"Kisah Yang Menghidupkan"
Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan lagi untuk join Program MDB With Youths "Heal & Grow" anjuran 5pages1day. Dan seperti biasa Datuk Dr Mohd Daud Bakar (MDB) akan membuat lontaran minda kepada peserta dalam lebih kurang 15 minit. Penulisan pada minggu ini agak panjang sikit kerana saya hanya memindahkan apa yang telah dikongsikan oleh MDB. Mudah-mudahan semua dapat melihat bahawa tugas MENULIS ini bukan tugas biasa-biasa, tugas orang yang luar biasa. Kerana ramai orang suka membaca mungkin, tetapi kalau tidak ada bahan bacaan, bagaimana manusia boleh membaca? Kata orang-orang motivasi, "tanpa buku ditulis, dunia akan sepi."
Dalam konteks kita kalau tidak ada ilmu dan buku yang ditulis, ilmu juga akan beku. Kita akan melihat suatu kejumudan, suatu kelesuan pemikiran sebab buku itu melambangkan pemikiran, melambangkan suatu gelombang pemikiran yang tinggi di kalangan penulis dan pembaca. Malah kadang-kadang pembaca lebih banyak berfikir daripada penulis dengan lontaran yang kita lontarkan.
Apatah lagi kalau buku itu adalah sebuah kitab yang suci seperti al-Quran yang pastinya sarat dan padat dengan mesej yang boleh ditafsirkan, yang boleh dikembang-kembangkan, boleh dianjal-anjalkan supaya menjadi makna dan gelombang yang sentiasa hidup dalam pelbagai lapisan dan dimensi kehidupan. Pada hari ini, MDB berkongsi berkenaan Surah Yusuf ayat 3:
نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ اَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَآ اَوْحَيْنَآ اِلَيْكَ هٰذَا الْقُرْاٰنَۖ وَاِنْ كُنْتَ مِنْ قَبْلِهٖ لَمِنَ الْغٰفِلِيْنَ
Terjemahan: Kami menceritakan kepadamu (Muhammad) kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al-Qur'an ini kepadamu, dan sesungguhnya engkau sebelum itu termasuk orang yang tidak mengetahui.
Apa yang menarik perhatian MDB, bagaimana Allah S.W.T. mengibaratkan atau memberi suatu kualiti deskripsi yang menarik iaitu "Kami akan menceritakan ke atas kamu sebaik-baik Kisah." Maknanya dalam al-Quran ini, cerita ini suatu benda yang penting. Malah tidak keterlaluan jika disebut secara rambangnya 1/3 daripada al-Quran adalah cerita. Cerita itu merupakan satu keperluan kemanusian dan tidak ada manusia yang boleh menafikan bahawa cerita itu hanya relevan pada zaman dahulu. Cerita bukanlah bermaksud konten itu, tetapi cara pengceritaan itu. Manusia sentiasa suka untuk mendengar cerita, membaca cerita, malah difilemkan cerita kerana itu sifat manusia. Dan Allah S.W.T. menjadikan manusia ini pada pandangan MDB suka kepada pengceritaan.
Manusia ini adalah "the best story telling creatures". Manusia ini adalah sebaik-baik pengciptaan Allah untuk menceritakan dan mendengar cerita. Anak-anak kita kalau diceritakan, mereka suka mendengar cerita. Sebab itu di budaya Barat, mereka banyak melakukan cara Pendidikan melalui pengceritaan. Daripada kecil lagi cerita mimpi, cerita perjuangan, cerita visi, cerita masyarakat, cerita binatang telah diajarkan. Sebab itulah motivasi manusia untuk berfikir.
Dalam masyarakat kita di Malaysia, MDB bercerita tentang zamannya dahulu yang mana kita dilarang atau jangan bermimpi. Kita tidak digalakkan untuk melakukan satu imaginasi yang tinggi malah dijadikan dalam silibus Pendidikan, kisah angan-angan Mat Jenin. Tidak boleh angan-angan. Dianggap satu benda yang buruk dan negatif. Kalau kita angan-angan, kita ditegur oleh ibu bapa kita. "Hang ni kenapa duk berangan sangat, kenapa duk berkhayal sangat." Sedangkan angan-angan itu, khayalan itu adalah sifat manusia yang ada gelombang positifnya dalam masyarakat. Jadi, dalam konteks ini kita melihat bahawa cerita itu boleh disalurkan kepada membina mimpi dan impian. Kerana kalau nak bagi rasa semangat dengan fakta dan cerita biasa tidak boleh.
