Salam Subuh korang... sahur aper tadi? Kitorang sahur nasi panas dengan serunding daging 😋 sedappp....
Dagingnya memang fresh dibuat setiap minggu, memang mewah dengan daging korang leh tengok perbezaan gambar A & B tu..
haaa yang A tu lah Serunding Warisan Kg Laut🤗😋 banyak dagingnya kan, memang puas hati... saper kat sini pernah cuba??
"Serunding Warisan Kg Laut"
Pek Percubaan + Free Postage
500gram Daging = Rm48
500gram Ayam = Rm53
500gram Ikan = Rm45
Boleh dapatkan di sini :
Shopee : http://shopee.com.my/hafizhkhan90
(Free Postage + Voucher Rm8)
Atau Whatsapp : https://wa.me/601137622740
Korang yang nak boleh order sekarang sebab penghantaran terakhir untuk menerima serunding sebelum Hari Raya Aidilfitri adalah pada 10 Mei 2021. Penghantaran seterusnya akan menerima serunding bermula Raya ketiga.
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「gambar salam subuh」的推薦目錄:
- 關於gambar salam subuh 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於gambar salam subuh 在 Hazalif hazani Facebook 的最佳貼文
- 關於gambar salam subuh 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
- 關於gambar salam subuh 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳貼文
- 關於gambar salam subuh 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
- 關於gambar salam subuh 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於gambar salam subuh 在 Assalamualaikum Salam Tahajjud Dan Salam Subuh 的評價
- 關於gambar salam subuh 在 Gambar Accessories & Spareparts Motor - Facebook 的評價
- 關於gambar salam subuh 在 Gambar Accessories & Spareparts Motor - Facebook 的評價
- 關於gambar salam subuh 在 Salam Subuh - YouTube 的評價
gambar salam subuh 在 Hazalif hazani Facebook 的最佳貼文
Salam Subuh. Gambar Moment terakhir hidup berdua. Pukul 10Am kejap lagi hidup bertiga dah.
.
Aisyah: Abang, aisyah tak puas lagi hidup berdua. Aisyah nak spend masa dengan abang lagi. Nanti dah ada baby, mesti abang spend masa dengan baby lagi banyak😭
.
Nanti alif sambung apa alif jawab. Korang doakan untuk @aisyahhijanah ya. Sekarang dia happy lagi. Nanti time yek yek yek tu. tak tahu lah macam mana. InsyaAllah moga dimudahkan.
.
#alifteega #aisyahhijanah #lovestory #marriedlife #husbandandwife #muhasabah
gambar salam subuh 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
Kisah ini benar2 menyentuh hati para pembaca. Pasti ramai yg tertanya2 adakah ianya kisah benar... Ya... Ianya adalah kisah benar.
.
.
Andai dipulangkan kembali...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini saya terpanggil untuk menceritakan sebuah kisah yang amat menyentuh jiwa saya. Saya fikir ianya hanya terjadi di dalam drama tv sahaja rupa - rupanya ia berlaku di depan mata saya sendiri keatas teman baik saya.
Awal Febuari 2018... Salah seorang teman baik saya telah di jemput ilahi kerana kanser rahim tahap empat. Alhamdulillah arwah menderita tidak lama. Tiga bulan terlantar sakit sebelum subuh arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir dan meninggalkan seorang putera yang masih kecil bersama 2 orang puteri yang masih bersekolah dengan si suami.
Sebulan selepas pemergiannya, si suami telah datang kerumah saya bersama sekotak pakaian arwah. Sebelum arwah pergi dia sempat berpesan kepada si suami supaya sedekahkan segala pakaian miliknya yang masih elok kepada sesiapa yang memerlukan. Si suami tidak tahu kemana arah untuk di salurkan pakaian milik si isteri mungkin masih baru dan tidak dapat berfikir dengan jelas maka di amanahkan kepada saya.
Sewaktu saya membuka kotak itu untuk memilih pakaian yang sesuai untuk di sedekahkan seperti yang di amanahkan, tiba - tiba si suami bersuara.
"Itu jer yg arwah ada..."
