(Surat ayah kepada anak yang sedang sakit tua)
Apa khabar anakku, lagi mahu tanya, dah tentu khabar tak sihat sebab dengar cerita sedang menderita sakit tua, inilah hidup. Datang dan pergi, bawa dosa bawa pahala, tinggal kenangan sini sana.
Ayah tak tahu nak nasihat apa pada orang yang lebih tua dari ayah, al maklumlah, waktu ayah tulis surat ini, ayah baru umur 40 tahun, sekarang anakku, di hujung usia. Korang dah jadi lebih tua dari ayah dan lebih pandai dari ayah.
Okey, sempena korang terbaring tak boleh banyak bergerak kerana sakit tua, ayah rasa nak baca buku cerita kat korang, kira macam bed time story, tapi oleh sebab korang semua dah tua dan uzur serta kerepot, maka cerita ni macam death time story lah, woha!
Cerita ni ayah dapat dari cerita kawan ayah seorang bukan islam yang cerita kepada ayah akan kisah dalam kitab agama dia, (Apahal pulak nak baca cerita kitab agama lain waktu nak mati ni, termurtad karang, adohai…, okey dengar dulu sampai habis, insyAllah tiada siapa siapa yang akan murtad jika ambik moral dari cerita ini)
Kisahnya berbunyi begini, pada zaman dahulu, di sebuah kampung ada seorang remaja yang sangat sayangkan Neneknya. Sayang gilerlah, satu hari dia belajar hakikat hidup bahawa semua orang akan menjadi mayat termasuklah neneknya yang disayangi. Dia perhatikan sendiri bagaimana sorang demi sorang orang tua menjadi uzur dikampungnya termasuk neneknya, dan sorang demi sorang mati akibat sakit tua.
Maka sewaktu neneknya sedang nazak, si budak ini baru tahu punca kematian semua orang dikampungnya adalah adalah kerja Malaikat Ajal. Maka dia berdoa pada tuhan agar di beri hikmat untuk menangkap Malaikat Ajal.
Dalam kitab itu cerita, Tuhanpun kurniakan hikmat MENANGKAP MALAIKAT AJAL pada budak itu.
Jadi budak ini dapat melihat malaikat ajal, dan tahulah dia ajal neneknya dah nak sampai, lalu budak itupun terus gunakan HIKMAT MENANGKAP MALAIKAT AJAL, dan budak itu berjaya kurung malaikat ajal dalam sebuah peti besi.
Maka neneknya tak mati pada hari itu, tapi bila budak tu tengok nenek dia menggelumpur sakit, mengerang kesakitan tanpa suara, wajah yang penuh menderita, najis angin busuk keluar dari badan tak henti henti, mata pulak siap terbelalak menahan roh keluar dari badan tapi tak lekuar keluar, dan neneknya terus tak dapat tidur sepanjang malam kerana menanggung kesakitan yang amat sangat, dalam suara yang tidak jelas bersama lingangan air mata terdengar neneknya berdoa: "Oh..Tuhan ambilah nyawaku, supaya aku boleh berehat dengan aman”
Maka timbul simpati menggunung tinggi pada budak itu dah fahamlah dia bahawa mati lebih baik bagi neneknya. Lalu bersama linangan air mata terus budak ini melepaskan malaikat ajal. Serta merta malaikat ajal terbang kearah neneknya dan mengambil nyawa neneknya, maka terus terpejam mata neneknya, dan kendur semua anggota badan yang menggelumpur sebelum ini. Neneknya akhirnya mati dan berehat dalam aman.
Si budak ini menangis syukur kerana neneknya telah pergi dengan aman, Alangkah deritanya manusia jika tiada maut, budak ini belajar tentang hakikat hidup bahawa pengsan adalah nikmat pada orang yang sakit, dan mati adalah nikmat bagi orang yang sedang nazak.
Okey, itu cerita dari orang bukan islam dalam kitab mereka, sekarang ayah nak cerita kisah sedih dalam kitab kita orang islam pula, kisahnya begini:
Di akhirat nanti bila semua orang dah masuk neraka dan syurga, maka Allah jelmakan Maut dalam bentuk seekor kambing
Hidup rupanya Maut ni, sebab tu lah kita semua akan mati, lalu Allah perintahkan Malaikat maut sembelih kambing di antara syurga dan neraka, maka matilah 'maut' disembelih malaikat maut sambil disaksikan oleh penduduk syurga dan nereka.
Maka bergembira sakanlah orang dalam syurga, maklumlah tak ada mati lagi selepas ini, hidup dalam nikmat selama lamanya.
