Banyak pula Poster Matrix 4 melintas...
Tak rasa teruja sangat sebab Matrix ni part1 sahaja best, Part 2 dan Part 3 tak best.
alkisahnya, Teringat pengalaman first time nonton Matrix part 1, di KL, pangung wayang Mall mana dah lupa, tahun 1999. Plan nak tonton filem berjudul Entrapment lakonan Sean Connery yang hina Malaysia dengan babak KLCC dan rumah miskin area Melaka digabungkan seolah KLCC ni zalim sangat kerana sangup bina bangunan mewah di kawasan rakyat susah. Adohai..
Pendekkan cerita, Pergi malam tu naik motor ramai juga, jadi ada sorang Joki ditugaskan beli tiket, bila tonton masa tu tajuk Entrapment tak ingat sangat, Jadi sangka Matrix ni filem itu lah, jenuh juga tunggu babak KLCC, dan Sean Connery tak keluar keluar, rupanya salah tajuk filem daa…
Tapi bersyukur sangat sebab Matrix ni best nak mampos. Lepas tu saya repeat lagi sorang sorang sebab filem ini best giler kot zaman tu, lagipun semua yang saya nak dari sebuah filem: Ada!,
Pertama jalan cerita yang di luar kotak, yang mana kita tak mampu nak teka babak seterusnya, lepas tu hijab di buka babak demi babak menjadikan wow! Setiap karektor kita dapat rasakan kerisauan mereka, dan bila ada yang mati, kita rasa simpati.
Hero pulak dari zero kepada hero di bantu mentor botak dari awal hingga akhirnya mampu berdikari, babak lawan gaya kungfu menjadi pencetus kepada filem barat untuk jadikan gaya kungfu dalam movie mereka, dan aksi bukan sajer best, tapi best gila, dengan slow mo sambil kamera berputar 360 darjah, hingga babak elak peluru tu jadi terkenal dan sejak dari itu banyak filem tiru babak macam tu, di kenali istilah “bullet time”.
Bagi yang belum tonton, filem ini berkisah tentang perjalanan hero yang mencari erti hidup bagi mencapai tahap marifat hakikat atau istilah sainsnya: “cabut plug”.
Hero ni awalnya hidup macam kita manusia biasa, pergi kerja balik kerja, dan tertanya apa tujuan hidup? Kenapa semua orang sibuk bekerja? dan lepas tu kita tua dan lepas tu sakit dan lepas tu mati? Apa ni? Agaknya begitulah hero fikir bila bosan kerja di pejabat.
Lepas tu datang Pakcik botak berkaca mata hitam ajak sembang bab maarifat dan hakikat.
“Bro, kau ni tak wujud, semua yang kau nampak ni tak ada depan kau, aku ni pun tak wujud depan kau, kau nampak aku, kau sentuh benda, bukan sebab aku dan benda ni ada depan kau, tapi sebab otak kau dah terima program dari Matrix yang buatkan semua ini wujud, padahal semua ini simulasi sahaja, kau hanyalah avatar dalam matrix, otak kau sekarang ada plug di alam hijab sana, kalau kau tak percaya, mari makan pil merah ni, aku bukak hijab kau dengan tolong cabut Plug, baru lah kau akan nampak alam di sebalik mata ”
Hero pun teruja dengan alam di sebalik mata terus makan pil merah, lepas tu plug belakang kepala dia tercabut, dan dia bukak mata hakikat maka rupanya dia ada atas kerusi di kilang milik robot jahat, selama ini hidupnya dalam bentuk Avatar sahaja kerana ada plug macam USB bersambung dengan otaknya, bila dah cabut plug, dia pandang kiri kanan, tengok beribu ribu orang sedang tidur dalam keadaalan plug USB bersambung di kepala masing masing. Apa ke jadah ni?
Lalu datang Pakcik botak tadi dalam versi manusia sebenar kerana dia dah lama cabut plug untuk terangkan kepada hero erti maarifat dan hakikat.
Jadi diapun ceritlah, bahawa dunia sebenar, robot A.I (Artificial Intelligence) dah ambik alih, zaman tu matahari dah tak boleh bekalkan tenaga lagi dan oleh sebab otak manusia dapat hasilkan tenaga nano elektrik, maka robot A.I jahat sekarang ni ternak manusia dari bayi hingga tua dalam kerusi berbentuk Rahim, dan akan ada Plug USB bersambung belakang kepala, lalu robot tu program dunia Matrix baru dalam otak semua manusia macam yang kita nampak sekarang ni agar otak kita sentiasa bekerja lalu nano elektrik tu disimpan untuk robot itu terus hidup dan berkuasa. Semua manusia dalam Matrix dah ditakdirkan avatar masing masing, Cuma otak follow takdir, maka terhasilah nano elektrik yang untungkan robot A.I tu.
Hero pening susah nak hadam maarifat hakikat ini, lalu Pakck botak sambung USB baru ke otak hero dan mereka berdua pun masuk ke dunia matrix(program) lain, dan di situ fizik boleh ubah suka hati, nak lompat tinggi sampai awan?,boleh.., nak terjun bangunan tapi tak mati?, semua boleh, nak belajar kungfu?, transfer file sahaja dalam otak dan terus pandai macam Bruce Lee, nak naik helicopter? Transfer file dalam otak dan terus boleh bawak, takde senjata api? Download sahaja dan terus dapat satu almari senjata, semua boleh buat macam hidup dalam syurga.
Ok, baiklah, hero yang faham hakikat kini berkata pada pakcik botak:
“Sekarang aku dah cabut plug, aku dah sedar maarifat hakikat, dan aku boleh masuk syurga mana mana yang aku nak sebab aku boleh program sendiri, jadi kenapa kau cabut plug aku?”
