💁💭 3 Komentar beruntung
@rp. 300.000 (untuk keluarga di Indonesia)
Diundi secara acak besok (16/7/2021), pantengin di story gw.
Juragan hari ini 💌
FB Page: Linda Ayu Aristiani
Nyari Batik di sini aja
Batik nya semua di jahit sendiri ya 👍
Pusat Batik & Jahit online
Model baju & size by request
-----------------------------------------------------
Info lebih lanjut cus contact owner nya :
📱 WA: https://bit.ly/Lindakusumaboutiq
📱 IG: https://instagram.com/boutiqlindakusuma)
📩 FB Inbox : https://www.facebook.com/lindaayu.aristiani
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅DESTINASI TV,也在其Youtube影片中提到,BELI TEE MIM SEKARANG DI SINI: http://teemim.wasap.my Silang Zaman adalah sebuah segmen terbaru dari kami dimana ia bertujuan untuk mendedahkan kepa...
baju batik indonesia 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳貼文
[Fakta Ringkas Jawi]
1. Suratkhabar Melayu yang pertama iaitu Jawi Peranakan diterbitkan dari 1876 sehingga 1895 dalam tulisan Jawi.
2. Utusan Melayu diterbitkan pertama kali pada 1939 dalam tulisan Jawi.
3. Dokumen pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957 yang ditandatangani oleh Tunku Abdul Rahman ialah dalam tulisan Jawi.
4. Batu Bersurat (1303M) yang ditemui di Kuala Terengganu adalah dalam tulisan Jawi.
Penggunaan tulisan Jawi mula merosot apabila Akta Bahasa Kebangsaan diwartakan pada tahun 1963 dengan memutuskan bahawa tulisan rasmi negara Malaysia ialah tulisan Rumi. Namun untuk mengatakan tulisan Jawi bukan sebahagian dari silibus dan tiada kena mengena dengan pembelajaran adalah sangat jauh menyeleweng faktanya.
Tulisan Jawi adalah warisan orang Melayu, penduduk asal Malaysia yang dikenali sebagai Tanah Melayu dulu. Tiada kaitan dengan agama yang dianuti oleh orang Melayu iaitu agama Islam sebagaimana tiada kaitan Bahasa Cina dengan agama Buddha yang sesetengah orang Cina anuti di Malaysia.
Sedarkah sahabat bahawa dengan menentang pengenalan tulisan Jawi dalam silibus sekolah itu seolah-olah menentang warisan orang Melayu? Sejarah membuktikan tulisan Jawi adalah warisan orang Melayu dan warisan orang Melayu adalah warisan Malaysia dan warisan Malaysia adalah warisan semua rakyat Malaysia.
Sebagaimana Lee Chong Wei tiada masalah memakai baju Melayu yang merupakan baju kebangsaan Malaysia walaupun ianya baju Melayu dan sebagaimana penjawat awam diwajibkan memakai batik pada setiap Khamis dan membawa serta memakai Batik Malaysia apabila bertugas di luar negara, maka tulisan Jawi ini juga tidak seharusnya dipolemikkan dan ditentang mana-mana pihak kerana ianya WARISAN MALAYSIA!
Saya menyeru sahabat yang menentang tulisan Jawi agar waras dalam berfikir sebelum menentang. Jangan menjolok sarang tebuan kerana bila dijolok saya risau tebuan akan menyengat bukan sahaja penjolok tetapi yang tidak menjolok sekadar menonton dan bergerak ketawa juga akan disengat.
Kepada Dong Zong & Jiao Zong yang memprotes, kita adalah rakyat MALAYSIA berbangsa Cina bukannya rakyat China. Bangsa Cina yang menjadi rakyat di Jepun, Thailand, Amerika, Eropah, Indonesia dan seluruh dunia mampu bertutur fasih dalam bahasa kebangsaan mereka. Rakyat Thai berbangsa Cina bercakap Thai sesama mereka! Rakyat Indonesia berbangsa Cina bercakap bahasa Indonesia sesama mereka.
Rakyat Malaysia berbangsa Cina nak bercakap bahasa Melayu pun ada yang tak pandai! Malahan ada yang memandang rendah bangsa Cina lain yang bercakap Bahasa Melayu sedangkan bahasa Melayu itu bahasa kebangsaan! Kita semua inginkan perpaduan dan bahasa kebangsaan merupakan bahasa yang membolehkan kita semua berkomunikasi dan memahami antara satu sama lain.
Cukup-cukuplah. Prof Khoo Kay Kim seorang Cina dan fasih berbahasa Melayu, bila mati dihina orang Cina sendiri hanya kerana dia mengatakan kebenaran berdasarkan fakta sedangkan yang menghinanya banyak yang auta. Prof Lim See Tin berbangsa Cina fasih berbahasa Melayu. Tidak dilupa bekas Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw bukan sahaja fasih Bahasa Melayu tetapi pandai juga tulisan Jawi. Kenapa mereka boleh berbahasa Melayu dengan baik?
Kerana mereka MALAYSIAN FIRST CHINESE SECOND. Malu pada sahabat kita dari Bangladesh, India & luar negara yang mampu bertutur bahasa Melayu jauh lebih fasih dari sebilangan rakyat Malaysia yang lahir di Malaysia walaupun mereka itu baru beberapa bulan di Malaysia? Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Peringatan terakhir saya, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Fahamilah.
baju batik indonesia 在 Zyzool Mira Travel Facebook 的精選貼文
Sempena Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke 7 tahun ni meh la i kongsikan pengembaraan berbulan madu kami di Semarang Indonesia 🇮🇩
.