Jika kita nak buat buku motivasi, sekadar buku motivasi, tidak ada pengceritaan, ia tidak menarik. Malah dalam buku motivasi kesemuanya mesti ada case study, mesti ada clinical report, mesti ada pengalaman-pengalaman orang psikiatrik, orang psikologi, orang NGO, orang-orang Korporat yang membuat benda-benda yang luar biasa untuk memberikan motivasi kepada pembaca. Jadi dia punya "core focus" adalah sebuah cerita yang ingin dikongsikan bersama oleh Penulis kepada Pembaca.
Berbalik kepada Surah Yusuf, kenapa al-Quran ini cerita? Dan kadang-kadang kita rasa cerita dalam cerita, dalam bicara hukum-hakam yang serius dimasukkan cerita sekejap, kemudian keluar balik, kemudian masuk balik, mesti ada suatu mesej yang terlalu Agung, yang terlalu mulia yang mungkin frekuensi minda kita tidak boleh mendapat jawapan tersebut. "It's not the fault of the Quran, it's the fault of the Heaven, is the fault of ourself yang kita menggunakan frekuensi yang rendah untuk memahami suatu yang tinggi." Cerita Nabi Yusuf bukan biasa-biasa, sedangkan cerita ini "is the best story ever told in the Quran." Dari segi bahasanya, cara pengceritaannya, cara metaforanya, cara pemikiran futurisnya, cara pemikiran throwback/flashback, cara mesej dalam cerita, cara ketukan-ketukan hati dan minda semua ada dalam Surah ini.
Sebagai mengambil semangat ini, sudah tiba masanya kita "upgrade" ilmu al-Quran kita. Ada orang dia baru atau sedang belajar untuk membacanya. Baik dan teruskan. Ada orang pula dia sedang talaqqi dengan guru untuk memperelokkan bacaan. Bagus juga dan teruskan. Cuma saya nak mengajak diri saya dan pembaca sekalian untuk belajar ilmu Tadabbur al-Quran juga, mudah-mudahan kita bukan sekadar boleh baca tetapi memahami dan mengamalkannya. Tambahan lagi di Televisyen dan Media Sosial dah macam-macam Slot al-Quran ini. Sebagai contoh My Qurantime di TV Al-Hijrah, Pages Facebook Tadabbur Centre dan MDB sendiri ada Slot Tadabbur Al-Quran Secara Kognitif bersama Ustaz KAB setiap Sabtu jam 3 petang (hari ini). Tinggal mahu atau tidak sahaja. "Better late than never." 😃
Berbalik kepada Penulis Muda atau baru belajar menulis, jadi MDB melihat bahawa "Kisah" ini banyak faedah dan manfaatnya. Kalau nak menulis, jangan abaikan aspek ini walaupun kita mula dengan apa yang kita suka dahulu, bidang kita sama ada penulisan sastera, penulisan akademik, penulisan agama, penulisan saintifik, penulisan politik, kritikan dan sebagainya. Jangan lupakan aspek cerita-cerita dalam penulisan kita. Kerana al-Quran pun sarat dan padat dengan "Cerita". Jadi atas dasar itu, kita kena banyak baca buku-buku cerita dan novel. Ceritalah yang dapat merungkaikan segala-galanya.
Untuk menjadi penulis masa hadapan, kita mengambillah inspirasi daripada al-Quran, yang penuh dengan cerita dan kalau kita baca cerita al-Quran, buka minda kita. Kadang-kadang MDB rasa bahawa, (mungkin tidak betul), mesej yang tersirat di sebalik cerita itu, lebih hebat dan lebih berat daripada mesej yang disampaikan secara ayat yang berskala rendah, berfrekuensi rendah. Saya tidak katakan ada perbezaan antara ayat dengan ayat, tetapi dari segi cerita itu kita kena fikir dalam sikit. Contoh ayat berkenaan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. "Straight forward" dari segi pemahaman. Tetapi bila Allah bercerita mengenai Dzulkarnain, Teknologi Dzulkarnain, tentang tawaran kaum Dzulkarnain, jadi kita baca cerita ini, kita kena lebih fikir dalam sikit supaya dapat mesej daripada cerita.
