Kisah ini benar2 menyentuh hati para pembaca. Pasti ramai yg tertanya2 adakah ianya kisah benar... Ya... Ianya adalah kisah benar.
.
.
Andai dipulangkan kembali...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini saya terpanggil untuk menceritakan sebuah kisah yang amat menyentuh jiwa saya. Saya fikir ianya hanya terjadi di dalam drama tv sahaja rupa - rupanya ia berlaku di depan mata saya sendiri keatas teman baik saya.
Awal Febuari 2018... Salah seorang teman baik saya telah di jemput ilahi kerana kanser rahim tahap empat. Alhamdulillah arwah menderita tidak lama. Tiga bulan terlantar sakit sebelum subuh arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir dan meninggalkan seorang putera yang masih kecil bersama 2 orang puteri yang masih bersekolah dengan si suami.
Sebulan selepas pemergiannya, si suami telah datang kerumah saya bersama sekotak pakaian arwah. Sebelum arwah pergi dia sempat berpesan kepada si suami supaya sedekahkan segala pakaian miliknya yang masih elok kepada sesiapa yang memerlukan. Si suami tidak tahu kemana arah untuk di salurkan pakaian milik si isteri mungkin masih baru dan tidak dapat berfikir dengan jelas maka di amanahkan kepada saya.
Sewaktu saya membuka kotak itu untuk memilih pakaian yang sesuai untuk di sedekahkan seperti yang di amanahkan, tiba - tiba si suami bersuara.
"Itu jer yg arwah ada..."
Saya merenung si suami kerana cuba untuk fahami apa maksud kata kata si suami tu tadi.
"Semalam saya membuka almari arwah dan hanya ini sahaja yang arwah ada... 15 tahun saya bersama arwah, lansung saya tidak pernah ambil tahu setiap kehendak arwah isteri. Saya abaikan arwah sehinggakan arwah sakit pun saya tidak tahu."
Ada kekesalan di situ. Namun saya masih tidak dapat mentafsir apa yang tersirat di sebalik keluhan si suami. Suami saya meletakkan handfon di meja mula berminat dengan cerita suami arwah kawan saya ini.
"Setiap kali arwah mengeluh sakit, kurang sihat, tidak bermaya dan mengajak saya pergi ke hospital saya hanya menganggap ianya pekara remeh. Saya mengejek - ejek arwah dengan mengatakan dia dah tua. Saya merendah - rendahkan arwah yang dia kurang bersenam dan hanya tahu makan jer sedangkan saya aktif bersukan dan tak salah kiranya saya mengajak dia bersukan bersama sepertimana saya menggalakkan kawan kawan saya bersukan. Saya juga selalu bersangka buruk bila arwah sakit ianya semata mata alasan untuk makan luar kerana malas masak. Lalu bangun jugak dia untuk masak dan mengemas kerana tidak sanggup dengar saya membebel dan kadang - kala sampai naik tangan saya ke kepala dia. Kejamnya saya... Saya berniaga sendiri punyai banyak masa terluang namun saya terlalu berkira untuk membawa arwah ke hospital kerana saya takut akan membuang masa menunggu segala urusan pemeriksaan kesihatan. Kejamnya saya pada arwah. Saya fikir bila dia sudah jadi isteri saya,saya tidak perlu lagi untuk mengambil hati dia seperti masa bercinta dulu. Namun saya lupa dia hanyalah pinjaman sementara bila - bila masa sahaja akan di ambil semula olehNya."
"Benda yang lepas jangan di kenang, nanti kau sengsara dia dah pergi, redha kan... Kesian anak - anak kau."
Suami saya bersuara.
"Bila saya pandang anak - anak makin bertambah kekesalan saya bang. Masa arwah ada boleh saya kira berapa kali saya bawa dia dan anak anak berjalan - jalan. Sedangkan saya pantang diajak kawan - kawan, ke langit biru saya boleh terbang. Bila saya buka 'handfon' arwah, boleh kira berapa sangat gambar yang di ambil bersama saya. Semuanya gambar dia dengan anak anak. Sedangkan gambar saya bersama kawan kawan penuh dalam telefon saya. Gambar dia bersama saya lansung tiada. Bila pandang anak yang kecil yang masih menyusu tu bang... Sayu jiwa saya... Siapa antara kawan kawan saya yang telah saya banyak habiskan masa bersama boleh membuatkan anak saya tu susu pada malam malam hari. Siapa yang boleh tolong uruskan anak anak saya ke sekolah seperti arwah uruskan. Siapa yang boleh temankan si kecil saya bermain sehingga jam 3 ke 4 pagi kalau dia tidak mahu tidur. Pagi ni anak saya yang pertama meminta RM 50 untuk membeli barang barang kajian sekolah. Wajib beli kerana jika tidak buat kajian tu, markah untuk peperiksaan mata pelajaran tu akan di tolak. Selama ini saya bising - bising duit belanja rumah sering tidak cukup, saya kata arwah ni boros belanja macam air dan tidak tahu berjimat. Baru saya tahu kemana arah duit itu di salurkan. Hari ini genap sebulan arwah pergi dan saya kira - kira hampir RM 500 ke RM 700 belanja sekolah anak - anak dan makan sahaja. Bila tiap kali arwah minta beli pakaian baru atau barang make up. Saya melarangnya kerana saya rasa macam membazir. Bila dia meminta lagi saya akan mula mengungkit pemberian belanja yg saya bagi. Baru lah saya tahu ianya tidak mengcukupi. Baiknya arwah kerana dia patuh. Saya sering tegur arwah kerana selekeh jer lansung tidak bergaya seperti isteri kawan - kawan saya tetapi saya lupa yang saya tidak pernah bertanya padanya tentang berlanja yang saya bagi selama ini cukup atau tidak untuk membeli pakaian dan alat - alat solek. Saya gagal menjadi suami yang baik."