“Kita ada misi bro, kau boleh tinggal dalam syurga kau tanpa ambil kesah pada dunia, tapi manusia di zaman ini sedang menyorok dari robot A.I jahat berbentu sperma terbang, jadi mbaki manusia zaman ini menyorok dengan buat kubu rahsia bawah tanah. Sekarang ni robot sperma tu tengah korek tanah macam yakjud makjud korek tembok, ni jika robot sperma tu tahu kita dah cabut plug sekajap lagi dia datang bunuh kita”
“Apa nak buat sekarang”
“Kita kekalkan menyorok, tapi aku dapat ‘wahyu’ dari robot baik bernama Oracle, bahawa dalam ramai ramai bateri (manusia) dalam kilang robot, ada NEO seorang roh terpilih yang mampu lawan ketua robot jahat (The Architect) dan selamatkan seluruh manusia, aku rasa kau NEO tu, sebab tu aku cabut plug dari kepala kau, jadi sekarang kita kena masuk balik dalam dunia Matrix, cari robot baik The Oracle untuk latih kau jadi NEO, the Chosen one”
“kenapa aku?”
“Kau ada semua ciri seorang NEO, pandai hack program, sihat, berani ingin tahu, bijak, dan sentiasa ambik peluang untuk berubah, sebab tu kami pilih kau”
“Okey, jom kita masuk cari The Oracle”
“Tapi bila masuk dunia matrix yang kau kerja pejabat dulu, fizik di dunia itu robot A.I The Architect yang kawal, kau dah tak boleh nak terbang atau elak peluru, , kita boleh hack fizik setakat kita mampu, kita akan masuk dari Plug USB ke talian telefon, dan cara nak balik juga kena ada talian telefon macam line internet, tapi bila kita boleh hack sana sini, kita dah jadi virus dalam dunia tu sebab kita dah cabut plug, maka akan datang antivirus dalam bentuk lelaki kaca mata hitam berbaju hitam(ejen Smith) untuk delete (bunuh)kita. Hanya NEO mampu lawan anti virus tu, aku harap kau dapat Hack dunia matrix tu, biar peluru stop, atau boleh elak peluru, dan kalahkan Ejen Smith, boleh ke?”
“ Aku cuba, tapi hebat sangat ke ejen antivirus tu? Dia bergerak ikut fizik jugak ke?”
“Dia macam dajjal cepatnya, boleh bergerak dengan tumpang badan manusia, selagi ada manusia, dia akan sampai, peluru pun dia boleh elak, jika tak mampu lawan lekas-lekas lari cari line internet, dan cabut plug, kita terjaga kea lam sebalik mata dan kita selamat”
Peghhh, begitulah dialog dia yang saya tafsir dengan istilah yang mudah orang islam nak faham.
Ending filem itu waktu hero di tembak oleh antivirus ejen Smith, hero dah mampu hentikan peluru, dan kalahkan antivirus dengan kungfu, perghhhh, nampaknya hero dah sampai makam marifat hakikat, jika boleh hentikan peluru maka setakat berjalan atas air apalah sangat, lalu filem habis dengan penuh bergaya kerana hero pilih untuk terbang macam Superman.
Woha!
Berbalik kepada analogi cabut Plug dalam filem Matrix, perkara yang hubungkan hero dan dunia matrix adalah KESEDARAN, dan Cabut Plug membukan Hijab kepada alam di sebaliki mata, lalu KESEDARAN menerima kebenaran walaupun susah pada awalnya nak terima hakikat, namun bila berdamai dengan kebenaran, maka KESEDARAN akan menjadi tenang.
Inilah maksud hidup yang kita cari, iaitu KESEDARAN yang menjadi Tenang.
Janji Allah, hanya dengan Mengingati Allah, Kesedaran akan menjadi tenang. InsyaAllah…
Dulu di alam Syahadat waktu kita bersaksi bahawa Allah tuhan sekalian alam, jiwa atau kesedaran kita sangat tenang, hingga kita sanggup menerima semua takdir yang akan datang, lalu roh kita di masukkan ke bayi dalam kandungan dan lahir sebagai manusia suci tanpa dosa. Waktu itu kesedaran kita direset dan akan kemabli pulih bila kita kembali kepada Allah melalui berita yang akan disampaikan oleh utusan Allah.
Maka hidup di dunia ini, jasad kita hanyalah ‘Avatar’ yang telah ditakdirkan Allah, lalu takdir (program) hidup pun berlaku, yang mana kita akan sekejap senang, sekejap susah, akan sekejap buat ibadat, sekejap buat dosa. Sekejap jahat sekejap baik, Namun adakah kehidupan kita ini 100 peratus takdir? Lalu kita hanya serahkan nasib pada takdir?
Salah jika faham macam tu, kerana Allah yang Program Takdir semua manusia adalah Maha Habat, maka Allah telah takdirkan hidup kita berdasarkan usaha kita, sebab tu ada ayat, Allah tidak akan ubah nasib kamu jika kamu sendiri tak nak berubah. Namun dalam manusia menrancang, Allah juga merancang, dan Allah sebaik baik perancang.
Bermakna, Allah boleh buat takdir Allah dan pilihan manuia keduanya berjalan serentak, yang mana walaupun takdir itu seolah paradox, tapi itulah Maha Kuasa Allah yang tidak terkesan dengan Paradox (rujuk ulasan filem Tenet sebelum ini jika nak faham istilah Paradox)
Maka asas takdir yang kita nak faham adalah, bagaiamana KESEDARAN kita melayan takdir. Ada empat tahap.
1)Bila takdir susah datang, terpulang kepada KESEDARAN kita sama ada nak SABAR atau nak MENGELUH. (Allah janji dalam takdirnya, siapa yang sabar akan dapat bantuan Allah, siapa mengeluh tidak akan dapat bantuan takdir yang baik)
2)Bila takdir senang datang, terpulang kepada KESEDARAN kita sama ada nak SYUKUR atau nak KUFUR (Allah janji siapa bersyukur akan tambah nikmat, siapa kufur azab pedih!)
3)Bila takdir Ibadat datang, terpulang kepada KESEDARAN kita sama ada nak IKHLAS atau nak RIAK. (ikhlas ke syurga, riak ke neraka walaupun nampak alim)
4)Bila takdir dosa datang, terpulang kepada KESEDARAN kita sama ada nak KHAUF lalu bertaubat atau nak UJUB lalu terus buat maksiat. (pendosa bertaubat akan masuk syurga, pendosa tak bertaubat akan ke neraka)
Jadi orang yang dah tercabut plug adalah mereka yang faham hakikat takdir iaitu:
1) Bersyukur dengan segala nikmat walaupun sekecil kecil nikmat.