Saya merenung si suami kerana cuba untuk fahami apa maksud kata kata si suami tu tadi.
"Semalam saya membuka almari arwah dan hanya ini sahaja yang arwah ada... 15 tahun saya bersama arwah, lansung saya tidak pernah ambil tahu setiap kehendak arwah isteri. Saya abaikan arwah sehinggakan arwah sakit pun saya tidak tahu."
Ada kekesalan di situ. Namun saya masih tidak dapat mentafsir apa yang tersirat di sebalik keluhan si suami. Suami saya meletakkan handfon di meja mula berminat dengan cerita suami arwah kawan saya ini.
"Setiap kali arwah mengeluh sakit, kurang sihat, tidak bermaya dan mengajak saya pergi ke hospital saya hanya menganggap ianya pekara remeh. Saya mengejek - ejek arwah dengan mengatakan dia dah tua. Saya merendah - rendahkan arwah yang dia kurang bersenam dan hanya tahu makan jer sedangkan saya aktif bersukan dan tak salah kiranya saya mengajak dia bersukan bersama sepertimana saya menggalakkan kawan kawan saya bersukan. Saya juga selalu bersangka buruk bila arwah sakit ianya semata mata alasan untuk makan luar kerana malas masak. Lalu bangun jugak dia untuk masak dan mengemas kerana tidak sanggup dengar saya membebel dan kadang - kala sampai naik tangan saya ke kepala dia. Kejamnya saya... Saya berniaga sendiri punyai banyak masa terluang namun saya terlalu berkira untuk membawa arwah ke hospital kerana saya takut akan membuang masa menunggu segala urusan pemeriksaan kesihatan. Kejamnya saya pada arwah. Saya fikir bila dia sudah jadi isteri saya,saya tidak perlu lagi untuk mengambil hati dia seperti masa bercinta dulu. Namun saya lupa dia hanyalah pinjaman sementara bila - bila masa sahaja akan di ambil semula olehNya."
"Benda yang lepas jangan di kenang, nanti kau sengsara dia dah pergi, redha kan... Kesian anak - anak kau."
Suami saya bersuara.
"Bila saya pandang anak - anak makin bertambah kekesalan saya bang. Masa arwah ada boleh saya kira berapa kali saya bawa dia dan anak anak berjalan - jalan. Sedangkan saya pantang diajak kawan - kawan, ke langit biru saya boleh terbang. Bila saya buka 'handfon' arwah, boleh kira berapa sangat gambar yang di ambil bersama saya. Semuanya gambar dia dengan anak anak. Sedangkan gambar saya bersama kawan kawan penuh dalam telefon saya. Gambar dia bersama saya lansung tiada. Bila pandang anak yang kecil yang masih menyusu tu bang... Sayu jiwa saya... Siapa antara kawan kawan saya yang telah saya banyak habiskan masa bersama boleh membuatkan anak saya tu susu pada malam malam hari. Siapa yang boleh tolong uruskan anak anak saya ke sekolah seperti arwah uruskan. Siapa yang boleh temankan si kecil saya bermain sehingga jam 3 ke 4 pagi kalau dia tidak mahu tidur. Pagi ni anak saya yang pertama meminta RM 50 untuk membeli barang barang kajian sekolah. Wajib beli kerana jika tidak buat kajian tu, markah untuk peperiksaan mata pelajaran tu akan di tolak. Selama ini saya bising - bising duit belanja rumah sering tidak cukup, saya kata arwah ni boros belanja macam air dan tidak tahu berjimat. Baru saya tahu kemana arah duit itu di salurkan. Hari ini genap sebulan arwah pergi dan saya kira - kira hampir RM 500 ke RM 700 belanja sekolah anak - anak dan makan sahaja. Bila tiap kali arwah minta beli pakaian baru atau barang make up. Saya melarangnya kerana saya rasa macam membazir. Bila dia meminta lagi saya akan mula mengungkit pemberian belanja yg saya bagi. Baru lah saya tahu ianya tidak mengcukupi. Baiknya arwah kerana dia patuh. Saya sering tegur arwah kerana selekeh jer lansung tidak bergaya seperti isteri kawan - kawan saya tetapi saya lupa yang saya tidak pernah bertanya padanya tentang berlanja yang saya bagi selama ini cukup atau tidak untuk membeli pakaian dan alat - alat solek. Saya gagal menjadi suami yang baik."
