𝑷𝑬𝑵𝒀𝑨𝑴𝑷𝑨𝑰𝑨𝑵 𝑲𝑼𝑹𝑵𝑰𝑨𝑨𝑵 𝑫𝒀𝑨𝑴 𝑻𝑼𝑵𝑲𝑼 𝑴𝑨𝑯𝑲𝑶𝑻𝑨 𝑱𝑶𝑯𝑶𝑹
Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Fasa Dua dan Tiga Bulan September 2021 kepada beberapa keluarga di empat buah Mukim iaitu Mukim Senai, Mukim Kulai, Mukim Bukit Batu dan Mukim Sedenak, petang tadi.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah En Abdul Rahman Bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN Senai; Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai, Amin Baitulmal Daerah Kulai, Pegawai JKM Kulai, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.
Kurnian DYAM Tunku Mahkota Johor ini bagi membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan dan terjejas akibat wabak pandemik Covid-19.
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
baitulmal 在 Facebook 的最佳貼文
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐑𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐘𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟐 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟏 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐓𝐔 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐓
YBhg. Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat telah menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Bulan September Fasa 2 Tahun 2021. Penyerahan Kurniaan telah diteruskan lagi dengan melibatkan beberapa buah keluarga termasuk di Mukim Peserai dan Mukim Simpang Kanan.
Turut hadir, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat; Amin Baitulmal MAINJ Daerah Batu Pahat; Ketua Penolong Pegawai Daerah; Penolong Pegawai Daerah; Penghulu Mukim Simpang Kanan; Penghulu Mukim Peserai; Pegawai Perhubungan Masyarakat India; Pegawai Perkampungan Cina dan Ketua Kampung terlibat.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif Baginda yang sentiasa menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta berterusan membantu dalam meringankan beban kepada golongan sasaran iaitu mereka yang dhaif, golongan asnaf, serta terpaksa menghadapi cabaran hidup yang getir seperti penyakit, kemiskinan, tiada pekerjaan dan sebagainya.
Pendekatan Ziarah Prihatin ini juga merupakan kesinambungan kepada salah satu titik fokus Pejabat Daerah Batu Pahat iaitu 'ℙℝ𝕀ℍ𝔸𝕋𝕀ℕ' ke atas keluh-kesah masyarakat lebih-lebih lagi ketika mendepani era pandemik Covid-19 pada masa kini. Gerak usaha ini berperanan sebagai satu langkah proaktif dan akan diteruskan sepanjang tahun bagi membantu pihak yang memerlukan dari semasa ke semasa.
baitulmal 在 Facebook 的最佳解答
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐑𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐘𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐍𝐊𝐔 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟏 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐓𝐔 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐓
YBhg. Tuan Haji Ismail bin Abu, Pegawai Daerah Batu Pahat telah menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi Bulan September Fasa 1 Tahun 2021. Penyerahan Kurniaan telah diteruskan lagi dengan melibatkan beberapa buah keluarga termasuk di Mukim Simpang Kanan dan Mukim Linau.
Turut hadir, Amin Baitulmal MAINJ Daerah Batu Pahat; Wakil Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat; Ketua Penolong Pegawai Daerah; Penolong Pegawai Daerah; Penghulu Mukim Simpang Kanan;
Penghulu Mukim Linau; Pegawai Perkampungan Cina dan Ketua-Ketua Kampung terlibat.