“Abang Mayat, jika semua benda dalam alam ini di cipta Tuhan, maka siapa cipta Tuhan?”
“Ok, mari kita guna logic sains, semua akibat pasti ada sebab-itu logic sains, betul?”
“Betul”
“Maka dari segi sains, kejadian seluruh alam ini adalah akibat dari satu sebab iaitu?”
“Letupan big bang”
“betul, tapi siapa cipta big bang?”
“Tuhan…, tapi siapa cipta Tuhan?”
“Mari kembali kepada logic sains, semua kejadian dalam alam ini berpunca dari satu sebab, betul?”
“Ya, iaitu Letupan Big Bang”
“Tidak, ke belakang lagi, Letupan big bang juga ada puncanya, jadi , Bigbang dan seluruh alam ini di cipta oleh satu sebab yang tidak mempunyai sebab, setuju?”
“satu sebab yang tidak mempunyai sebab?”
“Ya, kita ambik puncanya dari SATU SEBAB YANG TIDAK MEMPUNYAI SEBAB”
"errr, susah nak terima yang ini, bagaimana wujud satu Sebab yang tidak mempunyai sebab?"
“Okey, mari kita bincang ciri ciri Sebab yang tidak punyai Sebab”
"Okey"
"Pertama, Punca alam ini mestilah dari SATU SEBAB YANG TIDAK MEMPUNYAI SEBAB! saya nak tekankan perkataan SATU! setuju!"
"okey.., satu, sebab jika dua sebab ianya tidak logik, mestilah satu, okey, logik!"
“Dan punca SEBAB itu juga tidak terikat dengan ruang dan masa, kerana Ruang dan Masa juga di cipta oleh Sebab yang tidak Bersebat”
“okey, tinggi ni, Sebab tidak Bersebab itu tidak terikat dengan ruang dan masa, Okey, logik”
“Oleh kerana Sebab yang tidak Bersebat tidak terikat dengan ruang dan masa, maka Dia juga tidak wujud dalam bentuk mana mana fizikal seperti pepejal, cecair atau gas kerana semua itu di Cipta!"
"okey, lagi tinggi"
"Tinggi tapi logik sebab jika ianya berbentuk fizikal, maka ianya juga dicipta, so punca alam ini adalah dari sebab yang tidak bersebab, yang tidak terikat dengan ruang dan masa dan bukan dalam bentuk mana mana fizikal”
“Tinggi sangat perbincangan ini, susah nak faham”
“Tak susah, sebab dalam Al Quran dah cerita pada seribu empat ratus tahun yang lampau, dan manusia zaman tu boleh faham, kenapa tidak zaman ini?”
“Ayat mana tu?”
“Bila orang kafir bertanya tentang Asal usul Tuhan, maka Allah suruh Nabi jawab lebih kurang sama macam apa kita bincang tadi dari sudut sains, iaitu dalam surah Al Ikhlas, Allah bagi tahu, Allah itu Tuhan yang Satu, (Satu sebab) Tidak bermula dan Tidak berakhir, (Tidak mempunyai sebab) Dan Tiada satu pun yang sama dengannya (Tidak serupa dengan mana-mana fizikal)”
“Wow, ayat al ikhlas penuh dengan logic sains”
“(1)Satu, (2) Tidak berawal dan berakhir, (3) Tidak serupa dengan mana mana ciptaan-Nya-itulah tempat bagi Tuhan yang mencipta segala galanya”
“Wow”
“Kemudian jika masih ada yang nak nafikan Tuhan kerana tidak Nampak, tapi bolehkah kita nafikan kewujudan Nabi Muhammad?”
“Sebab?”
“Ikut logic sains, orang yang lahir tempat jahat, akan jadi jahat, orang yang tidak pandai membaca akan jadi bodoh, tapi Nabi Muhammad lahir di tempat ramai orang jahat namun dengan Bantuan Allah, Nabi Muhammad yang tidak pandai membaca, tapi dalam sejarah telah menjadi pemimpin dunia yang bijaksana, ketua perang terbaik, pakar motovasi, pakar bisnes, pakar perunding, pakar kehidupan, mampu menyatukan kaum yang bergaduh seratus tahun, mampu menawan negara demi negara, pengikut bertambah setiap hari sampai sekarang, kata katanya berhikmah, rupanya indah, akhlaknya mulia, sehingga seorang penulis barat nak menulis buku tentang manusia paling berpengaruh dengan guna hujah sains, Nabi Muhammad lah orang paling layak duduk tempat pertama sebagai manudia paling berpengaruh dalam dunia ini”
“Wow”
“Maka, manusia mungkin boleh nafikan Tuhan kerana tidak nampak, tapi bolehkah kita nafikan kewujudan Nabi Muhammad yang satu sahaja seumpanya dalam dunia ini, kitab Al quran yang di bawanya pula penuh dengan common sense, logic sains. siap cerita tentang Big bang walaupun pada zaman tak ada internet”
“Oh, hidup terlalu singkat untuk bergaduh sama ada Tuhan wujud atau tidak”
“Setuju, hidup terlalu singkat untuk bergaduh dengan Tuhan”
Woha!
