First Time Menonton Lord Of The Rings
Alkisahnya, Selain Harry Potter, ada satu lagi movie popular yang saya langsung tak rasa minat nak menonton, iaitu Lord Of The Rings.
Teringkat kali pertama kawan ajak tonton DVD, saya yang masih bujang, tahun 2001, waktu tonton, permulaan yang sangat perlahan, ada babak ahli sihir ke kampong orang kerdil, lepas tu ada perayaan, berborak di meja, dan saya tertidur.
Adohai..,
Can’t go kata orang putih.
Dua tiga tahun kemudian, filem ini masuk TV, ada malay sub okey kot , jom tonton, tapi masih sama, permulaan yang sangat perlahan, babak ahli sihir ke kampong orang kerdil, lepas tu ada perayaan, berborak di meja, dan bila iklan, saya keluar rumah, mengeteh dengan kawan, filem tu tak membuatkan saya rasa dahaga atau lapar untuk tonton. Tapi buat saya dahaga untuk keluar rumah.
Walau bagaimanapun filem tu sangat popular, markah rottens tomato tinggi, Imdb pun tinggi, lepas tu kawan-kawan cakap best, mereka ajak tengok wayang, saya tolak, serius tak minat cerita purba yang terlalu banyak watak dan terlalu banyak sembang mambang.
Bila filem ini menang Oscar, saya azam nak tonton, tapi tak tahu bila? Masa berlalu tiba tiba ada filem Hobbit pulak, okey baiklah, saya bagi peluang tengok di panggung wayang bersama rakan rakan yang lain, katanya bagus tengok filem ini dari Hobbit, sebab dia macam Star Wars episode one, tapi babak bosan berulang kembali, ahli sihir pergi ke kampong orang kerdil, dan borak di meja makan, lama gila mereka borak, dan saya tertidur! Bosan gila! Tak kena dengan jiwa, adohai..
Lain waktu masa lepak mengeteh dengan kawan, tengok ada naga yang cantik CGInya di kaca TV, tapi Naga itu bercakap Bahasa English, macam filem Disney chicken sahaja? Cerita apa ni?, Naga bercakap? kata sahabat saya: Itulah filem The Hobbit part three, what? naga bercakap? ha ha, mujur saya tak minat.
Namun sebagai kaki movie, saya azam satu hari nanti, saya akan beri peluang untuk tonton filem ini bila saya bosan gila, atau, satu hari nanti jika umur saya panjang, saya dah tua, lepak dengan cucu, maka saya akan tonton filem ini dengan cucu.
Tapi niat saya tak sampai, bila Malaysia kena PKP akibat Covid, anak anak saya sendiri yang ajak menonton filem ini.
Terperangkap dalam PKP, memang perlukan filem yang panjang sebegini, maka muncul juga seorang saya seorang berumur 40-an yang First time layan Lord Of The Rings.
Lepas tonton Lord Of The Rings saya tonton pulak Hobbits dan saya buat kesimpulan..
Jika korang suka filem fantasi yang ada banyak watak, (sangat banyak) dan jika korang penonton yang sabar, (dialog panjang meleret), dan korang suka tengok raksasa bercakap, orang kerdil bercakap, dewa bunian bercakap, binatang pelik bercakap, pokok balak bercakap, naga bercakap, hantu bercakap, dan lepas tu suka tengok perang lawan pedang, suka tengok orang tak bercukur, suka tengok orang tak mandi, maka filem ini untuk anda.
Babak aksinya sangat baik, sama macam waktu dialog, babak aksinya juga panjang, puas hati dengan aksi, walau geng hero selalu bernasib baik sampai tak masuk akal tapi inikan filem fantasi. Nasib baik terlau baik bagi geng hero, buatkan aksinya Panjang dan okeylah!
Tapi saya tak pelik kenapa filem ini ramai orang suka sebab novelnya orang dah baca sejak zaman berzaman, tahun 1937 lagi, maka kisah fantasi ini telah bersarang dalam jutaan pembaca. Di zaman itu yang jauh dari TV dan panggung wayang, maka membaca novel fantasi adalah hiburan indah. Masuk zaman perang dunia, novel ini masih dibaca orang hinggalah perang dunia berakhir, dan bila dunia filem tercetus lepas perang, maka cubaan demi cubaan telah di buat untuk filemkan novel ini, namun kesan khas masih belum mampu dicapai buatkan tertangguh sekian lama.
