Sambung cerita bab takdir, Part 6
Alhamdulilah, dah masuk part 6, moga pembaca baca part 1 hingga part 5 terlebih dahulu sebelum sambung baca bab ini.
Baik, macam yang kita setuju, Artikel Panjang ini terbahagi kepada 4 bahagian, iaitu:
1-KETETAPAN
2-PILIHAN
3-SOAL HATI
4-NIAT
Bab (1) KETETAPAN semua dah baca, iaitu maut, rezeki, jodoh semua dah tetap, semua dah faham, InsyaAllah.
Sekarang kita pergi bab (2) PILIHAN! Jangan tak tahu, hidup ini ada kuasa pilihan, jeng jeng jeng.
APA PILIHAN YANG KITA ADA?
Seperti yang korang semua tahu,
Hidup ini di bahagikan kepada tiga fasa kehidupan…Iaitu:
-Sebelum
-Semasa
-Selepas
Atau untuk lagi mudah faham:
1.Kehidupan sebelum hidup
(alam roh, alam rahim)
2.Kehidupan semasa hidup
(bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, tua)
3.Kehidupan selepas hidup
(alam barzakh, mahsyar, sirat, neraka, syurga)
Tahukah korang?
Bahawa kehidupan PERTAMA ada persamaan dengan kehidupan KETIGA?
Tahukah korang?
Bahawa kehidupan SEBELUM HIDUP ada persamaan dengan kehidupan SELEPAS
HIDUP?
Tahukah korang Apakah persamaan itu?
Persamaan antara kehidupan pertama dan ketiga adalah:-
KORANG TIDAK BOLEH MEMBUAT PILIHAN…!
Contoh:
Peristiwa ketika di alam roh atau alam rahim yang langsung korang tak boleh buat pilihan seperti:
-Nak jadi orang Islam,
-Nak jadi orang Melayu macam saya,
-Nak jadi cantik macam artis Korea
-Nak jadi anak orang kaya macam dalam drama Melayu
-Nak lahir di hospital first class anak Datok siti
-Nak lahir Tarikh sesunan cantik.
-Nak jadi anak Dato’ supaya boleh mengabiskan duit mak bapak,
-Nak jadi lelaki supaya tak payah pakai tudung
-Nak jadi perempuan supaya waktu haid tak payah sembahyang.
-Nak lahir zaman Tun sebab konon zaman Najib hidup susah.
-dan macam macam lagi!
TAPI TAK BOLEH..LANGSUNG TAK BOLEH!
KENAPA?
KERANA ALLAH TELAH BUAT KEPUTUSAN,
SIAPA KORANG AKAN JADI..
TAHUKAH KORANG?
BAHAWA, INILAH TAKDIR!
Manakala di kehidupan selepas hidup pun begitu jugak,
Peristiwa ketika di alam barzakh, dan akhirat,
Korang langsung tak boleh buat pilihan seperti:
-Nak kembali dunia walau sesaat,
-Nak bangkit dari kubur untuk peluk mak ayah sebab menyesal derhaka,
-Nak jalan-jalan kubur orang lain,
-Nak bangun dari kubur ajak kawan kubur sebelah pergi shopping di Ikea
-Nak jadi hantu kacau jiran sebelah,
-Nak balik kampung untuk sambut raya,
-Nak kiamat cepat sebab tak tahan kena pukul dan sebat dalam kubur,
-Nak beribadat sebab menyesal asyik lewat solat masa hidup,
-Nak jadi orang baik sebab menyesal kat dunia kutuk orang yang baik,
-Nak jadi tanah sebab menyesal banyak sangat dosa,
-Nak jadi mayat dalam mayat,
-Tak nak jawab soalan malaikat sebab susah,
-Nak tengok Astro
-Nak update FB
dan banyal lagi TAPI TAK BOLEH..LANGSUNG TAK BOLEH!
KENAPA?
KERANA ALLAH TELAH BUAT KEPUTUSAN,
APAKAH NASIB KORANG NANTI…
TAHUKAH KORANG?
BAHAWA, INILAH TAKDIR!
Dan tahukah korang?
Bahawa takdir di KEHIDUPAN KETIGA adalah berdasarkan PILIHAN yang korang dan aku buat di KEHIDUPAN KEDUA..?
Dan di dunia ini sahajalah tempat Allah benarkan kita membuat PILIHAN!