Ps: Manusia sibuk bergaduh tentang siapa yang mulakan Big Bang? (letupan awal alam semesta) hingga terlupa dosa dan pahala, tapi manusia lupa Second Big Bang is coming, letupan akhir alam semesta yang akan memulakan Alam Akhirat lalu manusia di kehidupan itu semuanya ingat tentang lebihan dosa dan baki pahala masing masing. Sungguh hidup terlalu singkat untuk bergaduh dengan Tuhan.
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「hari lahir nabi muhammad」的推薦目錄:
hari lahir nabi muhammad 在 Facebook 的最佳解答
Salam encik Hamka
Saya pernah di tanya soalan yang membuatkan saya garu kepala beberapa jam, Mohon tuan Hamka kongsi pendapat.. Soalan dia macam ni..
Solat di Mekah, ganjaran tak sama dengan di sini.. Doa di sana lebih mustajab berbanding di lain-lain tempat..
Persoalannya ..kenapa?..
Adakah Allah tu tidak adil?,macam tu,untung la pada orang yang dah pergi sana,dan lebih beruntung penduduk sana..
Terima kasih tuan..
Harap sudi kongsi pendapat..
***********
(Jawapan dari abang mayat)
Salam. Memang betul terdapat hadis Nabi yang mengatakan, solat di Mekah mendapat ganjaran sebanyak Seratus ribu kali ganda, solat di Madinah mendapat seribu kali ganda, dan solat di masjidil Aqsa mendapat 500 kali ganda.
Wah wah wah, untungnya mereka mereka yang lahir di sekitar tanah Hijaz, nampak macam islam tidak adil kerana pahala yang berbeza berdasarkan geografi.
Tapi, ketahuilah korang, bahawa ada terdapat satu lagi tempat yang pahalanya jauh lebih besar dari tiga tempat di atas dan tidak terikat langsung dengan kedudukkan geografi.
Dengan pendedahan ini, Bukanlah saya nak galakkan korang semua supaya tidak pergi ke Mekah dan madinah, bodohlah siapa yang faham lagu tu, itu perkara wajib sekali seumur hidup, tapi saya nak bagitahu korang bahawa terdapat lagi ilmu yang perlu kita tahu tentang ganjaran pahala yang jauh lebih besar dari tiga factor geogarafi tadi.
Iaitu pahala berada di jalan Allah.
Jalan Allah tidak terikat pada mana mana geografi ugama, ia mungkin berada di sebelah rumah kita, di kampung sebelah, di Bandar atau di hujung kampung, pendek kata di mana sahaja tempat, asalkan di sana ada takazar(keperluan) agama yang perlu disegerakan, disitulah jalan Allah.
Untuk bagi mudah paham, Jalan Allah itu sendiri pula terbahagi kepada dua, satu jalan Allah umum, seperti pergi solat berjemaah (dapat 27 kali ganda), pergi menuntut ilmu (di doakan Rahmat oleh malaikat), atau pergi mencari rezeki yang halal (diberkati hidup), itu memang termasuk jalan Allah, tapi pahalanya terikat pada hadis Fadail yang biasa.
Tapi terdapat satu lagi jalan Allah yang khusus yang mana ganjaran pahalanya besar sekali!
Saya petik beberapa hadith:
Hadis riwayat Aisyah: Debu debu yang melekat pada anggota orang yang keluar di jalan Allah, akan di haramkan api neraka ke atasnya (HR Tabrani)
Sehari di jalan Allah, lebih baik dari seribu hari di jalan lain (HR Nasai)
Sepagi atau sepetang di jalan Allah, lebih baik dari dunia dan seluruh isinya (HR Anas)
Berdiri di jalan Allah, lebih baik dari bersolat di rumah selama 70 tahun.(HR Tarmizi)
Dari Abu hurairah, berdiri sejenak di jalan Allah adalah lebih baik dari beribadat di hadapan Hajar Aswad (mekah) di malam lailatul qadar. (HR Ibn Hibban)
Siapa yang menjaga harta dan keluarga orang keluar di jalan Allah, akan mendapat pahala yang sama (HR Baihaiki)
Setiap amalan di jalan Allah akan di ganjarkan sebanyak 700 ribu kali ganda bagi orang bujang dan di darab 4.9 juta kali ganda untuk orang yang sudah berkahwin.
Orang yang mengaji siang malam, tahajjud sepanjang malam, dan berpuasa setiap hari tidak akan dapat menandingi pahala orang yang tidur di jalan Allah.
Dan banyak lagi-tak payah tulis semua, korang rujuk sendiri.
