FB kadang bagi notification kisah lama, tiba tiba melintas program wawanca bertajuk: Tun Maafkan Najib?
Saya tak sempat tonton, jika betul Tun dan najib saling bermaafan, Alhamdulillah.
Bercerita tentang maaf, saya nak kongsi satu kisah...
Satu hari Nabi bagitahu ada ahli syurga akan melintas.
Lalu melintaslah seseorang yang ada kesan wuduk di wajahnya.
Esok nabi cakap hal yang sama, dan orang yang sama juga melintas.
Lusa Nabi cerita kisah ahli syurga, dan orang yang sama juga melintas.
Maka ada sahabat buat siasatan, lalu pergi ke rumah alhi syurga itu, dan mintak izin nak tumpang tidur sebab kononnya dia baru bergaduh dengan ayahnya. (bohong sunat)
Maka dalam Islam, tetamu boleh lepak 3 hari kat rumah, maka di waktu malam sahabat itu intiplah kot ahli syurga ni solat tahajjud sampai bengkak kaki tak tidur malam ke?, atau baca Al quran tak berhenti henti ke?, tapi takde?. Biasa sahaja, solat berjemaah, dan malam hari tidur.
Cukup tiga hari, sahabat ni bagitahu dia bohong jer bergaduh dengan ayah, sebenarnya dia datang nak siasat kenapa Nabi cakap kau ahli syurga?
Maka pemuda tu bagitahu, selain amalan yang wajib dalam islam, ada dua amalan tambahan dari dia:
1.Tidak dengki dengan nikmat orang lain.
2.Memaafkan semua orang sebelum tidur.
Nampak simple jer benda ni, tapi jika amal sampai ke syurga:
Lain hari Nabi SAW bersabda: “Takutlah kamu pada sifat dengki, sesungguhnya dengki itu dapat memakan kebaikan-kebaikanmu sebagaimana api memakan kayu bakar.” (HR Abu Daud).
Hari yang lain pula, Sabda Rasulullah SAW: “Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan ALLAH tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan melainkan kemuliaan dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan ALLAH akan mengangkatkan darjatnya." (Riwayat Muslim)
Maka marilah kita amalkan dua hadis ini, jangan berdengki dengan nikmat orang lain, dan maafkan semua salah orang sebelum mati...
Untuk itu, maafkan saya jika ada apa yang saya tulis mengguris hati korang, dan tolong jangan dengki dengan nikmat yang saya kongsi kerana saya hanya menzahirkan syukur..
Dan buat semua penyokong politik, janganlah dengki mendengki dan caci mencaci, semoga saling bermaafan kerana bermaafan itu tak perlu tunggu menjalang hari raya, sebab menjelang hari pilihan raya pun boleh.
Woha!
同時也有4部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅Alif Satar,也在其Youtube影片中提到,Ok ok Alif paham apa perasaan tak boleh balik kampung tu TAPI TAKPE! Jom layan LAGU RAYA balik kampung pun jadilaaaaa! ???? Alif Satar & The Locos Be...
bermaafan 在 Facebook 的最佳解答
Apa nak jadi, jadi lah..Sabar aku dah hilang hari itu. Sepatutnya satu Syawal masing2 saling maaf bermaafan. Tapi tidak untuk hari tu.
bermaafan 在 Facebook 的精選貼文
Abang kereta mayat, Salah ke jika isteri kerja dan betul ke kerja rumah itu kerja suami dan isteri hanya bantu?
******************
Gaduh bab kerja rumah lagi ke? Ada kisah Fatimah mengadu penat buat kerja rumah dekat Nabi dan minta Nabi hadiahkan Hamba untuk bantu kerja rumah
Nabi tak berikan hamba, tapi Nabi ajar Fatimah Zikir yang boleh menguatkan semangat, Tasbih Fatimah namanya, 33 kali SubhanAllah, 33 kali Allahuakbar, dan 33 kali Alhamdulillah, amalkan ini, akan beri kekuatan dua orang hamba.
Jadi, dari hadis ni terbukti kerja rumah bukan kerja suami, sebab Nabi tak pulak pergi marah Saidina Ali tak buat kerja rumah rumah ke apa, Namun banyak jugak hadis kisah nabi tolong isteri buat kerja rumah, pernah sahabat bagi salam, Nabi keluar rumah dalam keadaan tangan bertepung sedang uli roti, ada jugak kisah Saidina Umar basuh baju, kisah Sahabat jahit baju yang koyak, kisah sahabat memasak, dan lain-lain.