Saya diam tidak dapat berkata - kata lagi. Marah sedih dan sebagainya berlegar - legar dalam fikiran saya. Setahu saya arwah ni masa zaman bujang - bujang dulu memang cantik, bergaya dan pandai menghiaskan diri. Patut lah semenjak dia berkahwin hilang semuanya dan bila saya mengusik dia hanya menjawab...
"Malas lah nak makeup - makeup ni... takda masa, dengan anak - anak lagi, alaaa yang penting suami sayang..."
"Semalam saya buka almari arwah, hanya ada beberapa helai sahaja pakaian yg baru itu pun seingat saya dibeli masa nak raya tahun lepas. Lain - lain semua dah lusuh. Ada beberapa batang lipstic yang dah patah. Dahulu masa sebelum kawin saya pernah terlihat di dalam beg kecil arwah ada pelbagai jenis lipstik, pelbagai jenis bedak muka dan macam - macam lagi makeup yang arwah ada. Tetapi bila dah jadi isteri saya, semuanya habis tidak berganti. 15 tahun bersama sepatutnya bukan makin berkurang tetapi makin bertambah. Masa kali pertama arwah menjejak kaki ke rumah saya, arwah bawa 3 beg besar pakaian semuanya cantik - cantik dan hari ini hanya sekotak sahaja yang arwah ada. Sedangkan keperluan anak anak dan saya sangat mengcukupi."
Si suami mula menangis.
"Arwah nak bekerja, saya marah... Saya tanya arwah tidak cukup ke apa yang saya bagi dan saya kata saya mampu tanggung dia lagi... Saya ego... Arwah pula demi menjaga ego saya daripada tercalar arwah mengambil keputusan untuk diam sahaja. Dia amanah saya sepatutnya dia dijaga, dibelai, dimanja tetapi saya abaikan kerana saya fikir sekarang bukan masa untuk semua itu. Tiap kali arwah mengeluh sakit - sakit badan saya suruh dia tidur... Makan ubat. Saya suruh anak - anak yang picitkan... Tetapi saya lupa itu adalah kewajipan saya. Saya lupa dia hanya pinjaman sementara. Sekarang dia dah tiada. Saya rindu dengan dia. Rindu sangat sangat. Andainya dipulangkan dia kembali saya nak habiskan masa saya bersama dia seperti masa saya bercinta dulu. Saya nak kotakan janji saya pada dia bahawa dia akan menjadi wanita paling bahagia bila menjadi isteri saya. Saya tahu bukan harta dan kekayaan yang arwah inginkan tetapi perhatian dan kasih sayang saya. Saya kesal kerana selama ini arwah menjadi tempat saya melepaskan penat dan amarah saya. Saya kesal kerana selama ini menjadi suami yang terlalu berkira dengan isteri sedangkan isteri adalah punca rezeki suami. Masa saya tahu arwah sakit, masa tu dah terlambat. Pagi tu dia mengadu perut dia sakit sangat. Saya marahkan dia kerana tidak menjaga makan. Tetapi bila saya lihat dia tidak bermaya dan bila saya periksa nadi dia semakin menurun, saya terus bawa dia ke hospital... Masa dalam kereta mulut saya tak henti - henti menyumpah dia... Kata dia menyusahkan saya... Nak diet sampai tak makan... Ambil supliment yang bukan - bukan sampai sakit macamni. Masa tu saya sangat marah pada arwah sampai saya terlepas kata asyik sakit jer tapi tak mampus - mampus jugak. Bila nurse bagitahu dia kena tahan ward saya lagi berangin dan menunjal - nunjal kepala dia sambil membebel benda yang sama, saya marah sangat sebab saya terpaksa batalkan aktiviti badminton saya pada petang itu kerana terpaksa menjaga anak - anak di rumah. Tiga hari arwah warded. Jarang sekali saya menjenguk dia. Hanya waktu melawat tengahari sahaja bawa anak - anak datang melepas rindu. Baru saya tahu susahnya bangun malam buatkan susu, mandi dan tidur kan anak, sediakan anak anak ke sekolah. Bila doctor mengesahkan isteri saya mengidap kanser rahim tahap 4... Saya terduduk kaku menahan tangis kerana semuanya dah terlambat sebab ianya telah merebak sepenuhnya."