Bermakna disini, ada pahala yang jauh lebih besar dalam islam melangkau faktor geografi, kerana itu ramai sahabat keluar berdakwah ke seluruh dunia sedangkan jika mereka mahu pahala banyak, cukup lepak di Mekkah, Madinah, tapi tak, kubur sahabat telah bertebaran seluruh alam, kerana sahabat faham tentang takazar (keperluan) agama dan faham bahawa pahala berada di jalan Allah sangat besar sekali.
Pernah ketika Abu hurairah menghantar satu jemaah jihad di sempadan madinah, selesai jemaah itu bertolak, kelihatan Abu Hurairah berdiri termenung sekitika di sempadan tanpa bergerak gerak.
Sahabat lain yang rasa pelik lantas bertanya: “buat apa tu?”
Jawab Abu hurairah, Nabi pernah bersabda: Berdiri seketika di jalan Allah, lebih baik dari dunia dan seluruh isi-isinya.
So, masalah faktor geografi dan keadilan Islam ini di anggap selesai, tak perlu habiskan semua wang untuk belanja ke mekah dan Madinah jika berniat setakat pahala lebih, simpan wang itu juga untuk keluar ke jalan Allah yang pahalanya jauh lebih besar.
Sebagai penutup: saya kongsi satu kisah yang mana pada suatu hari, Rasulullah SAW telah menghantar jemaah dakwah kepada pelbagai Raja, antara jemaah itu ada yang di hantar kepada Raja Busra yang mana salah seorang dari jemaah islam itu telah di bunuh oleh pegawai Qaisar, nama sahabat yang syahid ini adalah Haris bin Umar r.a.
Nabi SAW sangat sedih dan telah menghantar jemaah jihad seramai 3 ribu orang, Amir jemaah yang di lantik oleh Nabi adalah Zaid bin Harithah r.a.
Pesan Nabi lebih kurang maksud kepada jemaah tersebut sebelum bertolak:
Wahai Zaid bin Harithah, Jika kamu terkorban syahid, tempat kamu hendaklah di ganti oleh Jaafar bin abu Talib, jika Jaafar terkorban syahid, tempatnya hendaklah di gantikan dengan Abdullah bin Rawahah, dan jika Abdullah terkorban,
bermesyuaratlah antara kamu dan lantiklah salah seorang dari para jemaah sebagai ketua baru.
Seorang yahudi yang merupakan ahli kitab selepas mendengar kata kata Nabi, terus berkata, mereka semua pasti akan syahid, Nabi Nabi terdahulu, jika berpesan sebegini, maka pesanan itu membawa maksud yang sebenarnya.
Abdullah bin rawahah r.a yang faham bahawa beliau akan mati syahid telah buat satu keputusan, iaitu ketika jemaah jihad itu bertolak di pagi jummaat, beliau telah menangguhkan pemergiannya kerana ingin bersolat Jumaat buat kali terakhir di belakang Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi,
Korang just imagine betapa besarnya pahala bersolat jumaat di belakang Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi, dan ketika hampir jummat, Nabi telah terlihat beliau dan bertanya kenapa belum bertolak?, beliaupun menerangkan hajatnya iaitu mahu bersolat Jumaat buat kali terakhir di belakang Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi dan dengan kuda yang pantas, sehabis solat jummat, akan terus ke jalan Allah menyusur sahabat lain yang sudah bergerah selepas subuh tadi.
Tapi korang tahu apa jawab Nabi?
"wahai Abdullah bin rawahah, Jika kamu ada harta sebanyak dunia dan seisinya, lalu kamu sedekahkan, tidak dapat menandingi pahala sahabat kamu yang telah bertolak pagi tadi di jalan Allah"
Dalam riwayat yang lain, Nabi bersabda, kamu telah terlambat masuk ke syurga berbanding sahabatmu pagi tadi sejauh 500 tahun ketinggalan.
Jadi cuba korang bayangkan betapa adilnya Allah kerana pahala terbesar yang sebanar bukan terhad kepada factor geogarfi Mekah dan madinah sahaja, tapi pahala dan ganjaran terbesar adalah pahala orang yang keluar di jalan Allah.
Sehinggakan sepagi di jalan Allah adalah lebih besar ganjarannya dari bersolat jummaat di belakang Nabi Muhammad SAW di dalam Masjid Nabawi di zaman terbaik.
Ada riwayat mengatakan, Malaikat jibril memberitau bahawa beliau boleh menghintung titisan hujan dari zaman Nabi Adam, tapi beliau tidak dapat menghintung pahala orang yang keluar dijalan Allah.
