"Abang keretamayat, Jika terjumpa hantu, dalam ajaran islam, apa nak buat? Sunnah Nabi bagaimana jika jumpa hantu?"
*****
Seram sejuk nak jawab soalan ini.. pernah tulis jawapan ini dalam Buku KISAH HANTU TERAKHIR, tapi buku tu dah habis, tak cetak dah..
Beginilah..
Pesan orang tua, jika berjalan di hutan terserempak binatang buas, jangan terus lari, tapi bertentang mata lah, dan bernafas dengan tenang, serta undur perlahan lahan, dan biasanya, kebanyakkan binatang buas tak akan serang dari arah depan, kata orang tua lah!
Jika ada senjata boleh maju ke depan dan biasanya binatang ni tengok manusia berani semacam akan lari.
Waktu saya belajar menyelam pula, jika dalam laut jumpa ikan yang bahaya, jangan terus lari, tapi tengok dia dan kawal pernafasan dengan tenang lalu undur perlahan lahan, kebanyakkan ikan tak serang dari arah hadapan.. kata guru selam saya lah.
Jadi soalan yang timbul jika jumpa hantu (jelmaan jin) bagaimana?
Sama jugak, teruskan bertentang mata, kawal pernafasan, tapi jangan undur ke belakang, tapi maju ke depan, dan bagi salam serta bacakan Al Quran dengan suara yang garau dan seram, hantu akan lari, kata ustaz kampong saya lah!
Jadi memang dah jadi pengalaman dalam hidup yang mana jika saya jumpa Hantu, saya akan tegur, dan siasat..
Pernah masa kecik saya berak luar rumah guna tandas macam dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, atau Tandas macam Johan Berak dalam Filem Hantu Kak Limah.
Waktu berak tu, saya dengar bunyi bising kat luat jamban, jam satu pagi kot waktu itu, saya pun intai ikut celah lubang Jamban, tiba tiba Nampak lembaga dengan wajah penuh darah, matanya gelap tanpa warna putih.
Saya dah kecut perut, terus pejam mata, tapi ingat pesan ustaz kampong saya, Nampak hantu “tegur”.
Maka saya intai lagi sekali, tengok Hantu tu betul betul, bila kepalanya bergerak, baru saya Nampak paruh, rupanya ayam bertenggek tepi Jamban, pipinya merah macam darah, adohai…
Jika saya penakut dan lari, tentu saya akan cerita pengalaman jumpa hantu muka berdarah pada anak cucu, padahal ayam jer.
Pernah juga abang saya lari sebab jumpa pocong dalam kereta arwah bapa saudara, kami pergi siasat dari jauh Nampak macam pocong, bila dekat, biasan cahaya sahaja.
Ada jugak kisah main waktu magrib, tiba tiba disergah kambing gergasi yang putih seluruh tubuh, lintang pukang kami lari, esok baru tahu ada jiran beli kambing baka balar, adohai..
Pernah kami nakal waktu kecik, malam malam pergi tukar selipar rumah A pindah ke rumah B, dan selipar rumah B pindah ke rumah C, dua tiga malam kami buat sekali.
Lepas tu bila dengar orang buat konspirasi Hantu selipar, kami gelak dari jauh, sebab mereka dah kena prank.
Jadi jika korang jumpa Hantu, kebanyakkannya "sains dan data" sahaja, jadi tegurlah, dan siasatlah, orang tua dulu pesan tengok dari celah kangkang, jika kakinya tak jejak tanah maka itulah hantu, sebenarnya pesanan itu suruh korang tengok hantu itu dari sudut yang lain, sudut terbalik, jika Prank, mereka akan kantoi.
Banyak kan kisah orang Nampak hantu terbang padahal kain ditiup angin, atau burung sesat malam malam, tapi sebab tak siasat, dijajanya jumpa Hantu.
Tahun lepas, waktu saya sorang-sorang dalam Chalet tepi hutan di Pulau Tioman, letih menyelam siang hari, maka malam tidur awal, jam 11 malam macam tu terdengar suara budak menangis, makin lama makin kuat.
Aduh…, anak siapa ni menangis, hantu ke? Jika hantu saya nak kena “tegur”
Lalu saya keluar dan semua chalet tak de penghuni sebab jika ada tentu semua dah kecoh siasat suara budak menangis. Jadi saya jejak dan Nampak budak sedang menangis depan chalet umur tiga tahun lebih kurang.