Saya diam tidak dapat berkata - kata lagi. Marah sedih dan sebagainya berlegar - legar dalam fikiran saya. Setahu saya arwah ni masa zaman bujang - bujang dulu memang cantik, bergaya dan pandai menghiaskan diri. Patut lah semenjak dia berkahwin hilang semuanya dan bila saya mengusik dia hanya menjawab...
"Malas lah nak makeup - makeup ni... takda masa, dengan anak - anak lagi, alaaa yang penting suami sayang..."
"Semalam saya buka almari arwah, hanya ada beberapa helai sahaja pakaian yg baru itu pun seingat saya dibeli masa nak raya tahun lepas. Lain - lain semua dah lusuh. Ada beberapa batang lipstic yang dah patah. Dahulu masa sebelum kawin saya pernah terlihat di dalam beg kecil arwah ada pelbagai jenis lipstik, pelbagai jenis bedak muka dan macam - macam lagi makeup yang arwah ada. Tetapi bila dah jadi isteri saya, semuanya habis tidak berganti. 15 tahun bersama sepatutnya bukan makin berkurang tetapi makin bertambah. Masa kali pertama arwah menjejak kaki ke rumah saya, arwah bawa 3 beg besar pakaian semuanya cantik - cantik dan hari ini hanya sekotak sahaja yang arwah ada. Sedangkan keperluan anak anak dan saya sangat mengcukupi."
Si suami mula menangis.
"Arwah nak bekerja, saya marah... Saya tanya arwah tidak cukup ke apa yang saya bagi dan saya kata saya mampu tanggung dia lagi... Saya ego... Arwah pula demi menjaga ego saya daripada tercalar arwah mengambil keputusan untuk diam sahaja. Dia amanah saya sepatutnya dia dijaga, dibelai, dimanja tetapi saya abaikan kerana saya fikir sekarang bukan masa untuk semua itu. Tiap kali arwah mengeluh sakit - sakit badan saya suruh dia tidur... Makan ubat. Saya suruh anak - anak yang picitkan... Tetapi saya lupa itu adalah kewajipan saya. Saya lupa dia hanya pinjaman sementara. Sekarang dia dah tiada. Saya rindu dengan dia. Rindu sangat sangat. Andainya dipulangkan dia kembali saya nak habiskan masa saya bersama dia seperti masa saya bercinta dulu. Saya nak kotakan janji saya pada dia bahawa dia akan menjadi wanita paling bahagia bila menjadi isteri saya. Saya tahu bukan harta dan kekayaan yang arwah inginkan tetapi perhatian dan kasih sayang saya. Saya kesal kerana selama ini arwah menjadi tempat saya melepaskan penat dan amarah saya. Saya kesal kerana selama ini menjadi suami yang terlalu berkira dengan isteri sedangkan isteri adalah punca rezeki suami. Masa saya tahu arwah sakit, masa tu dah terlambat. Pagi tu dia mengadu perut dia sakit sangat. Saya marahkan dia kerana tidak menjaga makan. Tetapi bila saya lihat dia tidak bermaya dan bila saya periksa nadi dia semakin menurun, saya terus bawa dia ke hospital... Masa dalam kereta mulut saya tak henti - henti menyumpah dia... Kata dia menyusahkan saya... Nak diet sampai tak makan... Ambil supliment yang bukan - bukan sampai sakit macamni. Masa tu saya sangat marah pada arwah sampai saya terlepas kata asyik sakit jer tapi tak mampus - mampus jugak. Bila nurse bagitahu dia kena tahan ward saya lagi berangin dan menunjal - nunjal kepala dia sambil membebel benda yang sama, saya marah sangat sebab saya terpaksa batalkan aktiviti badminton saya pada petang itu kerana terpaksa menjaga anak - anak di rumah. Tiga hari arwah warded. Jarang sekali saya menjenguk dia. Hanya waktu melawat tengahari sahaja bawa anak - anak datang melepas rindu. Baru saya tahu susahnya bangun malam buatkan susu, mandi dan tidur kan anak, sediakan anak anak ke sekolah. Bila doctor mengesahkan isteri saya mengidap kanser rahim tahap 4... Saya terduduk kaku menahan tangis kerana semuanya dah terlambat sebab ianya telah merebak sepenuhnya."
Si suami berhenti seketika untuk menyapu air mata yang mula membasahi pipi. Secawan teh yang di hidangkan lansung tidak berusik. Suami saya merenung tajam kearah muka suami arwah kawan saya. Mungkin menanti apa lagi cerita yang bakal akan keluar dari mulut suami kawan saya.
"Sewaktu dia sakit, saya cuba menjadi suami yang baik. Ajak dia pergi jalan - jalan. Tetapi dia menolak. Dia tidak mahu susah susahkan saya menolak kerusi roda. Saya ajak dia makan makanan kegemaran dia. Dia makan namun tidak mampu untuk menelan dengan riangnya. Saya ajak bergurau bermesra seperti dulu - dulu dia lesu x bermaya... Runtun hati saya melihat wanita yang saya sayang, saya cintai menderita. Tiap kali dia sakit, saya ajak pergi hospital dia menolak, dia kata dia dah tahu dia sakit apa, tak perlu buang masa dan duit lagi. Saya ajak dia pergi berubat kampung jika tidak mahu ke hospital. Dia menolak kerana itu akan menangguh masa untuk dia meninggal... Allahu Akbar rupanya arwah terasa dengan kata - kata saya. Saya melutut depan dia, mohon maaf, mohon ampun dan dia kata dah lama memaafkan kesilapan saya namun itu tidak mampu membasuh dosa saya pada arwah... Saya mula memeluk dia sewaktu tidur, saya tahu saya akan kehilangan dia dan waktu itu makin hampir. Sumpah demi tuhan saya sayangkan arwah cuma saya lupa dia hanya pinjaman lalu saya abaikan dia. Saya tidak hargai kehadiran dia dalam hidup saya. Sekarang satu - satunya wanita yang amat saya kasihi dah tiada. Dia dah tinggalkam saya bersama jutaan kenangan dan kisah suka duka kami sepanjang percintaan di bangku sekolah hingga ke jinjang pelamin..."