Oleh kerana sahabat Nabi faham tentang perkara ini, maka tidak banyak kubur sahabat Nabi di mekah dan madinah, rekod mengatakan jumlah sehabat Nabi ketika Nabi memberi khutbah terakhir adalah berjumlah 124 ribu para sahabat, tapi jika korang menghitung jumlah kubur sahabat Nabi di sekitar tanah arab, jumlahnya hanya dalam 10 ribu sahaja, itupun termasuk jumlah mereka yang telah mati syahid ketika berperang di sekitar lembah hijaz,
Tapi baki 114 ribu lagi kubur sahabat telah bertebaran seluruh alam kerena mereka telah meninggal di hujung hujung dunia terkorban dalam misi mengembangkan ugama lalu syahid di jalan Allah.
So, menjawab soalan di atas, masalah faktor geografi dan keadilan Islam ini di anggap selesai, tak perlu habiskan semua wang untuk belanja ke mekah dan Madinah jika berniat setakat pahala lebih, simpan wang itu juga untuk keluar ke jalan Allah yang pahalanya jauh lebih besar.
Akhir kata, sungguh betapa adilnya Allah kerana pahala terbesar yang sebanar bukan terhad kepada factor geogarfi Mekah dan madinah sahaja, tapi pahala dan ganjaran terbesar adalah pahala orang yang keluar di jalan Allah.
Siapa sedia! Keluar ke Jalan Allah? Berdakwah pada jiran, berdakwah pada kawan tak solat, berdakwah pada member yang tak bersyukur dan berdakwah pada sahabat bukan islam?
Siapa sedia? Sila bagi nama pada AJK masjid anda yang pernah keluar tabligh.
Woha!
hari lahir nabi muhammad 在 Facebook 的最讚貼文
Apabila malaikat pun bertanya…
Alkisahnya…
Saya terima mesej dari abang saya Zulkifli Hanafie.
“Adik-beradik mahu korban seekor lembu tahun ini, sekarang sudah ada empat nama, nak masuk bahagian tak?”
Saya termenung tentang ibadah qurban, hukumnya adalah sunat yang dituntut. Sesetengah mazhab ada memfatwakan wajib bagi mereka yang mampu berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah r. a yang mengatakan Nabi bersabda:
“Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami.”
Lagipun banyak kelebihan ibadat qurban seperti dosa akan terampun bersama titisan darah binatang yang disembelih, mendapat pahala sebanyak bulu pada badan binatang dan lain-lain.
Saya pun balas mesej.
“Berapa sebahagian?”
Sementara abang saya Zulkifli Hanafie jawab mesej, fikiran saya merenung jauh sebelum semua manusia dicipta yang mana ketika Allah membuat keputusan untuk mencipta manusia, para malaikat telah bertanya;
“Kenapa hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah? Padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji dan mensucikan Allah?”
Jawapan dari Allah:
“Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”
Kemudian, apabila Allah mencipta manusia, berkatalah pula iblis:
"Aku adalah lebih mulia dari manusia. Engkau ciptakan aku dari api sedang manusia Engkau menciptakannya dari lumpur."
Allah kemudian melaknatnya dan iblis telah bersumpah untuk menyesatkan anak Adam, maka bermulalah ujian besar dalam kehidupan manusia.
Tapi Allah tidak membiarkan iblis menyesatkan manusia semberono. Bersama di alam manusia, Allah telah menghantar ratusan Nabi dan ribuan Rasul bersama mukjizat dan keramat, lantas manusia telah berpecah kepada dua golongan. Satu yang beriman mengikut para nabi, dan satu lagi enggan beriman dan mengikut iblis.
Beribu tahun kemudian
Di hadapan sebuah rumah, kelihatan Ahmad Albab menantu Kiai Zakaria yang sudah berhenti bisnes MLM sedang menggaru telinganya yang tidak gatal, kemudian menggaru pipi, lepas tu membongkok menggaru betis pula.
“Assalamulaikum.”
Ahmad Albab lantas mendongak dan terlihatlah seorang manusia berjubah putih dan berserban. Ustaz Sufi Supian.
“Oh! Ustaz, dah lama saya tunggu, ni nak bagitahu, esok pagi nak minta tolong sembelih lembu bapak mertua saya, Haji Kiai Zakaria, boleh ustaz?”
“Insya-Allah”
“Boleh tak ustaz?”
“Insya-Allah”
“Yelah, Insya-Allah, tapi boleh ke?”
“Saya cakap, Insya-Allah, awak pun kena jugak sebut Insya-Allah.”
“Tak payah ‘Insya-Allah’lah ustaz, lembu dah ada, dah ikat elok-elok, pisau pun dah asah tajam-tajam, kira jadi ye ustaz besok pagi?”
“Insya-Allah”
“Insya-Allah-Insya-Allah! Jadi ke tak jadi ni ustaz?”
“Insya-Allah.”
“Pening saya ustaz, Insya-Allah ni untuk benda yang tak pasti, lembu ada, pisau ada, kira jawab boleh dah ler.”
“Kamu ni Ahmad Albab, nak mengajar ustaz pula, kita kena sebut ‘Insya-Allah’ kerana semua yang terjadi dengan izin Allah, faham.”