Jadi "Cerita" ini bukan mudah. Nak tulis pun payah, nak faham pun payah. Itulah satu aspek penulisan yang kita rasa kita kena kembali semula membuat suatu penulisan untuk anak-anak kita yang kecil lagi, 3 tahun, 4 tahun sampailah mereka jadi dewasa dan peringkat zaman sekarang dengan kegawatan ekonomi, politik, sosial, kita kena banyakkan pengceritaan kepada masyarakat. Mereka ini tidak suka baca buku yang berat, buku-buku yang akademik, tetapi untuk masyarakat biasa, orang biasa tidak kira umur, pangkat dan kedudukan, mereka lebih suka membaca buku bertema tinggi tetapi dibuat dalam bentuk novel, buku-buku cerita yang pelbagai bentuk.
Sebagai akhirnya, mudah-mudahan dengan pengisian ini, kita jadilah skill untuk menulis sebuah cerita itu, suatu skill yang ada dalam semua penulisan kita. Dalam cerita itu ada pengajaran. Dalam semua buku motivasi yang kita baca mesti ada cerita tentang pengalaman, cerita pengkajian makmal, cerita pengkajian medan, pengkajian lapangan untuk menjadikan sebuah buku itu lebih lunak dibaca, lebih mencabar minda, dan boleh menjentik perasaan kita. Apa guna tulis buku kalau tidak dapat menjentik minda, perasaan, jiwa dan ruh pembaca kita. Jadi kita kena berusaha lebih kuat lagi, jangan give up, long way to go, banyakkan pembacaan buku-buku yang lebih berjaya daripada kita dan minta Allah S.W.T. ilhamkan kita dan berikan kita keseronokan membaca pagi, petang dan malam untuk kita menulis. Bukan untuk menjadi orang hebat, orang masyhur, tetapi menjadi seorang penulis yang memberikan impak kepada minda, ruh dan jiwa pembaca kita.
Itulah yang kita harapkan supaya setiap perkataan yang kita tulis itu menjadi wakaf untuk kita, sedekah jariah yang akan berterusan sampai bila-bila, sampai kita dibangunkan di Padang Mahsyar. Dengan syarat kita ikhlas menulis. Kita menulis kerana Allah S.W.T. Kita menulis kerana nak mengubah masyarakat. Penulis adalah Perubah Masyarakat. Saya kongsikan gambar Novel "Diari Seorang Amil" karya Ustaz Hamizul Abdul Hamid dalam penulisan ini kerana buku ini antara yang terawal saya baca semasa saya mula bekerja di PPZ-MAIWP. Bagi saya kisah pengalaman Ustaz Hamizul sebagai sebagai seorang "Amil Zakat" telah banyak menginspirasikan saya untuk terus berada dalam bidang ini dan mudah-mudahan sehingga hujung nyawa. Mungkin selepas ini akan diceritakan kisah-kisah Pembayar Zakat untuk inspirasi bersama. Nak rasa nikmatnya BERZAKAT? Bayarlah dahulu, KITA akan rasa sendiri. Sekian....
#5pages1day
#mdbwithyouths
-
Ditulis oleh Ahmad Zulfadzli
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「ayat tentang hijrah」的推薦目錄:
- 關於ayat tentang hijrah 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最讚貼文
- 關於ayat tentang hijrah 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
- 關於ayat tentang hijrah 在 Facebook 的精選貼文
- 關於ayat tentang hijrah 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答
- 關於ayat tentang hijrah 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於ayat tentang hijrah 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
ayat tentang hijrah 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
MAIWP di TV Al-Hijrah dan Tazkirah Ringkas di Mesjid Wilayah Persekutuan
Alhamdulillah, saya mulakan hari Jumaat awal pagi. Dijemput untuk berbicara tentang MAIWP dalam rancangan Assalamualaikum di TV Al Hijrah jam 8 pagi atas tema hala tuju dan langkah strategik MAIWP.