Saya merenung muka suami kawan saya itu, terpancar kekesalan di situ. Dia menceritakan pada saya bukan lah untuk membuka pekung didada, tetapi dia tahu saya menulis blog dan ingin saya kongsi bersama kisah dia dan isteri 'pinjaman' sementaranya supaya menjadi satu tauladan kepada para suami di luar sana. Sesungguhnya apa yang kita ada bukan milik kita. Semuanya hanya pinjaman.. Hargai lah...
Kredit Penulis :
#CikPuanAmmyTulis
#gambarsekadarhiasan
.
.
.
Nak viralkan bisnes anda? Sekarang dibuka iklan pakej terendah hanya RM30. Iklan boleh pilih tarikh dan masa sendiri. Whatsapps admin : http://bit.ly/2FFyZuG
berapa lama rasa sakit malam pertama 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳解答
Kak long menulis...
*****
Saya ingat lagi suatu ketika saya pernah dalam keadaan down, sangat down. Ia ambil masa yang lama untuk sembuh.
.
Kemudian, saya bertemu dengan sahabat yang juga sedang melalui fasa seperti saya. Cuma zon masa kami berbeza. Mungkin jika kami tidak ditakdirkan bertemu, saya akan sesat entah ke mana. Atau, kami sama sama sesat dalam laluan berbeza.
.
Cantik takdir tuhan.
.
Ketika kami sama-sama mencari, sama-sama berusaha untuk berdamai dengan takdir. Ketika itulah kami menemui makna hidup yang kami mengertikan sebagai "Cerita Dari Syurga". Sebenarnya ini buku pertama tulisan Tuan Mohamad Zamri Mohamad yang saya baca. Buku tulisan mentor penulisan saya.
.
Percayalah, bukan orang yang suci murni, hati bersih bak sutera sahaja perlukan cerita-cerita dari syurga. Orang seperti saya lagilah perlukannya. Sebab setiap hari hati ini berbolak balik antara jahat dan baik, antara sabar dan geram, antara syukur dan dendam.
.
Tetapi, cerita nan satu inilah menjadi pengubat hati. Rasa marah cepat reda, rasa dendam cepat padam. Malah rasa hati sakit, tersiksa dapat sembuh lebih cepat. Kerana apa? Kerana saya mula memahami bahawa hidup ini cuma pentas, yang kita tidak akan kekal lama di dalamnya.
.
Saya ingat lagi status lawak tulisan kereta mayat apabila beliau menasihati seorang gay yang mengadu kepadanya, Lebih kurang begini, "Bang saya rasa sangat tersiksa, tak tahan rasanya menanggung siksa bila nak berubah dan menjauhi lelaki yang amat saya cintai."
.
Tuan kereta mayat pun berkata lebih kurang macam ini, "Jika kau rasa tersiksa yang amat sangat, bayangkan syorga yang indah di mana kau kekal bahagia selamanya di sana. Di syorga kau bukan lagi gay dan takkan ada perasaan syok pada lelaki. Dan andai kata kau ambil keputusan sebaliknya, kau syok berapa minit sahaja dengan kekasih sejenis kau tu, tapi balasannya adalah siksa yang kau bakal tanggung di neraka selamanya..... kau bayangkan..."
.
Dan macam biasa nasihat beliau akan ada Wohaaa!!!
.
Maafkan saya bagi contoh ini. Sebab inilah yang terlintas di kepala ketika ini. Kalau nak tahu lanjut bolehlah baca buku beliau, Psst saya peminat tegar blog beliau.
.
Benar, cerita-cerita dari syurga itu adalah penyembuh. Saya ingat lagi pesanan bos saya dua hari lepas sewaktu kami bersembang di pantry.
.
"Kita ni ada cara ubati tekanan dan kesedihan. Kita solat, kita baca Al Quran dan yang penting kita kena ingat yang kita ada tuhan." Lembut sahaja suara Puan bos berbicara.
.
Kita ini Islam sejak lahir, agama kita agama warisan. Tetapi Iman bukan warisan. Termenung saya sejenak mengingati ceramah yang saya pernah dengar tentang bagaimana Rukun Iman itu mendasari dan dapat mengawal perangai kita.
.
Rukun IMAN itu enam perkara. Ia mengandungi enam kepercayaan. Percaya kepada Allah, Percaya kepada Rasul Percaya kepada Kitab, Percaya kepada Malaikat, Percaya kepada Hari Akhirat dan Percaya kepada Qada dan Qadar.
.
Percayanya kita kepada syurga dan neraka, serta setiap perbuatan kita ada malaikat yang mencatat, kemudian catatan itu akan ditimbang di akhirat. Bila kita tersasar sedikit, marah atau sedih melampau dengan sesuatu maka kita segera ingatkan hati. Bukankah kita pernah melafaz kepercayaan ini?.
.
Dan ultimate hidup kita ini apa yang kita mahu? Tentulah kesudahan yang baik, iaitu tenang damai di dunia dan bahagia di syurga.
.
Saya ucapkan terima kasih kepada penulis-penulis yang banyak mengubah cara berfikir saya. Juga kepada sahabat yang paling banyak menulis cerita dari syurga sehingga saya merasakan peluang itu ada untuk insan seperti saya.
.
"Ya Allah, orang seperti aku pun ada peluang mendapat keampunannya." Apa salahnya menanam percaya hidup ini demi mengejar syurga? Dan mengajak orang lain merasa yang sama melalui tulisan-tulisan kita?
.
Ceritalah sahabat.....
Cerita indah itu, bukan bermakna kita baik, bukan bermakna kita sempurna, bukan bermakna kita hebat. Tetapi cerita ini akan jadi alat kawalan diri dan supaya kita saling mengingati.