“Kira boleh ler ni ustaz?”
“Insya-Allah”
Arghhhh, pening kepala Ahmad Albab dengan jawapan ustaz Sufi Supian, lalu Ahmad Albab pun berlalu sedang ustaz Sufi Supian menggeleng-gelengkan kepala melihat Ahmad Albab yang semakin jauh dari pandangan.
Sementara itu, balik kepada kisah saya, tiba tiba Ternampak mesej masuk dari abang saya.
“Satu bahagian RMXXX.”
Mahal jugak lembu kat sini.Bisik saya dalam hati
Balik kepada kisah penduduk langit, nun di dunia langit sana, teriwayatlah bahawa Allah sentiasa memuji manusia dari kalangan nabi dan rasul di hadapan penduduk malaikat.
Maka terdapat malaikat yang meminta izin dari Allah untuk turun ke bumi bagi menguji sejauh manakah kehebatan iman manusia dari kalangan nabi dan rasul.
Memetik satu cerita, ketika Nabi Ibrahim a.s duduk menjaga kambing-kambingnya. Maka datanglah malaikat yang menjelma dalam fizikal manusia lalu bertasbih: ‘SubhanAllah!’ pada zaman semua orang sembah berhala.
Oh, Alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim a.s mendengar nama ‘kekasih’nya di sebut-sebut. Lantas dengan penuh teruja, Nabi Ibrahim segera mendapatkan orang itu lalu menyuruh hamba Allah tersebut ulang balik apa yang ditasbihkan.
Tapi hamba Allah itu membuat syarat, Nabi Ibrahim harus berikan semua dari kambing baginda jika ingin beliau bertasbih lagi.
Selamba sahaja Nabi Ibrahim ‘korban’kan semua kambing dengan sedekah pada ‘malaikat’ tadi.
Pendek cerita, sedarlah malaikat bahawa Nabi Ibrahim A.S layak dipuji Allah atas keikhlasannya.
Berhenti sekejap sebab ada mesej masuk dari abangku Zulkifli Hanafie.
“Jadi tak, semua dah cukup 6 bahagian, tinggal lagi satu, jika lambat, adik-beradik lain akan ambik”
Saya pun balas mesej:
“Okey”
Sementara itu Ahmad Albab melihat lembu kesayangannya yang bakal dikorbankan esok pagi, sambil menggosok-gosok tanduk lembu, Ahmad Albab pun bercakap dengan lembunya.
“Esok pagi, ‘ustaz Insya-Allah’ akan sembelih kamu, kamu jangan nakal-nakal.”
Nampaknya, Ahmad Albab telah melabelkan ustaz Sufi Supian dengan gelaran ‘ustaz Insya-Allah’. Apa-apalah..
Pintu kandang pun ditutup, dan Ahmad Albab pun pulang ke rumahnya..
Balik ke ribuan tahun yang lampau…
Diriwayatkan sebelum Nabi Ibrahim a.s mendapat anak, demi cintanya kepada Allah, baginda pernah membuat ibadat korban sebanyak 1,000 kambing, 300 lembu dan 100 unta di jalan Allah. Melihatkan kepada banyaknya jumlah korban yang dilakukan, maka kagumlah para malaikat akan betapa hebatnya cinta Nabi Ibrahim a.s kepada Allah.
Kemudian, Nabi Ibrahim a.s bersabda;
“Semua yang menjadi korban itu belum apa-apa lagi bagiku. Demi Allah, kalau saya dikurniakan anak lelaki, sudah tentu saya juga sanggup korbankan dia untuk Allah.”
Alamak, ada mesej masuk dari abang saya kejap.
“Salam, berita ralat, lembu sudah habis dan yang tinggal hanya seekor, harga RMXXXXX, sebahagian RMXXX, setuju tak?”
Saya balas mesej:
“Apa kata adik-beradik yang lain?”
Sementara tunggu abang saya balas whatsapp kita aambung balik kisah Allah yang sentiasa memuji manusia di kalangan Nabi dan Rasul di hadapan para malaikat.
Dan pujian Allah tidak hanya kepada rasul dan Nabi sahaja, malahan manusia biasa yang berdosa, selepas diuji ujian nafsu seperti haiwan, dan juga dengan godaan iblis. Namun apabila manusia bertaubat, maka Allah akan membuka pintu langit kepada para malaikat dan memuji manusia, Allah berfirman:
“Lihatlah kepada hamba-Ku yang sedang merayu kepada-Ku, bersaksilah Aku telah ampunkan segala dosanya”
Dalam hadith lain apabila malaikat pulang dari majlis zikrulAllah yang manusia buat di bumi, Allah berfiman;
“Lihatlah kepada hamba-Ku, bersaksilah Aku telah ampunkan dosa mereka dan kedua ibu bapa mereka.”
