FEKAH HALAL & HARAM (SIRI 11)
Fekah Terhutang Budi
Mungkin kita tidak sedari, banyak perlantikan & kenaikan pangkat dalam masyarakat dibuat bukan berdasarkan merit. Malah, kadang2 tidak ada perrimbangan kepada merit langsung. Not even close.
Jadi, apa sebab & alasan kepada promotion atau perlantikan ke sesuatu jawatan penting?
Di samping buli dan bodek (baca: mengampu), rasa terhutang budi menjadi penyebab utama. Amat mudah masyarakat kita terhutang budi. Tak salah kita rasa berterima kasih kepada orang yang menolong kita. Yang salah bila terhutang budi, rasa terpanggil nak balas jasa orang menggunakan kuasa dengan cara yang salah.
Yang salah juga, kita jadikan seseorang yang menolong kita sebagai seorang yang paling terbaik & paling layak dalam mana2 kenaikan pangkat atau perlantikan ke jawatan penting. Macam tiada orang lain lebih layak.
"Saya nak lantik awak jadi CEO sekarang kerana awak pernah tolong buka pintu kepada saya untuk jumpa boss awak dahulu. Ini pay back time," ujar seorang bos besar dalam membuat perlantikan seseorang di bawah bidangkuasanya. Siapa yang berani bangkang bos?
Yang lebih teruk lagi, seseorang yang pernah menolong seseorang akan sentiasa mengharap dia akan dibalas dengan layanan istimewa seperti kenaikan pangkat atau perlantikan penting. Bila dapat saja berita orang yang pernah ditolongnya jadi orang penting, dia akan cepat2 call atau whatsapp:
"Tahniah Tuan di atas jawatan. Jangan lupa saya nanti kalau ada peluang." Ini mesej biasa dalam masyarakat.
Apa hukum melantik seseorang atau memberi kenaikan pangkat hanya sekadar bagi membayar hutang budi & tidak berasaskan interview atau proses jawatankuasa pencalonan atau merit serta kredential? Apakah membalas budi orang lain boleh diterima sebagai syarat kelayakan dalam ajaran agama Islam?
Bagi saya, buli & bodek memang jijik. Tetapi sesuatu keputusan dibuat hanya disebabkan rasa terhutang budi lebih jijik. Najis & barah kehidupan organisasi.
Apa sandaran Syariah? Kalau al-Quran melarang membuat keputusan ke atas orang lain atas rasa kemarahan, secara sebaliknya, membuat keputusan secara terhutang budi juga tidak dibenarkan. Hancur kehidupan mulia.
#fekahhalalharam
MDB
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過50萬的網紅Shuib Channel,也在其Youtube影片中提到,#Semakin #SitiSarah #ShuibSepahtu...
bangkang 在 Facebook 的最佳解答
Apabila mufti bersuara memberikan teguran & fatwa, mufti dihina & dicaci maki walaupun statement beliau menyeluruh untuk semua.
Mufti & KKM memberikan nasihat jangan balik kampung sambut Aidiltri, elakkan kunjung mengunjung, kita bangkang dengan seribu satu sebab dan alasan kita.
Ya, kita rindu kampung. Kita rindu IbuBapa ahli keluarga & sanak saudara tetapi kerana ‘kecerdikan’ & keinginan kita, mereka yang kita rindui dijangkiti COVID19.
Tidak dilupa kluster Kasino Genting yang sehingga hari ini tidak ada satu nama untuk kluster Kasino Genting sebagaimana adanya kluster tabligh Sri Petaling dulu.
Ahli politik, ahli perniagaan dan rakyat marhaen, kita boleh menipu pihak berkuasa & kita boleh menipu sesiapa tetapi virus Covid tidak boleh ditipu dengan alasan kita.
Sekarang bukan masa menuding jari, sekarang masa kita bersama landaikan jangkitan. Tiada lagi SOP double standard. Jikalau kita tidak sayang diri kita, sayangilah ahli keluarga yang boleh dijangkiti dan berisiko tinggi kerana kecuaian diri kita.