Boleh lihat pautan link interview ini di internet.
Alhamdulillah, diberikan kesempatan membuat tazkirah ringkas di Mesjid Wilayah Persekutuan sebelum Khutbah Jumaat. Tema tazkirah saya adalah rukun kehidupan berputar ayat 42 Surah Ta Ha.
Sila lihat link tazkirah ringkas dalam website Masjid Wilayah Persekutuan dan MAIWP.
Jumaah Mubarakah.
MDB
Pengerusi MAIWP
ayat tentang hijrah 在 Facebook 的精選貼文
Kenapa kecoh dua tiga hari ni tentang poligami?
Apa pendapat abang mayat tentang poligami?
Nampaknya abang kereta mayat terpaksa heret kembali pengalaman paling hampir dengan poligami iaitu Kisah aku first time masuk mahkamah sebagai saksi poligami...
Alkisahnya kawan aku nak kahwin dua, maka disuruhnya aku menjadi saksi kat Mahkamah Syariah sebab mengikut undang undang Kerajaan Malaysia Negeri Terengganu, siapa nak kahwin dua, kena masuk mahkamah dulu, bicara dulu, bawak diri, bawak bakal isteri, Wali isteri, dan jugak bawak 2 orang saksi, termasuk IC, lepas tu interview sikit, dan jika pihak hakim puas hati dengan keterangan dari bakal isteri, Wali dan dua orang saksi tadi, barulah Hakim Syarei akan meluluskan permohanan kahwin poligami dan dapatlah kawan aku tu kahwin dua, tiga dan empat. Lantaklah…
Dipendekkan lagi cerita, akupun pergi mahkamah Syariah sebagai saksi kawan aku tu, tapi tak boleh masuk sebab pakai selipar, (apa punya kampong aku daa..), maka terpaksalah aku pinjam kasut dari satu orang brader kat situ..
Lepas bakal Isteri dan Wali bakal isteri kawan aku bagi keterangan masing-masing yang menyokong perkahwinan ini, dan lepas soal jawab dan pihak hakim nampak macam puas hati tapi masih sikit lagi tak puas hati, maka tibalah giliran aku sebagai saksi pulak dipanggil untuk beri keterangan bagi menambah sokongan..
Lalu aku dan sorang lagi member aku yang menjadi saksi ‘tertuduh’, pergilah mengadap hakim dengan kasut pinjam tadi..
Terus Hakim ni tanya:
“kamu berdua sokong ke Hamba Allah ni kahwin lagi satu?"
Terus kami angguk kepala dan berkata, “Sokong! Sokong!”
“Kenapa sokong?”
Tanya Hakim tu..
* * *
Ok, di sini ada dua jawapan, satu dari aku dan satu lagi dari member aku yang juga jadi saksi, kita pergi satu satu:
Jawapan dari aku:
Tuan Hakim, saya menyokong perkahwinan ini kerana, jika kita rujuk sejarah dunia berkenaan dua agama terbesar yang mana agama kristian jika di hintung umurnya berdasarkan tahun masihi, iaitu 2018 tolak hari lahir Nabi Isa Alahisalam, maka ketahulah kita bahawa umur ugama kristian dah mencecah lebih 2000 tahun bertapak di atas muka bumi yang fana ini,
Manakala, agama islam pula, jika di kira dari tahun Nabi berhijrah iaitu 1430 tahun yang lalu sebagai rujukan, (sambil seluk poket keluarkan handphone dan cari menu kalkulator) di sini bermakna dari segi matematiknya, 2021 tolak 1442 maka jawapan adalah 579 tahun beza ugama kita dengan ugama kristian, senang cerita 500 tahun beza..
Ok, dari fakta ini, secara logiknya, sewaktu perang badar berlaku iaitu selepas 13 tahun dakwah di Mekah, orang islam tak ramai, yang sertai perang hanya 313 orang, sedangkan waktu itu penganut ugama kristian adalah begitu ramai, seluruh dunia penuh dengan orang yang berugama kristian, logic sebab ugama mereka awal 500 tahun.