Akhirnya muncullah Peter Jackson yang membaca novel ini dalam 12 jam perjalanan dari Wellington ke Auckland, dan beliau terinprasi dan cuba buat satu filem purba yang baru tapi walau bagaimanapun ideanya dikembangkan, akhirnya tetap mewnjadi mirip kepada Lord Of The Rings, dari kena kutuk meniru novel LOTR, lebih baik adaptasi sahaja novel itu ke dalam bentuk filem, dan oleh sebab terlalu banyak watak maka filem ini pecah kepada enam episode. Then the rest is history.
Filem ini akhirnya sangat Berjaya di pasaran, walau saya tak minat, tapi bila tonton, masih enjoy sebab Peter Jackson pandai buat filem yang disulami aksi dan emosi, antara pengarah yang terbaik, rujuk karyanya yang lain seperti King Kong dan lain lain.
Sedikit Trivia dari filem LOTR
1. Saruman lakunan Sir Christopher Lee telah mebaca novel ini setiap tahun semenjak diterbitkan, beliau adalah satu satunya pelakon dalam filem ini yang pernah berjumpa dengan penulis novel, J.R.R. Tolkien.
2. Cincin dalam filem ini dihadiakah oleh pengarah kepada Fredoo sebagai kenangan.
3. Boromir sangat takut naik helicopter, bila filem ada babak atas gunung, Boromir mendaki dari bawah dalam keadaan lengkap berpakaian purba.
4. Gimli walaupun berlakon orang kerdil, tapi beliau paling tinggi dalam geng Fellowship. 6' 1"
5. Aragon tak boleh berenggang dengan pedang, waktu jalan minum di pekan pun bawa pedang, hingga polis selalu tegur bagi nasihat akan bahaya bawa pedang di khalayak ramai.
6. 200 Juta keuntungan telah mengalir dalam ekonomi New Zealand kerana lokasi filem ini, maka New Zealand telah lantik Menteri hal ehwal Lord of the Rings untuk terus rangsangkan ekonomi negara.
7. Patung mayat Boromir sangat sempurna, hingga ada kru filem selalu tegur dan ajak bercakap.
8. 300 ekor kuda berlakon dalam keseluruh filem ini .
9. Replika gajah raksasa adalah prop paling besar dalam movie ini, namun pengarah cakap, patutnya lebih besar.
10. "Well, I'm back", adalah ayat terakhir dalam filem, juga ayat terakhir dalam novel.
11. Movie ini untung 1000 peratus!
12. The Lord of the Rings trilogy adalah filem paling banyak tercalon dalam Academy Award dengan 30 pencalonan, berbanding Godfather trilogy (28) dan Star Wars film franchise (21). Lepas tu menang besar pulak! Pevah rekod!
13. Filem normal kesan khas sebanyak 200 visual effects shots. Tapi movie ini sebanyak 1,487 kesan khas!.
14. Tentera hantu adalah babak yang saya rasa tak best, bila baca perjalanan filem, Peter Jackson pun rupanya tak suka babak tentera hantu itu, sebab dah masuk elemen tahyul, tapi terpaksa diadakan sebab tak nak kecewakan peminat novel.
15. 100,000 orang berbaris di jalan Wellington, New Zealand untuk tayangan perdana. Jumlah itu adalah 1/4 dari penduduk bandar.
16. Tujuh tahun pengembaraan filem, 6 juta kasut digunakan,;48,000 bilah pedang, kapak, dan perisai. 20,602 background;19,000 costumes 10,000 pelakon ekstra; 2,400 kru; 1,600 pasang kaki Hobbit, 300 ekor kuda, 180 pakar kesan khas, 140 pelakon; 100 lokasi di New Zealand, 50 tailors, cobblers, designers, di Wardrobe department; dan 30 aktor dipkasa belajar bercakap Bahasa bunian, perghhhh!
17. James Cameron lepas tonton film ini terus dapat ilham nak buat filem Avatar, teknologi CGI dari file mini adalah penanda aras untuk sempurnakan Avatar.
18. Okey, dah nama sayapun keretamayat, maka ada sikit tazkirah..
19. Tazkirah dari movie: Dunia ni ada jin, sebelum manusia di cipta, malaikat cakap ada mahkluk telah berperang dan menumpahkan darah, ada riwayat mengatakan iblis mengetuai tentera malaikat usir makluk ni ke alam jin, ada yang kata makhluk itu adalah adam sebelum adam, ada yang kata mahluk itu adalah jin berdaging, tapi ianya bukan bunian, atau Hobbit, atau apa apa watak dari Lord Of The Rings, lalu turunlah Nabi adam ke bumi, eh? Macam tak kena tazkirah ini, adohai. Ok next!
