Sisi cerah anak duduk di asrama.
Semalam ada orang share kisah sisi gelap anak duduk asrama seperti buli, gay, kawan tak bermoral, warden jahat, jenayah dan sebagainya.
Lepas tu ada pulak orang share sisi gelap anak duduk di rumah seperti cabul, sumbang mahram, hisap dadah, rogol anak dan sebagainya.
Apabendapun, jika tengok sisi gelap memang gelaplah nampaknya.
Tapi tahi cicak yang jatuh dalam kopi tetap boleh nampak sisi putihnya, dan jika jatuh dalam susu baru lah Nampak sisi gelapnya, bermakna ada kebaikkan tersembunyi walaupun pada tahi cicak bagi mereka yang mahu berfikir.
Kisah anak sulong saya, cemerlang UPSR dapat masuk asrama.
Menangis hari pertama kena tinggal, maklumlah dah 12 tahun hidup bersama ibu bapa, tiba tiba kena tidur jauh dari keluarga di tempat asing bersama orang asing.
Saya pesan pada dia: “Malam malam di katil asrama sorang diri. Agak agak sedih tak boleh tidur, pergi ambil wudhu solat hajat doa apa-apa yang patut. Hidup memang macam ni. Bertemu dan berpisah. Ayah nak jadikan kamu kuat dan berdikari”
Alih alih saya yang tak boleh tidur teringkatkan dia, saya yang bangun pergi ambil wudhu solat hajat doa kejayaan pada anak-anak.
Tapi niat saya adalah nak suruh anak kuat, jangan bergantung pada ibu bapa dan sila belajar survival, jika kena buli: bertindak! Lawan jika ada peluang, lari dengan ilmu dan jika ada gay ajak jadi gay: melawan, berdakwah, guna Ilmu agama, dan jika ada masalah, selesaikan, guna akal, guna peluang, guna kemampuan, dan jangan lupa pada Tuhan.
Sebab saya dulupun duduk asrama juga, ada masalah buli, saya handle, lekas lekas saya buat hubungan baik dengan samseng yang boleh digeruni oleh samseng lain, kes gay, saya dakwah, mereka malu, saya juga buat hubungan baik dengan warden, banyak hack life di asrama dapat kita kecapi jika baik dengan warden.
Itu cerita saya, cerita anak, pejam celik pejam celik, dah 3 tahun anak duduk asrama.
Waktu dia tiada, saya bebas dengan urusan saya, berdakwah, berceramah, keluar tengok wayang malam rabu dengan geng orang tua, ha ha. Hidup diteruskan.
Hari dia balik sebulan sekali rasa seronok macam esok hari raya, dan oleh sebab dia jarang ada rumah, bila dia bercuti saya akan luangkan masa sepenuhnya bersama anak-anak seperti hiking, makan angin, tengok wayang dan lain lain (video aktiviti saya dan anak anak ada dalam youtube hamka keretamayat)
Okey saya bandingkan pulak dengan anak jiran yang sebaya tapi tak duduk asrama, nampaknya anak yang duduk asrama lebih rapat dengan kita, sangat hormat dan sayang pada ayahnya, tapi anak yang duduk Bersama si ayah, asyik gaduh, melawan, tak nak jalan sama sama, sibuk keluar dengan kawan, okey bukan semualah tapi ada.
Sebab remaja ni jika kita yang tua duduk dengan mereka lama-lama memang banyak tak sebulu, boleh bertekak sahaja, jadi saya hantar anak asrama, pandai dandailah korang survival, ayah pantau dari jauh, Allah yang jaga kita semua.
Baik, dari segi akhlak, saya dapat tahu anak saya dilantik jadi Imam di Asrama, subuh jummat wajib dia jadi Imam sebab dia hafal surah Al sejadah, dia juga aktif dengan macam macam aktiviti hingga warden selalu puji dia.
