Malaysia makin teruk dengan masalah Kes jangkitan Covid, Hospital makin penuh, kematian semakin tinggi.
Kenapa agaknya? macam keberkatan tu mula hilang, ujian datang bertimpa-timpa, masalah demi masalah yang datang berkunjung tak habis, lepas satu-dua, lepas dua empat, adohai..
Cuba kita duduk diam sejenak, fikirkan.
Kenapa saya ni asyik susah jer, saya solat dah jaga, Al quran baca hari hari, zikir tak tinggal, tapi kenapa hidup susah? Kenapa orang yang saya sayang kena penyakit? Kenapa orang suka tengok buruk saya? Kenapa?
Tak perlu fikir yang besar-besar, yang jauh-jauh.. Cuba tengok ada tak orang yang kita aniaya. Mak ayah kita di kampong apa khabar? Jiran kita okey tak? Ada tak hutang orang kita tak bayar? Ada tak kita pernah sakitkan hati orang?
Cuba renung sejenak, iktibar dari hadis kisah tentang 3 orang pemuda yang terperangkap dalam sebuah gua. Kemudian, mereka cubalah dengan sedaya upaya untuk menolak batu besar yang jatuh dan menutup pintu gua itu namun tidak berjaya jua.
Setelah guna sains dan data untuk tolak batu itu tapi tidak Berjaya, Akhirnya salah seorang daripada mereka mencadangkan supaya menyelesaikan masalah melalui perantaraan amal iaitu dengan kaedah bertawasul dalam berdoa sambil menyatakan kebajikan yang telah mereka lakukan dengan harapan Allah akan memperkenankan doa mereka.
Pemuda pertama doa dengan bertawasul pada amalan dia yang tak pernah derhaka pada orang tua, batu itu pun gerak sedikit tapi tak lepas nak keluar.
Pemuda kedua doa dengan bertawasul pada amalan dia yang menolak zina sewaktu wanita paling dicintai datang menyerah diri, batu itu pun gerak sedikit lagi tapi masih tak lepas nak keluar.
Pemuda ketiga doa dengan bertawasul pada amalan dia yang jujur dalam membayar upah pekerja, akhirnya batu itu bergerak dan merekapun selamat dari terperangkap dalam gua.
Apa yang kita faham dari cerita ini?
Sebenarnya, cerita di atas secara ringkas merujuk kepada tiga masalah dalam hidup manusia, iaitu:-
1) Masalah dalam hubungan sesama manusia atau kita namakan: “AKHLAK”, sebagai contoh, kisah seorang anak yang mendahului ibu bapa dari segala yang lain.
2) Masalah dalam pergaulan berlainan jantina yang kita namakan: “MUNAKAHAT”, sebagai contoh, kisah seorang pemuda yang ada peluang zina, tapi menolak zina demi menjaga maruah.
3) Masalah dalam bab urus niaga yang kita namakan:, “MUAMALAT”, sebagai contoh, kisah seorang majikan yang menunaikan hak pekerja secara telus dan membayar segala hutang.
Jadi, tiga perkara ini, AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT adalah asas kepada kehidupan seorang manusia yang menjadi khalifah di muka bumi..
Dalam cerita ini jelas gambarkan macam mana jika Akhlak sahaja betul masih belum selesai masalah, ibu bapa memang kena jaga, tapi jika berzina, masalah tak selesai juga, lepas tu makan rasuah, memang tak makbul lah segala doa, maka siapa ada ibu bapa, pastikan hak mereka terbela, yang dah tak tahan bersetubuh, memang wajib kena kahwin, yang dah kahwin, jangan pula berzina sebab dah ada pasangan kan? dan jangan lupa cari rezeki yang halal, tunaikan nafkah, bayar segala hutang piutang, maka lengkap pekej, AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT, baru Allah akan selesaikan segala masalah! insyAllah!
Maka, perumpaan Orang islam hari ni adalah sama macam kes pemuda di atas yang mana orang islam hari ini adalah seperti sedang di timpa ‘batu yang besar’ dan semua orang islam tak tahu macam mana nak alihkan batu tu, SOP dah jaga, Vaksin dah cucuk, solat dah jarak, Raya tak sambut, tapi masih kes COvid meningkat? Macam mana ni? Kenapa Malaysia masih ditimpa bala?
Kita tengok, sekarang ini kita semua terkepung dengan sekatan jalan raya, tak boleh rentas daerah dan negeri, maka dalam kita berusaha dengan asbab, guna data dan sains, jaga SOP semua, dan bila semua itu tak kelihatan belum berjaya, tolong jangan lupa, ‘batu yang besar’ itu akan dapat di alih hanya apabila umat islam betulkan tiga perkara, iaitu betulkan AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT.
Yang derhaka pada suami, atau mak bapak, bertaubatlah. Azab disegerakandi dunia bagi mereka yang derhaka pada ibu bapa.
Yang tak jaga kemaluan, tak jaga aurat, berzina sana sini, bertaubatlah.
Yang tak bayar hutang, ambik barang tanpa izin, bertaubatlah. Mati syahid pun tak mampu ampunkan dosa hutang.
Semoga kita semua tidak 'terperangkap' dalam gua ini selamanya, jangan hanya kematian memisahkan kita sebab bila hidup kita fail bab akhlak, muamalat dan munakahat, akan tersektalah kita masuk syurga dan berPKPlah kita dalam neraka yang bahan bakarnya manusia serta berhala!
Ya Allah, berikan kami Ilham untuk perbaiki AKHLAK, MUNAKAHAT, dan MUAMALAT ummat islam!
Amin!
Search