20. Cerita LOTR adalah tentang cincin, di riwayatkan Nabi Sulaiman ada memiliki sebentuk cincin sakti yang menjadi lambang cop mohor pemerintahan kerajaannya. Kaum jin pernah mencuri cincin ini lalu menyebarkan ilmu Sihir buat seketika sebelum cincin ini diambil semula oleh Nabi Sulaiman. Setelah kewafatan baginda, tidak diketahui dimana keberadaan cincin Nabi Sulaiman ini. Sudah pasti cincin ini tiada kaitan dengan cincin milik Gollum serta Smeagol, jangan nak buat teori konspirasi.
21. Cincin dalam LOTR ada tulisan: One Ring to rule them all, One Ring to find them, One Ring to bring them all and in the darkness bind them, Apa yang tertulis pada cincin Nabi Muhammad?
22. Nabi Muhammad SAW ada cincin sebagi cop untuk tanda tangan kerana baginda tidak tahu membaca, Saidina Anas Bin Malik R.a berkata: Ukiran pada cincin Nabi S.A.W terdapat tiga baris. Baris yang pertama tertulis kalimah Muhammad. Baris yang kedua tertulis kalimah Rasul dan baris yang ketiga tertulis kalimah Allah.
23. Haram lelaki memakai cincin emas, tapi harus jika memakai Cincin perak. Haram juga jika memakai cincin Lord of The ring jika dibuat dari emas.
24. Seorang Raja telah memanggil kesemua bijak pandai dalam istananya, dan mengarahkan mereka mencipta sesuatu barang yang mana jika Raja dalam kesedihan lihat benda itu maka akan hilanglah kesedihan, jika dalam kegembiraan bila lihat barang itu maka hilanglah kegembiraan.
25. Maka berpakatlah para bijak pandai untuk mencipa 'benda' tersebut. Dan setelah di nasihati oleh seorang pemandu kederaan jenazah@kereta mayat maka terciptalah benda itu…
26. Dan hasilnya, Raja cukup berpuas hati...
27. Apa benda tu?
28. Sebentuk cincin yang cukup cantik dan halus pertukangannya dan tertulis perkataan di atasnya: "Semua orang akan menjadi mayat, semua mayat akan menjadi tanah, semua tanah adalah millikNYA"
Woha!
Sekian ulasan LOTR filem dari Hamka Kereta Mayat.
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過7,400的網紅Hamka Kereta Mayat,也在其Youtube影片中提到,10 filem perang terbaik sepanjang zaman. Menonton filem perang yang sampai adalah seperti kita pejamkan mata dan pergi rak buku kisah sejarah dunia b...
film perang terbaik 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的精選貼文
Agenda LGBT dalam filem?
Aku sebagai penulis, gemar menonton filem untuk melihat bagaimana cerita bercerita, untuk itu, aku ada follow anugerah Oscar sejak tahun 2008.
Masa tu filem Slumdog Millionaire menang. filem ini ada kisah cinta orang miskin dan kesusahan di india yang diceritakan dengan kreatif apabila hero dapat jawab semua soalan dalam game jutawan dan dituduh menipu lalu terbongkarlah sejarah masa silamnya yang sedih dan penuh liku liku kehidupan, filem tu enjoy jer tua muda tengok.
Tahun 2009, filem The Hurt Locker kisah perang di Iraq menang, filem ni slow dan macam tak layak menang sebab ada banyak lagi filem lain yang best, tapi isu perang Iraq sedang hangat masa tu, dan tambah pulak pengarah perempuan, tu yang juri pilih kot. Boleh jer layan kisah pemati bom matikan bom di Iraq.
Tahun 2010, The King's Speech kisah raja gagap, berdasarkan kisah benar pulak yang menang, oklah, jalan cerita pun tak bosan, sebab apa lagi masalah besar seorang raja bila tak boleh nak bertitah dengan baik? Tua muda enjoy jer tengok filem ni.
2011, di sebalik lambakan filem, yang menang adalah filem bisu hitam putih, berjudul The Artist yang mengembalikan nostalgia zaman filem bisu, kisah masalah pelakon bisu bila filem ada suara ambik alih, kisah cinta dan tragedy. Kreatif sungguh cara pengarah ni bercerita. Enjoy!
