Perkara biasa berlaku. Salah faham, perasaan makin pudar, asyik berlakunya pergaduhan.
.
Sini Alif kongsikan tips. Harap dapat bantu dan beri manfaat untuk semua.
.
1) Salah Faham.
Sebenarnya ini paling biasa sangat berlaku dalam hubungan. Sama ada dalam tempoh pertunangan atau pernikahan. Dan kita tak boleh elak pun dari ia berlaku. Cuba elak tapi berlaku juga. Tapi sebenarnya bagaimana kita handle salah faham itu fokusnya. Caranya, bila berlaku sahaja salah faham, sit down dan tenangkan diri. Sabar mendengar setiap satu penjelasan dari masing2. Jangan hanya fikir diri sendiri sahaja. Nak selamatkan hubungan kalahkan ego.
.
2) Hilang Perasaan.
Hilangnya perasaan ini, bukan tiba-tiba, tapi pasti ada sebabnya. Kadang2 bila selalu bergaduh, jarang menghargai pasangan dan macam2. Akhirnya perasaan itu akan pudar. Tapi apa2 pun Hati manusia ini Allah yang pegang, maka dia sahaja yang maha membolak balikkan hati. Maka berdoa agar Allah tetapkan hati kita pada orang yang ditetapkan untuk kita. Tapi jangan doa sahaja, usaha kena ada. Bagaimana? Usaha menghargai setiap satu yang dilakukan pasangan kita. Walau sekecil kecil perkara yang dilakukannya, hargai. Elakkan pergaduhan salah faham, dan perkara yang mengkeruhkan hubungan.
.
3) Pergaduhan.
Cari Tahu punca pergaduhan, bila dah tahu, mudah untuk pelihara dari pergaduhahan. Contoh kalau pasangan kita tak suka sepahkan rumah, jadi jangan sepahkan rumah. Jangan jadi punca pergaduhan.
.
Itu sahaja tips ringkas, nak panjang baca buku Alif dan Aisyah di @hijanahhaulbooks ya. Anyway korang ada tips share lah di Comment okay! Ramai nak tahu dan baca.
.
#alifteega #manfaat #kongsi #hijrah #duniaperkahwinan #marriedlife #husbandandwife #muhasabah #perbaikidiri #jommuhasabahdiri #ilmu #kebaikan
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...