Jadi bab kerja rumah ni sama sama bantu, Cuma bila suami dah penat bekerja, common sense layan suami balik kerja dengan rumah kemas, makanan dah siap, dan anak anak yang berakhlak mulia.
Boleh jadi gaduh bali rumah anak kurang ajar sebab isteri tak tunjuk aklak yang baik, rumah pulak bersepah sebab isteri anggap kerja rumah kerja suami, makanan belum masak sebab isteri tunggu suami masak, adohai..
Zaman dulu, Nabi dan sahabat ramai isteri, ada giliran, isteri tak sabar jumpa suami, balik rumah memang isteri tunggu tip top maka takdelah kita dengar sangat kisah gaduh laki bini zaman sahabat ni, tapi zaman sekarang pandai pandailah bawak diri. Isteri dan suami sama sama buat kerja rumah apa salahnya, jika salah sorang penat, sama sama mengalah, sama sama tolak ansur apa salahnya.
Kahwin ni gaduh gaduh sikit, biasalah, yang penting berbaik dan bermaafan dan selalu berlumba lumba buat kebaikkan.
Paling penting adalah NIAT. Isteri buat kerja rumah NIAT kerana mencari Redah Allah, maka bila dapat Allah, dapat segala galanya, suamipun sama, bantu isteri buat kerja rumah NIAT kerana Allah, bukan sebab nak kahwin lagi satu, atau tak bantu sebab takde madu, jangan, NIAT kerana Allah pasti ada kejayaan.
Bab kerja pulak? Memang dalam islam, kerja cari duit, cari nafkah adalah tugas suami. Cari rumah, cari makanan, cari pakaian, semua tu itu tanggung jawab suami. Wajib suami sediakan. Perempuan tak wajib kerja, perempuan wajib jaga harta suami, dan jaga maruah suami.
Tapi ada kisah lelaki waktu bujang sibuk kumpul kekasih, habiskan duit belanja awek makan sedap dan melancong sana sini, bila dah kahwin baru tahu penting ada rumah yang selesa, ada kereta yang besar untuk ahli keluarga yang bertambah, maka duit tak cukup, akhirnya isteri pun kerja jugak untuk bantu suami sebab maklumlah waktu bujang awak jugak yang habiskan duit suami, sekarang mari sama sama kita kerja! Woha!
Ada jugak lelaki yang di uji dengan rezeki, buat semua perkara tak menjadi, bila meniaga asyik rugi, melabur asyik tersontot, kena tipu memanjang, dan kerja makan gaji pun asyik kena buang, akhirnya isteri terpaksa bantu dengan bekerja juga. Barulah nampak selesa sikit, tapi bila penat, isteri ungkit dia pun kerja, laki pun ungkit dia pun kerja, gaduh gaduh pun berlaku, adohai..
Balik dalam islam, segala amal bermula dengan niat, dan kita akan dapat hasil berdasarkan niat.
Nabi kata siapa hijrah kerana Allah, akan dapat Allah, hijrah kerana harta, akan dapat harta, hijrah kerana wanita akan dapat wanita, dan hijrah selain niat kerana Allah akan menjadi azab di akhirat.
Jadi semuanya balik kepada niat.
Sekarang saya nak Tanya: kenapa isteri bekerja?
Ada orang perempuan niat kerja sebab nak ada duit sendiri dan jika bercerai, dia tak merana sangat, akhirnya dia kena cerai, dan betul dia tak merana sangat sebab ada simpanan peribadi. Dia dapat apa yang dia niat.
Ada orang perempuan niat kerja sebab nak bantu suami, tapi suami salah sangka dan ambik kesempatan, lalu perempuan rasa tertindas, dan penat, sebab cari duit pun dia nak kena buat, beranak lagi, kerja rumah lagi, memasak lagi. Rupanya bila niat nak bantu suami yang tak faham agama, hilang pula harapan suami pada Allah dan jadi haru biru bila suami mengharapkan segalanya pada isteri pulak, adohai. Dia dapat apa yang dia niat dengan cara yang salah.
Ada isteri niat kerja sebab nak pakai barang kemas mahal dan mewah guna duit sendiri, akhirnya dia dapat pakai barang kemas tu dan tayang ke sana kemari.
Ada isteri niat kerja sebab nak hidup mewah, akhirnya dapat duduk rumah banglo, kereta mewah, dan buat open haouse tunjukkan perabot mahal pada tetamu.
Ada yang niat kerja sebab stress duduk rumah, bila kerja rasa “bebas” dari kerja rumah, datang PKP kena duduk rumah berbulan bulan, baru belajar balik bagaimana tak nak stress duduk rumah. Adohai.
