Makan dengan nasi panas memang layan 😋
RESEPI KENTANG IKAN BILIS CILI BEREMPAH
BAHAN-BAHAN
Ikan bilis 1 cawan ( dibasuh dan digoreng)
Ubi kentang 5 biji ( hiris nipis )
Cili merah 1 ( dibelah )
Cili hijau 1 ( dibelah )
Bawang besar 1 ( dihiris )
Bawang putih 3 ulas(dihiris)
Daun kari 2 tangkai
Serbuk kari 1 sudu besar
Cili kisar 5 sudu besar
Kicap Manis 3 sudu besar
Serbuk perasa
Gula
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak , masukkan ubi kentang goreng sehingga keperangan Dan sedikit garing . ( Angkat dan ketepikan )
2. Kemudian masukkan ikan bilis dan gorengkan sehingga ianya masak rangup . ( Angkat dan ketepikan )
3. Gunakan minyak yang sama , tumis bawang putih , daun kari dan bawang besar sehingga naik bau .
4. Perlahankan API , masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak .
5. Kemudian masukkan serbuk kari . Gaulkan sehingga sekata .
6. Masukkan kicap , serbuk perasa dan Gaulkan sebati
7. Masukkan cili hijau , cili merah ,ubi kentang dan ikan bilis yg telah digoreng tadi , Gaulkan kesemuanya sehingga rata dan masak seketika .
8. Siap untuk dihidang .
SELAMAT BERBUKA PUASA😊
Kredit Nurul Ateekah
同時也有59部Youtube影片,追蹤數超過3,800的網紅Dapur Chef Zam,也在其Youtube影片中提到,Nasi Dagang Terengganu 3 cawan beras basmati 3/4 cawan beras pulut 2 cawan santan cair/air 1 1/2 cawan santan pekat yang ditambah garam dan gula 2 h...
「gaulkan」的推薦目錄:
- 關於gaulkan 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
- 關於gaulkan 在 Facebook 的最佳解答
- 關於gaulkan 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
- 關於gaulkan 在 Dapur Chef Zam Youtube 的最佳貼文
- 關於gaulkan 在 Rasaflix Youtube 的精選貼文
- 關於gaulkan 在 DESTINASI TV Youtube 的最讚貼文
- 關於gaulkan 在 Kurok Gaulkan | Facebook 的評價
- 關於gaulkan 在 BISKUT HAZELNUT BALLS Bahan 200 gm butter ... - Pinterest 的評價
- 關於gaulkan 在 Horizontal mixer untuk gaulkan bahan bahan makanan dan ... 的評價
gaulkan 在 Facebook 的最佳解答
Nak ke Kota Kinabalu merasa Ayam Bakar Madu, tak kesampaian lagi. Haa..apa kata kita cuba sendiri resepi ini di rumah, haa boleh bah kalau kau!
🛒 Kau hanya perlukan 🛒
5 Ulas Bawang Putih
2 Inci Halia
Ayam (Bahagian Kepak)
2 Sudu Sos Tiram Rasaku
2 Sudu Kicap Lemak Manis Rasaku
2 Sudu Sos Cili
3 Sudu Madu
2 Sudu Serbuk Cili / Serbuk Paprika
5 Sudu Gula
1/2 Sudu Garam
1 Sudu Lada Hitam
3 Batang Serai
1 Sudu Pewarna Merah
1 Sudu kecil Tepung Jagung
2 Sudu Kicap Manis Rasaku
🌄 Cara Membuat Ayam Bakar Madu Sabah 🌄
1️⃣ Tumbukkan Bawang Putih & Halia sehingga lumat
2️⃣ Cucuk-cucuk sedikit ke Ayam untuk pastikan perapan masuk dalam isi Ayam.
3️⃣ Letakkan bahan-bahan yang ditumbuk serta Sos Tiram & Kicap Lemak Manis Rasaku, Sos Cili, Madu dan Serbuk Cili
4️⃣ Jangan lupa letakkan Gula & Garam dan juga Lada Hitam
5️⃣ Tumbukkan Batang Serai dan gaulkan sekali kesemua bahan di dalam mangkuk. Jangan lupa letak Pewarna okay!
6️⃣ Akhir sekali, bakarkan Ayam yang diperap sehingga betul-betul dimasak.
Mudah begitu sahaja bah! Dapat nikmati Ayam Bakar sambil dicicah sos pedas lagi mantap! Apa lagi, cubalah sekarang!
Nak beli produk Rasaku boleh lah pergi ke link ini 👉🏻 https://shopee.com.my/rasakumarketingproducts
gaulkan 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
Asalammualaikum Admin dan semua sahabat MAHN🥰 posting saya sebelum ni ramai Yang Minta saya share resepi kulit Popia Basah.. Alhamdullilah harini saya ada kelapangan masa untuk kongsikan resepi ini.
