Jangan pernah malu bertanjak dibumi melayu.
Bak Kata orang tua-tua, dalam jiwa anak muda orang melayu ada semangat kersani yang sedang tidur namun bila semangat kersani ini diseru, maka jiwa anak melayu akan kembali bangkit, lalu timbul semangat untuk bersyukur kepada Tuhan atas nikmat menjadi melayu Islam, timbul semangat untuk berterima kasih kepada nenek moyang melayu, timbul semangat untuk mempertahankan warisan melayu, dan timbul semangat untuk bersilat dan bertanjak. JIka semangat ini di cabar akan menjadi kuasa amuk yang dahsyat.
Tapi bagi anak melayu yang membenci adat, menghina nenek moyang, merendah rendahkan bangsa sendiri, mengutuk mazhab, maka roh kersaninya tidak akan bangkit, terus lena dalam jajahan minda penjajah.
Maka saya menyeru roh kersani dalam jiwa anak sekalian anak melayu, bangkitlah, zahirkan kesyukuran kita kepada Tuhan kerana anugerahkan kita nenek moyang bernama melayu Islam.
Bijak sungguh Nenek moyang kita, yang kaya dengan adat, lalu datang Islam, terus Nenek moyang kita jadikan Islam dan adat bersatu. Dalam cara hidup kita ada budaya islam. Dalam Tanjak ada falsafah islam, dalam baju melayu ada falsafah islam, dalam pencak silat ada gerakan sebahyang, dalam luk keris ada rukun dan peraturan islam, dalam menjamah makanan ada adat dan adab Islam, panjang nak cerita berliku macam lekuk luk keris, maka pendek cerita,
Bangkitlah sekalian jiwa Kersani, biar meremang bulu roma, menerima semangat kehadiran kersani kedalam diri.
Bak kata sumpah semerah Padi!
Hei! kersani mengalir lah dikau
Menjadi raksa Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri Tegap dan segak
Bagaikan laksmana Melayu.
(lagu tu bang!)
Woha!
Ps: Semua tanjak dalam gambar tu saya lipat sendiri, Dari kiri Tanjak Dendam Tak sudah, Tanjak Mahkota alam, Tanjak Nakhoda Terong, Tanjak Ayam patah Kepak, dan Tanjak Mahkota Alam.
Jom bertanjak di Hari merdeka!
https://wa.me/60199117163?text=Salam%2C%20saya%20berminat%20nak%20beli%20tanjak
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
gerakan pencak silat 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳解答
“Abang Hamka, kenapa sekarang bertanjak? Kan lebih Sunnah berserban?”
Ok, Ada waktu saya berserban, banyak waktu saya berkopiah, ada juga free hair, dan bila tiba raya baru ni, saya bertanjak.
Kata orang tua-tua, dalam jiwa anak muda orang melayu ada semangat kersani yang sedang tidur namun bila semangat kersani ini diseru, maka jiwa anak melayu akan kembali bangkit, lalu timbul semangat untuk bersyukur kepada Tuhan atas nikmat menjadi melayu Islam, timbul semangat untuk berterima kasih kepada nenek moyang melayu, timbul semangat untuk mempertahankan warisan melayu, dan timbul semangat untuk bersilat dan bertanjak. JIka semangat ini di cabar akan menjadi kuasa amuk yang dahsyat.
Tapi bagi anak melayu yang membenci adat, menghina nenek moyang, merendah rendahkan bangsa sendiri, mengutuk mazhab, maka roh kersaninya tidak akan bangkit, terus lena dalam jajahan minda penjajah.
Maka saya menyeru roh kersani dalam jiwa anak sekalian anak melayu, bangkitlah, zahirkan kesyukuran kita kepada Tuhan kerana anugerahkan kita nenek moyang bernama melayu Islam.
Nenek moyang kita, yang kaya dengan adat, lalu datang Islam, terus Nenek moyang kita jadikan Islam dan adat bersatu. Dalam cara hidup kita ada budaya islam. Dalam Tanjak ada falsafah islam, dalam baju melayu ada falsafah islam, dalam pencak silat ada gerakan sebahyang, dalam luk keris ada rukun dan peraturan islam, dalam menjamah makanan ada adat dan adab Islam, panjang nak cerita berliku macam lekuk luk keris, maka pendek cerita,
Bangkitlah sekalian jiwa Kersani, biar meremang bulu roma, menerima semangat kehadiran kersani kedalam diri.
Bak kata sumpah semerah Padi!
Hei! kersani mengalir lah dikau
Menjadi raksa Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri Tegap dan segak
Bagaikan laksmana Melayu.
(lagu tu bang!)
Woha!
cc: Abdullah Jones