.
Berapa ramai di luar sana yang hatinya sedang gelodak, sedang sengsara, sama seperti yang pernah saya lalui suatu ketika. Apakah cerita terbaik yang boleh kita bawakan kepada mereka melainkan cerita dari kitab yang disampaikan melalui Rasul-Nya.
.
Ya benar, siang malam malah setiap saat kita berperang dengan iblis. Makhluk ini akan sentiasa berusaha merosakkan hati kita dengan cara yang paling halus. Dengan perbuatan yang kita tidak sedar, sama ada secara terbuka atau tersembunyi.
.
Dan hati saya sendiri, berbolak balik setiap hari. Percayalah status-status saya tentang cerita dari syurga ini bukanlah ditulis oleh orang yang baik-baik. Saya ini pun busuk hati, I have black and white colours....memang betul pun. And if u feel NEVER WRONG about me, juga betul!
.
Ini tidak bermakna orang yang tidak suka bercerita tentang syurga boleh berlagak, menyindir dan boleh menyakitkan hati orang lain serta mengkritik secara terbuka.
.
Kak Long,
Saya akan terus menulis.
Note: Tahniah kepada Kak Long sudi berkongsi kisah suka duka. Bagi yang mahu membeli buku Hamka keretamayat
(1) KERANA DIA ANAK SYURGA RM23
(2) KISAH ANAK BINI RM23
(3) KISAH LAKI BINI RM30
(4) SEMUSIM DI SYURGA RM25
(5) BUKU TERAKHIR TENTANG HANTU RM25
(6) NGETEH DIKUBUR AYAH RM23
Terima kasih sudi membeli belah di halaman keretamayat
Woha!
berapa lama rasa sakit malam pertama 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
Hidup ini terlalu singkat untuk 'bergaduh' dengan Tuhan.
Bacaan sebelum mati kepada orang bukan islam.
Saudara...
Tuhan itu sudah pasti ada, buktinya adalah kewujudan kita yang sebaik baik kejadian, jika kita melihat lukisan yang cantik, lalu kita memuji dengan berkata, sungguh hebat orang yang melukis lukisan ini, maka pujian ini tanpa diragui, ditujukan kepada pelukis walaupun kita tak pernah jumpa dengan si pelukis.
Maka, alam semesta yang besar dan indah ini, juga sangat hebat dan mengkagumkan, alangkah hebatnya Pencipta alam semesta ini? maka pujian ini tanpa diragui, ditujukan kepada Tuhan semesta alam walaupun kita tak pernah jumpa dengan Tuhan.
Lalu marilah saya pimpin anda untuk mencari Tuhan. InsyaAllah.
Dengan izin, sebelum itu kredit saya dahulukan kepada penulis buku “The Man in the Red Underpants” yang di tulis oleh A.R. Green.
Buku itu adalah mencerita berkenaan Common sense dalam mencari Tuhan. Dan sebahagian dari apa yang saya kongsikan di bawah, di olah dari beberapa contoh dari buku tersebut.
Contohnya, Apa yang korang akan buat, jika tiba tiba ada lelaki yang hanya pakai seluar dalam warna merah datang ketuk pintu nak semak meter elektrik?
Adakah korang akan benarkan dia masuk?
Atau tanya surat kuasa?
Atau aku rasa, korang pasti akan halau dia, yang mana apapun tindakan korang, maka ianya adalah berdasarkan logic tindakan manusia.
Dan secara logic kita tahu lelaki itu tak datang secara tiba tiba, pasti di hantar oleh seseorang, atau pasti ada sebab yang buat dia tergamak pakai seluar dalam warna merah dan tiba tiba ketuk pintu rumah nak semak bil elektrik.
Ya, logiknya dia seorang yang gila. Atau mungkin dipaksa oleh satu kuasa, kena ugut oleh gangster mungkin? Apa pun yang bermain di fikiran kita, lelaki berseluar dalam itu muncul bukan secara semula jadi, ada sebab dia bertindak demikan…
Tak payah siasat, Cuma bila kita bercerita tentang logic, kita bersetuju bahawa kita ini adalah sebahagian dari alam semesta. Kita bersetuju bahawa ’something doesn’t come from nothing’. Dan kita bersetuju bahawa ‘order doesn’t spontaneously arise from chaos’?
Dunia ini menjadi semakin stabil dalam kehidupan manusia apabila manusia memperkenalkan standard, seperti ISO yang menyeragamkan semua pengukuran kejuruteraan lalu kehidupan genarasi zaman moden menjadi lebih berkesan, sebagai contoh, skru yang kita beli di kedai, ada saiz yang standard, pemutar skru juga ada standard, lubang yang nak diputar ada arah yang standard, dari mana standard ini datang?, kita semua tahu sudah, ianya bukan datang secara semula jadi, tapi dari kesepakatan perwakilan dunia, lalu muncullah ISO, Internasional Standard of Organitation.
Contoh lain, Jika kita kumpulkan bahan-bahan yang boleh menyiapkan sebuah Smart Phone seperti plastik, besi, kaca, polimer,getah dan lain-lain material, lalu di letakkan di padang pasir, berapa tahun masa yang perlu di ambil oleh semua bahan tadi untuk bercantum dan menjadi Smart phone? Jawapannya, mustahil! Kecuali ada yang mengaturkannya.
Jadi bahan-bahan untuk menjadikan manusia, iatu air, api, angin dan tanah, yang terbentuk selepas Big Bang akhirnya bercantum dan berevolusi menjadi ikan, dinasour, monyet, pokok, rama rama, gunung, kumbang, cacak, terung, pisang, panda, dan tiba tiba anatar semua hidupan itu, muncul manusia?
Ketahuilah, telefon juga berevolution, dulu telefon besar gajah dan berat nak mampos, tapi sekarang kecil dan ringan, dulu hanya satu fungsi, sekarang semua fungsi ada, tapi telefon bukan berevolution sendiri, ada orang yang mengevolusikannya, jadi, jika dunia ini berevolusi, maka sudah pasti ada kuasa yang menguruskannya.
