Clique VS TTOnTheMove | Welcome To The Ground AHLI NERAKA! - REACTION : https://youtu.be/Yr9J8e4gz_0
[PART 4] K-Clique VS TTOnTheMove | K-Deaf Tiru Verse B-Heart - REACTION : https://youtu.be/HTZWXba8LNo
[PART 5] K-Clique VS TTOnTheMove | Ini CLIQUE Bukan One Hit Wonder! - REACTION : https://youtu.be/PS4xaY4INL0
[PART 6] K-Clique VS TTOnTheMove | Dulu Kami Satu Bumbung - REACTION : https://youtu.be/BPaZ1ASI7e4
[PART 7] K-Clique VS TTOnTheMove | K-Clique Kasi Keluar Pulang Selepas Bosan Kena Diss?? - REACTION : https://youtu.be/pqVN4H4w9iY
Pastikan korang nengok sampai habes tau !
So, stay tuned and enjoy
Follow IG : aanifbahrin
*All the credit of the song in this video goes to K-CLIQUE & TTONTHEMOVE
*Purpose of this video is just for fun only.
