Kalau kamu wahai perempuan ada mengenali seorang lelaki dan dia pernah meluahkan hasratnya ingin menghalalkan kamu dengan sebenar-benar luahan. Atau dia dah pernah datang berjumpa mak ayah kamu. Ketahuilah bahawa lelaki itu dia serius dengan hubungan kalian.
Serius dalam usaha dia untuk menjadikan kamu yang halal dalam hidup dia. Tapi andai lelaki yang kamu kenal ketika ini dia belum pernah meluahkan hasratnya ingin menikahi kamu atau dia belum pernah datang berjumpa kedua orang tua kamu. Maaf, lelaki itu masih belum serius dengan hubungan kalian.
Kerana kalau betul seorang lelaki itu dia ikhlas sukakan seorang perempuan. Mahu menikahi perempuan itu dengan niat kerana Allah semata. Percayalah. Dia akan datang berjumpa mak ayah si perempuan walau jauh manapun jarak yang memisahkan mereka. Seperti kata pepatah "Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih".
Melainkan kalau lelaki itu dia ada komitmen lain atau dia sedang mempersiapkan dirinya untuk menjadi imam yang baik, lelaki yang soleh buat kamu yang solehah. Atau dia juga mungkin sedang mujahadah menjaga hubungannya dengan Allah.
Kalau lelaki yang kalian kenal ketika ini dia hanya pandai memberi ayat-ayat cinta. Tapi bila berbicara soal kahwin atau kalian ajak dia datang berjumpa mak ayah sejuta alasan dia berikan. Bagi saya cinta lelaki itu bukanlah cinta yang bermisikan sampai Jannah. Tapi hanya sekadar cinta monyet budak sekolah menengah.
Last but not least.
Selagi kita dan dia belum berkahwin. Kita sayanglah dia sekadar sayang biasa. Kita cintalah dia sekadar cinta biasa. Dan kita rindulah dia sekadar rindu biasa. Boleh jadi dia juga akan meninggalkan kita seperti mana kita pernah di tinggalkan dan di kecewakan oleh orang yang kita sayang sebelum ini.
Sebab antara kita dan dia tidak ada apa-apa ikatan yang sah. Kalau pun ada hanyalah ikatan tunang yang bila-bila masa saja boleh di putuskan.
Sesungguhnya makna cinta yang sebenar adalah lafaz 'aku terima nikahnya'
Itulah bukti cinta seorang lelaki terhadap seorang perempuan yang di cintainya. Dan bukti cinta seorang perempuan terhadap seorang lelaki yang di cintainya. Tapi adakah seseorang yang kita kenal saat ini cinta dia makin mendekatkan diri kepada Allah atau cinta dia membuat kita semakin jauh daripada redha Allah?
Lelaki yang baik akan datang dengan cara yang baik. Perempuan yang baik akan datang dengan cara yang baik. Dan begitu juga sebaliknya. Saya yakin kalian faham apa yang saya cuba sampaikan. Bersederhanalah dalam berkasih kerana yang indah-indah dalam hidup ini perlukan kesabaran.
If you are a woman who knows a man and she has ever expressed passion wants to halal you with a real expression. Or he has come to see your parents. Find out that the man is serious with your relationship.
Seriously in his efforts to make you the halal in his life. But if the man you know at this time he has never expressed his passion wants to marry you or he has never come to see both of your parents. Sorry, that man still not serious with your relationship.
Because if it's true that a man he sincerely loves a woman. Want to marry a woman with intention because of Allah only. Trust me. He will come to see the woman's parents no matter how far the distance separates them. As the saying "want a thousand power does not want a thousand pretext".
Unless the man has another commitment or he is preparing himself to be a good priest, a good man for you who are pious. Or he may also be mujahadah to keep his relationship with Allah.
If the man you know right now he only knows how to give the verses of love. But when you talk about marriage or you ask him to come see his parents a million excuses he gives. For me the love of the man is not the love that is bermisikan until Jannah. But just the love of a high school kid monkey.
Last but not least.
As long as we and she aren't married. We love him just a normal love. We love him just an ordinary love. And we miss him just missing the ordinary. It may be that he will also leave us as we have been left behind and be disappointed by the ones we love before.
The reason between us and him is no legal bond. Even if there is only a engagement bond that anytime can be decided.
Truly the true meaning of love is the chant 'I accept the marriage'
That's the proof of a man's love for a woman in love. And Proof of a woman's love for a man in love. But is there someone that we know at this moment his love is getting closer to God or his love makes us far away from Allah's acceptance?
A good man will come in a good way. A good woman will come in a good way. And so is the other way around. I'm sure you guys understand what I'm trying to say. Be in making because the beautiful in this life needs patience.Translated
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過3,670的網紅Bella Zahir,也在其Youtube影片中提到,Okay, macam biasa Bella akan bangun awal pagi dan ajak Naim untuk jalan-jalan je dalam 3-4 km sekitar rumah. Tapi, vlog kali ini Bella nak share maca...