Dan segala pilhan kita di sini akan menentukan masa depan kita di
sana( akhirat)…
Oleh yang demikian:,
KETIKA BOLEH BUAT PILIHAN, KITA TAK NAK BUAT PILIHAN…
TAK KAN LAH KITA NAK BUAT PILIHAN,
DI TEMPAT YG TIDAK BOLEH BUAT PILIHAN!
(mengerti?!)
Korang dan aku jangan sombong kalau lahir sebagai orang islam, anak orang kaya, cantik rupa paras, siapa yang sombong dengan takdir Allah ni memang celakalah padahnya, kerana apa yang aku dan korang dapat adalah ehsan Allah semata-mata
Kepada yang cacat, miskin, malang, dan kapir janganlah korang rasa hina dan ‘gagal’, tak perlu bunuh diri kerana takdir, Sungguh Allah Maha adil..
Allah tak letakkan KEJAYAAN korang di ‘next world’..pada ‘siapa’ korang, tapi KEJAYAAN adalah pada ‘PILIHAN’ korang…
Kejayaan hidup adalah bila kita berjaya membuat ‘pilihan’ yang betul…
Aku ulangi..
KEJAYAAN HIDUP ADALAH BILA KITA BERJAYA MEMBUAT PILIHAN YANG BETUL!
Inilah kuasa yang Allah bagi pada manusia yang menentukan Syurga atau Nereka.
Korang di beri DUA PERKARA untuk memilih di antara dua perkara…
Korang di beri AKAL DAN HATI untuk memilih jalan kebaikkan atau jalan kebinasaan.
Binasalah korang jika mengikut DUA PERKARA dalam memilih di antara dua perkara…
Binasalah korang jika mengikut NASFU DAN SETAN dalam memilih jalan kebaikkan atau jalan kebinasaan!
Jika tak buat pilihan di antara DUA JALAN, iaitu JALAN KEBAIKAN dan JALAN KEJAHATAN, maka di akhirat dah tak boleh buat pilihan lagi!
Berikut adalah PILIHAN-PILIHan yang di minta oleh mereka yang berada di Neraka tapi tidak di layan:
· Minta makanan dan minuman kepada penghuni Syurga. (Al A’raf 7:50)
· Meminta kepada penjaga Neraka supaya diringankan seksaan walau hanya satu hari saja. (Gofir 40:49-50)
· Meminta kepada malaikat Malik, agar dimatikan saja sebab dah tak tahan kena seksa. (Az-Zukhruf 43:77)
· Meminta kepada Allah agar dikeluarkan dari Neraka dan dikembalikan ke dunia untuk beramal soleh. (Al-Mukminun 23:107-108, As Sajadah 32:12, Ibrahim 14:44)
· Meminta supaya Allah melipat gandakan azab untuk para pemimpin dan ketua yang telah bawa mereka Neraka. (Yasin 33:66-68)
· Meminta Keluar Dari Neraka. (Al Mukmin 23:11)
Oleh sebab itu duhai pembaca yang budiman sekalian, disana sungguh sudah TIDAK BOLEH BUAT PILIHAN, Maka menangislah wahai mata di sini tempat boleh buat pilihan kerana, menangis di sana walaupun keluar air mata darahpun tiada guna sedikitpun.
Tapi di sini walau setitik…bisa memadamkan api neraka yang berkejolah.oh..!
“Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka untuk selama-lamanya : mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang berjaga malam di jalan Allah.”
(Riwayat Tirmidzi-bukti pilihan di sini mengubah nasib di akhirat)
So, berbalik kepada takdir, oleh kerana dunia ini adalah tempat yang boleh korang membuat pilihan, maka silalah pilih jalan yang betul.
Tapi di sini seolah-olah bercanggah dengan bab ketetapan tadi,
Jika semuanya telah di tetapkan, kenapa perlu buat pilihan?
Ok, aku bagi contoh: jika korang pergi kedai makan, bila waitress tanya nak makan apa? Korang boleh buat keputusan nak makan apa-apa sahaja, nak nasi lemak ke? nak nasi goreng ke?, tapi bila waitress tu cakap: maaflah bang, nasi lemak dan nasi goreng dah habis yang ada mee bandung sajer,
Maka di sini menunjukan bahawa korang boleh membuat pilihan tapi Allah still yang buat keputusan takdir, sebab tu jika korang nak benda tu tapi dapat benda ni, dan nak benda ni tapi dapat benda tu, nak kat awek tu tapi awek tu nak kat orang lain..kenapa? itulah yang korang kena faham, sebab Allah tak akan hukum korang melalui takdir yang Dia tetapkan tapi Allah akan hukum korang melalui pilihan korang, ada pening tak? (aku pun pening gak..ish..)