Waktu PT3 dia dapat cemerlang, dapat tawaran sekolah sains, Teknik, dan MRSM, saya suruh dia pilih sendiri, dan dia mahu ambik mrsm walaupun terpaksa jauh di kelantan, warden cakap, asrama lamanya dah kehilangan Imam tarawih yang sedap bacaanya..
Jadi anak ke MRSM dan kat sana dia wakil sekolah hafazan, dan masuk bertanding jadi wakil pelajar, dan menang. Tahniah anak, ayah dulu pengawas perpustakan sahaja.
Sekarang dia dah tingkatan empat, anak sulung yang sangat menyenangkan ayahnya, balik cuti merdeka baru ni saya ajak berjalan ke bandar sambil bertanjak, tak bantah pun ikut jer, anak soleh betul.
Saya juga suka bersembang kisah drogonball super, one punch man dengan anak-anak, ha ha!
Si anak juga suka tanya soalan agama, sampai saya tulis buku KISAH ANAK BINI, himpunan soalan anak saya yang pelik dan tak terjangkau minda.
Tapi itulah anak, saya rasa dia lebih alim dari saya sewaktu saya diumurnya, sekarang ini, dalam kereta saya kadang-kadang on muzik lagu XPDC, dia pakai earphone dengar orang mengaji.. malu ayah anak oii.
Jadi begitulah sisi terang anak di asrama, ayah memang suka semua anak masuk asrama sebab nanti jika ayah dan Bonda tiba tiba mati, (ayah dah tulis buku NGETEH DIKUBUR AYAH-Surat ayah dari kubur kepada anak anak)
Kat mana tadi? Oh ye, ayah memang suka semua anak masuk asrama sebab nanti jika ayah dan Bonda tiba tiba mati, korang tak lah kekok sangat merasai diri macam anak yatim piatu sebab hidup di asrama ni memang kena berdikari macam anak yatim piatu.
Sungguh hidup ini hanya sementara, dan kematian itu datangnya tiba tiba.
I love you.
Semua anak ayah.
Ps: ayah dah puji korang di Media social, so jangan buat malu pada ayah dengan malas belajar dan akhlak buruk, cover line sikit yer? Woha!
Ps2: 15hb sept ini bertempat di Ampang KL, saya buat kursus menulis, jom bersembang di sana:
http://wasap.my/60199117163/Penulisankreatif
http://wasap.my/60199117163/Penulisankreatif
http://wasap.my/60199117163/Penulisankreatif
同時也有8部Youtube影片,追蹤數超過3,530的網紅Iena Eliena,也在其Youtube影片中提到,Cik iena kongsikan Bukit Saga waterfall Trail Vlog dari Cik iena dan kawan kawan Hiking. KAmi Hiking pada 13 March 2021 bersamaan hari Sabtu. Kebanyak...
ampang hiking 在 Bellaidura.com Facebook 的最讚貼文
Aktiviti hiking dalam KL jerk...
ampang hiking 在 Iena Eliena Youtube 的精選貼文
Cik iena kongsikan Bukit Saga waterfall Trail Vlog dari Cik iena dan kawan kawan Hiking.
KAmi Hiking pada 13 March 2021 bersamaan hari Sabtu. Kebanyakan yang join adalah rakan pejabat dan rakan kepada rakan pejabat. Biasanya group hiking kami memang sentiasa bertambah.
Cik iena jenis Hiking santai so takde masalah kalau yang nak join tu takde pengalaman hiking ke. Sebab kalau korang lambat macam mana pun kami akan tunggu . Yang mana laju boleh naik dulu. Bila ada persimpangan besar yang boleh buatkan semua berpecah kami akan tunggu dipersimpangan sampai semua orang datang. Ye la dalam hutan mana ada line talifon.