InshaAllah kita boleh lakukannya bersama.
Subscribe TELEGRAM Firdaus Wong ~ https://t.me/brofirdauswong
bangkang 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
Orang yang taknak ada surat ni akan tahu betapa susahnya dia nak bangkit lepas dia keluar dari kamar mahkamah... Maaf aku malas nak lukis.... Nak baca silakan.. Tak nak baca.. Scroll news feed lelaju.. Dihujungnya nanti.. Aku ada nasihat yang tak seberapa..
Aku mulakan... Sebenarnya aku nak bangkit lepas dapat surat ini agak susah... 6 bulan pertama... Aku jadi down... Down yang amat sangat... Skng ni aku cuba bangkit perlahan2...
Orang tanya aku dan sering kata kat aku
"kahwin la arm.. Cari je... Ramai kan"
"kau ingat cari jodoh ni mcm cari kucing kat pasar ikan?"
Kau tak pernah ada benda ni.. Kau takkan tahu sakitnya kau dapat benda ni.. Bahkan benda ni aku pi ambik kat pejabat agama selepas setahun dua bulan bercerai.... Bulan 11 tahun lepas rasanya aku baru pi ambik... Malah, lafaz cerai itu jatuh di dalam mahkamah.. Bukan di luar mahkamah... Bukan sekadar pejabat agama tuh jauh kat Balik Pulau nuh.. Tapi kau rasa malas nak ada benda ni.. Kau rasa surat ni useless masa tuh...
Orang nampak aku macam tak move on... Ya... 6 bulan pertama aku tak move on... Kau sembang move on move on... Sedangkan orang yang pernah ada kisah macam aku pun datang kat aku bagitaw depa sendiri dulu struggle nak move on.. Kau tak pernah hadap benda ni nak sembang move on... Skng ni aku cuba perlahan untuk bangkit... Tapi aku bangkit bukan untuk cari yang baru... Aku rasa belum tiba masanya untuk aku cari yang baru... Banyak perkara lagi aku nak kena buat... Aku move on dengan berbuat baik dengan orang dan bersangka baik dengan apa yang jadi kat aku..
Allah sayang aku... Sebab itu Allah uji aku... Allah tahu aku boleh belajar untuk jadi lebih baik.... Mungkin ada silap aku yang aku tak sedar... Mungkin ada kekurangan aku yang tak mampu bagi sebaiknya pada dia...
Oleh itu, bila ada kawan2 kita ada yang bercerai... Dan kau tahu bukan kehendak dia... Kau janganlah serabutkan dia.. Kau kena letak diri kau kat tempat dia... Bila kau letak diri kau kat tempat dia... Kau akan faham... Beri dia masa dan bagi dia kekuatan... Bagi nasihat yang baik2... Kata yang baik2... Kadang2 sebab perli dan kata kita yang agak kasar.. Benda tuh akan menambahkan lagi sakit yang dia lalui..
Kepada suami... Sungguhpun kuasa cerai terletak di tangan kita... Sebolehnya pertahankan selagi mampu... Satu yang aku belajar lepas cerai ni... Cara komunikasi dengan pasangan kita itu penting.. Jangan mudah untuk kalah dengan permintaan jika mereka meminta.. Cuba tackle apa yang dia nak.. Cuba cari apa yang dia tak nak..
Kepada isteri, apapun suami anda... Kerja kerani.. Tak kaya.. Gaji ciput... Hargailah pengorbannya yang kau tak pernah nampak... Dia di tempat kerja struggle cari nafkah... Bukan untuk dia.. Tapi untuk kau dan anak2... Dalam sesuatu hal, kau kena bertolak ansur... Jangan merungut pada benda yang remeh temeh.. Sebab kau sendiri tahu... Kau akan jadikan benda yang kecil itu sebagai sebesar-besar perkara.... Dan tolonglah.. Tolonglah jangan merasa diri tuh betul sentiasa... Tolonglah hormat pada suami... Jangan tinggikan suara... Rugi ke kalau tak tinggi suara dengan suami? Jangan bangkang suami.. Jangan sewenangnya cari pasal dengan suami...