Tapi di zaman pemerintahan saidina Umar al Khatab, iaitu kira kira 20 tahun sahaja selepas tahun hijrah, dunia ini telah diperintah oleh orang islam, iaitu hampir dua pertiga ummat islam ada di seluruh dunia, bayangkanlah walaupun ugama kristian 500 tahun lebih awal bertapak di atas muka bumi yang fana ini, manakala ugama islam baru 20 tahun, saya ulangi: 20 TAHUN! tapi ummat islam telah begitu ramai dalam dunia ini,
Baru 20 tahun!, tapi ummat islam telah begitu ramai dalam dunia pada waktu itu!!, kalah ugama kristian yang dah lama 500 tahun lebih awal bertapak di atas muka bumi yang fana ini.
Tuan Hakim tahu kenapa?
Kerana Paderi kristian tak kahwin, pendakwah kristian juga tak kahwin!,
Tapi ummat islam, para pendakwah kahwin lebih dari satu! Jarang yang kahwin dua, banyak yang tiga, lagi banyak yang kahwin empat!!!
Nabi pulak galakkan sahabat tambahkan ummat, melalui dua cara, satu: dakwah, iaitu ajak orang kafir masuk islam, manakala satu lagi: POLIGAMI, kahwin banyak!, dan dapat anak banyak, atau kahwin dengan Mu’alaf yang dah ada anak kecik, automatic anak kecik tu masuk islam.., tak gitu tuan Hakim?
Tapi tuan Hakim,
Sayang seribu kali sayang, selepas 1400 tahun kemudian,menurut Michae H. Hart, pengarang buku “100 Tokoh yang Paling Berpengaruh dalam sejarah manusia.”
yang mana beliau, Michae H. Hart, telah buat kajian pada tokoh-tokoh dunia dan bersetuju mengatakan Nabi Muhammad adalah tokoh yang tiada tolok banding, tapi menurut beliau dalam bukunya, orang kristian pada tahun 1974 adalah lebih ramai dari ummat islam, pelik?, paderi mereka tak kahwin sedang ustaz ulamak kita semua kahwin, tapi kenapa selepas 1400 tahun, mereka orang kafir lebih ramai?..
Jawapannya adalah kerana Ummat islam ramai yang tak buat dakwah, dan ummat islam juga ramai yang tak berpoligami, bak kata P ramlee, sedikit-sedikit sahaja yang kahwin empat..
Maka kerana itulah saya menyokong kawan saya ni kahwin lagi satu dalam usaha menguasai dunia dengan lebih cepat dan tepat, lagipun dia ni juga aktif berdakwah, elok sangatlah tu! maka pekej ‘menguasai’ dunia itu amat sesuai sangat, Dakwah dan Poligami!, jadi saya sokong beliau berkahwin 100 peratus!
Sokong!
*******
Ok, hujah itu adalah dari aku seorang yang bukan ustaz, jangan serius sangat, err, kat mana tadi? Ok, sambung balik, sekarang, dah penat membebel,: korang tahu apa reaksi hakim bila aku bagi jawapan dalam bentuk presentation macam tu?
Tak ada sebarang reaksi sebab semua tu hanya dalam minda aku, aku dah susun ayat dan babak tadi, tapi belum sempat aku menzahirkan apa yang ada dalam benak kepala, tiba tiba saksi yang satu lagi yang merangkap saksi nombor dua dah jawab dulu dah!!.
Jawapan dari saksi nombor 2
“Saya sokong sebab saya rasa dia mampu”
“Mampu?” soal hakim lalu menyambung kata-katanya:
“Dia gaji kecik, anak dah lima, macam mana nak kahwin lagi satu?”
“Dia mampu dari segi ilmu”
Terus hakim tu senyum bila dengar jawapan camtu. dan tanpa banyak cakap, terus keluarkan tarikh perkahwinan…
Sekian.
Hampeh, tak sempat aku nak berkata-kata, Hakim tu dah setuju dan tutup kes, tapi takpelah.., sebab maksud dah tercapai.
Selamat pengantin re-new!
Ps: Jangan lupa pakai kasut bila masuk mahkamah! Woha!
(di olah semula dari buku Hamka Keretamayat)