Tapi orang dalam neraka meraung! menjerit! menangis ..! kerana mereka akan di azab selama-lamanya.
“Ya Allah dengarlah rayuan kami” jerit ahli neraka,
“ Apa korang Mahu?”
“Keluarkan lah kami kedunia walaupun sesaat…”
Allah tak layan permohonan mereka, maka mereka ni merayu lagi selepas di azab ribuan tahun,
“Ya Allah jadikanlah kami tanah”
Allah tak layan permohonan mereka kerana di dunia mereka telah diberi peluang tapi mempersendakan wakil Allah…
Allah berfirman: “Kekallah kamu dalam neraka selama-lamanya!”
Habis cerita sampai sini, salam takziah atas sakit, tak lama korang akan jadi mayat dan akan menghapus segala kesakitan didunia, tapi jika korang hidup banyak dosa, akhirat jauh lebih derita, maka di atas katil hospital ini, bersyukurlah kerana zikir korang masih dinilai, solat korang masih memberi manfaat, dan taubat korang masih diterima, bersyukurlah atas peluang merasa sakit dihujung usia kerana semuanya penghapus dosa bagi mereka yang sabar dan faham.
Salam takziah, Cuma ayah harap, kematian korang menjadi kematian yang dicemburui oleh orang beriman.
Eh? Apa itu kematian yang dicemburui?
Begini kisahnya:
Hari ini jika korang mati menjadi mayat, maka akan ramai anak cucu serta saudara mara yang simpati, lalu mereka datang ziarah mayat korang, mayat korang akan diurus sehabis baik, dimandikan, diwudhukan, di letak haruman, dikapan elok-elok, dan di solat beramai ramai lalu mereka semua akan mengiringi mayat korang ke kubur dengan cara di usung penuh hormat, dan dikubur, lubang khas digali, dank orang ditanam dengan pemuh sopan, akhirnya mereka mendoakan semoga roh korang dicucuri Rahmat. Dalam hati mereka, terdetik keinginan untuk tidak mahu menerima nasib seperti korang, namun semua orang akan tetap menjadi mayat, lambat atau cepat sahaja.
Akan tiba satu masa, di zaman virus merebak, apabila korang mati menjadi mayat, maka akan lebih ramai lagi orang yang simpati, tapi mereka tidak datang ziarah mayat korang sebab mereka terpaksa berkurung di rumah, tiada orang yang akan mengiringi mayat korang ke kubur, sebab masing masing sibuk bersembunyi dari virus, maka yang tinggal, hanyalah doa doa agar roh korang dicucuri Rahmat.
Dalam hati mereka, terdetik keinginan untuk tidak mahu menerima nasib seperti korang, dan mulai cemburu pada orang yang mati dalam Negara yang aman merdeka bebas dari wabak virus.
Dalam Negara yang aman merdeka dan bebas wabak. Apabila kita mati, dan mayat kita di urus dengan baik, dan kawan kawan sempat melawat dan berdoa, maka itulah salah satu nikmat mati.
Lalu kenapa kamu takut mati wahai anak? kenapa bersedih jika mati sekarang?, ini Negara Merdeka, kematianmu akan di urus dengan bermaruah. Sama macam korang uruskan mayat ayah dahulu.
Namun mati merdeka belum menjamin merdeka dalam kubur, ada perkara lain yang kita semua kena faham tentang Merdeka.
Terdapat beberapa kisah sahabat Nabi Muhammad SAW yang mati dalam perperangan yang mana Nabi telah menguruskan jenazah mereka sehingga sahabat sahabat lain yang masih hidup, cemburu dengan kematian mereka.
Tak perlu ayah tulis semua cerita itu, tapi yang kita kena faham adalah, apabila seorang yang beriman dan bertakwa seperti Saidina Abu Bakar R.A atau Saidina Umar R.A juga cemburu pada mayat orang lain yang Nabi telah bersaksi syurga mereka, maka itulah hakikat Merdeka yang sebenar-benarnya!
Hakikat Merdeka adalah:
Apabila kematian kita di cemburui oleh orang yang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!
Ayah ulang!,
Apabila kematian kita di cemburui oleh orang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!
Fahamlah kita di sini bahawa walau dimanapun mayat kita di tanam atau tidak di tanam atau mati berulat, Allah tidak menilai melalui cara kita menjadi mayat, tapi Allah menilai melalui cara kita hidup sebelum jadi mayat.
Sekian. Pesan ayah kepada korang yang sudah tua semua. Jangan takut mati, relax…
Selamat bertemu malaikat maut.
Selamat menjawab soalan malaikat kubur.