2) Bersabar dengan segala ujian walaupun sebesar besar ujian
3) Ikhlas dengan setiap amal sama ada kecil ataupun besar
4) Khauf dengan segala dosa lalu bertaubat. (khauf ertinya takut)
Orang yang belum tercabut Plug pula adalah mereka yang: Kufur, Mengeluh, Riak, dan tidak bertaubat! Kerana kesedaran mereka masih belum capat tahap tercabut Plug, iaitu tiada kemampuan melihat dunia ini sebagai ladang pahala serta pintu segala kebaikkan.
Belum Kahsyaf kata ustaz! Tu yang buat dosa siang malam sebab rasa Allah tu jauh dari mereka, padahal orang beriman yang capai tahap ehsan, rasa macam nampak Allah tu dekat, dan jika tak ‘nampak’pun Allah di setiap ciptaanNYA, tetap orang beriman rasa Allah sangat dekat dan sedang tengok kita.
KESEDARAN merasai Allah sedang Melihat Kita adalah tanda kita dah “cabut Plug!”
Maka sayangilah kesedaran kita, kerana “kesedaran’ kita sekarang ini akan kekal bersama kita selamanya. Avatar kita akan hancur, tapi kesedaran kekal bersama kita sampai kiamat, sampai bila bila, kesedaran kita adalah abadi, tengok Waktu jasad kita tidur, kadang-kadang KESEDARAN kita masih hidup dalam mimpi di alam matrix yang menjadi mainan syaitan.
Bila terjaga, Kesedaran dan Jasad akan bersatu kembali, Maka waktu itu kita akan terfikir, siapa aku? Dari mana aku datang? Apa tujuan aku di sini? Kemana aku selepas ini? Di mana aku sebelum hidup? Kemana aku selepas mati?
Semua persoalan akan di jawab oleh KESEDARAN yang dah capai tahap Ehsan! Tahap “cabut Palug”
Dan bila Jasad Avatar kita mati nanti, maka KESEDARAN tetap ada, waktu orang uruskan mayat, kita tetap SEDAr!, kerana waktu itu kita seolah olah seperti terjaga dari tidur, macam Cabut Plug! dan hidup sebenar kini dirasai di alam barzah, hidup di dunia Cuma mimpi.
Lalu kehidupan alam barzah menjadi sangat berbeza dari penghiupan di dunia, masa dah tak sama, jasad juga dah tak sama, ada yang hidup di taman syurga, ada yang hidup di lembah neraka, tapi kesedaran tetap sama, AKU mengerti Siapa diri INI… MENGENAL AKU MENGENAL ALLAH!
Lalu datang Malaikat Tanya soalan, dan hanya KESEDARAN yang benar sahaja dapat selamat.
lepas tu berlaku kiamat, Tiupan sangka kala, maka sekali lagi kita akan alami kehidupan sebenar, kita sekali lagi terjaga dari mimpi kubur, dan hidup serentak di padang mahsyar, hanya Kesedaran bersama kita di alam akhirat, jasad avatar kita kini semuanya dah tak sama, ada orang perut besar sebab makan harta anak yatim, ada orang kemaluan besar sebab suka berzina, macam macam!
Panjang cerita saya pendekan, KESEDARAN lah yang akan kekal selamanya, maka hargailah KESEDARAN ini dengan memberi makanan rohani secukupnya, iaitu selalu bercakap kebesaran Allah dengan perbanyakkan dakwah hingga capai tahap Ehsan! Jaga Solat lima waktu hingga dapat cegah mungkar serta maksiat, Puasa kita jaga hingga dapat sifat Malaikat, Zakat kita jaga hingga dapat sifat Khalifah, dan Haji kita tunaikan hingga dapat sifat Nabi!
Sudahkan anda semua tercabut Plug? Salah satu tanda plug dah tercabut hingga dapat lihat alam disebalik mata adalah waktu Dengar orang azan! lekas lekas ke masjid, Sebab Nabi bersaksi dengan keimanan orang yang ulang alik ke masjid!
Al Faham ke idop?
Bila cabut Plug, kita seakan akan ternampak ahli syurga sedang ziarah, dana li neraka sedang keluh kesah!
Nampak tak wahai kesedaran yang tenang sekalian?
Nampak tak?
Balik kepada filem Matrix, Sejak tonton filem itu, bila borak dengan kawan pasal hidayat, saya selalu guna istilah “cabut Plug”
Contoh bila ada kawan kita yang puas kita ajak dia solat tapi dia buat selamba, maka kawan kita itu belum tercabut plug.Adohai..
Contoh Bila tengok ada bekas penagih ikut tabligh lepas tu solat malam di masjid beriktifat tak henti henti, oh, mamat tu dah cabut plug, tu yang seronok solat, dah dapat hakikat.
Kemudian, Bila tengok pakcik kemalangan, tangan putus waktu kemalangan tu, tapi pakcik ni senyum dan berkata, tangan saya Allah punya, Allah nak ambik nyawa pun saya rela, perghhh, pakcik bila dah cabut plug, lain macam dia cakap.
Ada jugak makcik yang ada semua anaknya OKU, terlantar lumpuh tak boleh bercakap kerana masalah otak, makcik tu senyum sahaja sebab katanya dah nampak anak dia kat syurga sedang hiburkan dia, perghh, makcikpun, awal cabut plug dia nih!
Contoh lain, bila ada ustaz kutuk kawan kawan tabligh, maka kata saya, sabar, ustaz tu belum cabut plug lagi. Dah cabut plug takdenya dia nak marah orang berdakwah rumah ke rumah.
Tapi jika ada yang melampau, lalu berkata: Aku adalah Allah, Aku tidak wujud tetapi wujud, aku tidak perlu solat kerana aku ditakdir kan akan lalai, maka itu bukan cabut plug, itu adalah file rosak dan masuk otak dia!
Woha!
Ps: Harap korang semua dah “cabut plug” lalu kashaf melihat dunia ini sebagai ladang pahala yang mengalir tak henti henti dari atas ke bawah bewarna hijau syurga macam skrin kompuetr Matrix, perghhh!