2012, filem Argo dari pengarah Ben Affleck menang!. Kisah benar duta Amarika yang dikepung di Iran, aku tengok cerita ni tanpa tahu sejarah, memang saspen habis, filem ini ada sentuhan dunia orang filem, itu yang juri suka, si hero pura pura buat filem untuk tipu kerajaan Iran, padahal nak selamatkan rakyat Amarika dari hukuman bunuh. Best cerita ini. Layak menang!
2013, filem 12 Years a Slave, kisah benar seorang warga kulit hitam diculik dan dipaksa jadi hamba selama 12 tahun, kisah betapa teruknya bangsa orang putih waktu itu, maka sentiment begini, di zaman Obama jadi presiden amarika pertama berkulit hitam, maka filem ini menang filem terbaik.
2014, di zaman filem lambakan super hero, maka Birdman menang, yang menarik tentang filem ini, dari awal cerita sampai habis, kameranya one shot sahaja, “tak berkelip”. Kisah pelakon pentas yang pernah pegang watak super hero mencari karya terbaik sebelum bersara dari dunia lakonan pentas hingga sanggup buat kerja gila.
2015, filem Spotlight menang, filem kisah paderi cabul kanak kanak, dan bagaimana kes ni ditutup rapat dan cubaan membongkar skandal yang sangat susah oleh wartawan bila melibatkan agama, dan filem ni jenis berat, dilayan bukan untuk hiburan tapi untuk berfikir. Mungkin waktu ni orang Kristian anggap filem ni agenda nak burukkan paderi, entahlah.
Masuk 2016, zaman LGBT berleluasa, zaman perkahwinan gay dibenarkan, zaman Disney pun masukan watak gay dalam kartun, zaman power rangers pun ada gay, zaman superhero pun ada gay,
Maka filem Moonlight kisah gay kulit hitam pulak yang menang, cerita ni simple, masa kecik hero yang ada mak seorang pelacur dan ayah seorang penjual dadah tanya ayahnya tentang gay. Ayah dia kata tak salah jadi gay. Bila besar anak dia jadi gay dan jual dadah. Adohai..
Dari tahun 2008, tema filem yang menang bagi aku okey, takde masalah, seni dan teknik bercerita dengan cara tersendiri, tapi bila filem Moonligh boleh menang, adohai.., padahal banyak lagi filem lain yang bagus, nampak sangat di Hollywood kini, agenda gay sedang disebarkan dalam filem, sebab nak bagitahu dunia, LGBT ni tak salah, padahal bagi aku, filem ni jika takde agenda gay pun bagus.
Dan terkini, 2017, teka filem apa yang menang? LGBT lagi ke? Bukan! Lebih teruk dari LGBT iaitu kisah hubungan seks seorang gadis bisu bersama haiwan peliharaan pulak, The Shape of Water arahan Guillermo del Toro. Second hero watak pakcik gay, dan watak jahat adalah polis bukan gay, watak utama pulak seks dengan haiwan, Adohai… filem ni tak sesuai untuk ditonton oleh semua peringkat umur sebab ada babak seks dan dikatogorikan sebagai adult love film. Adohai…
Harap tahun mendatang, filem bertema “dunia” yang patut menang, yang boleh ditonton oleh semua lapisan umur macam Hidden Figures, (kisah wanita kulit hitam bantu angkasawan kulit putih ke angkasa) atau filem Lion, (kisah budak sesat waktu kecil di india mencari ibunya guna teknologi terkini setelah beliau dewasa) dan lain-lain yang lebih mesra dunia, bukan filem dengan agenda LGBT yang bukan bukan.
Apa apapun, ini hanyalah pendapat peribadi aku yang bukan mahir dalam dunia filem pun.
Sekian.
film perang terbaik 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最佳解答
10 filem perang terbaik sepanjang zaman.
Menonton filem perang yang sampai adalah seperti kita pejamkan mata dan pergi rak buku kisah sejarah dunia bab perang, ambik mana-mana buku, buka mana-mana muka surat dan baca dua helai, maka kita akan dapati masalah hidup kita sangat simple berbanding dengan mana mana manusia yang hidup zaman perang.
Nasihat ini disampaikan oleh Dale Carnegie dalam bukunya How to stop Worry.
Jadi filem perang yang ‘sampai’ akan buatkan kita sangat bersyukur keran tinggal di zaman Malaysia yang aman dan betapa perang itu tak untungkan sesiapa, kerana yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu.