Sebagai contoh: Bagaimana setiap tahun, bumi Berjaya mengelilingi matahari selama 365 hari tanpa lewat? Tanpa berlanggar dengan planet lain? Oh tak berlanggar sebab ada orbit? Siapa cipta orbit? Matahari atau bumi? Dan setiap bulan, selama 30 hari, bulan mengelilingi bumi dengan sudut permukaan yang sama, tapi bumi mengelilingi matahari dengan putaran 360, maka berlakulah siang dan malam, bagi garisan khalistustiwa, maka putaran bumi adalah 12 jam siang dan 12 jam malam, maka di garisan ini, cuaca panas sepanjang tahun kecuali di bulan Desember, iaitu lokasi bumi di salah satu sudut alam semeta yang buatkan berlakunya taburan hujan yang tinggi setiap tahun, manakala di garisan lain, berlaku empat musim yang konsten setiap tahun, musim panas, musim gugur, musim luruh dan musim salji, oh tidak lupa pasang surut air laur yang di kawal oleh gravity bulan. Jadi siapa yang kawal semua ini? Semula jadi?
Jadi logic tak dalam dunia atheist yang percaya sebelum big bang dunia ini kosong, tiba tiba berlaku letupan, dan berjuta tahun kemduan, kita semua ada smart phone?
Gunakan akal, dunia ini terjadi sendiri? Atau ada Pencipta yang Maha Kuasa?
Guna Common sense, adakah lelaki yang pakai seluar dalam merah tu tiba tiba sahaja ada?
Maka, pasti dan pasti, dunia dan seluruh alam semesta ini di cipta oleh yang Maha Kuasa.
Kemudian timbul soalan paradox, jika Tuhan cipta dunia, siapa yang cipta Tuhan?,
Untuk masalah ini, bayangkan kes penembak tepat yang sudah bersedia menembak sasaran, tapi perlu tunggu arahan dari pihak atasan, tapi pihak atasan cakap, kena tunggu pihak atasan lagi satu, kemudian, pihak atasan lagi satu cakap, tunggu pihak atasan yang atas lagi, so, bila dia boleh menembak?
Jadi, secara logik, pilihan yang kita ada selain paradox, adalah dengan yakin bahawa hanya ada satu pihak yang paling atas, tiada yang atas melainkan dia, maka dunia ini telah di cipta oleh pihak yang paling atas, dan satu sahaja, jika ada banyak pihak atasan, maka dunia ini tak dapat di cipta sebab tuhan akan bergaduh dan pengurusan alam semesta akan menjadi konflik, kerana itu kita tak boleh terima dari segi akal tuhan itu ada lebih dari satu, maka hint untuk mereka yang mencari Tuhan, pastikan Tuhan itu hanya SATU, dan Dia paling atas, itulah logiknya tempat bagi Tuhan, satu dan paling tinggi!
Jika jawapan ini sudah di terima, maka terbongkarlah sifat Tuhan yang berlawanan dengan semua makhluk dan kejadian, yang mana apabila semua mahkuk di cipta, maka Tuhan adalah pencipta, Dia satu dan paling atas.
Kemudian, jika semua mahkluk akan binasa, maka Tuhan bersifat abadi dan kekal selamanya.
Kemudian, jika semua makhluk mempunyai kelemahan dan saling memerlukan, maka Tuhan bersifat paling berkuasa dan tidak memerlukan sesiapa.
Kemudian, jika semua mahkuk terikat dengan masa dan Fizik, maka Tuhan bebas dari masalah Fizik dan masa.
Kemudian, apa sahaja yang ada pada makhluk, maka Tuhan adalah langsung tidak bersamaaan dengan makhluk.
Jadi, kepada semua atheist yang mahu mencari maksud hidup sekalian, jika nak cari Tuhan, pastikan Tuhan itu satu, paling berkuasa, tidak berawal, tidak berahir, tidak di cipta dan tidak perlukan apa apa, tidak akan sama dengan dengan mana mana yang dicipta kerana Tuhan bukan sebahagian dari ciptaan-NYa
Kita boleh terima, bahawa dunia ini di cipta dengan logic sains, ada sebab dan akibat, Tuhan jadikan kita dahaga, dan Tuhan ciptakan air, Tuhan jadikan kita lapar, dan ada makanan, Tuhan jadikan sejuk, dan ada api serta pakaian, Tuhan jadikan kita perlukan cinta dan perhatian, maka Tuhan juga jadikan pasangan, keluarga, anak, dan kasih sayang. Jadi, jika masalah hati dan cinta pun Tuhan berikan penyelesaian, maka sudah tentu persoalan dari mana saya datang, apa tujuan saya di dunia ini, dan kemana saya selapas ini. Juga disediakan Tuhan akan penyelesaiannya, Cuma terpulang kepada kita untuk meraihnya atau mengabaikannya.
Aku ada baca komen dari Atheist yang nak bunuh diri kerana katanya, Cinta tidak wujud. Dia sering dikhiati wanita dan hidup berputus asa untuk mencari cinta, akhirnya dia hidup tanpa cinta dan ingin bunuh diri dalam keadaaan sedih.
Persoalannya, Adakah benar cinta tidak wujud? Atau dia yang berputus asa dalam mencari Cinta? Sehingga cinta tiada dalam dunianya.
Dan aku juga pernah jumpa lelaki yang nak bunuh diri kerana katanya, Tuhan tidak wujud. Dia pernah berdoa, tapi katanya Tuhan tidak ada sebab doa tidak makbul, dan hidup berputus asa untuk mencari Tuhan, akhirnya dia hidup tanpa Tuhan dan mati dalam keadaaan sedih.
Jadi, adakah benar Tuhan tidak wujud? Atau dia yang berputus asa dalam mencari Tuhan? Sehingga Tuhan tiada dalam dunianya.