「hidup adalah ujian bukan tujuan」的推薦目錄:
hidup adalah ujian bukan tujuan 在 Facebook 的精選貼文
Kita semua tahu, bagaimana kisah hidup seorang yang boleh minum arak dan bergaul bebas, boleh buat apa sahaja tapi oleh kerana tiada ketenangan hati dalam dunia kebebasan, tiba tiba tinggalkan semua kebebasan itu kerana mahu masuk ugama islam yang larang zina, larang minum arak, kena solat, puasa, zakat, haji dan gembira melakukannya walau di uji dengan ujian yang dahsyat.
Dr. Brown boleh kita anggap mewakili contoh kehidupan seorang rakyat Amerika kebanyakkan. Berkelulusan tinggi Universiti, berkhidmat sebagai pakar mata dalam Tentera Udara Amerika untuk tempoh lapan tahun. Seorang Atheist.
Pertengahan kerjaya yang stabil, kewangan yang kukuh, sekali lagi aku tekankan, Dr. Brown adalah termasuk 'keluarga ideal Amerika' bersama bini cantik, dua orang anak, rumah yang besar dan mewah, dua buah kereta mewah dan anjing peliharaan. Namun akhirnya Dr. Brown mengorbankan semua yang dia ada, kerja hilang, bini cerai dia, anak lari ikut bini, rumah kena rampas, kereta kena angkut, anjing pun pergi, lalu hidup sebatang kara dan tidur bawah tangga rumah kawan menumpang teduh. Semuanya akibat beliau memeluk islam.
Tapi kini dah berubah, berkat sabar dan tidak putus asa, beliau kembali menjadi orang kaya, ada Keluarga baru bersama bini baru dan anak yang lebih ramai, mempunyai tempat tinggal yang baik di Madinah, Cuma beliau dah tak bela anjing, sekarang beliau bela hamsters.
Woha!
Mari kita baca sikit pengakuan beliau:
********
Kisah bekas Atheist masuk ISLAM
Salam damai, sudah ramai orang bertanya tentang apa yang terjadi kepada aku setelah menjadi seorang muslim? Aku masih ingat pada saat menjadi muslim, aku secara tiba tiba memperolehi perasaan damai dan nyaman yangsungguh luar biasa. Dan perasaan itu terus menyelubungi diriku hingga ke hari ini. Walapun kehidupan duniawiku berubah menjadi kacau bilau sejurus selepas aku memeluk agama Islam.
Sebaik masuk islam, Orang tuaku yang hidup sebagai atheist, tidak lagi mahu bercakap dan berjumpa dengan aku. Kata mereka, “anaknya’ telah hilang. Jadi aku di larang agar jangan mengunjungi, jangan menelepon, jangan menulis surat, jangan menulis email, jangan cuba atau buat apapun. Sebab Anaknya sudah ‘tiada’.
Kawan kawan juga meninggalkan aku, dihina dan di perkecilkan, lebih parah, aku dijauhkan oleh keluargaku, aku di pulau di tempat kerja, dan mantan biniku menceraikanaku, dan dia mengambil semua anak-anakku. Tentunya dalam proses ini, aku juga kehilangan rumahku, aku kehilangan hartanah, aku kehilangan kereta. Aku kehilangan anjin yang setia.
Dulunya sebelum islam, aku hidup mewah, perabot mahal, siap dengan rumah tamu untuk tetamu, tapi kemudian aku hidup dalam sebuah apartemen studio yang disewa secara mingguan yang ketika kau menaiki tangganya, maka lantainya berbunyi kerana reput. Di sini bukan duduk seorang diri, tapi berkongsi tempat dengan gelandangan lain yang turut menjalani kesulitan hidup, kebanyakkannya akibat di cerai bini lalu hilang segalanya, adohai.
Tapi yang kelakarnya, sungguh ironi, kerana itulah hari-hari yang paling menyenangkan dalam hidupku. Hari yang paling damai dan rasa aman sentosa dalam sejarah kehidupann manusia.
Aku rasa macam ada yang pelik. Apa aku sudah gila? Yelah, kalau dalam filem, ketika korang bercerai, korang akan merasa begitu sedih. Korang akan mulai pecahkan cermin, tumbuk dinding atau bunuh diri. Tapi saat itu aku rasa lain, aku rasa sangat bahagia. Bahkan itulah salah satu hari-hari paling menyenangkan dalam hidupku. Dan aku ingat, sebelum aku menjadi muslim. Aku ada meminta Tuhan untuk memilihkan dan memimpinku kepada yang terbaik dan membuatku senang denganNya. Dan sehabis itu aku menyedari kasih sayang Pencipta ketika dia menjawab do’a aku, betapa utuh Dia menjawabNya. Karena Dia telah memilihkan yang terbaik bagiku. Dan bukan hanya itu, dalam kejadian yang seharusnya membuatku tidak menyukaiNya, tapi Dia membuatku bahagia. Syukur.
Tentunya Pencipta kita memfirmankan kebenaran. Dan kita dijanjikan dalam agama ini, bahwa kita tidak menyerahkan sesuatu atas nama Allah kecuali Dia akan menggantikannya dengan yang lebih baik. (rujuk al quran) Ketika aku menjadi muslim, aku bercerai tapi Allah memberiku bini baru yang lebih baik. Dalam keluarga yang pertama aku kehilangan anakku karena keputusan pengadilan, tapi Allah memberikanku anak yang lebih ramai dan sebuah keluarga aman yang baru. Aku dikeluarkan dari pekerjaanku karena prasangka anti-Muslim di kalangan tenteta tempat dimana aku bekerja dulu.
Aku berhenti sebab tak mampu puaskan hati mereka, tapi Allah memberikanku pekerjaan lain yang berkali-kali lipat lebih baik. Menjadi penulis.
Aku kehilangan rumahku karena penceraian, Allah memberiku rumah baru di kota suci Madinah. Tempat mulia orang Islam. Aku kehilangan kekayaanku, Allah melipat gandakan kekayaanku. Malah, aku tidak sempat merasa kehilangan karena Allah menggantikannya dengan yang lebih baik.