Resepi kulit Popia Basah❤️
Bahan:
Tepung gandum 1kg
Putih telor 1 biji
Minyak masak 2 sudu makan
Garam 1 sudu makan
Air secukupny
Cara:
Masukan semua bahan2 ke dalam satu bekas yg sesuai utk mengadun.gaul semua sebati kemudian masukan air sedikit demi sedikit Gaulkan sehingga mendapat aduna seperti membuat jemput2 tepung.bila sudah siap peramkan selama satu jam sebelum di lempeng.
Tips2 melempeng
-gunakan kuali Yang laper tau, kuali biasa tak sesuai.
-pastikan kuali betul2 panas sebelum melengser tepung dengan tangan.
-pastikan juga tangan sudah mengaut adunan tepung dan betul2 berada di hujung jari.AWAS!! jangan sampai melecur!!..
-sapu secara membulat.
-balikan kulit bila bahagian tepi kulit sudah mula tertanggal dari kuali..
-boleh di angkat bila kulit masak serata.
SAMBAL
Bawang putih Tumis sehingga Naik bau masukan cili Kering yg dikisar..masak sehingga cili betul2 masak.kemudian masuk gula,garam dan penambah perasa.. sukatan ikut citarasa masing2.
Bahan sayur utk inti
-sengkuang
-lobak merah
-kacang tanah yg yelah dikisar
-bawang goreng utk tabur
Selamat mencuba..❤️
gaulkan 在 Dapur Chef Zam Youtube 的最佳貼文
Nasi Dagang Terengganu
3 cawan beras basmati
3/4 cawan beras pulut
2 cawan santan cair/air
1 1/2 cawan santan pekat yang ditambah garam dan gula
2 helai daun pandan disimpul
6 ulas bawang merah )
1 inci halia. ) dimayang
1 1/2 sudu kecil halba
*beras basmathi dan beras pulut dicampur, dicuci & direndam 2-3 jam
*kukus beras serta daun pandan selama 8 minit
*keluarkan nasi tadi dari pengukus setelah 30minit letak dlm besen. Masukkan santan cair ..kacau perlahan2 dan biarkan santan meresap dlm nasi tadi. Kukus semula hingga masak.
*Masukkan nasi dalam besen , gaulkan santan pekat, taburkan campuran bawang merah, halia & halba. Gaul hingga sebati.
Kuah Gulai Ikan Tongkol
2 kg ikan tongkol di potong mengikut saiz kesukaan
3/4 keping asam gelugur
Sedikit gula Melaka
garam
air secukupnya
Renihkan semuanya selama 1-2 jam atas api perlahan
Gulai:
2 biji bawang besar sederhana saiznya*
3 ulas bawang putih*
cili kisar (ikut kepedasan)
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang
1 sudu kecik kerisek
sedikit belacan*
santan pekat
1/2 cawan minyak masak
gula melaka dan garam
air rebusan ikan tadi
panaskan minyak, masukkan lada kisar biar ia naik bau dan pecah minyak...kisar bahan bertanda * hingga halus dan tumiskan dlm periuk tadi dgn api perlahan dan masukkan rempah gulai hingga garing & pecah minyak. Masukkan air rebusan ikan tadi, santan pekat & renihkan hingga sedikit pekat. Masukkan ikan tonkol rebus & sesuaikan rasanya dengan garam & gula Melaka. Hidangkan bersama telur rebus & jelatah.
*tips..kuah gulai ni kalau buat malam ni makan pagi esok kuah gulai tu akan bertukar sikit warna dia kegelapan...
gaulkan 在 Rasaflix Youtube 的精選貼文
Comel betul Biskut German Butter Pelangi ni. Warna-warni macam ni kalau hidang waktu raya memang laku teroks ni. Memang feveret budak-budak la!
Resepi Biskut German Butter Pelangi, Paling Mudah Dengan Hanya Lima Bahan
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Resepi Biskut German Butter Pelangi
Bahan-bahan
250 gm mentega (suhu bilik)
2 cwn tepung gandum
1 1/2 cwn tepung kentang
3/4 cwn gula aising
Pewarna makanan (kuning, ungu, hijau, biru, merah)
Cara memasak
1. Menggunakan mixer, pukul mentega bersama gula aising sehingga kembang dan bertukar warna kuning pucat.
2. Masukkan tepung gandum dan tepung kentang. Gaulkan rata.
3. Kemudian, keluarkan dan uli doh sehingga sebati. Bahagikan doh sama rata kepada lima bahagian.
4. Tambahkan pewarna merah secukupnya ke dalam bahagian doh yang pertama. Uli sehingga warna doh menjadi sekata.
5. Ulang proses yang sama untuk bahagian doh seterusnya dengan menggunakan pewarna kuning, ungu, hijau dan biru.
6. Setelah itu, bentukkan setiap doh menjadi bulatan kecil dan susun di atas dulang pembakar.
7. Tekan bahagian atas doh dengan menggunakan garfu untuk menghasilkan corak.
8. Bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit.
9. Siap dibakar, biarkan biskut sejuk seketika di atas cooling rack sebelum disimpan ke dalam bekas.
10. Biskut German Butter Pelangi siap untuk dihidangkan.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
German Butter Cookies For Raya, Effortless Recipe With Only 5 Ingredients
This German Butter Rainbow Biscuit looks so cute! The various colors of biscuits will makes this biscuits run out fast. Indeed favorite by kids!