Begitulah dunia ini, ada yang mati kerana tidak jumpa air, ada yang mati kesejukkan kerana tidak bertemu api, dan ada yang mati kesedihan kerana tidak bertemu cinta, dan ada yang mati lagi sedih sebab tidak bertemu Tuhan.
Jadi, mencari Tuhan perlu pada usaha, bukan setakat tunggu datang depan mata, air pun perlu di ambil dalam perigi, api perlu di cari bahan bakar, cinta perlu di cari pasangan, anak perlu kepada perkahwinan, maka untuk mencari Tuhan, maka perlu pada usaha kerana Tuhan cipta dunia ini dengan logic sains. Siapa yang berusaha akan dapat, siapa yang berputus asa akan kecewa.
Maka untuk itu, sudah pasti Tuhan akan hantar wakilnya untuk bagitahu jawapan berkenaan dari mana saya datang, apa tujuan saya di dunia ini, dan kemana saya selapas ini.
Maka carilah seorang Nabi yang paling common sense, iaitu ajarannya untuk semua manusia, bukan hanya untuk bangsa, carilah Nabi yang hidup macam manusia, berkahwin, beranak pinak, berkerja dan berusaha untuk hidup, jaga kambing misalnya.(hint)
Carilah seorang Nabi yang jika dunia ini ada orang paling berpengaruh, maka dialah orangnya kerana bukan sahaja pandai berkata-kata, tapi pandai mengarahkan tentera, pandai mendamaikan pihak yang bergaduh, pandai mengambil hati, dan pandai serba serbi.
Jika Nabi ini membawa kitab, pastikan kitab yang kita baca itu sama macam asal, dengan bilangan ayatnya, dengan sebutannya, dengan keasliannya. Jika kitab yang kita baca di tulis dengan pelbagai versi, makan mana pergi logic sains kita nak terima beritanya?
Kitab itu pulak, isinya bukan cerita yang bertentangan dengan logic sains, pastikan kitab tu penuh dengan common sense, penuh dengan arahan yang sepatutnya, seperti taat ibu bapa, jangan berzina, tolong orang miskin dan sebagainya, mungkin dalam kitab itu ada cerita yang di zaman itu manusia tak tahu pun seperti, rahsia cap jari, teori big bang, proses kelahiran, kegelapan laut, green teknologi, lapisan tanah dan lain lain yang sangat membantu bagi mereka yang mahu menggunakan akal.
Sebagai penutup, cuba baca keluhah beberapa atheist di bawah:
Atheist 1:
“Bro, Saya tidak pasti jika anda sengaja menyindir atau benar-benar percaya . Tidak setiap atheist membunuh diri yang alami kemurungan. Walau bagaimanapun, saya bersetuju bahawa kekurangan agama buatkan athest membunuh diri, orang agama percaya kehidupan mereka mempunyai tujuan, walaupun mereka lakukan pada dasarnya adalah perkara yang sama dalam kehidupan hari seorang atheist. Tapi perbuatan mereka di sandarkan untuk kehidupan seterusnya, membuatkan mereka, dalam perang pun lebih berani daripada atheist. Saya percaya bahawa agama sangat membantu psikologi manusia untuk meneruskan kehidupan di saat sukar dalam hidup. Bila mereka sakit, agama juga membuatkan mereka tabah menghadapi kematian. Saya pun tiada masalah pujuk mereka yang kemurungan agar memilih agama sebagai penyelesaian.”
Atheist 2:
Saya seorang yang tidak percaya kepada Tuhan, namun hidup saya baik sahaja, sehinggalah anak perempuan saya membunuh diri tahun lepas, saya sedih. Saya menggalakkan anak saya yang lain untuk hidup dengan beragama, sekurangnya mereka tidak bunuh diri macam anak sulung saya. Percayalah, mendengar berita anak kesayangan membunuh diri adalah perkara buruk dalam hidup. Saya akui, kehidupan orang yang percaya pada tuhan, jauh lebih baik jika mereka tidak berlebihan. Sama macam makan ubat, jangan berlebihan, jadi saya nasihat anak saya supaya hidup Bergama, tapi jangan berlebihan.
Atheist 3:
Dua bulan yang lepas, seorang teman saya mati bunuh diri. Beliau adalah orang pertama dalam hidup yang saya berjaya pengaruhi daripada hidup Beragama kepada atheist. Walaupun saya tidak tahu punca beliau bunuh diri, tapi saya rasa bersalah kerana saya pasti, jika beliau dalam agama yang lama, pasti beliau tidak bunuh diri, saya sangat kenal dia. Terbaru, seorang kawan kepada beliau, yang juga masih baru menyesuaikan diri dengan realiti bahawa Tuhan tidak wujud telah alami masalah kemurungan. Walaupun saya tidak fikir dia akan membunuh diri, tapi saya tidak terkejut jika beliau berfikir untuk bunuh diri setiap masa.
Ini adalah sesuatu yang kita tidak suka mengakui, tetapi ia adalah benar. Terdapat masalah dalam masyarakat atheist iaitu masalah kemurungan dan bunuh diri. Saya tahu bahawa kita semua ingin percaya bahawa atheist adalah orang yang lebih bahagia daripada orang beragama dengan kebebasan hidup kita. Tetapi kita juga perlu menerima hakikat bahawa dalam beberapa cabang kehidupan, mereka orang beragama jauh lebih bahagia. Terutama when shit happens.
Perasaan teruja adalah kebahagiaan. Manusia gembira apabila mereka tidak tahu apa yang sedang berlaku di masa depan lalu menempuhnya dengan penuh teruja. Tetapi apabila manusia tahu apa yang sedang berlaku, apabila mereka benar-benar mempunyai gambaran yang lebih jelas mengenai realiti, bahawa tuhan tidak wujud, dan hidup ini semakin memburuk, yang muda menjadi tua, yang kuat menjadi lemah. Di hujung usia kita hanyalah makluk lemah yang menderita pelbagai penyakit. Lalu kenapa perlu hidup lama dengan penuh menderita jika mati tiada apa apa kesalahan?