Dan pada akhirnya orang tuaku mahu dan sangat suka berbicara denganku. Demi Allah, Hubunganku dengan orang tua menjadi semakin baik dan lebih memberi makna selapas aku memeluk agama islam.
Jadi tidak ada seorangpun yang mengorbankan sesuatu demi kepentingan Allah kecuali Allah akan memberikanmu sesuatu yang lebih baik. Mungkin ada masa-masa sulit yang harus korang lalui sebelum korang mendapatkan manfaatnya. Tapi ketika korang mendapatkan manfaatnya, Subhanallah, korang akan menyadari betepa besar akan kasih sayang yang utuh dari Sang Pencipta.
Bagaimana beliau masuk islam
Sebagian orang menghampiriku dan bertanya bagaimana aku menjadi muslim. Jadi aku ingin menceritakannya untuk menjawab pertanyaan orang ramai dan membuat mereka tahu bagaimana seorang aku telah Berjaya membuat perubahan besar dalam hidupku.
Kisahnya membawa kita kembali pada tahun 1990. Sebelum tahun 1990, aku seperti orang Amerika yang lain. secara umumnya., aku mengikuti falsafah hidup bahawa seseorang yang mati dengan kekayaan terbanyak berarti telah menang. Aku menghabiskan hidupku untuk mencari kekayaan dan hanya itulah satu-satunya tujuan hidupku.
Pada tahun 1990, anak perempuanku lahir, iaitu Christina. Dia mampu melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan anak lain sebelumnya. Jika aku mendirikannya, dia mampu berdiri sendiri. Dan aku seorang dokter di bidang medik, aku mengerti bahwa itu tidak mungkin mampu dilakukan bayi yang baru lahir, tapi aku tidak menganggapnya sebagai sebuahpengalaman kerohanian. Aku menganggapnya hanya sebagai sesuatu yang menarik, tapi kurasa aku tidak paham mesej disebalik pengalaman kerohanian. Akhirnya, mesej dari tuhan dalam bentuk pengalaman kerohanian datang lagi buat kali kedua, tapi kali ini datang dengan cara yang lebih dramatik.
Jadi 10 bulan kemudian, pada tahun 1990, anak perempuan keduaku, Hannah selamat dilahirkan. Dan Hannah dipindahkan langsung dari ruang bersalin di rumah sakit ke bahagian Neonatal Intensive Care Unit (NICU) dan mereka tidak memberitahuku apa alasannya. Aku seorang doktor yang bekerja di rumah sakit George Washington University, yang merupakan salah satu rumah sakit paling terkenal di Amerika. Itulah rumah sakit dimana Presiden Ronald Reagan dirawat ketika dia tertembak. Perawatan medik di rumah sakit itu mempunyai standard kualiti yang tinggi.
Jadi ketika aku tahu bahwa anak perempuan kedua aku membiru, aku sangat kuatir. Aku melihatnya dalam Intensive Care Unit (ICU), mulai dari dadanya hingga ke hujung kakinya, dia begitu lebam, dia berwarna biru gelap. Dan untuk korang yang bekerja di bidang medik tentunya tahu apa artinya itu.
Tapi untuk korang yang tidak tahu, ketika korang melihat urat-urat korang di tangan, pada tangan orang kulit putih, urat itu berwarna biru. Puncanya adalah ketika darah membawa oksigen maka warnanya merah. Ketika darah tidak membawa oksigen maka warnanya berubah biru dan seperti itulah warna tubuh anakku. Warna biru!
Kami melakukan Cardiac Ultrasound dan ternyata dia mengalami penyempitan pembuluh darah. Sedangkan pembuluh darah adalah alat pengangkutan utama yang membawa darah dari jantung ke seluruh tubuh. Dan penyempitan pembuluh darah adalah mengecilnya jalur pembuluh darah. Korang dapat melihat pembuluh darah berada dalam ukuran normal pada sisi lain, tapi di tengah-tengahnya ada penyempitan dimana pembuluh darah menjadi kecil hingga hampir tertutup.
Jadi itulah kondisi anakku, dia dalam ambang sakarat, tubuhnya lemas. Dan sebagai seorang doktor, aku mengerti apa artinya ini. Aku sering terlibat dalam operasi bedah jantung, aku tahu bahwa hampir pasti anak ini harus menjalani operasi bedah jantung, mereka akan membedah jantungnya, menggantikan pembuluh darahnya dengan sebuah graft (saluran buatan) dan anak ini benar benar di ambang mati.
Berdasarkan teknologi saat itu, yakni 20 tahun yang lalu, harapanku adalah bahwa anak perempuanku sehabis menjalani operasi ini, berhasil hidup hanya sampai beberapa tahun, lalu harus menjalani operasi lagi untuk mengganti graft-nya (saluran buatan) seiring dia tumbuh dewasa. Dan pada akhirnya graft itu tidak akan mampu lagi menghidupinya sehingga dia akan mati begitu sahaja.
Dan itulah kecemasanku waktu itu, itulah kecemasan para dokter di ICU yang menangani anakku waktu itu. Jadi kami semua memandangi bayi yang bahkan belum genap berumur satu hari, tubuhnya sedang sekarat karana kekurangan oksigen, dan kami hanya mampu melihat dia perlahan lahan akan mati.
Mereka memanggil seorang ahli bedah jantung dari rumah sakit kanak-kanak di Washington D.C. Ketika dia datang untuk melihat anakku, aku tidak diperbolehkan masuk karena aku begitu emosional.
Aku meninggalkan ruang Intensive Care Unit (ICU). Di samping ruang Intensive Care Unit (ICU) ada tempat berdo’a. Dan aku masih ingat dengan jelas ketika aku berjalan ke dalam ruangan itu dan berdo’a dengan tulus untuk pertama kalinya seumur hidupku. Aku tidak pernah berdo’a dengan tulus sebelumnya.
Di sepanjang hidupku, aku selalu berkuasa. Jika ada sesuatu yang aku inginkan, aku tahu bagaimana cara mendapatkannya. Aku tidak pernah sekali pun dalam hidupku menghadapi situasi dimana aku tidak mampu mengatasinya, situasi dimana aku tahu bahwa aku sudah tidak punya harapan lagi.