Ada juga riwayat mengatakan apabila manusia sedang bermusafir, atau sedang duduk atas bukit atau dalam kebun, apabila masuk waktu solat, lalu azan, dan mengerjakan solat awal waktu dengan susah-payah, maka Allah akan memuji manusia ini di hadapan para malaikat.
“Lihatlah kepada hamba-Ku, bersaksilah aku telah ampunkan segala dosanya.”
Dipendekkan cerita, dalam peristiwa Allah yang sentiasa memuji manusia di hadapan malaikat, tercatat dalam sejarah penduduk langit, telah berkata akan satu Malaikat:
“Mengapa manusia itu harus mendapat pujian setelah berbuat dosa? Sedangkan kami lebih baik kerana beribadat sepanjang masa.”
Lalu Allah membela manusia; “Pergilah panggil ke mari tiga malaikat yang terbaik. Akan Aku turunkan mereka ke bumi dan berikan nafsu seperti manusia, dan kamu akan dapat melihat apa yang dilakukan oleh malaikat-malaikat itu!”
Malaikat kemudian bermesyuarat lalu memilih hanya dua wakil di kalangan mereka lalu menjawab; “Tuhanku, biarlah Harut dan Marut saja yang melakukannya!”
Lalu turunlah dua malaikat yang bernama Harut dan Marut ke bumi sebagai manusia yang mempunyai nafsu seperti mana layaknya manusia mempunyai nafsu.
Beribu ribu tahun kemudian, kelihatan Ahmad Albab sedang asyik mengira duit dari tujuh bahagian tempahan orang kampung terhadap lembunya. Satu bahagian, RMXXX. Terus Ahmad Albab ulang kira kerana sekejap dikira terlebih, sekejap dikira kurang.
Berapa saya nak upah ‘ustaz Insya-Allah’ esok? RM 50 cukup kot..
Hujung jari dibasah lidah, dan jari-jemari terus membelek-belek duit itu lagi.
Sementara itu mesej masuk dari abang saya telah diblue tick.
“Bagi Abang, teruskan sahaja korban ini, sebab harga lembu memang dah naik, harap semua adik-beradik setuju, boleh booking. Sebab takut lembu ni pun orang ambik, harga lori, biar abang yang tanggung.”
Saya balas mesej: “Bincang dengan bini jap.”
Kembali ke zaman Nabi Ibrahim, arakiannya sudah lama sekali Nabi Ibrahim a.s berdoa kepada Allah agar dikurniakan seorang anak lelaki yang soleh. Pada hujung usia, ketika umur sudah lanjut, maka datanglah keajaiban dari Allah, malaikat sendiri turun menyampaikan berita ini iaitu Nabi Ibrahim bakal mendapat anak lelaki.
Ayah mana yang tidak gembira mendapat cahaya mata yang telah lama diidam-idamkan? Bukan main gembira lagi, tapi ujian Allah telah datang, dengan disaksikan malaikat, sebaik anak lahir, Nabi Ibrahim telah sanggup korbankan masa yang amat berharga bersama keluarga lalu membawa isteri dan anak tercinta ke satu lautan pasir yang tandus, dan meninggalkan mereka.
“Abang ingin ke mana.”
Tanya isteri dengan cemas dan sedih, tapi Nabi Ibrahim a.s hanya membisu, berat mulutnya untuk berkata-kata, lalu isteri bertanya lagi.
“Adakah ini perintah Allah?”
Nabi Ibrahim membenarkan lalu meneruskan perjalanan meninggalkan mereka berdua di padang ‘kematian’. Tiada jiran, tiada tanaman, tiada teduhan, tiada teman, yang tinggal hanya kesabaran dalam kepasrahan.
Demi cinta kepada Allah yang lebih dari segala-galanya, maka Nabi Ibrahim AS telah mengorbankan perasaan meninggalkan anak dan isteri di padang pasir yang tiada asbab hidup selama 7 tahun lebih kurang.
Stop kejap, sebab ada mesej masuk dari abang saya
“Dah bincang belum?”
Saya pun balas mesej:
“Adohai, lupa.”
Dikampung yang sama lokasi berbeza terdengar soalan:
“Apahal kau termenung tu Ahmad Albab?”
Tanya Mak Munah setelah melihat Ahmad Albab asyik berbaring depan TV sambil melihat syiling.
“Tak mak, saya teringat Ustaz Insya-Allah tu, eh, silap, ustaz Sufi Supian, suka benar cakap Insya-Allah Insya-Allah, macam tak jadi, cakaplah boleh..”
“Itulah masalah orang Melayu, Insya-Allah biasanya tak boleh, kalau boleh terus cakap boleh, mak pun tak faham..”
"Kalau Ustaz Insya-Allah tu tak jadi, nak suruh siapa mak?"
"Berapa kau nak upah sembelih tu?"
"RM100."
"Mak rasa mak pun boleh, Insya-Allah."
Ahmad Albab tersenyum kambing.