Merdeka sebenar, bila kita diumum sebagai ahli syurga di padang mahsyar.
Jumpa di sana semua wahai anaku, syurga firdaus, tingkat lapan-woha!
I miss you all.
Ps: Dan orang-orang beriman, berserta anak cucu mereka yang mengikuti mereka dalam keimanan. Kami pertemukan mereka dengan anak cucu mereka (di dalam syurga) dan kami tidak mengurangi sedkitpun pahala amal (kebajikan) mereka.” (QS. Ath Thur: 21).
(dipetik dan di olah semula dari buku Ngeteh di Kubur ayah, kisah seorang ayah hantar surat dari kubur kepada anak-ananya mengikut tahun dan ini surat untuk anak berumur 60 tahun, ayanya 'meninggal' diumur 40 tahun)
「cara menguruskan badan dengan cepat」的推薦目錄:
cara menguruskan badan dengan cepat 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
(Surat ayah kepada anak yang sedang sakit tua)
Apa khabar anakku, lagi mahu tanya, dah tentu khabar tak sihat sebab dengar cerita sedang menderita sakit tua, inilah hidup. Datang dan pergi, bawa dosa bawa pahala, tinggal kenangan sini sana.
Ayah tak tahu nak nasihat apa pada orang yang lebih tua dari ayah, al maklumlah, waktu ayah tulis surat ini, ayah baru umur 40 tahun, sekarang anakku, di hujung usia. Korang dah jadi lebih tua dari ayah dan lebih pandai dari ayah.
Okey, sempena korang terbaring tak boleh banyak bergerak kerana sakit tua, ayah rasa nak baca buku cerita kat korang, kira macam bed time story, tapi oleh sebab korang semua dah tua dan uzur serta kerepot, maka cerita ni macam death time story lah, woha!
Cerita ni ayah dapat dari cerita kawan ayah seorang bukan islam yang cerita kepada ayah akan kisah dalam kitab agama dia, (Apahal pulak nak baca cerita kitab agama lain waktu nak mati ni, termurtad karang, adohai…, okey dengar dulu sampai habis, insyAllah tiada siapa siapa yang akan murtad jika ambik moral dari cerita ini)
Kisahnya berbunyi begini, pada zaman dahulu, di sebuah kampung ada seorang remaja yang sangat sayangkan Neneknya. Sayang gilerlah, satu hari dia belajar hakikat hidup bahawa semua orang akan menjadi mayat termasuklah neneknya yang disayangi. Dia perhatikan sendiri bagaimana sorang demi sorang orang tua menjadi uzur dikampungnya termasuk neneknya, dan sorang demi sorang mati akibat sakit tua.
Maka sewaktu neneknya sedang nazak, si budak ini baru tahu punca kematian semua orang dikampungnya adalah adalah kerja Malaikat Ajal. Maka dia berdoa pada tuhan agar di beri hikmat untuk menangkap Malaikat Ajal.
Dalam kitab itu cerita, Tuhanpun kurniakan hikmat MENANGKAP MALAIKAT AJAL pada budak itu.
Jadi budak ini dapat melihat malaikat ajal, dan tahulah dia ajal neneknya dah nak sampai, lalu budak itupun terus gunakan HIKMAT MENANGKAP MALAIKAT AJAL, dan budak itu berjaya kurung malaikat ajal dalam sebuah peti besi.
Maka neneknya tak mati pada hari itu, tapi bila budak tu tengok nenek dia menggelumpur sakit, mengerang kesakitan tanpa suara, wajah yang penuh menderita, najis angin busuk keluar dari badan tak henti henti, mata pulak siap terbelalak menahan roh keluar dari badan tapi tak lekuar keluar, dan neneknya terus tak dapat tidur sepanjang malam kerana menanggung kesakitan yang amat sangat, dalam suara yang tidak jelas bersama lingangan air mata terdengar neneknya berdoa: "Oh..Tuhan ambilah nyawaku, supaya aku boleh berehat dengan aman”
Maka timbul simpati menggunung tinggi pada budak itu dah fahamlah dia bahawa mati lebih baik bagi neneknya. Lalu bersama linangan air mata terus budak ini melepaskan malaikat ajal. Serta merta malaikat ajal terbang kearah neneknya dan mengambil nyawa neneknya, maka terus terpejam mata neneknya, dan kendur semua anggota badan yang menggelumpur sebelum ini. Neneknya akhirnya mati dan berehat dalam aman.