Di sini bermula kemurungan, Orang yang beragama, apabila hadapi tekanan hidup, mereka boleh mencari bantuan dan harapan dalam institusi agama mereka, tetapi atheist biasanya hanya boleh mencari dalam internet atau mencari bantuan dalam komuniti kecil tempatan yang selalunya tidak membantupun.
Kemudian terdapat tempoh peralihan di mana seorang atheist baru yang baru sedar tuhan tidak wujud, tapi kehilangan tuhan merupakan bencana besar bagi mereka, apabila tuhan yang mereka percaya rupanya adalah palsu. Sehingga mereka benar-benar merasa kesepian dan juga marah dan juga kecewa lalu menjadi murung yang tidak berkesudahan yang kebanyakkanya membunuh diri(berlaku pada orang yang saya kenal)
Kita perlu bertindak dengan lebih baik. Atheist tidak perlu hidup dengan menderita semata-mata. Kita perlu cuba untuk mendekati mereka yang memerlukan bantuan dan mereka yang memerlukan bantuan perlu sebenarnya mendekati dan mendapatkan bantuan yang mereka perlukan. Mujurlah, terdapat banyak atheist yang pergi ke dalam bidang psikologi dan psikiatri. Jangan menderita secara senyap-senyap dan hadapi seorang diri. Jiwa tidak mampu menjawab persoalan secara sendirian.
Bergabunglah dengan athesti yang lebih tua, kongsi masalah dan falsafah hidup bersama, kita orang yang tidak bertuhan adalah insan paling bebas, gunakan kebebasan kita untuk nikmati hidup. Bukan guna kebebasan untuk akhiri hidup. (bunuh diri)
Tolong jangan bersendirian hadapi kemurungan, bergaullah dengan kawan kawan yang senasib dengan kita.
Aitheist 4:
Saya telah menjadi atheist sejak umur 14 tahun, selepas itu hidup saya tertekan kerana tiada tujuan, dan saya pernah membunuh diri tapi gagal, semenjak itu saya menjadi seoarang yang sangat murung. Sekarang saya masih berfikir tentang membunuh diri. Sebab saya tak tahu kenapa perlu teruskan hidup, Tiada orang bodoh datang berbohong dan memberitahu saya keadaan akan menjadi lebih baik. Hanya Dr. dengan pil yang cuba membantu tapi tidak Berjaya.
Saya kini 46. There are atheists in fox holes. I'm there dan bukan sahaja Tuhan tidak wujud bagi saya, malahan cinta dan kawan juga tidak wujud dalam hidup saya. Saya ada perasaan cinta pada orang lain, tapi orang lain tiada perasaaan cinta pada saya, kerana cinta tidak wujud dalam dunia saya, inilah pengakuan jujur dari saya, Saya benci dunia ini dan bertambah sedih kerana tiada dunia lain yang boleh saya miliki. Hidup tanpa kasih sayang wanita buatkan hidup saya tiada makna, kini saya hanya menjerit dalam gelap.
Ex-Atheist 5:
Saya datang ke forum ini ketika mencari hubungan antara ateisme dan bunuh diri selepas mendengar berita Robin Williams bunuh diri. Saya pernah menjadi seorang nihilist dan bila baca someone on this forum fear non-existence was close but not true for me.
Semasa saya nihilist, saya tidak mempunyai rasa takut kepada non-existence, I knew that I was fundamentally absurd, just like the rest of reality. dan itulah yang memberi tekanan yang maha hebat dalam hidup saya. Saya tahu bahawa saya akan hilang begitu sahaja, I was a hypocrite whenever I lived or did anything contributing to the delusion that life is important, special, valuable, or real. Sehinggalah akhirnya saya cuba membunuh diri untuk melepaskan diri dari non-existence. Tapi akhirnya saya diselamatkan, dan saya tidak mahu bercerita tentang pengalaman rohani di sini namun hidup sebagai seorang beragama sekarang, adalah sejuta kali lebih baik dari hidup sebagai nihilis.
******
Ok, cukuplah 5 keluhan Atheist yang aku copy paste. Akhir kata kepada Pakcik yang yang mencari Tuhan.
Sesungguhnya.
Hidup perlukan kasih sayang dan kasih sayang boleh datang daripada pasangan, rakan rakan, dan keluarga. Tetapi pasangan, rakan-rakan, dan keluarga boleh mengasihi kita satu hari dan tidak mengindahkan kita pada hari esok. Sebab tu ramai yang bunuh diri bila pasangannya curang. Bagi orang yang beragama, cinta dari Tuhan adalah infiniti dan akan sentiasa ada untuk kita.
Hakikatnya, penderitaan membawa kita lebih dekat dengan sumber untuk dicintai dan disayangi, biasa orang menderita akan pergi pada pelukan orang tersayang, isteri, ibu, anak-anak, tapi bagaimana jika orang tersayang berpaling tadah atau sudah tiada?. Di sinilah masalah berlaku bagi orang yang tidak bertuhan, mereka mungkin akan pergi pada doctor atau mengasingkan diri dan ditimpa kemurungan kerana tiada kasih sayang dari Tuhan.
Keperluan manusia bukan setakat makanan, udara, pakaian, tapi semua manusia perlu pada harapan. Tanpa harapan hidup akan musnah.
Orang yang beriman mengetahui bahawa hidup bersendirian adalah ilusi kerana semua insan hidup diperhatikan Tuhan. Tapi bagi seorang atheist, hidup bersendirian adalah realiti. Jika kehidupan sosial anda tidak berjalan dengan baik, anda keseorangan. Jika anda ada masalah kewangan yang teruk, anda keseorangan. Jika anda kekurangan, anda keseorangan.