Kebiasaannya cara iena hiking kita takkan berpecah route. Semua akan pilih route yang sama. Kalau ada yang injured akan ada org yang gilir gilir teman jalan. Nak dukung tak boleh lah memasing penat. Apa-apa pun masa balik semua mesti balik sekali dan akan singgah makan mana-mana sama sama.
Kalau korang nak pergi Bukit Saga waterfall Boleh waze Bukit Saga, then bilih jalan saga 24 .
Dekat situ ada tangga dan ada tokong kecil merah. Naik tangga tu dan korang akan lalu kebub kecil yang penduduk bercucuk tanam. Pergi kearah jambatan hinghway SUKE.
Lalu bawah jambatan dan korang akan nampak laluan masuk ke dalam hutan. Boleh rujuk video iena ya. Tapi iena tak record semua laluan sebab pakai phone je ni. Action camera hilang. So laluan mendaki atau menurun yang sukar memang tak rakam. Tak berani nak pegang phone.
Selepas sampai per simpangan ke saga hill top kami melalui Ah Pek Hill Trail untuk sampai ke Bukit Saga waterfall. Bila balik rumah tengok maps rupanya BUkit saga waterfall memang jauh ke dalam hutan haha. Kalau teruskan perjalanan lagi boleh sampai ke Ah Pek Hill Upper watterfall
Laluan kami ni Bukit Saga Via Taman Saga atau Bukit Saga Trail C . Orang kata Trail B lebih mudah tapi iena tak tau laluan masuk trail B ni dari mana. Kalau korang tau boleh kongsi di ruangan komen ya.
FIND ME AT
Blog : http://www.ienaeliena.com/
Instagram : https://www.instagram.com/ienaeliena/
Fanpage : https://www.facebook.com/ienaelienadotcom
Facebook 1 : https://www.facebook.com/ienaeliena
Facebook 2 : https://www.facebook.com/ienawahab
Twitter : https://twitter.com/ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com
#ienaeliena #malaysianblogger #lifestyleblogger #travelblogger #beautyblogger #foodblogger #hiking #bukitsaga #bukitsagawaterfall #bukitsagawaterfalltrail
ampang hiking 在 乐飞翎luvfeelin Youtube 的最讚貼文
肯把拉山邂逅爱情鸟 Zizi
BUKIT KEMBARA 雪州肯巴拉山 打卡绿湖水坝
https://www.luvfeelin.com/2020/10/bukit-kembara-green-lake-dam.html
#malaysiahikingblogger #luvfeelin
ampang hiking 在 阿勇Johnsom - 美食旅游TV Youtube 的最佳解答
#大马生活 #安邦 #湖中亭
■ 更多視頻請追蹤【 https://goo.gl/42sqyQ 】每週上視頻■ 隐藏在安邦的湖中亭 Bukit Kembara Hill #大马生活 #大马旅游
好久没有爬山啦!今天终于安排到了!行动管制令的第一爬就选这一个比较初级的Bukit Kembara Ampang~ 因为要让身体慢慢恢复体力~ 哈哈哈哈! 这里不难爬上下山只需1个小时30分钟就可以爬完了~ 我是觉得刚刚好~ 不会爬到不爽不流汗~ 又不会太幸苦~ 爬到打击信心不想在怕~ 所以Ampang的Bukit Kembar我觉得不错~ 初学者来这里应该会上瘾~ 会想继续找下一座山~
山里还隐藏着一个湖,湖中有个亭子~ 那亭子的作用是拿来干嘛的呢?有人的话欢迎分享哦~
上山及集合地点:
https://goo.gl/maps/ByTkhJJ2LiZSMGmH9
有兴趣了解关于更多关于旅游的大家!可以追踪我的YouTube、Facebook及Instagram Story!
► ► ► 赶快关注我已获得更多旅游资讯
Facebook: https://goo.gl/W46gpa
Youtube: https://goo.gl/42sqyQ
Instagram:https://goo.gl/BsDt99
Tiktok: johnsom.eattravel
優酷: http://i.youku.com/mapolang