Kenapa Semarang??
Ada apa kat Semarang??
Seronok ke gi Semarang???
.
Hehehe sebab jarang-jarang orang bercuti ke Semarang ketika itu. Makanya kepelikkan la pilih Semarang sebagai destinasi berbulan madu ☺️
.
Sebenarnya seminggu sebelum majlis kami dapat tiket murah ke Semarang iaitu RM130 pergi balik.
.
Dan itu merupakan penerbangan pertama Air Asia ke Semarang. Hehe makanya semua benda murah kat Semarang. Ketika itu la 2012 ☺️
.
Yang ni memang konsep redah!! Pertama kali travel as husband & wife nak pergi mana haaa kiteorg main redah je. Esok nak pergi mana, malam tu baru decide 😆
.
Antara tempat kami pergi adalah Gedung Lawang Sewu!
.
Masa pergi ni tak tahu pon ni antara tempat penggambaran filem Ayat-Ayat Cinta. Dan sebenarnya Lawang Sewu ni tempat paling angker di Indonesia uolssss 😆
.
Cer tengok gambar kiteorang ni kabur-kabur kan 👻👻
.
Dah la pergi nak dekat Maghrib meremang buluss uolsss 😅 @fedinuril pon pernah kongsikan kisah scary lucu masa penggambaran Ayat-Ayat Cinta kat Lawang Sewu ni hehehe
.
Alhamdulillah kiteorang ok je tapi kalau nak belek balik gambar-gambar Lawang Sewu ni ermmm scary sikit sebab banyak sangat dot dot dalam gambar 👻
.
Wakakaka banyak la tempat menarik kami pergi antaranya Masjid Agung Jawa Tengah, Masjid Agung Demak, Masjid Sunan Kalijaga, Sam Poo Kong Temple (Laksamana Cheng Ho) dan banyak lagi tempat yang korang boleh explore di Semarang ☺️
.
Kami naik angkot je di sana. Sehala hanya 800 rupiah ~ 20 sen 🤣 Memang syiokla
.
Hari-hari i shopping kat sana 🤣 Orang tempatan memang ingat Zyzool orang tempatan yang berkahwin dengan orang luar. 😅
.
Menggunakan kehebatan Zyzool bercakap jawa 🤣 Makanya lagi la mur mur la i dapat. Tudung bawal yang i pakai tu RM3 i beli kat Pasar Johar. Baju batik sepasang RM30 😅 Amboi amboi beg Bodypack only around RM50!! Bag Eiger pon mur mur!!
.
Now???
Now everyone can fly 😆✈️
#hargaponsemuanaik
.
#MYFamilyTravel #ZyzoolMiraTravelSemarang #Semarang #SemarangIndonesia @ Semarang, Indonesia
baju batik indonesia 在 DESTINASI TV Youtube 的最讚貼文
BELI TEE MIM SEKARANG DI SINI: http://teemim.wasap.my
Silang Zaman adalah sebuah segmen terbaru dari kami dimana ia bertujuan untuk mendedahkan kepada segenap generasi kepada kraf dan kesenian yang ada di Malaysia
Minggu ini kami berada di Hibiscus Gallery yang terletak di Kompleks Kraf Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Encik Lazim Ismail, seorang Pelukis Batik untuk belajar dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sejarah dan proses mencanting batik
Kewujudan batik berasal dari India dan kemudian dibawa masuk ke Malaysia dan Indonesia. Kebiasaannya lukisan batik di Malaysia menggunakan motif flora dan geometrik. Terdapat pelbagai teknik yang digunakan dalam penghasilan batik. Kami diberi pencerahan mengenai teknik mencating batik, dimana proses ini merupakan proses tradisional yang masih dikekalkan sehingga kini
Dalam proses mencanting batik, satu alatan canting yang dipanggil “kasut” perlu diisi dengan lilin yang cair dan panas untuk melakar corak batik di atas kain putih. Lukisan batik selalunya diwarna dengan menggunakan warna-warna yang cerah dan menarik. Lagi banyak warna yang digunakan, lagi menyerlah lukisan batik tersebut
?Hibiscus Gallery, Kompleks Kraf Kuala Lumpur Seksyen 63, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur https://www.google.com/maps/dir//Komp…
☎️ 012-6160897 Encik Lazim Ismail
Laman Web » https://www.ikn.gov.my
#batik #canting #silangzaman
- - - - - - - - - - - - - - - -
?TONTON VIDEO SILANG ZAMAN » https://bit.ly/2SFOefo
?BELI BAJU TEE MIM » http://teemim.wasap.my
?SUBSCRIBE KE CHANNEL DESTINASI TV » https://bit.ly/2y97bxp
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? LIKE FACEBOOK KAMI:
DESTINASI TV » https://www.facebook.com/DestinasiTV/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? FOLLOW INSTAGRAM KAMI:
DESTINASI TV » https://www.instagram.com/destinasitv/
RHYS WILLIAM » https://www.instagram.com/si_rhys/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
?KREDIT:
PRODUCER & DIRECTOR » AYESHA HANIS
(https://www.instagram.com/ayeshahanis/)
VIDEO EDITOR » FAEZ KAMALUDDIN (https://www.instagram.com/alfaezy/)