Sudah tentu terdapat banyak atheist gembira. Tetapi apabila kehidupan ditimpa masalah besar, di mana mereka boleh berpaling? Pergi ke pakar psikiatri, terapi talk, pil tenang fikiran, atau bunuh diri?
Agama bukan sekadar sistem sokongan. Ia adalah sudut pandang. Kita dapat melihat dunia ini berhubungan dengan dunia lain yang jauh lebih besar kerana sudut pandang yang berbeza. Kita tahu bahawa minda sedar kita hanya mampu melihat sebahagian kecil daripada keseluruhan dunia.
Atheist mengecilkan sudut pandang mereka. Anda memandang keseluruhan dunia dengan ego sedar anda.
Bila anda di timpa masalah, ego sedar anda hanya mampu meminta bantuan dari manusia yang juga lemah seperti anda, mereka pun ada masalah mereka sendiri, tapi bagi orang agama, masalah di minta kepada Yang Maha Berkuasa, sebab itu hati mereka tenang walaupun di timpa masalah.
Menjadi seorang yang beragama tidak mudah, ianya adalah satu perjuangan yang sukar. Hidup selalu di uji. (jangan mengaku beriman sebelum kamu di uji). Jika hidup bergagama itu mudah, maka semua orang akan layan agama macam pesta.
Sesungguhnya, Di dunia ini ada orang Beragama yang tidak bahagia, dan ada orang yang tidak beragama juga menderita. Begitulah sebaliknya, ada orang agama yang bahagia dan ada orang yang tidak beragama juga bahagia, tapi di waktu mati, orang beragama lebih bahahagia kerana mereka berfalsafah dengan kematian. Woha!
Bak kata seorang pengomen, If I die and I’am right I WIN! If I die and you are right I still WIN! Why? Cause I lived my life with a greater hope. If I die and I’am right You LOSE! If I die and you are right YOU still LOSE,cause Atheism produces hopelessness in life. Deep nih, Please take note.
Akhir kata (berapi kali akhir kata daa), Sebagai orang Islam, dan selepas baca pengakuan Atheist yang masuk islam seperti Bekas Paderi, Doktor, Ahli Sukan, dan lain lain, terbukti islam tidak berkembang dengan paksaan, dan tidak berkembang dengan mata pedang, buktinya, walaupun dengan larangan zina, tak boleh minum arak, solat 5 waktu setiap hari, puasa sebulan dan lain lain mujahadah termasuk bersunat atau hukum bunuh mereka yang murtad, tapi hari hari ada orang masuk islam, malahan ugama yang benarkan pengikut murtad, kurang popular berbanding dengan islam yang tidak benarkan murtad, menurut Guinness Book of World Records, islam adalah ugama paling pantas berkembang di seluruh dunia.
Copy/paste
According to the Guinness Book of World Records, Islam is the world’s fastest-growing religion by number of conversions each year: Although the religion began in Arabia, by 2002 80% of all believers in Islam lived outside the Arab world. In the period 1990-2000, approximately 12.5 million more people converted to Islam than to Christianity.
Jadi, pointnya di sini, sama macam urusan dunia, iaitu dalam menilai fakta, kita akan kaji dan siasat, kita rujuk semua dokumentasi, kita baca journal dan research paper, tengok jumlah data, perbandingan analisis, dan kajian keisanambungan, sehingga akhirnya kita faham beza antara teori dan hokum. Beza antara testomoni dan expert opinion, juga beza psedoscince dan sains. Yang mana at the end. Fakta tetap fakta.
Maka dalam bab agama, bagi Atheist di luar sana, perkara sama juga anda kena buat, kena kaji dan siasat, kita rujuk semua dokumentasi, kita rujuk data, kena buat perbadingan analisis, dan rujuk kajian keisanambungan, yang mana jika kita bias dalam kajian bab agama, maka jadilah kita sehingga kita menolak fakta dan menerima auta, kekal sembah berhala atau hidup dengan kepercayaan nenek moyang, atau tolak kewujudan Tuhan dan mati bunuh diri, adohai..
So, dalam pengalaman mencari Tuhan, boleh rujuk pengalaman Malcolm X, Yusuf Islam, Yusof Estet, Hamza Yusuf, Dr Brow, Ruben Abu Bakr, dan lain-lain, yang mana mereka dalam perjalanan mencari Tuhan, mengkaji semua agama dan buat perbandingan yang mana akhirnya memilih agama Islam kerana paling common sense. Paling tepat untuk ummat manusia.
Ops, satu lagi, jika nak kaji tentang Islam pula, jangan tengok orang islam, sebab ada orang islam yang nama sahaja islam tapi perangai tidak islam, perkara ini ada di tulis dalam kitab Al quran 1400 tahun dahulu, (orang munafik) Jadi, jika nak tengok Islam, tengoklah Kitabnya, itulah yang dilakukan oleh Malcolm X, Yusuf Islam, Yusof Estet, Hamza Yusuf, Dr Brow, Ruben Abu Bakr, dan lain-lain.
Ok, sudah panjang saya membebel, selamat masuk agama Islam.
Akhir cerita, Hari tu ada tengok pasangan kekasih bertengkar, rupanya si awek ni kena marah sebab gagal cari si pakwe, telefon hilang, no phone hilang, alamat semua hilang, jadi waktu si pakwe ni marah kat si awek dia jerit:
“Tak tahu nak cari saya kat mana? Eh awak, Jika kita ikhlas mencari, Tuhan pun boleh kita jumpa, inikan pulak saya!”
Perggh, deep betul ayat dia. Woha!
Ok, sampai sini dulu, Semoga Allah kurniakan kita semua; Syurga yang abadi.
Amin.
Ps: Hidup ini terlalu singkat untuk 'bergaduh' dengan Tuhan. Hari ini, di antara dua waktu solat, mungkin kita akan mati. Maka biarkan aku mati dalam keadaan taat kepada Allah dan Rasul. Lakum Di Nukum wa liyadin.