German Butter Cookies Recipe
Ingredients
250 gm butter (room temperature)
2 cups wheat flour
1 1/2 cups of potato flour
3/4 cup of icing sugar
food coloring (yellow, purple, green, blue, red)
Cooking methods
1. Using a mixer, beat butter and icing sugar until fluffy and turns pale in color.
2. Add in wheat flour and potato flour. Mix together until forming a dough.
3. Then, transfer the dough and knead until nicely combined. Divide the dough into five parts.
4. Add a sufficient amount of red food coloring into the first part of the dough. Keep kneading until the color of the dough is even.
5. Repeat the same process with the rest of the dough using yellow, purple, green and blue food coloring.
6. After that, shape the dough into small circles and arrange them on the baking tray.
7. Press on top of the dough using a fork to form a pattern.
8. Bake at 160°C for 15-20 minutes.
9. Once done, let the cookies rest on the cooling rack before transferring them into containers.
10. German Butter Cookies ready to be served.
Nak resepi lagi?
Sertai Rasaflix di https://rasaflix.net
#kisahdunia #rasaflix #homemade #kuihraya #biskutgerman #biskut #sedap #manis #rangup #resepi #recipe #TikTokChef #TikTokGuru #SeleraRamadan #mr_lovva #kdboom #nntaca #aquamarine #fightingrose
gaulkan 在 DESTINASI TV Youtube 的最讚貼文
"Pulau Tak Boleh Pergi, Kita Bawak Dia Mari!" Fendi mencipta resepi Char Kuey Tiow gaya Pulau Pinang menggunakan bahan dari Sambaleena, iaitu Sambal Ketuk. Jom Saksikan.
2 Biji Kombo Kasih Sayang Destinasi TV dan Sambaleena » https://sambaleena.com/product/destin...
Dalam episod kali ini, Fendi akan menggunakan Sambal Ketuk pedas Level 5. Resepi paling senang dan hanya guna 8 bahan sahaja. Jom dapatkan set kombo bumbu Sambaleena dan cuba untuk masak sendiri menu ini. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk tag @DESTINASI TV di Facebook atau Instagram.
Bahan Bahan Yang Diperlukan:
1 Pinggan Kuey Tiow (di basuh)
Udang Segar 3 Ekor
Sambal Ketuk 1 Sudu
Daun Kucai 4 Tangkai
Taugeh Mentah 1 Mangkuk
Sos Cili 1 Sudu
Kicap Manis 2 Sudu
Cara Penyediaan:
Mulakan dengan penyediaan bahan bahan. Seperti memotong daun kucai mengikut saiz yang di cadang. Basuh semua bahan bahan seperti sayur, kuey tiow & telur.
Mulakan dengan memanas minyak, dan goreng udang sehingga separuh masak. Lebih kurang selama seminit. Selesai menggoreng udang, pecahkan telur dan kacau sehingga hancur.
Seterusnya, letak satu sudu Sambal Ketuk Sambaleena dan campurkan ke dalam telur tadi dan gaul hingga sebati.
Setelah sebati, campur kan kuey tiow ke dalam kuali dan gaul hingga sebati. Pastikan jumlah sambal dan kuey tiow seimbang. Selepas itu, letakkan kicap manis dan sos cili. Gaul hingga sebati.
langkah seterusnya, campur kan taugeh dan daun kuchai dan gaulkan semuanya. Maka dengan itu, Char Kuey Tiow Sambaleena sudah selesai
sangat mudah bukan? Selamat mencuba!
#destinasitv #resepitok #resepimudah #charkueytiow #sambaleena #roadto500K
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
gaulkan 在 BISKUT HAZELNUT BALLS Bahan 200 gm butter ... - Pinterest 的推薦與評價
Gaulkan butter, shortening dan gula sehingga lembut. ... hazelnut kisar ] 260 gm tepung gandum ] gaulkan rata 100 gm tepung jagung ] hiasan paper cup coklat ... ... <看更多>
gaulkan 在 Horizontal mixer untuk gaulkan bahan bahan makanan dan ... 的推薦與評價
Detail tentang Pembekal Mesin Makanan Online[PEMBEKAL MESIN MAKANAN]Online Offline Showroom/Kedai di BERTAM, KEPALA BATAS ... ... <看更多>
gaulkan 在 Kurok Gaulkan | Facebook 的推薦與評價
Kurok Gaulkan is on Facebook. Join Facebook to connect with Kurok Gaulkan and others you may know. Facebook gives people the power to share and makes the... ... <看更多>