"Amalan Surah Pilihan Harian Mengikut Waktu"
1 - Selepas solat Subuh baca surah Yassin.
(dijanjikan apa yang kita kehendaki pada hari itu akan ditunaikan..wallahua'lam).
2 - Selepas solat Zohor baca Surah Ar-Rahman.
(Untuk lahirkan sifat syukur, mengingatkan kita tentang kebesaran Allah SWT dan segala nikmat yang telah Dia berikan kepada kita).
3 - Selepas solat asar, baca surah An- Naba'.
(Allah SWT akan mengampunkan segala dosa kita kecuali dosa syirik).
4 - Selepas solat Maghrib baca surah Al-Waqiah.
(dijanjikan siapa yang amalkan baca, kemiskinan dan kebuluran tidak akan dihadapinya).
5 - Selepas solat isyak baca surah Al-Mulk dan As-Sajdah.
(Untuk menghindari diri daripada seksa kubur. Rasulullah saw tak akan tidur selagi 2 surah ini tidak di baca).
6 - Pada malam atau hari Jumaat, baca surah Al Kahfi.
( Untuk elak dan selamat daripada fitnah Dajjal).
7 - Sebelum tidur baca ayat Kursi.
Untuk lindungi dan memagar diri daripada gangguan kejahatan dan juga baca surah Al- ikhlas 3 kali.
(Orang yang membacanya ibarat telah khatam 30 juzuk AlQuran, jika dibaca setiap hari, umpama setiap hari juga kita khatam Quran).
Amalan yg sedikit tapi konsisten/istiqomah diamalkan, lebih di sukai dan disayangi Allah berbanding amalan-amalan hebat/besar tetapi tidak istiqomah.
Alhamdulillah ♥️
#jommuhasabahdiri #videodakwah #istiqomah #ingatanbuatdiri #buatsemua
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過38萬的網紅Bumi Ratu Channel,也在其Youtube影片中提到,Apa yg sy rasakan dlm jiwa sy ialah ilmu yg bermenafaat yg sy amalkn dlm perniagaan dn memacu diri sy utk terus ke depan memegang ciri2 keislaman yg s...
apa itu istiqomah 在 Facebook 的最讚貼文
Disebutkan oleh Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam bahawa antara tanda akhir zaman adalah keluarnya dajjal. Apa yang saya belajari dari hadis-hadis akhir zaman ialah sesuatu yang nampak baik pada zahir belum tentu baik dan sesuatu yang nampak pada zahir tidak baik, dibenci, ditolak itu belum tentu buruk malahan adalah baik.
Baginda Sallalahu Alaihi Wasalam bersabda;
"Sungguh Dajjal akan keluar dan bersamanya ada air dan api. Apa yang dilihat manusia air sebenarnya adalah api yang membakar. Apa yang dilihat manusia api sesungguhnya adalah air minum dingin yang segar. Barangsiapa di antara kalian yang mendapatinya hendaknya memilih yang dilihatnya api, karena itu adalah air segar yang baik." (HR. Muslim No. 2935)
Apa yang saya belajari dari hadis di atas adalah peringatan dari Nabi agar kita berhati-hati dengan tipudaya dajjal yang membalut kebatilannya dengan kecantikan dan menutup kebenaran dengan keburukan. Betapa banyaknya firman Allah dalam Quran mengatakan apa yang kita sukai belum tentu baik untuk kita dan apa yang kita benci mungkin yang terbaik untuk kita.
“…boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
(Al-Baqarah 2:216)
“…boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).”
(An-Nisaa' 4:19)
Oleh sebab itu, Islam mengajar saya untuk berfikiran rasional dan tidak terlalu dipengaruhi oleh emosional dalam membuat keputusan. Sebab itu Ali bin Abi Talib pernah berkata;
“Sesaat kemarahan, penyesalan seumur hidup”
Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam juga mengingatkan bagaimana di akhir zaman, kata-kata pendusta akan dibenarkan manakala orang yang jujur didustakan, pengkhianat dipercayai tetapi yang amanah dianggap pengkhianat.
“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan orang yang jujur malah didustakan, pengkhianat dipercaya sedangkan orang yang amanah justru dianggap sebagai pengkhianat."
[HR Ibn Majah]
Banyak pengajaran yang saya dapat dari Al-Quran & Sunnah yang jikalau kita fahami dan amalkan dalam kehidupan, nescaya hidup kita bahagian & istiqomah kerana tidak mungkin prinsip Al-Quran & Sunnah sebagaimana difahami & diamalkan Nabi & sahabat Radiyallahuanhum itu salah.