Budak tu hantu ke?
Dia menangis nak masuk chalet tapi berkunci, saya ketuk chalet memang tak ada orang dalam chalet tu tapi saya tanya budak tu dia tak bercakap tapi menangis sahaja.
Saya pun telefon kawan saya yang sedang buat BBQ tepi pantai tanya kot ada orang kecoh anak hilang ke, rupanya ada orang sedang kecoh anak umur tiga tahun hilang tepi pantai,sekarang semua risau takut anak masuk air laut, tapi Alhamdulillah anak rupanya merayau balik ke chalet sorang diri.
Masalah selesai, tiada hantu.
Jadi kepada korang semua, jika terjumpa ‘hantu’, sila bertentang mata. Tegur, dan dakwah sikit..
“Dalil ada tak? Jika jumpa hantu kena tegur ni Hamka?”
Surah Al hujarat, Allah suruh siasat bila datang berita meragukan, maka jika ternampak Hantu, siasatlah, 99% orang yang siasat akan dapati itu bukan Hantu, Sains dan data sahaja, tapi jika lari, 100% korang akan percaya itu Hantu dan hidup dalam ketakutan buat selama lamanya.
Maka kepada mereka yang tak percaya Vaksin, tak percaya Covid, tak percaya bumi ini sfera, tak percaya manusia ke bulan, tak percaya Sains dan Data, tolong jangan lari bila berita sahih depan mata, siasatlah dengan bertanya kepada Pakar, itulah Sunnah bila berdepan dengan berita, rujuk surah Al hujarat, pasti kamu akan dapat jawapan jika benar kamu ikhlas dalam menyiasat.
Tapi jika lari, maka Hantu akan wujud dalam dunia kamu buat selama lamanya dan akan terus menghantui kehidupan orang yang takut.
"Tapi abang mayat, jika siasat, confirm itu Hantu? Atau Jin?, Nak buat apa?"
Berdakwahlah pada Jin itu, Nabi pun berdakwah pada Jin, suruh dia beribadat, sebab tidak Allah jadikan manusia dan Jin melainkan untuk beribadat.
Alamak rasa makin seram sejuk pulak tulis macam ni,.. pandang atas.. ternampak..
Aircond maxima cool? Patutlah.
Woha!
同時也有13部Youtube影片,追蹤數超過156萬的網紅Gin Pai Thai Rang - กินไปไทยหรั่ง,也在其Youtube影片中提到,ตำใส่พริก 50เม็ด ตำใส่ปลาร้าพิมรีพาย วิธีทำ หมูกรอบ ต้มหมู 15 นาทีแล้วเอาไปทอดไฟอ่อน 20นาที แช่น้ำมันไว้1 คืน แล้วทอดไฟแรง ตอนนี้ยายได้เปิดตัววิดีโอแ...
「bbq ikan」的推薦目錄:
- 關於bbq ikan 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於bbq ikan 在 Padu Beb Facebook 的最讚貼文
- 關於bbq ikan 在 Reen Rahim official Facebook 的最佳貼文
- 關於bbq ikan 在 Gin Pai Thai Rang - กินไปไทยหรั่ง Youtube 的最讚貼文
- 關於bbq ikan 在 Qim Anna Youtube 的精選貼文
- 關於bbq ikan 在 O2 Cinematics Youtube 的最佳貼文
- 關於bbq ikan 在 Tip Top BBQ Ikan Bakar added a... - Facebook 的評價
- 關於bbq ikan 在 Sate Ikan BBQ / Lockching | Resipi Citarasawan - Pinterest 的評價
bbq ikan 在 Padu Beb Facebook 的最讚貼文
Sekarang ni kita masih belum boleh dine-in di restoran. Kepada yang rindu nak makan steamboat dan BBQ tu, boleh dah beli 2 portable stove dari Iwatani.
Sangat senang nak pasang Aburiya dan Yakimaru Stove dari Iwatani. Apa yang lagi best, asap memang tak banyak. Boleh masak dalam rumah dengan ruang yang sesuai. Nak grill ikan, udang, daging, jagung semua pun boleh.
Jom LIKE & SHARE video ni guys.
#PaduBebBros #Iwatani #PortableStove
bbq ikan 在 Reen Rahim official Facebook 的最佳貼文
Calling for orang2 selangor❗❗❗
Nak sebulan kena stay at home, boring kann??