Dan banyak orang berpikir bahwa aku masuk Islam dari agama Kristen. Tapi aku tidak pernah sekalipun seumur hidupku seorang Kristen. Aku pada saat itu seorang atheist, faktanya aku selalu berdebat kawan kawan agar mereka tidak percaya pada Tuhan.
Sambung cerita, Ketika aku memasuki ruangan do’a itu, aku mengingat satu hal yang membuatku terkejut adalah bahwa ruangan itu hanyalah ruangan do’a biasa, tidak ada salib, tidak ada patung, tidak ada simbol-simbol keagamaan sama sekali. Dan hal itu membuatku merasa tenang dan nyaman.
Tapi karena aku seorang atheist, do'aku sangat sederhana tapi do’a ini punya kekuatannya sendiri. Aku menghabiskan seluruh hidupku menolak adanya Tuhan, tapi pada saat itu aku sadar bahawa tidak ada daya untukku menolong anak yang malang ini. Satu-satunya kekuatan, jika Dia memang ada, yang dapat menolong anakku hanyalah Yang Maha Kuasa.
Jadi satu-satunya do’a yang mampu kulakukan adalah
“Ya Tuhan, jika Kau memang ada… Tolonglah!”
Dan aku akui, sebenarnya dalam hati aku mengatakan “Aku tidak tahu apakah Kau ada atau tidak, tapi jika Kau ada, maka aku perlu pertolonganMu.” Dan aku berjanji, jika Tuhan menyelamatkan puteriku, maka aku mohon petunjuk-Nya untuk mencari agama yang paling Dia Redhai-Nya dan aku berjanji akan mengikuti agama itu. Dan aku mengingat bait bait kata itu dengan sungguh-sungguh.
Sehabis berdo’a selama lebih kurang lebih 15 menit, kemudian aku kembali ke Intensive Care Unit (ICU), ketika aku memasukinya, para doktor sedang mengelilingi putriku. Ketika aku berjalan ke arah mereka, doktor ahli bedah jantungnya menatap mataku dan berkata bahawa putriku sudah sembuh.
Para doktor di sekelilingku tidak mengerti apa yang sedang terjadi. Dia kemudian memberiku penjelasan tentang istilah medik dan caranya menjelaskan padaku bahwa putriku akan menjadi seorang bayi yang normal, dan aku merujuk pada doktor pakar lain, dan kusadari bahwa aku bukanlah satu-satunya orang yang merasa penjelasan itu tidak masuk akal. Dan kusadari meskipun penjelasan itu masuk akal baginya tapi terasa tidak masuk akal bagiku. Inilah pengalaman kerohanian dari Tuhan.
Aku berdo’a dengan tulus untuk pertama kalinya dalam hidupku dan aku hanya dapat percaya bahwa ini pasti terjadi karana campur tangan Tuhan Yang Maha Esa. Kami melakukan ujian ultrasound sebelumnya yang menunjukkan kondisi kehidupannya yang sudah sakarat, lalu kami melakukan test ultrasound lagi dan ternyata puteriku benar-benar normal. Dia tidak perlu dioperasi, dia benar-benar seperti anak normal lainnya, bahkan dia masuk perguruan tinggi tahun ini.
Ketika aku melihat keajaiban ini, kusadari bahwa aku telah berjanji. Dan kusedari jika aku tidak memenuhi janji itu, maka aku akan merasa bersalah. Aku berjanji pada Penciptaku semoga dia memimpinku kepada agama yang paling menyenangkan-Nya yang kemudian akan kuikuti, dan hal yang paling tidak kuinginkan adalah meninggal dunia sebelum memenuhi janji itu.
Jadi aku mulai buat kajian semua agama, aku membaca kitab suci berbagai jenis agama, aku mulai mempelajari Buddha, Taoisme, Shinto, Bhagavadgita, Hindu, juga mempelajari agama monoteisme, termasuk agama Yahudi dan Kristien.
Dari setiap agama yang aku kaji, aku pada dasarnya hanya mengambil kesimpulan “Tidak, bukan yang itu.” Tidak terlalu lama bagiku untuk meninggalkan Buddha, Taoisme, Hindu, sehinggalahaku mempelajari Yudaisme , agama orang yahudi maka akhirnya aku merasa seperti “hah, Ini baru suatu kebenaran.”
Tapi masih ada banyak hal yang tidak aku percaya. Aku melihat beberapa pertentangan dalam Perjanjian Lama yang aku tulis detail dalam buku (sila rujuk). Aku menemukan ramalam tentang TIGA nabi terakhir dan tentunya itu menimbulkan keraguan, jika nabi itu bukanlah Yohanes (Nabi Yahya A.S.) dan Jesus Kristus (Nabi Isa A.S), jadi siapa nabi itu? Jadi aku mulai mempelajari Kristen.
Ketika aku mempelajari Kristen, aku mencari ke segala tempat untuk jawabannya. Aku mempelajari Baptis Selatan, Quakers, Orthodox, Katolik Roma, Mormon, Seven Day Adventists, sehingga kepala aku jadi pening sebab terlalu banyak mazhab dalam Kristien yang kuikuti baik sekejap atau lama, dan pada akhirnya aku masih belum mendapatkan jawapanku.
Aku pergi kepada Paderi dan sesuatu yang jarang dilakukan umat Kristen adalah membaca Bible dan menanyakan kebenaran ayat-ayatnya. Dan tolong mengerti aku mengatakan ini bukan untuk menjatuhkan umat Kristen, aku tidak bermaksud mengkritik penganut kristien, maksudku bahwa sebagian besar penganut Kristen menerima iman mereka tanpa syarat, tanpa benar-benar menganalisisnya.
Aku lihat bahwa Jesus s menyebut dirinya sebagai anak manusia, jadi aku ingin Paderia untuk terangkan padaku, kenapa dalam ajaran Kristien menyebutnya sebagai anak Tuhan sedangkan dia menyebut dirinya sendiri sebagai anak manusia. Aku menemukan bahwa Nabi Isa ditanya apakah perintah Tuhan yang paling penting dalam 3 ayat yang berbeza, Dan dia berkata “Ketahuilah wahai Bani Israel, Tuhanmu adalah Tuhan yang satu.”