「betul distance」的推薦目錄:
- 關於betul distance 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
- 關於betul distance 在 DBilique Facebook 的最佳貼文
- 關於betul distance 在 Pai Syahira Facebook 的最佳貼文
- 關於betul distance 在 Bella Zahir Youtube 的最讚貼文
- 關於betul distance 在 ERA Youtube 的最佳貼文
- 關於betul distance 在 Patel Tours and Travels 的評價
- 關於betul distance 在 Breakup love story !! #love - YouTube 的評價
betul distance 在 DBilique Facebook 的最佳貼文
Bersempena hari End Violence Against Women, @dbilique & @jpwanita telah bergabung mengadakan Dbilique EVAW Fun Run 2019! .
.
Excited betul kami! Jadi siapa runner di sini? Jom turut serta menyokong EVAW! Bila lagi nak sokong! .
.
Date: 23 November, 2019
Time : 07:00 AM (GMT +08:00)
Venue : Kelab Tasik Putrajaya
Distance : 5KM
.
Caranya layari https://jomrun.page.link/EUCN
.
Cara mendaftar : .
1. Download aplikasi JomRun di Play Store / App Store
Android app: http://bit.ly/jomrun
Iphone app: http://bit.ly/jomrunios
2. Daftar terus di akaun JomRun
3. Tab on Event
4. Cari *Dbilique*
5. Fill in participant detail and pay online
And voila! You will find your E-ticket in JomRun app!
.
Mudahkan? Jumpa nanti!
.
#dbiliquerun2019
#dbiliqueXevaw
#evawmalaysia
#dbilique
#jpw
betul distance 在 Pai Syahira Facebook 的最佳貼文
#paipin
Short Trip : Kuala Lumpur - Hat Yai Menaiki Keretapi. Bajet bawah RM500.
Sebab ramai yang bertanya, saya kongsi perjalanan ke Hat Yai baru-baru ini menaiki keretapi. Perkhidmatan keretapi yang mempunyai ruang tidur (sleeper bed), dari KL - Padang Besar sudah ditamatkan perkhidmatannya tahun lepas. Telah digantikan dengan ETS. Jadi melepaslah angan-angan nak tidur dalam train, sambil menulis puisi. Gitu. Jadi nak tak nak, sebab hajat hati nak naik sangat keretapi, maka kami booking tiket secara online, boleh guna link ini untuk pembelian.
http://www.belitiketbas.com/tiket-ets-ktmb-online/
Atau boleh terus ke kaunter KTMB di KL Sentral untuk beli secara terus. Terpulang. Cuma digalakkan beli awal. Sebab perkhidmatan ETS ni ramai yang guna. So belilah cepat sebelum kehabisan. Harga tiket tren ETS berbeza mengikut klasifikasi tren. Ada tiga jenis semuanya - Platinum, Gold dan Silver. Yang membezakan tren dan harga tren ini adalah perhentiannya. Platinum lebih cepat, kurang berhenti mengambil penumpang dan jarak masa yang singkat. Silver lebih lama masa perjalanannya kerana banyak stop/berhenti untuk mengambil penumpang. Bagi warga emas dan OKU serta pelajar juga boleh mendapat harga tiket yang istimewa/ konsesi.
Dari KL Sentral ke Padang Besar, harga tiket orang dewasa sehala adalah RM80 dan kanak-kanak RM44 (Emas/Gold pakej). Kami naik ETS jam 9.30 pagi. ETS memang tepat waktu. Jadi pastikan jangan sampai lewat ke terminal. Sebab pertama kali naik tren, ETS ni seronok juga. Ada cafe kecil disediakan dengan makanan yang boleh tahan sedap juga. Ada tv yang pasang movie, surau, toilet yang bersih. Selesa untuk perjalanan yang jauh. Tolak-campur macam naik flight juga rasanya. Sepanjang perjalanan kita dihidangkan dengan permandangan yang indah.
Perjalanan mengambil masa 5 jam. Kami tiba di stesen Padang Besar jam 3 petang lebih kurang. Disebabkan nak kejar train klasik Hat Yai yang akan bergerak jam 3.45 waktu Malaysia (waktu Siam sejam lambat dari Malaysia), maka waktu ni kelam-kabut sikit. Sebab nak beratur cop pasport, beli tiket ke Hat Yai, isi borang imigresen. Boleh bayangkan kalau pergi weekend, mesti akan lebih kelam-kabut. Syukur kami tak perlu beratur panjang. Hanya ada beberapa penumpang yang turut serta bersama kami. Jadi proses berjalan pantas. So total kalau kau pergi Hatyai pakai train adalah RM80+RM10= RM90.