Stress nya tak boleh jalan2, tak boleh holidayy! Kalau boleh pun, dah tak bebas mcm dulu! 😭
Kami nk open utk org2 selangor dulu, sebab tak boleh rentas negeri! Kami nk bagi harga PKP tak masuk akal sempena pembukaan homestay kami!
HOMESTAY DENGAN PRIVATE POOL!
ADA BBQ AREA!
7 BILIK TIDUR!
7 BILIK AIR!
SERIUS LAAAA SERONOKKKK GILA ADA HOMESTAY LAGU NI KT KLANGG! 😱
Korang org Klang ke tu? Nak tau more info click link at bio je okayyy! 😉
Yg jauh dr Klang kita tggu habis PKP dulu okayyy!!
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
*AtasVilla Klang*
2-storey bungalow
Land Size: 6800sf
7 bedrooms with aircond
7 bathroom
Private Pool (25' x 10')
60+ TV Channels
BBQ Facilities
Badminton
Carpark for 6-8 cars
Near to 99speedmart, Econsave, Petronas and many shops.
Nearby Attractions:
GM Klang (5min)
Medan Ikan Bakar Klang (20min)
i-City Shah Alam (20min)
Selangor Royal Gallery (15min)
Jugra Hill (25min)
Klang Hospital (10min)
Teluk Panglima Garang (10min)
Nightly Price:
Weekday
- RM1280
Weekend/Public Holidays
- RM1580
@atasvilla_homestay.privatepool
@sashahamzah
#privatepool
#atasvillaklang
#atasvillasepang
#homestay
#swimmingpool
#familyday
#birthday
#poolparty
POMO Kambing Perap 💜💜💜💜💜💜💜
bbq ikan 在 Gin Pai Thai Rang - กินไปไทยหรั่ง Youtube 的最讚貼文
ตำใส่พริก 50เม็ด ตำใส่ปลาร้าพิมรีพาย
วิธีทำ หมูกรอบ
ต้มหมู 15 นาทีแล้วเอาไปทอดไฟอ่อน 20นาที แช่น้ำมันไว้1 คืน แล้วทอดไฟแรง
ตอนนี้ยายได้เปิดตัววิดีโอแรกของฉันใน ASMR youtube Channel ใหม่ของยายค่ะ:)
คลิกที่ลิงค์เพื่อดูว่ามันเป็นอย่างไร https://youtu.be/xy98ap_z3Xg
Now I have launched my first video on my new ASMR youtube Channel.
Click on the link to see how it went. https://youtu.be/xy98ap_z3Xg
bbq ikan 在 Qim Anna Youtube 的精選貼文
JOJO Rakit terletak di Tanjung Buai, Kota Tinggi, Johor. Ia betul-betul menghadap ke Pulau Tanjung Surat, Tanjung Langsat dan Pasir Gudang. Bagi mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke sini, tidak perlu risau. Ia terletak berdekatan dengan Teluk Sengat dan jaraknya hanya kira-kira 12 kilometer sahaja dari Bandar Kota Tinggi dan 30 kilometer dari Bandar Penawar, Desaru.
Jojo Rakit ini telah diilhamkan daripada apungan 200 tong pelampung dan ia mampu menampung antara 80 hingga 200 orang pengunjung pada satu masa. Sebelum terciptanya rumah rakit ini, tempat ini terlebih dahulu diketengahkan sebagai restoran atas air sebelum dinaik taraf menjadi chalet.
Atas sambutan yang begitu menggalakkan, ia kemudiannya telah mengalami proses ubahsuai sehingga menjadi sebuah rumah rakit yang serba lengkap dan begitu selesa untuk dijadikan tempat istirehat buat seisi keluarga.
SPOT MEMANCING+PERCUTIAN
Rumah rakit yang berkonsepkan inap desa atau homestay atas air ini pastinya akan menjadikan pengalaman percutian yang amat bermakna terutama bagi kaki-kaki pancing.
Apa tidaknya, apabila bilik yang anda diami dikelilingi air, pastinya begitu mudah sahaja untuk anda melepaskan gian di sini.
Tambahan pula, kedudukannya yang strategik dan dikelilingi pokok bakau pastinya menjadikan Jojo Rakit ini sebagai ‘highway’ ikan mudik ke muara apabila air mulai pasang.