Okey, kita kembali kepada kisah Harut dan Marut yang turun ke bumi sebagai manusia, terus sahaja lapar dan dahaga. Lalu mula mencari kerja untuk mendapat sedikit upah bagi membeli makanan. Dipendekkan cerita, bersama nafsu manusia dalam diri, tergodalah mereka dengan wanita cantik jelita. Lantas menyesakkan nafas Harut dan Marut, kerana nafsu manusia dalam diri malaikatnya mula membahang!
Eh? Ada mesej masuk dari abang saya.
“Dah bincang?
Saya balas mesej.
“Apa kata adik-beradik yang lain?”
mesej masuk dari abang dalam group wasap keluarga:
“Sesiapa yang berniat untuk berkorban. Bersyukurlah. Lembu dah ada. Cuma Allah nak uji untuk kita tambah korban. Dari bajet RMXXX kepada RMXXX. Apa sangat pengorbanan kita berbanding korban Nabi Ibrahim. Umur dan rezeki di tangan Allah.”
Mendengar nama Nabi Ibrahim, terus insaf, teringat sewaktu umur Nabi Ismail 10 tahun lebih kurang, Nabi Ibrahim a.s telah pulang berjumpa anak dan isteri, mengubat rindu dan duka lara, tapi ujian Allah datang lagi.
Baginda Nabi Ibrahim a.s telah mendapat mimpi supaya di tunaikan nazarnya demi membuktikan cinta kepada Allah, anaknya mestilah disembelih kerana nazar baginda sewaktu tiada anak berbunyi:
“Demi Allah, kalau saya dikurniakan anak lelaki, sudah tentu saya juga sanggup korbankan dia untuk Allah.”
Maka apabila diberitahu kepada anaknya dan isterinya.
Mereka bertiga sanggup menunaikan perintah Allah.
Iblis telah datang mempertikaikan perintah ini, akibatnya iblis dilontar batu di Jamratul Aqabah.
Arakian, berkatalah Nabi Ismail a.s sebelum disembelih:
“Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang diperintahkan Allah. Insya-Allah ayah akan mendapatkan saya sebagai orang yang sabar.
Wahai ayah, hendaklah ayah mengikat tanganku supaya saya tidak bergerak-gerak yang mungkin menyakitkan hati ayah.
Hendaklah wajahku dihadapkan ke tanah supaya kita tidak bertentang mata lalu ayah menjadi kasihan dan ragu ragu.
Hendaklah ayah meninggikan lipatan kain ayah supaya tidak tercemar dengan darahku, supaya ibu tidak menjadi sedih melihatnya.
Hendaklah ayah menajamkan pisau ayah, lagi pula mempercepatkan jalannya di atas leherku, supaya tidak terlalu sakit kerana mati itu sakit sekali.
Hendaknya ayah membawa bajuku kepada ibu sebagai tanda kenangan daripadaku serta sampaikan salam saya kepadanya dan katakan kepadanya: ‘Bersabarlah engkau terhadap perintah Allah’ dan jangan ayah beritahukan kepadanya bagaimana ayah menyembelihku, serta bagaimana pula ayah mengikat tanganku.
Hendaklah ayah tidak memasukkan anak-anak ke rumah ibu supaya dia tidak terlalu sedih mengenangkan saya.”
Nabi Ibrahim berkata: “Sebaik-baik penolong adalah engkau wahai anakku, untuk melaksanakan perintah Allah SWT.”
Kemudian Nabi Ismail berubah fikiran supaya dilepaskan ikatan, kerana tidak mahu dilihat oleh penduduk langit seperti terpaksa. Lalu Nabi Ibrahim telah membuang ikatan pada kaki dan tangan Nabi Ismail dan menyembelih anaknya dengan sekuat tenaganya.
Nabi Ismail ketika disembelih tidak meronta, malahan meluruskan tangan dan kaki, agar mudah ayahnya menyembelihnya.
Sewaktu kejadian itu. Allah telah membuka pintu langit, dan membuka semua mata malaikat di langit dan laut. Lantas terlihatlah akan malaikat bahawa Nabi Ibrahim a.s sedang menyembelih puteranya iaitu Nabi Ismail, lantas semua malaikat tersungkur sujud kepada Allah dengan penuh ketakutan.
Kemudian Allah berfirman bermaksud:
“Perhatikan olehmu sekalian kepada hamba-Ku, bagaimana dia melalukan pisau ke atas leher puteranya untuk mencari atau mengharap keredhaan-Ku, sedang kalian dulu semua mengatakan: ‘Apakah Engkau menciptakan orang yang akan berbuat kerosakan di bumi, dan akan menumpahkan darah, sedang kami sekalian mensucikan Engkau?’”
Dan pada suatu waktu yang lain, Allah juga membuka pintu langit dan membuka semua mata malaikat di langit dan laut.