Benda boleh bincang, buat apa nak perang?
Woha!
Okey, di sini saya kongsikan 10 filem perang yang best dalam senarai yang saya pernah tonton, saya akan bagi synopsis sikit dan jika koranh handal, cuba teka tajuk filem perang terbaik ini, dan nanti hujung artikel saya bagi jawapan:
1. Ada satu filem ni, bermula dari hero lepak bawah pokok, dan tiba tiba dapat tugas khas, apa yang bagusnya filem ini adalah kerana kameranya hanya follow pada watak utama, kita tak perlu tahu strategi musuh, kita tak perlu kenal musuh, yang kita perlu tahu, hero ni nak selesaikan misi yang sangat mustahil sebab hidup bersama lintasan peluru yang tak henti henti. Maka berdoalah semoga hero Berjaya, dan semoga dunia tidak akan hadapi perperengan dunia ketiga, buat selama lamanya. Feel sampai sebab single one shooting. Tajuk filem nanti saya bagi kat bawah
2. Ok, filem kedua: Kisahnya Bila perang, orang perempuan selalu jadi tawanan dan kena rogol, dalam filem ini hero tak nak rogol walaupun dipaksa oleh kawan-kawan, maka bermulalah masalah seoramg askar yang cuba mengikut etika sedangkan kawan-kawan lain dah rosak akhlak! Teka jika handal., ha ha.
3. Filem ketiga, Bila perang, selain wanita, kanak kanak ramai yang menjadi mangsa, maka apa kata kita follow nasib yang menimpa kanak-kanak jepun yang yatim piatu dan tinggal dua beradik sahaja, dan bagaimana susahnya seorang abang nak jaga adik perempuan di zaman perang, walaupun filem animasi, tapi feelnya sampai, boleh bercucuran air mata.
4. Satu keluarga telah mati selamatkan negara, dan bila Negara tahu, ada seorang lagi masih hidup di medan perang, maka satu pasukan khas perlu dihatar untuk selamatkan lelaki terakhir dalam keluarga itu. Berjayakan mereka? Kena tengok, Sampai bro!
5. Kisah orang kaya jerman yang membantu pelarian yahudi dengan wang dah pengaruhnya, di zaman itu, orang OKU, tua, gay dan tidak sihat akan dibunuh. Berjayakah orang kaya itu? Kena tengok.
6. Bukan semua askar jerman setuju dengan Hitler, lalu ada gerakan untuk membunuh Hitler, berjayakah mereka? Ending filem ini buat saya solat hajat bersyukur kerana tidak hidup dizaman itu. Hint: Lakonan Tom Cruise.
7. Dah bosan dengan watak baik dan jahat dalam perang? Ada tak watak yang tak sebelahi mana mana pihak tapi ada di medan perang? Kena tengok filem ini, kisah Doktor askar yang baik hati:
8. Balai polis kena kepong, anak bini pun ada kat balai polis tu, lepas tu balai polis tu kena bakar, “Mak dan ayah dah mati.. sob sob sob.” Filem melayu.
9. “Demi kuda perang yang berlari kencang”. Sungguh Tuhan juga memuji kuda yang berani dalam Al quran, maka ada tak filem focus pada kuda yang berani? Inilah filemnya, sangat menarik dan lain dari yang lain,
10. Hitler dijadualkan akan pergi tonton wayang kisah askar jerman yang hebat membuh Yahudi, maka satu kumpulan khas merancang untuk letopkan pangung wayang itu, berjayakan mereka? Dah tiga kali repeat tengok filem ini, sangat best! Brad Pitt berlakon sebagai watak penting.
11. Seorang anak yatim bernama Hassan masuk askar dan menjadi Sarjan, alamak, Alamak dah lebih 10, banyak lagi best yang korang boleh tambah, tapi bagi saya waktu PKP ni, tonton filem sebegini buatkan kita sangat bersyukur hidup di negara yang aman.
Nikmat mana lagi yang kita dustakan.
Ps: di satu sudut dunia, manusia tak boleh beribadat kerana sibuk berperang atau sibuk menjadi mangsa perang, kita di Malaysia yang boleh tonton filem perang, janganlah lupa ibadat kepafda Tuhan.
Woha!
Jawapan untuk 10 filem tersebut, klik di sini: https://youtu.be/bWsj2RkuSTI
#hamkafilm