Jadi tidak hairanlah kawasan ini didiami oleh spesies-spesies berharga seperti, kerapu, siakap, jenahak, senangin, semilang dan pelbagai lagi. Sepanjang kunjungan penulis ke sini, pelbagai jenis ikan berjaya kami daratkan di sini. Tidak menang tangan juga apabila kami dihujani oleh sekumpulan ikan cencaru yang galak menyambar mata kail apollo yang kami hidangkan pada waktu petang.
Namun, bagi mereka yang inginkan aktiviti memancing yang lebih thrill, Jojo Rakit juga turut menyediakan khidmat sewaan bot dengan kadar bayaran RM180 hingga RM200 bergantung kepada jenis dan muatan bot.
KEMUDAHAN
Menurut pihak pengurusan Jojo Rakit, di sini terdapat 11 buah bilik dan empat bilik air dengan kadar sewa mengikut saiz bilik yang tertentu iaitu bilik besar mampu memuatkan lima individu berharga RM120 (dilengkapi air-cond), sederhana untuk empat orang (RM80) dan RM70 untuk bilik kecil yang boleh memuatkan tiga orang.
Setiap bilik dilengkapi katil, kipas dan televisyen. Malah, pengunjung boleh menonton rancangan daripada saluran Singapura, Malaysia dan Indonesia dengan jelas.
Selain bilik, Jojo Rakit turut dilengkapi dengan kemudahan lain seperti dapur, tempat untuk BBQ, ruang istirehat, mini playground untuk kanak-kanak, dan tempat untuk berkaraoke. Selain itu, bergantung kepada permintaan, para pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti di sini seperti berkayak, dan pelbagai pengalaman menarik berkaitan aktiviti nelayan seperti menjaring, menjala, merawai dan pelbagai lagi.
PENGALAMAN BERHARGA, KESERONOKAN BERGANDA
Apa yang dapat penulis simpulkan, Jojo Rakit pastinya perlu menjadi lokasi yang harus dicuba oleh kaki pancing serata Malaysia. Dalam keasyikan memancing bersama rakan-rakan, apa salahnya bawa keluarga anda pula untuk merasai sendiri pengalaman riadah sambil memancing yang sudah tentunya dapat mengeratkan lagi hubungan anda seisi keluarga.
Song : Zee Avi Book of Morri Johnson
bbq ikan 在 O2 Cinematics Youtube 的最佳貼文
就在前几天,路过了Kampung头那代,
就被一栋装修非常现代化和亮眼的住家吸引了!
仔细一看!原来是一间非常高尚的cafe!
【AZRA CAFE】好高调的装潢啊!
在Kampung头显的而外显眼呢!
我呢 果断的约起我的团队们,
一起前来试吃他们的美食!
不试不知道!竟然有惊人的发现!
好大好大的【大头虾】啊!
这间的美食却别有一番风味!
大家吃腻了华人Cafe也可以来试试看马来人Cafe哟~
推荐美食:
Laksa with Udang Galah RM 20 (中等)
Nasi Dabai with Udang Galah RM 35 (最大只)
Sotong Bakar RM 10
Nasi Aruk Ikan Terubok Masin RM 7
地点:
AZRA Cafe (可以直接使用Google Map)
89, Jln Kampung Hilir, Kampung Hilir, 96000 Sibu, Sarawak
营业时间:
每天4PM ~ 10PM 除了星期一
联络方式:
https://wa.me/60146946264
*大头虾需要提前预订哟*
记得订阅:
YT :https://www.youtube.com/o2cinematics
IG :https://www.instagram.com/o2cinematics
FB :https://www.facebook.com/o2cinematics
#诗巫美食 #大头虾 #海鲜大餐
bbq ikan 在 Sate Ikan BBQ / Lockching | Resipi Citarasawan - Pinterest 的推薦與評價
Sate Ikan BBQ / Lockching | Resipi Citarasawan Sate, Sausage, Bbq, Recipes,. Iskandariah Muhammad ... Sate Ikan BBQ / Lok Ching ~ Resepi Terbaik ... ... <看更多>
bbq ikan 在 Tip Top BBQ Ikan Bakar added a... - Facebook 的推薦與評價
康熙商行回收威士忌、洋酒、紅酒、貴州茅台、銀元、紙幣、新舊手錶、海味補品、二手傢俬、黑膠CD、郵票等 澳門微信:kx. Tip Top BBQ Ikan Bakar, profile picture. ... <看更多>