Si budak ini menangis syukur kerana neneknya telah pergi dengan aman, Alangkah deritanya manusia jika tiada maut, budak ini belajar tentang hakikat hidup bahawa pengsan adalah nikmat pada orang yang sakit, dan mati adalah nikmat bagi orang yang sedang nazak.
Okey, itu cerita dari orang bukan islam dalam kitab mereka, sekarang ayah nak cerita kisah sedih dalam kitab kita orang islam pula, kisahnya begini:
Di akhirat nanti bila semua orang dah masuk neraka dan syurga, maka Allah jelmakan Maut dalam bentuk seekor kambing
Hidup rupanya Maut ni, sebab tu lah kita semua akan mati, lalu Allah perintahkan Malaikat maut sembelih kambing di antara syurga dan neraka, maka matilah 'maut' disembelih malaikat maut sambil disaksikan oleh penduduk syurga dan nereka.
Maka bergembira sakanlah orang dalam syurga, maklumlah tak ada mati lagi selepas ini, hidup dalam nikmat selama lamanya.
Tapi orang dalam neraka meraung! menjerit! menangis ..! kerana mereka akan di azab selama-lamanya.
“Ya Allah dengarlah rayuan kami” jerit ahli neraka,
“ Apa korang Mahu?”
“Keluarkan lah kami kedunia walaupun sesaat…”
Allah tak layan permohonan mereka, maka mereka ni merayu lagi selepas di azab ribuan tahun,
“Ya Allah jadikanlah kami tanah”
Allah tak layan permohonan mereka kerana di dunia mereka telah diberi peluang tapi mempersendakan wakil Allah…
Allah berfirman: “Kekallah kamu dalam neraka selama-lamanya!”
Habis cerita sampai sini, salam takziah atas sakit, tak lama korang akan jadi mayat dan akan menghapus segala kesakitan didunia, tapi jika korang hidup banyak dosa, akhirat jauh lebih derita, maka di atas katil hospital ini, bersyukurlah kerana zikir korang masih dinilai, solat korang masih memberi manfaat, dan taubat korang masih diterima, bersyukurlah atas peluang merasa sakit dihujung usia kerana semuanya penghapus dosa bagi mereka yang sabar dan faham.
Salam takziah, Cuma ayah harap, kematian korang menjadi kematian yang dicemburui oleh orang beriman.
Eh? Apa itu kematian yang dicemburui?
Begini kisahnya:
Hari ini jika korang mati menjadi mayat, maka akan ramai anak cucu serta saudara mara yang simpati, lalu mereka datang ziarah mayat korang, mayat korang akan diurus sehabis baik, dimandikan, diwudhukan, di letak haruman, dikapan elok-elok, dan di solat beramai ramai lalu mereka semua akan mengiringi mayat korang ke kubur dengan cara di usung penuh hormat, dan dikubur, lubang khas digali, dank orang ditanam dengan pemuh sopan, akhirnya mereka mendoakan semoga roh korang dicucuri Rahmat. Dalam hati mereka, terdetik keinginan untuk tidak mahu menerima nasib seperti korang, namun semua orang akan tetap menjadi mayat, lambat atau cepat sahaja.
Akan tiba satu masa, di zaman perang, apabila korang mati menjadi mayat, maka akan lebih ramai lagi orang yang simpati, tapi mereka tidak datang ziarah mayat korang sebab mereka masih sibuk berperang atau sibuk lari dari perang, kemudian, tiada orang yang akan mengiringi mayat korang ke kubur, sebab masing masing sibuk bersembunyi atau sibuk di seksa, yang tinggal, hanyalah doa doa agar roh korang dicucuri Rahmat. Lalu bergelimpanganlah mayat korang membusuk dijalanan,tiada orang nak uruskan pun, jika ditanampun, dalam lubang yang besar tanpa kain kapan, Dalam hati mereka, terdetik keinginan untuk tidak mahu menerima nasib seperti korang, dan mulai cemburu pada orang yang mati dalam Negara yang aman merdeka.
Dalam Negara yang aman merdeka. Apabila kita mati, dan mayat kita di urus dengan baik, dan kawan kawan sempat melawat dan berdoa, maka itulah salah satu nikmat mati.
Lalu kenapa kamu takut mati wahai anak? kenapa bersedih jika mati sekarang?, ini Negara Merdeka, kematianmu akan di urus dengan bermaruah. Sama macam korang uruskan mayat ayah dahulu.
Namun mati merdeka belum menjamin merdeka dalam kubur, ada perkara lain yang kita semua kena faham tentang Merdeka.
Terdapat beberapa kisah sahabat Nabi Muhammad SAW yang mati dalam perperangan yang mana Nabi telah menguruskan jenazah mereka sehingga sahabat sahabat lain yang masih hidup, cemburu dengan kematian mereka.