Dan paling penting.. Apabila kau kahwin dengan dia.. Kau bukan sahaja miliki dia.. Kau miliki keluarga dia... Lebih2 lagi aku tujukan pada isteri... Bila kita kahwin dengan lelaki yg kita nak dia jd suami kita.. Ayah pada anak2 kita nanti... Bukan bermakna kau miliki dia sahaja.. Bukan bermakna kau kena pegang dan gengam dia... Kau kena pegang dan gengam sekali mak ayah dia... Keluarga dia... Ingat, andai jodoh kamu berdua panjang... Anak kamu yang kecil itu akan membesar dan akan berkahwin.. Jika kita berbuat baik.. Menerima dengan lapang dada siapa keluarga suami/isteri kita... Nnt menantu kita pun akan buat benda yang sama... Jika sebaliknya, masa tuh kau kena kenang balik apakah aku layan dan terima mak dan ayah mertua aku dengan seadanya...
Pasangan kita mungkin tak seperti kita gambarkan sebelum kita kahwin dengan dia... Apa yang penting kat sini... Kesediaan kau untuk terima siapa dia selepas dia jadi suami atau isteri kau..
Mungkin dia berjubah dan berkopiah.. Kau nak dia jadi ustaz.. Perangai macam ulama... Jadi kau impikan macam tuh... Sedangkan dia manusia biasa...
Mungkin dia berniqob bertudung labuh.. Kau impikan dia akan jadi isteri yang lembut bicaranya dan tidak sesekali meninggikan suara... Sedangkan kau akan nampak siapa dia selepas itu...
Tiada siapa yang baik dan tiada siapa yang terjamin ke syurga dengan kebaikannya... Jahat dia.. Siapa dia.. Kau kena sedia terima...
Kalau kau kuat cemburu.. Buang segera.. Sebab akan merosakkan hubungan...bukan tak boleh cemburu.. Tapi kalu sampai soal kerja pun kau nak cemburu.. Itu masalah...
Jika kau seorang yang panas baran... Ubah segera.. Sebab akan mencederakan dan memusnahkan hubungan...
Apa aku terangkan ni adalah apa yang telah aku lalui... Aku tak cakap aku je betul.. Macam aku cakap awal2... Ada salah aku.. Silap aku.. Aku tak rugi pun mengaku.... Cuma apa aku nak sampaikan... Perkahwinan ni bukan sekadar hubungan kelamin... Tapi kebersamaan untuk harungi bersama2 susah dan senang... Tak nafi, ada pasangan yang mengabaikan tanggungjawab mereka.... Namun mengapa kita nak bandingkan dengan apa yang kita ada... Jangan membandingkan kelebihan pasangan lain.. Suami dia baik sangat.. Romantik. Hari2 bagi bunga... Isteri dia baik sangat2... Cakap lembut2 je... Sopan je... Sebab apa yang kita dah pilih itulah pasangan kita kena terima baik buruk dia... Jangan mengharapkan pada pemberian.. Tetapi harapkan diri untuk banyak memberi...
Aku pohon doakan aku... Aku tak minta jodoh segera datang pada aku.. Bahkan aku rasa bila aku dah ada surat ini... Saham aku dah jatuh.. Sebab aku bukan lagi lelaki bujang.. Aku seorang duda tiada anak... 😅😅😅
Aku doakan agar setiap pasangan yang dah berkahwin... Elok hidup mereka.. Diberkati kehidupan mereka... Dilimpahi magfirah dan sakinah dalam kehidupan berkeluarga...
Kepada yang seperti aku.. Aku faham.. Aku doakan agar Allah mudahkan urusan sesiapa sahaja yang seperti aku.. Dikurniakan kebaikan atas apa yang terjadi...
Mohon maaf sekiranya tulisan panjang ini ada kesalahan.. Tegurlah dengan baik jika ada yang tidak kena...
Pendosa Tanpa Noktah
Kredit : Arm Abdullah III
bangkang 在 Shuib Channel Youtube 的最佳貼文
#Semakin #SitiSarah #ShuibSepahtu