Si suami berhenti seketika untuk menyapu air mata yang mula membasahi pipi. Secawan teh yang di hidangkan lansung tidak berusik. Suami saya merenung tajam kearah muka suami arwah kawan saya. Mungkin menanti apa lagi cerita yang bakal akan keluar dari mulut suami kawan saya.
"Sewaktu dia sakit, saya cuba menjadi suami yang baik. Ajak dia pergi jalan - jalan. Tetapi dia menolak. Dia tidak mahu susah susahkan saya menolak kerusi roda. Saya ajak dia makan makanan kegemaran dia. Dia makan namun tidak mampu untuk menelan dengan riangnya. Saya ajak bergurau bermesra seperti dulu - dulu dia lesu x bermaya... Runtun hati saya melihat wanita yang saya sayang, saya cintai menderita. Tiap kali dia sakit, saya ajak pergi hospital dia menolak, dia kata dia dah tahu dia sakit apa, tak perlu buang masa dan duit lagi. Saya ajak dia pergi berubat kampung jika tidak mahu ke hospital. Dia menolak kerana itu akan menangguh masa untuk dia meninggal... Allahu Akbar rupanya arwah terasa dengan kata - kata saya. Saya melutut depan dia, mohon maaf, mohon ampun dan dia kata dah lama memaafkan kesilapan saya namun itu tidak mampu membasuh dosa saya pada arwah... Saya mula memeluk dia sewaktu tidur, saya tahu saya akan kehilangan dia dan waktu itu makin hampir. Sumpah demi tuhan saya sayangkan arwah cuma saya lupa dia hanya pinjaman lalu saya abaikan dia. Saya tidak hargai kehadiran dia dalam hidup saya. Sekarang satu - satunya wanita yang amat saya kasihi dah tiada. Dia dah tinggalkam saya bersama jutaan kenangan dan kisah suka duka kami sepanjang percintaan di bangku sekolah hingga ke jinjang pelamin..."
Saya merenung muka suami kawan saya itu, terpancar kekesalan di situ. Dia menceritakan pada saya bukan lah untuk membuka pekung didada, tetapi dia tahu saya menulis blog dan ingin saya kongsi bersama kisah dia dan isteri 'pinjaman' sementaranya supaya menjadi satu tauladan kepada para suami di luar sana. Sesungguhnya apa yang kita ada bukan milik kita. Semuanya hanya pinjaman.. Hargai lah...
Kredit Penulis :
#CikPuanAmmyTulis
#gambarsekadarhiasan
.
.
.
Nak viralkan bisnes anda? Sekarang dibuka iklan pakej terendah hanya RM30. Iklan boleh pilih tarikh dan masa sendiri. Whatsapps admin : http://bit.ly/2FFyZuG
gambar salam subuh 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳貼文
gambar salam subuh 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
gambar salam subuh 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
gambar salam subuh 在 Gambar Accessories & Spareparts Motor - Facebook 的推薦與評價
Assalamu'alaikum & Salam Subuh Aamiin Ya Rabbal'alamiin. ... Gambar Accessories & Spareparts Motor, profile picture. Join. ... <看更多>
gambar salam subuh 在 Gambar Accessories & Spareparts Motor - Facebook 的推薦與評價
Assalamu'alaikum & Salam Subuh Aamiin Ya Rabbal'alamiin. ... Gambar Accessories & Spareparts Motor, profile picture. Join. ... <看更多>
gambar salam subuh 在 Assalamualaikum Salam Tahajjud Dan Salam Subuh 的推薦與評價
Salam Tahajjud Salam Subuh dan Selamat Pagi Semua. Pin By Jaliah Kadir On Salam Assalamualaikum Image Good Morning Gif Morning Quotes Wahai Allah ... ... <看更多>