Syukur, prinsip Islam telah banyak mengubah cara berfikir saya tetapi juga mengubah cara saya membuat keputusan agar lebih rasional dan bukannya emosiol berpandukan prinsip Al-Quran & Sunnah. Semoga Allah kurniakan kepada kita semua ilmu yang bermanfaat lalu dijadikan amalan dalam kehidupan di dunia. Allahuma Ameen
Bagaimana pula dengan sahabat semua? Bagaimana prinsip Islam telah mengubah anda?
apa itu istiqomah 在 Facebook 的最佳貼文
Sesuatu yang tak disangka... Seringkali mendatangi kita.. Itukah suratan dalam kehidupan atau sekadar satu kebetulan? Kita asyik membicarakan, persoalan hidup dan pilihan... serta kejujuran semakin berkurang, masih tiada bertemu jawapan..
Walau kita dihadapkan dengan berbagai pilihan, mengapa sering terjadi pilihan tak menepati... Hingga amat menakutkan, menghadapi masa depan, seolah telah terhapus sebuah kehidupan yang kudus...
Hidup ini sering menghadirkan pilihan buat setiap insan. To go with the flow and the crowd maka hidup akan disukai insan lain.. Atau to go with the truth and principle dari Quran & Sunnah yang mungkin menyebabkan kita head on collision dengan public figure yang disukai sehingga kita akan dicaci dan dihina?
Saya lebih memilih to go with the truth and principle... Nak play safe dan mendiamkan kemungkaran bagi saya bercanggah dengan best practice ajaran Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam iaitu apabila nampak kemungkaran cegah dengan tangan dan jikalau tidak mampu dengan lisan dan selemah lemah iman adalah sekadar membenci dalam hati.
Nak unfollow, bismillah. Nak caci maki, saya maafkan lebih awal jikalau sesiapa lakukan itu kerana kejahilan. Jikalau kerana ketaksuban, maka saya doakan agar Allah kurniakan hidayah buat saya dan anda.
Hidup lebih tenang bila kita buat apa yang Allah & RasulNya suka. Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam boleh hidup senang dengan mendiamkan kemungkaran tetapi Baginda & sahabat Radiyallahuanhum memilih bersuara sehingga mendapat tentangan & sengsara di dunia tetapi kesenangan di akhirat . Abdullah ibn Ubay ibn Salul jadi talam dua muka, maka hidup dengan kesenangan di dunia tetapi penuh kesengsaraan di akhirat.
Semoga kita semua terus istiqomah dalam prinsip & kebenaran. Semoga Allah redha dengan niat dan usaha kita. Allahuma Ameen
apa itu istiqomah 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的最讚貼文
Apa yg sy rasakan dlm jiwa sy ialah ilmu yg bermenafaat yg sy amalkn dlm perniagaan dn memacu diri sy utk terus ke depan memegang ciri2 keislaman yg sy perlukan utk berlaku adil pada manusia lain.. Dan mendapat kenyamanan hati bila sy pegang syariat kuat2.. bkn sbb sy nak tunjuk sy baik..
.
Kpd pembaca di youtube atau di mana2 media social sy.. memang susah utk mengekalkan dlm diri manusia.. lebih susah dari mencari kekayaan.. mencari kekayaan itu telah dpt sy buktikan.. tapi utk mencari kebaikan, blm tentu sy istiqomah..
.
Sbb tu bila banyak musafir, sy banyak muhasabah diri.. mujahaddah diri.. dn sy mengharapkan anak sy tiru sifat sy yg mana baik..
.
Peniaga di bawah sy yg sy namakan jutawan bonda, sy anggap sbgai anak didik sy.. supaya menjadi seorg mukmin yg baik.. seorg peniaga yg berektika mulia, memegang syariat islam dn mengasihi manusia lain..
.
Itu yg sy terapkan sbb tu sy bawa mereka ke palestine utk melihat perjuangan kita bkn setakat peniaga tetapi mbangunkan islam dn mbantu negara2 islam utk mbangun..
.
Smoga ia menjadi fardhu kifayah yg disaksikan di hadapan Allah bila kita di akhirat nanti.. mudah2an ia menjadi syafaat dlm kehidupan dn penerang sewaktu dlm kematian nanti