Senang ayat dia macam ni:
SEMUA ORANG BERUSAHA UNTUK BERJAYA, TAPI BUKAN SEMUA ORANG YANG BERUSAHA ITU BERJAYA, HANYA ORANG YANG BUAT USAHA YANG BETUL SAHAJA BERJAYA WALAUPUN TIDAK BERJAYA...
Contoh satu orang buat pilihan nak jadi hafiz dan berusha sungguh-sungguh, tapi tak sempat kerana sudah di takdirkan menjadi mayat, maka di akhirat kelak dia akan di bangkitkan bersama para hafiz, atau satu orang buat pilihan nak ikut cara nabi sungguh-sungguh tapi tak berjaya amal semuanya sebab dah takdir, sedangkan dia mati dalam istiqamah, maka dia akan di bangkitkan bersama Nabi inshaAllah, dan ini yang membawanya ke shurga.
Dalil: “Seseorang itu akan dibangkitkan bersama orang yang ia cintai. (Muttafaqun ‘alayh)
Jadi, Apakah usaha yang betul itu? Usaha yang betul itu adalah segala usaha yang selari dengan syariat Islam. Apa-apa usaha yang melanggar syariat Islam, walaupun nampak berjaya, tetapi akhirnya di Akhirat nanti dia tetap akan gagal. GAGAL!
Di sinilah kita akan nampak betapa Hebatnya Allah bila mana bila menciptakan dunia ini ada dua perkara yang berjalan serentak, pertama: PILIHAN KORANG, kedua: segalanya SUDAH DI TETAPKAN! Dan hanya mereka yang mempunyai sangkaan yang baik akan dapat nampak dua perjalan ini: PILIHAN DAN TAKDIR!
Dan hanya ALLAH yang mampu mewujudkan dua keadaan ini.: PILIHAN DAN TAKDIR!!!
Oleh yang demikian, contoh lain: bila korang nak pergi (pilihan) solat berjemaah tapi perut pulak sakit nak berak (takdir), maka bila korang berak, orang dah sudah selesai solat berjemaah(takdir),
korang tak perlu rasa terkilan yang amat sebab terlepas pahala dua puluh tujuh kerana sudah di takdirkan korang tak dapat pergi solat jemaah kerana korang sakit perut nak berak dan memangpun korang berniat dan telah buat usaha, untuk orang kes macam ni, ada hadis yang bagi tahu sape-siapa yang nak pergi solat jema’ah, tapi darurat, macam pengsan atau sakit nak berak, maka dia tetap dapat pahala jamaah!
(dia di takdirkan tak pergi solat berjemaah, tapi oleh sebab dia berniat nak pergi maka pahala dapat dan takdir di akhirat berubah untuknya)
Jadi yang penting kat sini adalah usaha dalam membuat pilihan, jika tak dapat nak pergi beramal sedangkan korang sudah buat pilihan yang betul, itu adalah satu kejayaan, sebab tu ada cerita orang kapir baru masuk islam lalu pergi perang dan mati tanpa sempat solat dan buat amal-amal lain lagi, tapi Nabi Muhammad saw bersabda bahawa dia adalah ahli syurga kerana dia berada pada jalan yang betul! Dia telah membuat pilihan yang betul dan di takdirkan terus jadi mayat.
Jadi PILIHAN korang ke arah yang betul walaupun tiada dalam TAKDIR, tetap mendapat ganjaran di akhirat.
Contoh palinng popular macam kisah Sumayyah radiyallahu anha (r.anha). Sumayyah adalah perempuan pertama dalam sejarah Islam yang syahid masa zaman Makkah.
Adakah masa tu Sumayyah sempat solat 5 waktu, tunaikan zakat, berjihad di jalan Allah, dan sebagainya? Tak. Dia syahid sebelum sempat buat amal soleh yang lain, tetapi akhirnya dia ditakdirkan jadi ahli Syurga sebab berada pada jalan yang betul. Dia telah membuat pilihan yang betul dan tepat semasa hidup lalu ditakdirkan syahid.
Korang rasa pening kepala ke? Tenangkan diri, ambil hot chochlate, minum pelan-pelan, dan sambung baca tajuk seterusnya iaitu bab (3): SOAL HATI.
Aku percaya, jika korang baca bab SOAL HATI nanti, satu hijab bab takdir akan terbuka-Insya-Allah.
(bersambung)
Search