pagi tadi lepas sahur dan subuh, daiyan rasa terpanggil utk panjangkan doa for our muslim brothers and sisters yang sedang bertarung nyawa di Palestine. tapi nak doa mcm mana? i thought. i'm only a mere servant, insan kecil, berguna ke doa aku? i feel so helpless. macam mana nak tolong ni? selain financially, apa lagi yang daiyan boleh bagi? but then i thought, doa di bulan mulia ni sangat mustajab lebih-lebih lagi pada waktu subuh macam ni. fikir balik, mungkin mereka pun nak kita doakan je sebanyaknya untuk kesejahteraan keluarga mereka jugak. jadi daiyan doa je supaya saudara seislam kita di Palestine sentiasa dilindungi, dipermudahkan urusan, diangkat kedudukan etc. kadang terfikir, mungkin kita yang patut dikasihani sebab kepala masih duniawi, sedangkan kat sana semua bertarung untuk mati syahiid di bulan ramadan. allahu... pastu terus rasa sebak. pastu scroll IG terjumpa set doa for palestine ni, so niatnya nak share ngan korang la. bila solat mohon panjangkan doa2 ni sekali. sedikit sebanyak saudara seislam kita dapat rasa kekuatan dan keikhlasan doa-doa yang kita panjatkan untuk diorang. mungkin dari doa-doa ni jugalah salah satu sebab kecil diorang terus kuat dan tabah, inshaAllah. kepada sesiapa yang ada rezeki lebih boleh dermakan #IftarPalestin, info ada dekat daiyan punya highlights - helpline. thank you so much guys. satu hari lagi ramadan, moga kita manfaatkan sebaik mungkin. maaf kalau ada tersalah kata dalam post ni.
pc: @s.vbr
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過2萬的網紅Hedi Yunus,也在其Youtube影片中提到,Subscribe Here: http://bit.ly/HYChannel...
doa sahur 在 Facebook 的最佳貼文
Bulan puasa, akan terdengarlah hadis Nabi mendoakan kecelakaan bagi orang islam yang masih ada ibu bapa, tapi mengabaikannya.
Alkisahnya, Saya baca hadis Nabi (taklim) setengah jam sebelum berbuka puasa, dan bila tiba hadis ini, anak berkata, Tokki dan nenek telah meninggal dunia, ayah dan tak termasuk orang yang abaikan ibu bapa.
Saya diam sahaja, sambil terkenang waktu kedua dua ibu bapa masih hidup, yang mana tiap bulan saya balik ziarah mereka, bagi wang, belanja makan, bawa jalan jalan, malahan kedua ibu bapa saya pernah saya ajak mereka berdua pergi belajar agama tertib tabligh selama tiga hari tiga malam, Alhamdulillah.
Itu antara pengalaman manis bersama arwah ayah dan Bonda.
Namun mereka berdua telah pergi sebelum PKP, maka balik kampong sudah tidak sama lagi, dan saya faham perasaan anak anak yang ingin sangat rentas negeri ziarah kedua ibu bapa.. oh..
Habis baca Taklim, ada 10 minit masa untuk bermuzakarah di meja makan sebelum azan magrib, saya Tanya anak-anak, apa rezeki terakhir arwah atok?
Anak cuba teka nasi dagang, sebab atok meninggal petang.
Ada anak teka atok makan bubur, ada yang kata atok makan makanan hospital sebab atok ke hospital dan meninggal di sana.
Saya ingat balik, jam tiga pagi arwah makan sup, dan lepas subuh arwah mengadu sakit dada, dan bawa ke Hospital, arwah tak nak makan apa apa, dan rezeki arwah yang terakhir adalah sebotol air masuk ikut lengan.
Habis sebotol, dan tukar botol baru, tak sempat habis, arwah telah pergi.
“Jadi air adalah rezeki terakhir atok?”
“ya, untuk rezeki dunia, itulah rezeki terakhir atok, tapi atok dapat rezeki akhirat”
“Rezeki ahirat tu apa?”
“Rezeki selepas mati, sebab sebelum atok meninggal, semua anak anak atok, sempat datang dan, baca yasin pada atok, dan ajar atok mengucap, itulah rezeki akhirat”
Rezeki Atok tak berhenti di situ, anak lelakinya seramai enam orang, mandikan jenazah atok, Pakcik sulung dan nombor dua mandikah kepala atok, Pak ngah meriba badan atok, Pak teh, meriba punggung atok, dan ayah sendiri meriba kaki atok, dan anak atok yang lain menyiram dan menggosok badan atok.
Rezeki atok dapat mandi ramai ramai dengan anak anak. Siap mandi atas ribaan anak anak macam bayi.
“lepas tu?”
Rezeki atok bertambah lagi kerana di imani solat jenazah oleh Pak long kau, dikubur talkin Pak ngah, dan tiga malam tahlil diketuai oleh Pakteh dan anak lain secara bergilir.
Eh? Dah azan magrib, jom doakan atok serta nenek, dan semua orang islam masuk syurga.
Kamipun berbuka dengan rezeki atas meja, lepas tu solat Jemaah magrib di surau, kemudian baca yasin untuk arwah atok, lepas tu solat isyak dan tarawih di surau.
Balik tarawih, anak pergi baca yassin, katanya untuk arwah datuk.
Sungguh rezeki ayah saya belum berhenti.
Dan benar kata ulamak, rezeki terbesar selepas mati adalah doa dari anak yang soleh.
Semoga kita semua dikurniakan nikmat ini.
Ayah, Mak, Hamka rindu..,
Rindu bacaan mengaji ayah, rindu masakan mak.
Rindu tengok ayah dan mak bersiap pergi tarawih..
Rindu tunggu mak kejut makan sahur, rindu makan bersama waktu berbuka..
Rindunak dengar Mak dan Ayah Bertadarus sampai larut malam...
Alamak, siapa potong bawang ni, mata masuk habuk.
Alfatihah.., buat semua yang telah pergi tinggalkan kita,
.
.
.
.
.(iklan sikit)
Ps: Semoga Ramadan ini berlalu dengan meninggalkan Yasin dalam dada kita, InsyaAllah, jom sama sama belajar masukan surah yasin ke dalam dada..,
https://mudahnyahafalyasin.onpay.my/order/form/yasin/hamka
doa sahur 在 DBilique Facebook 的最佳貼文
Amboi adik, dia punya beletiaq kemain.
.
Esok dah nak puasa geng! Korang jangan buat2 lupa😅. Kena ingat balik doa sahur, doa buka puasa dan perbanyakan ibadah di bulan mulia ini.
.
Btw stay tuned untuk rancangan terbaik di bulan Ramadan ini. Dari rancangan nak belajar agama hinggalah drama ramadan.
.
Stay tuned! Don’t miss it!
.
🎥: @mayah_ciwi
.
#salamramadan #ramadan2021 #dbilique
doa sahur 在 Hedi Yunus Youtube 的最讚貼文
HEDI YUNUS - ISTIGHFAR (Official Music Video)
Album religi Do'a HEDI YUNUS tahun 2002.