Tak perlu ayah tulis semua cerita itu, tapi yang kita kena faham adalah, apabila seorang yang beriman dan bertakwa seperti Saidina Abu Bakar R.A atau Saidina Umar R.A juga cemburu pada mayat orang lain yang Nabi telah bersaksi syurga mereka, maka itulah hakikat Merdeka yang sebenar-benarnya!
Hakikat Merdeka adalah:
Apabila kematian kita di cemburui oleh orang yang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!
Ayah ulang!,
Apabila kematian kita di cemburui oleh orang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!
Fahamlah kita di sini bahawa walau dimanapun mayat kita di tanam atau tidak di tanam atau mati berulat, Allah tidak menilai melalui cara kita menjadi mayat, tapi Allah menilai melalui cara kita hidup sebelum jadi mayat.
Sekian. Pesan ayah kepada korang yang sudah tua semua. Jangan takut mati, relax…
Selamat bertemu malaikat maut.
Selamat menjawab soalan malaikat kubur.
Merdeka sebenar, bila kita diumum sebagai ahli syurga di padang mahsyar.
Jumpa di sana semua wahai anaku, syurga firdaus, tingkat lapan-woha!
I miss you all.
Ps: Dan orang-orang beriman, berserta anak cucu mereka yang mengikuti mereka dalam keimanan. Kami pertemukan mereka dengan anak cucu mereka (di dalam syurga) dan kami tidak mengurangi sedkitpun pahala amal (kebajikan) mereka.” (QS. Ath Thur: 21).
(dipetik dari buku Ngeteh di Kubur ayah, kisah seorang ayah hantar surat dari kubur kepada anak-ananya mengikut tahun dan ini surat untuk anak berumur 60 tahun, ayanya 'meninggal' diumur 40 tahun)
cara menguruskan badan dengan cepat 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
Aktiviti Sarat di London
Semalam adalah cukup istimewa di kota London. Padat dan sarat dengan pelbagai aktiviti.
Seawal 8 pagi, saya meninggalkan hotel dalam kesesakan trafik dari Portman Square ke Canon Street bagi mesyuarat pertama di Bank of London and Middle East. Saya adalah salah seorang dari Badan Pengawasan Shariah di BLME. Pengerusinya adalah Dr Abdul al-Aziz al-Qassar dari Kuwait. Kami satu batch di Fakulti Syariah di Universiti Kuwait dan juga selalu berkongsi senarai Dekan hampir setiap semester.
Sebelah petang, saya berjumpa pengurus Wealth Managenent berpusat di London tapi menguruskan beberapa Family Office di Negara Teluk dan Brunei. Saya akan cerita di masa hadapan apa itu Family Office dan kepentingannya dalam lanskap kewangan dan pelaburan. (Photo sesi ini tak ada).
Kemudian saya ditemankan Ust Ramadhan Fitri bergegas memasuki terowong bawah tanah menaiki tiub London untuk ke SOAS, Universiti London. Selepas tiga perhentian, kami sampai di Marble Arch dan terus berjalan laju dalam cuasa yang hujan dan basah.
Apabila sampai sahaja di SOAS, ada sesi minum petang ringkas bersama Dr Jonathan dan Nick Forest, dua tokoh akademik di SOAS yang telah menyelia ramai pelajar termasuk pelajar2 dari Malaysia. Saya menghadiahkan buku saya Shariah Minds and Shariah is Life kepada masing2. Kemudian saya ada sesi inteklual di SOAS atas tajuk Syariah and Fintech.
Selepas saja selesai, bergegas pula ke Malaysian Hall. Terimakasih kepada tiub London. Sempat sampai dalam masa yang cepat. Tajuk syarahan saya adalah Ethics and Maqasid. Kedua2 syarahan ini boleh diikuti dalam FB Mohd Daud Bakar dan Minda Syariah.
Terima kasih kepada semua yang mengatur semua program khususnya Us Ramadhan Fitri. Semoga urusan PhD anda selesai secepat mungkin. Mungkin para peserta mendapat sedikit sebanyak faedah tetapi saya sebenarnya yang paling banyak belajar apabila memberi syarahan dan artikulasi. Minda akan memproses segala maklumat dan isu dan dalam proses itu, teori dan cara fikir baru akan timbul.
Tajuk atau tema hangat sepanjang dua syarahan ini adalah algorisma khususnya algorisma Syariah. Kita sambung nanti. Masa untuk bejalan pagi di London dah sampai.
MDB