Lantas terlihatlah akan malaikat Harut dan Marut yang menjadi wakil malaikat terbaik sebagai manusia tapi sedang berzina.
Lantas sekali lagi, tersungkurlah semua malaikat sujud kepada Allah dengan penuh ketakutan akan kemurkaan Allah dan membenarkan bahawa manusia adalah sebaik-baik kejadian, sebaik-baik mahluk, kerana malaikat yang telah lihat Allah dan beriman sempurna. Namun apabila memiliki nafsu seperti manusia, sanggup pula membuat dosa terkutuk..
“Maafkan kami wahai manusia, alangkah hebatnya akan kamu manusia ciptaan Allah yang tidak pernah lihat wajah Allah, tidak lihat syurga-neraka, hidup hanya bersandarkan dengan sabda Nabi Muhammad SAW tapi masih mampu mentaati Allah mengatasi semua malaikat. Maka layaklah kamu dipuji Tuhan sewaktu membasuh dosa bersama air mata.”
Dipendekkan cerita, Malaikat Jibril telah muncul sambil menangis di hadapan Malaikat Harut dan Marut sambil berkata;
“Cobaan apakah yang membuat kamu hanyut seperti ini?”
Mendengar ucapan Jibril itu, Harut dan Marut pun menangis dengan sekuat-kuatnya. Lalu Jibril berkata; “Sesungguhnya Tuhan kamu sudah memerintahkan kepada kamu untuk memilih antara azab di dunia atau azab di akhirat.”
Tahulah sudah bahawa dunia ini hanya sementara, sedangkan akhirat kekal abadi dan sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang kepada semua hamba-Nya. Kedua-dua malaikat itu akhirnya memilih hukuman di dunia dan menyerahkan nasibnya kepada kehendak Allah.
Lantas Harut dan Marut digantung antara dua gunung pada sebuah gua bawah tanah. Setiap hari mereka diseksa sepanjang hari.
Ketika berita hukuman itu diketahui malaikat yang lain, mereka pun berdoa : “Ya Allah, ampunilah anak cucu Adam kerana kami kagum bagaimana mereka dapat menyembah dan taat kepada Allah, padahal mereka dikelilingi beberapa kesenangan dan kelazatan.”
(Firman Allah: “Dan malaikat-malaikat bertasbih serta memuji Tuhannya dan memohon ampun bagi orang-orang yang ada di bumi.”–Al-Syura, ayat 5)
Mesej masuk dari abang saya buat sekian kalinya.
“Bagaimana Hamka. Jadi tak?”
Saya balas mesej:
“Dan bank in dah.”
Tuan-tuan yang mulia, Nabi Ibrahim a.s tidak diperintah untuk sembelih seekor binatang. Tapi diperintah untuk sembelih seorang manusia, Nabi ibrahim a.s tidak diperintah untuk sembelih seorang manusia sahaja tapi manusia itu adalah anak baginda. Nabi Ibrahim a.s tidak diperintah untuk sembelih salah satu daripada anak baginda. Tapi itulah satu-satunya anak baginda dari keturunan yang Hajar. Dan baginda telah melakukannya.
Kita hari ini baru sembelih satu bahagian sudah berkerut dahi?
Adohai.
Allah telah terima pengorbanan Nabi Ibrahim a.s, pisau menjadi ‘tumpul’ pada leher Ismail a.s, dan Malaikat Jibril telah datang membawa qibas sebagai ganti.
Saya dan anda di sini, adakah benar kita telah membuat pengorbanan di jalan Allah? Sembelih binatang adalah ‘hadiah’ pengorbanan Nabi Ibrahim.
Sanggupkah kita ‘menyembelih’ perasaan bersama anak dan isteri meninggalkan mereka untuk keluar ke jalan Allah demi ugama?
Lantas, keesokkanya,
Pagi-pagi lagi Ahmad Albab sudah tiba di rumah Ustaz Sufi Supian.
“Ustaz, ustaz!”
Ustaz Sufi Supian pun keluar dan bertanya.
“Kenapa Ahmad?”
“Insya-Allah, lembu hilang!
Woha!
Mesej masuk dari Sudin Insuran pula.
“Hamka, jom keluar jalan Allah?”
Ps: mesej terakhir itu belum berbalas, semoga mesej itu tidak berbalas kerana saya sudah keluar berkorban di jalan Allah dan terkorban. Al-Fatihah untuk saya. Semoga kita termasuk manusia yang dipuji Allah di kalangan penduduk langit. Amin.
Selamat hari Raya qurban. Selamat korbankan perasaan.
(dipetik dari buku Hamka Keretamayat, sebahagian kisah dalam artikel ini dipetik dari riwayat israiliyyat yang tidak bertentangan Al quran dan hadis..InsyaAllah, semua yang baik dari Allah, yang buruk atas kelemahan diri saya sendiri. Semoga Allah terima pengorbanan kita semua.. amin)