Ada yang niat kerja sebab nak kawan dengan kawan kawan berfesyen terkini, sebab duduk rumah tak bersolekpun, pergi kerja melaram habis, dan rasa puas dapat cantic cantik di depan khalayak ramai, adohai..
Jadi semua balik kepada niat, korang para isteri yang bekerja apa niat korang?
Ada kisah Abu Zar r.ahu waktu menceritakan satu hadith yang beliau dengar dari mulut Nabi sendiri, beliau hafal dan beliau faham., tapi sebaik sahaja beliau sampaikan, beliau telah jatuh pengsan. Hadis tu berkenaan Niat yang ditanya pada hari akhirat.
Dikatakan ada tiga golongan masuk neraka paling awal, mereka adalah dermawan, Qari, dan orang mati Syahid, ketiga tiga masuk neraka sebab niat yang salah! Buat bukan kerana Allah, buat kerana nak pujian makhluk, ada kisah Dermawan nak orang puji dia murah hati, Qari nak orang puji dia sedap mengaji, Orang mati syahid nak orang puji dia berani, dan semua niat itu bukan kerana Allah, kerana mahluk! Lalu di humbang ke neraka!
Maka sebab itulah Abu Zar pengsang sebab takut salah niat.
Jadi balik kepada isteri yang bekerja, niatlah kerana Allah! Bukan sebab takut kena cerai, atau sebab nak tayang barang kemas, atau sebab nak tayang rumah mewah, atau sebab stress, atau sebab nak menunjuk nunjuk, jangan niat yang bukan bukan.
Niat kerana Allah!
Bagaimana nak niat kerana Allah?
Mesyuarat dengan suami, tengok apa masalah keluarga, dan saya nak bantu keluarga kerana Allah, dan memang ada tempat kerja yang perlukan wanita bekerja macam doctor beranak, jururawat dan lain lain, lepas tu mesyuarat juga bagaimana dengan kerja tak timbul fitnah, solat awal waktu terjaga, aurat terjaga, akhlak terjaga.
Biasa isteri kerja bila duit suami tak cukup, dan dalam Rukun Islam ada dua Rukun yang perlukan duit iaitu zakat dan haji, maka boleh isteri kerja niat kerana Allah agar dapat pergi haji awal, dapat bantu orang susah, atau sekurang kurangnya hidup tidak berhutang, atau meminta minta.
Semuanya balik kepada niat.
Maka nasihat saya kepada isteri yang bekerja, betulkan niat, buat kerana Allah!
Hidup sangat singkat untuk bergaduh laki bini, makin tua tolong semnjadi semakin tolak angsur, kesimpulannya, mesyuaratlah suami isteri kerana Allah, Nabi dan isteripun bermesyuarat, dan apa keputusan menyuarat, niatlah taat kerana Allah, maka barulah betul kita kerja kerana Allah!
Jadi apa pun masalah laki bini,. Bermesyuaratlah!
Jika rumah takde mesyuarat, jauh lah sikit perjalanan nak ke syurga.
Sungguh, tempat kerja kita maju bila majikan dan pekerja bermesyuarat, beri idea terbaik, dan sama sama berlumba lumba majukan syarikat.
Sungguh, agama kita maju bila ulamak dan orang awam bermesyuarat, beri idea terbaik, dan sama sama berlumba lumba majukan agama.
Sungguh, rumah tangga kita maju bila suami isteri dan anak anak bermesyuarat, beri idea terbaik, dan sama sama berlumba lumba majukan rumahtangga.
Selamat datang total lockdown, rumahku syurgaku.
Woha!
Cara buat mesyuarat: https://www.facebook.com/keretamayat/posts/274960527319360
bermaafan 在 Alif Satar Youtube 的最佳解答
Ok ok Alif paham apa perasaan tak boleh balik kampung tu TAPI TAKPE! Jom layan LAGU RAYA balik kampung pun jadilaaaaa! ????
Alif Satar & The Locos Bersama PETRON mengucapkan anda Fuel Happy Raya dimana jua anda berada…
SOP Kementerian Kesihatan Malaysia dipatuhi sepanjang penggambaran. Rakaman dilakukan dalam persekitaran terkawal. Memakai pelitup muka dan mematuhi SOP di stesen minyak adalah diwajibkan. Anda dilarang meniru aksi ini ketika di stesen Petron.