Jadi tertunailah cita-cita saya menaiki tren klasik yang tingkapnya boleh dibuka. Dan beranganlah macam cerita hindustan sambil keluarkan kepala dan tudung melayang-layang ditiup angin nan ganas. Tiket untuk ke Hat yai cuma RM10 bersamaan 100 baht untuk 2 orang. Dan untuk pengetahuan juga, tren ke Hat Yai cuma ada 2 kali. Belah pagi dan petang. Jadi kalau tak sempat naik train, boleh naik van yang disediakan di pintu masuk sempadan Thai dalam 700 meter dari Terminal Padang Besar. Harga tiket sama juga dengan naik tren. Cuma feel dia totally lain la. Justeru pastikan rancang perjalanan dengan betul dan tepat, supaya bisa naik tren klasik yang menyeronokkan.
Kami tinggal di hotel namanya The Bed, di pekan Hat Yai yang harganya cuma lebih kurang RM100 sehari. Selesa, bersih dan agak luas untuk harga yang macam tu. Kedai makan tak ada masalah. Di mana-mana banyak kedai makan muslim. Komunikasi pun tak ada masalah. Mereka boleh faham cakap melayu.
Hat Yai sedang tengkujuh. Hujan lebih banyak muncul dari matahari. Jadi di sekitar pekan Hat Yai kami berjalan saja. Semuanya walking distance. Cuma untuk ke tempat-tempat tourist attraction, agak jauh dan harus naik pengangkutan lain seperti motorsikal atau tuk-tuk.
Kami pergi 3 hari saja, dari rabu sampai jumaat. Antara tempat yang kami sempat jejak :
1) Hat Yai Municipal Park
2) Phra Phutthamongkol Maharat
3) Hat Yai Municipal Bird Park
4) Night Market Hat Yai
5) Asean Trade Bazaar
6) Khlong Hae Floating Market
7) Chang Puak Camp Hat Yai
Kesemua tempat-tempat ini harga tiket tak mahal sangat. Ada juga yang masuk percuma saja. Kami banyak habis duit untuk makan. Hehe. Tuk-tuk pula dalam 400 baht bersamaan RM50 sepanjang hari. 2 hari RM100 lebih kurang. Kami pulang menaiki van dari Hat Yai ke Padang Besar. Merasa juga pengalaman bersesak dalam van dengan penumpang lain. Dan beratur cop pasport di sempadan, kemudian jalan kaki ke terminal Padang Besar untuk naik ETS, pulang ke KL.
Paling yang saya nak pergi sangat ialah Floating Market-nya. Kami sampai hujan lebat sangat. Air naik sehinggakan peniaga hanya mampu berdagang di atas jalanan. Amar pujuk hati dengan kata yang nanti bila-bila kita pegi naik kereta aje. Pergi semata-mata untuk floating market saja. Okay, i keep that promise.
Hat Yai syurga makanan. Semua makanannya tak ada yang tak menyelerakan. Nampak simple saja, tapi enak sangat. Sama macam kehidupan, perkara-perkara sederhana akan selalu menang. Trip ke Hat Yai ini amat sederhana, tapi saya merasa sangat bahagia. Saya menikmati ketenangan kotanya, keramahan manusianya, kedinginan musimnya, keenakkan makanannya dan kecintaan masyarakatnya terhadap seni-budaya.
Terimakasih Hat Yai. Semoga kita bertemu lagi.
betul distance 在 Bella Zahir Youtube 的最讚貼文
Okay, macam biasa Bella akan bangun awal pagi dan ajak Naim untuk jalan-jalan je dalam 3-4 km sekitar rumah.
Tapi, vlog kali ini Bella nak share macam mana rasa seram bila laluan yang Bella guna betul-betul bahaya! Boleh terkencing kalau bas lalu tepi. TAUBAT TAK BUAT LAGI!
Also thanks to Naim for helping me during Shopee Live - Huxley on Friday night.
Dan disebabkan Naim salah estimate total distance we travelled in the morning, dia kena lipat semua baju minggu ni! YEAY!
betul distance 在 ERA Youtube 的最佳貼文
Aduh geng #DBoyz ni, masing-masing tak tahu nak sebut Anonymous. Cuba korang dengar Danial sebut ?. Betul ke kalau Long Distance Relationship, bila dah lama tak jumpa gf/bf korang, mesti ada benda je nak gaduh? Komen cerita korang kat bawah ni. #DudukRumah #KekalTenang #KamiCare #HapusCovid19
betul distance 在 Breakup love story !! #love - YouTube 的推薦與評價
LDR- A short movie on love and distance. RomilShahFilms. RomilShahFilms ... Galat Fehmiyan ( Love Story ) Betul. 4K Creation Betul. ... <看更多>
betul distance 在 Patel Tours and Travels 的推薦與評價
Fastest Online Ticket Booking system best price ever in Gujarat. Get Online Bus Booking Volvo for Ahmedabad, Rajkot, other cities of Gujarat, Maharashtra. ... <看更多>