Disebutkan oleh Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam bahawa antara tanda akhir zaman adalah keluarnya dajjal. Apa yang saya belajari dari hadis-hadis akhir zaman ialah sesuatu yang nampak baik pada zahir belum tentu baik dan sesuatu yang nampak pada zahir tidak baik, dibenci, ditolak itu belum tentu buruk malahan adalah baik.
Baginda Sallalahu Alaihi Wasalam bersabda;
"Sungguh Dajjal akan keluar dan bersamanya ada air dan api. Apa yang dilihat manusia air sebenarnya adalah api yang membakar. Apa yang dilihat manusia api sesungguhnya adalah air minum dingin yang segar. Barangsiapa di antara kalian yang mendapatinya hendaknya memilih yang dilihatnya api, karena itu adalah air segar yang baik." (HR. Muslim No. 2935)
Apa yang saya belajari dari hadis di atas adalah peringatan dari Nabi agar kita berhati-hati dengan tipudaya dajjal yang membalut kebatilannya dengan kecantikan dan menutup kebenaran dengan keburukan. Betapa banyaknya firman Allah dalam Quran mengatakan apa yang kita sukai belum tentu baik untuk kita dan apa yang kita benci mungkin yang terbaik untuk kita.
“…boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
(Al-Baqarah 2:216)
“…boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).”
(An-Nisaa' 4:19)
Oleh sebab itu, Islam mengajar saya untuk berfikiran rasional dan tidak terlalu dipengaruhi oleh emosional dalam membuat keputusan. Sebab itu Ali bin Abi Talib pernah berkata;
“Sesaat kemarahan, penyesalan seumur hidup”
Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam juga mengingatkan bagaimana di akhir zaman, kata-kata pendusta akan dibenarkan manakala orang yang jujur didustakan, pengkhianat dipercayai tetapi yang amanah dianggap pengkhianat.
“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan orang yang jujur malah didustakan, pengkhianat dipercaya sedangkan orang yang amanah justru dianggap sebagai pengkhianat."
[HR Ibn Majah]
Banyak pengajaran yang saya dapat dari Al-Quran & Sunnah yang jikalau kita fahami dan amalkan dalam kehidupan, nescaya hidup kita bahagian & istiqomah kerana tidak mungkin prinsip Al-Quran & Sunnah sebagaimana difahami & diamalkan Nabi & sahabat Radiyallahuanhum itu salah.
Syukur, prinsip Islam telah banyak mengubah cara berfikir saya tetapi juga mengubah cara saya membuat keputusan agar lebih rasional dan bukannya emosiol berpandukan prinsip Al-Quran & Sunnah. Semoga Allah kurniakan kepada kita semua ilmu yang bermanfaat lalu dijadikan amalan dalam kehidupan di dunia. Allahuma Ameen
Bagaimana pula dengan sahabat semua? Bagaimana prinsip Islam telah mengubah anda?
cara istiqomah 在 DBilique Facebook 的最讚貼文
SAYA NAK BELAJAR...Qada’ Solat..
.
“Waktu yang terbaik untuk buat qada’ solat sebanyak banyaknya adalah dalam bulan Ramadan”
.
Pernah tertinggal solat...nak tahu cara yang betul untuk qada’ solat, korang boleh ikut CURLASS USTAZAH ASNI MANSOR #sayanakbelajar esok! Jangan malu yang penting kita nak belajar!
.
Ingat solat itu tiang agama kita wajib melaksanakannya. Untuk berubah itu memerlukan pengorbanan dan istiqomah yang tinggi.
.
Don’t miss it, Stay tuned! Jumpa korang esok
.
CURLASS USTAZAH ASNI MANSOR #SayaNakBelajar
SETIAP SELASA DAN KHAMIS
6.30 PETANG
IGTV DBILIQUE
.
#SayaNakBelajar #curlassustazahasnimansor #ramadan2021 #ramadandbilique #dbilique
cara istiqomah 在 Coach Anuar Facebook 的最佳貼文
📝 TIPS utk istiqomah sepanjang program ni..
Pasti akan ada sedikit kejanggalan apabila kita nak buat perubahan dari segi pemakanan; daripada kebiasaan kepada cara pemakanan baru/sihat.
1⃣ Pertama sekali anda perlu cari sebab yang kuat, "your big WHY" kenapa anda nak berubah/kurus.
Tanya pada diri, apa akan berlaku tahun depan, atau lima tahun lagi sekiranya anda tidak buat perubahan ini.
SEBAB kena kuat, kerana SEBAB inilah yang akan membantu anda ketika anda menghadapi cabaran.
Setelah itu, BUAT KEPUTUSAN untuk berubah. Komited buat sampai jadi
2⃣ Kedua, set mindset yang betul 💡
Fokus pada progress dan keputusan yang anda mahu. Bukan fokus kepada perkara yang anda terpaksa korbankan, kelecehan sesuatu proses atau cabaran-cabaran lain.
"Focus on what you will gain, not the things that you have to give up"
3⃣ Ketiga, kena faham proses fat loss yang sihat perlukan masa, bukan sekelip mata macam magik.
Kita naik berat badan pun bukan sebab kita makan banyak semalam atau minggu lepas. Tapi disebabkan tabiat pemakanan kita yang dah bertahun lamanya.
Jadi, anda perlu berDISIPLIN, KONSISTEN dan SABAR.
4⃣ Keempat, minta 'sokongan' dari keluarga dan kawan-kawan.
Berbincang supaya mereka faham yang anda akan mulakan gayahidup sihat demi kesihatan anda.
Supaya mereka faham dan bagi sokongan, bukan cuba gagalkan usaha anda. Jika org terdkt tak support, syukur ada kwn² dlm grup coaching. Saling sokong satu sama lain 💪🏼
5⃣ Kelima, buat perancangan dan persediaan.
Kemas kalau ada makanan ringan/'junkfood' dalam peti ais/rumah anda.
Hadiahkan kpd org lain. Gantikan dengan makanan sihat dan berkhasiat seperti buah-buahan, kekacang dan sebagainya.
Rancang dan sediakan makanan-makanan(air, snek sihat, bekal makanan seimbang dsb) untuk dibawa ke pejabat atau mana-mana tempat.
Set/peruntukkan masa untuk lakukan aktiviti senaman dua atau tiga kali seminggu. Buat simple dari rumah pun tak apa..
Akhir sekali, katakan pada diri anda,
"Saya boleh lakukan! 💪🏻💪🏻"