#JomSinggahPetron
#PetronFuelHappy
#LaguRayaASTL
LYRIC
Verse
Rasanya baru saja ramadhan mula
Bulan mulia disambut suka cita
Melepas rindu sejak setahun lalu
Harap cinta tumpah ruah di hari raya
Pre-Chorus
Ini hari raya hari bahagia
Hari merendah hati
Buat semua happy
Ini hari raya, hari bermacam rupa
Santapan baju baru
Capal kasut rayaku
Verse
Di pagi syawal suara takbir bergema
Sayu terasa ramadan pergi jua
Semua keluarga berkumpul dan bersama
Saling kita bermaafan di hari raya
Pre-Chorus
Ini hari raya, paling bahagia
Hari merendah hati
Buat semua happy
Ini hari raya hari berjumpa
Jiwa penuh energy, tuk saling mengasihi
Ucapan salam takbir bertalu menghias lagu
Memanjat syukur pada yang agung
Tak sabar ingin segera balik kampung
Chorus
Rindu balik kampung
Ayuh balik kampung
Jom jom balik kampung
Jom balik kampung bro
Rindu balik kampung
Ayuh balik kampung
Jom jom balik kampung
Komposer & Penulis Lirik:
Panji Sakti
Alif Satar
Faliq Auri
Rajwan Juni
Tam Cobain
Efry Arwis
Penerbit Muzik:
Alif Satar
Faliq Auri
Rajwan Juni
Tam Cobain
Efry Arwis
The team who produced this video -
https://www.instagram.com/zaidan_zainuddin/
#shutterspeakstudio

bermaafan 在 Iena Eliena Youtube 的最佳貼文
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin,
#stayhome #togetherwefightcovid19
Tahun ni cik iena tak ronda 5 negeri pun.
.
Biasanya penuh story berjalan raya kan.. selangor, kuala lumpur, negeri sembilan, melaka and salah satu perak atau pahang. Haha banyak kan. Sebab saudara mak dok jauh2..
.
Tahun ni x kemana, ada di batang kali dan kami tak keluar beraya pun. Sama2 ikut arahan kerajaan. Maaf saudara terdekat yang lain di batang kali kami choose utk berada di rumah je sebab abah kami kategori warga emas dan ade sakit kencing manis.
.
Sangat tak sesuai utk bawa keluar beraya dlm keadaan skrg. So kami 3 beradik je beraya dgn mak abah and dua orang anak angkat mak abah. Budak2 ni still beraya dengan kami walaupun mak da tak mengasuh dorang??
.
.
Esok baru anak2 mak yang da kawen balik sini. Harap dorang lepas la balik esok??
.
Takbir Raya Covid-19 Dan Ucapan Raya 1 Syawal 1441H Day 68 Perintah Kawalan Pergerakan
#ienaelienawithfamily
#ienaelienaraya #malaysianblogger #bloggermalaysia

bermaafan 在 Asyraf Rozami Youtube 的最佳解答
Ha korang raya raya ni still bergaduh lagi ke dengan member member korang ?
Ni video ni takdelah mengalakkan korang bergaduh lagi tapi untuk korang saling maaf bermaafan . Lupa je buku lama . Bukak buku baru .
Dengan kesempatan ini , saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri . Maaf zahir dan batin .
Jom follow instagram saya : https://instagram.com/asyrafrozami?igshid=6inji0zyliiq
Follow production saya jugak : https://instagram.com/azirafproduction?igshid=16urz3fw4zem0
Pelakon :
Tasnim : https://instagram.com/tasnimkhosim?igshid=gnjmtok1j18i
Fizi : https://instagram.com/fizi.__?igshid=10aqnmcwt0kmq
Wanie : https://instagram.com/nrirwanie?igshid=1npjkl82efgj0

bermaafan 在 Salam Bermaafan - Single by Various Artists - Spotify 的相關結果
Listen to Salam Bermaafan on Spotify. Various Artists · Single · 2018 · 1 songs. ... Salam Bermaafan. Various Artists. 20181 song, 4 min 32 sec. ... <看更多>
bermaafan 在 Bermaafan by Shanea on Amazon Music 的相關結果
Bermaafan. Shanea. 1 SONG • 4 MINUTES • MAY 31 2021. Play. Purchase Options. 1. Bermaafan. 04:26. ℗© DGDTRS Studio. For the best experience, use the app. ... <看更多>
bermaafan 在 #bermaafan hashtag on Instagram • Photos and Videos 的相關結果
31.9k Posts - See Instagram photos and videos from 'bermaafan' hashtag. ... Tak semestinya perlu tunggu hari raya baru bermaafan-maafan. ... <看更多>