Dan aku tidak dapat menemukan konsep Trinii (Tuhan Bertiga) dimanapun. Jika kata trinity tidak ada dalam Bible, mengapa umat Kristen mengajarkannya, mengapa umat Kristen mempercayainya,? Dan mereka mengatakan itu berdasarkan Yohanes 4:7 tapi ternyata itu ayat palsu. Ayat itu tidak ada dalam manuskrip yang asli dan mengapa ayat itu telah dimodifikasi dalam Bible yang lebih modern?
Itulah sebannya korang tidak akan menemukannya dalam Red Letter Bible yang dipublikasikan pada zaman moden, korang tidak akan menemukannya membicarakan tentang hubungan Bapa, anak, dan Roh Kudus dan ketiganya adalah satu, korang tidak akan menemukannya lagi karena para sarjana zaman ini telah menemukan bahwa itu adalah ajaran yang menyesatkan.
Seperti disebutkan dalam rrujukan Bible Schorfield bahwa ayat itu adalah ayat yang ditambah-tambahkan, ayat itu adalah ubahan yang menyesatkan, dan aku ingin para Paderi menjawab pertanyaan ini tapi tidak satupun Paderi dari mazhab apapun atau dimanapun yang mmapu menjawabnya.
Akirnya, aku merasa lebih kehilangan arah daripada sebelumnya. Aku percaya pada ajaran Jesus, aku percaya bahwa dia adalah seorang nabi, aku percaya bahwa Tuhan itu satu, aku percaya bahwa hubungan manusia dengan Tuhan adalah langsung tanpa perlu perantara, aku percaya bahwa masing-masing kita bertanggung jawab atas perbuatan kita sendiri, aku tidak percaya bahwa kita membawa noda dari dosa warisan, sebuah dosa yang tidak pernah kita lakukan. Aku merasa aneh dengan teologi triniti, tapi aku setuju dengan segala sesuatu yang Nabi Isa ajarkan dan keduanya adalah hal yang berbeza dan tak ada Paderia yang dapat menjelaskan hal ini padaku.
Untuk beberapa tahun, aku terus mencari tapi tak menemukan apapun, karena di Amerika, agama terakhir yang orang-orang pertimbangkan adalah Islam.
Akirnya, ketika aku mempelajari Islam, tentang Nabi Muhammad, maka segala sesuatunya menjadi jelas sejelas jelasnya. Perjanjian Lama menjelaskan 3 orang nabi yang akan datang, Yohanes (Yahya A.S.), Jesus (Isa A.S.), lalu siapa yang ketiga? Yang ketiga adalah Nabi dari Islam, Muhammad S.A.W.
Semua ajaran Nabi Isa mengajarkan bahwa Tuhan hanya satu dan para Nabi termasuk dirinya sendiri adalah manusia biasa. Dia mengajarkan bahawa kita bertanggung jawab langsung dengan Tuhan tanpa seorang perantara, tidak perlu pengampunan dari Father dimana kau mengakui dosa-dosamu atau meminta pengampunan darinya. Dan aku dapat merasakan rantai wahyu dalam Islam bersifat kosisten.
Inilah alasanku masuk Islam. Aku sekarang mengerti bahwa Islam adalah agama penutup dari rantai wahyu Tuhan.
Dan itulah kisahku yang paling peribadi. Tuhan akan memimpin siapapun yang Dia mau. Jika korang jujur, maka Dia akan memimpinmu dijalan yang lurus ini. Tapi jika korang punya penyakit hati, jika korang tidak jujur, tak ikhlas, atau jika korang mempunyai hasrat duniawi dimana korang tidak menempatkan Tuhan sebagai tujuan utama korang, dengan mudahlah korang akan terjatuh dalam ujian kehidupan ini.
Ringkas cerita, beberapa tahun kemudian, sebagai seorang doktor, aku mempunyai seorang pesakit yang mempunyai anak lelaki yang terlahir dengan penyakit jantung yang merbahaya dan nampaknya dia akan mati. Dia berdo’a kepada Tuhan agar anaknya diselamatkan dan dia juga berjanji sama sepertiku. Kemudian anaknya sembuh sama seperti puteriku, tapi dia tidak menepati janjinya, dia kembali menjadi atheist.
Dan hal ini menyimpulkan kisahku, karena ketika aku menyaksikan hal itu, aku sedar bahwa aku tidak menjadi muslim karena aku sangat pintar, bukan karena bakat, tapi adalah petunjuk dari Tuhan sendiri. sementara masih ramai lagi orang lain tidak dapat menemukan kebenaran Islam. Wanita ini berada pada situasi yang sama denganku. Dia berdoa untuk keselamatan puteranya yang mengalami gangguan jantung yang kekal, sama seperti puteriku yang mengalami gangguan jantung. Dan apa perbezaan diantara kami berdua? Perbezaannya adalah, Allah memimpinku kepada Islam kerana aku ihklas. Sedangkan wanita itu, entah mengapa dia tidak ikhlas. Lalu dia gagal dalam ujiannya.
Jika ada satu pesan yang ingin kusampaikan kepada kalian adalah, kita datang kepada agama kebenaran bukan karena kuasa kita kecuali jika kita membuat pilihan untuk memilihnya dan memintanya dengan sunguh-sengguh. Allah memimpin orang yang Dia kehendaki. Berdoalah kepada Tuhan dengan ketulusan hati, minta kepada-Nya untuk memimpin hati dan fikiranmu kepada agama kebenaran dan agar dia memberi kemanisan dalam agama itu. Dan jika korang memang berniat ikhlas dan sebaik Allah menjawab doamu, Insya Allah, maka korang akan merasakan kedamaian yang abadu menusuk ke dalam hatimu. Dan Insya Allah korang akan bergabung sebagai salah seorang saudara muslim kami.
Terima kasih kerana sudi membaca tulisan ini, kita akan melanjutkan lagi di lain waktu, Insya Allah, dan aku berharap dapat bertemu lagi denganmu. Salam damai dan semoga Tuhan memimpin kita semua.
hidup adalah ujian bukan tujuan 在 Facebook 的最讚貼文
Ulangkaji 5 nikmat hidup...
Satu hari Anak bertanya:
“wahai ayah, Apa yang paling penting dalam hidup?”
Lalu saya Tanya anak balik:
“Apakah masalah terbesar dalam hidup hingga Nabi pun menangis?”
Anak jawab betul, dan bila bincang tentang masalah itu, semua masalahnya yang lain menjadi kecik dan simple sahaja.
Memang betul, dalam hidup ini, jika kita faham tentang masalah terbesar dalam hidup, maka segala ujian, kesusahan, penderitaan, dan lain alain ujian semunya adalah sangat kecil.
Jadi, apakah masalah terbesar itu?
Apakah masalah terbesar dalam hidup hingga Nabi pun menangis?
Alkisahnya ada seorang buta berjumpa dengan seorang ustaz, katanya tuhan tidak adil…
Kenapa?
Kerana kata si buta, dia solat, puasa, dan tak buat jahat, tapi matanya masih buta. Setiap hari dia berdoa agar matanya dipulihkan, tapi bangun di malam hari yang sunyi dan gelap selamanya, menangis tak faham kenapa matanya masih buta? Sedangkan orang lain ada yang buat jahat, tak solat, berzina tapi matanya celik. Tuhan tak adil katanya.
Lalu tanya ustaz, “adik.. Apakah masalah terbesar dalam hidup hingga Nabi pun menangis?”
Nabi tak menangis melihat Abdullah bin Mat tom yang buta, tapi Nabi menangis bila bapa saudaranya yang kaya dan tidak cacat, tapi bila mati tak sempat beriman kepada Allah.
Jadi tuan tuan dan Puan puan, apakah masalah terbesar dalam hidup?
Masalah terbesar dalam hidup adalah HIDUP TAPI TAK KENAL SIAPA TUHAN KITA, hidup tak beriman itulah bencana terbesar.
Sebab tu Nabi menangis ketika melihat mayat orang kafir dikebumikan, sahabat tanya kenapa menangis? Bukankah itu orang yahudi?, kata Nabi, baginda menangis sebab terkenangkan nasib orang itu yang akan di bakar dalam api neraka buat selamanya.
Tuan tuan, kita tengok cina mati berarak naik kereta mewah, tahu tak yang mereka sedang di bawa ke lembah neraka dan akan menderita selamanya?
Tahu tak Firaun, Haman, Namrud, Qarun yang hidup kaya raya tapi tak beriman kepada Allah sekarang sedang menderita dalam kubur dan jika diberi peluang akan sanggup hidup didunia menjadi orang buta asalkan dapat beriman kepada Allah!
Jadi kepada sibuta, memang berat ujian kamu, tapi syukurlah kerana masih mendapat nikmat mengenal Allah, menyebut nama Allah, beriman kepada Allah, sebab dalam dunia ini, ada orang buta yang kafir yang mana mereka akan mati dalam keadaan buta dan masuk neraka selamanya!
Tapi kamu yang diuji dengan ujian mata buta, jika sabar dengan ujian buta, dan andai kata malam ini kamu mati dalam keadaan beriman kepada Allah, maka kamu akan masuk syurga dan celik serta Bahagia selamanya di sana, nikmat mana lagi yang kita dustakan?
Jadi nikmat yang paling besar adalah nikmat dapat kenal Allah. Tiada nikmat yang lebih besar dari nikmat ini, dan masalah terbesar dalam hidup adalah bila kita tak kenal siapa Tuhan kita, itulah masalah terbesar dalam hidup yang semua ahli neraka sanggup buat apa sahaja agar dapat kembali kedunia untuk beriman walaupun hanya sepemerahan susu lembu kadar hayat, tak apa, asalkan dapat kenal Allah, dan beriman kepada Allah sebelum mati.
Selalu dengan kisah mualaf masuk islam, apa yang mereka mahu? Wang zakat? Kahwin orang melayu? Tak…, Mereka sangat mahukan, ibu bapa mereka juga dapat mati dalam keadaan beriman.
Uztaz Ebit lew cerita kisah betapa syukurnya emaknya mati dalam keadaan sempat kenal Allah.
Ustaz Ravi cerita betapa gembiranya dia kerana, emaknya mati dalam keadaan sempat kenal Allah.
Jadi anakku masalah terbesar dalam hidup adalah bila kita tak kenal Allah.
Renung nikmat beriman ini, maka segala masalah akan menjadi kecik.
Terima kasih Allah, bagi kami Islam,
Senang cerita, wahai Anakku, ada lima perkara paling penting dalam hidup iaitu:-
1) Agama:
Pertama kita kena sedar kita sedang berada dalam nikmat yang paling besar, tiada nikmat yang paling besar dari nikmat dapat beriman kepada Allah. jagalah agama sepanjang hidup ini kerana inilah perara yang paling utama! Dengan agama, kita layak masuk syurga tapi layak juga masuk neraka kerana abaikan agama, maka carilah ilmu agama, amal dan sampaikan, faham?
(anak angguk tanda faham)
2) Keluarga:
Nabi adalah orang yang paling baik dengan keluarganya, memeluk dan mencium anak anak, bergurau senda, dan lain lain, maka hidup ini akan sepi tanpa cinta dan semua orang perlukan cinta, sebaik baik cinta pada manusia adalah pada keluarga, dan di hujung usia, jika orang yang kita sayang sakit dah lumpuh, dengan cintalah kita akan mampu menjaganya hingga hujung hayat, sanggup suap makan, sanggup basuh najisnya, peluk dan belai dengan penuh ikhlas, semua itu adalah cinta.
Korang main game online dengan kawan, ayah panggil ajak makan, korang cakap kejap!, geme sedang online tak boleh pause nanti kawan perli, lalu ayah dan bonda makan tanpa korang padahal jika korang sakit terlantar ada kawan game korang nak suap makan? Nak tukar lamping korang jika terlantar?
Kawan ni kita borak sampai kedai kopi tutup, lepas tu sembang lagi sambil berdiri sebab banyak topik best, tapi esok kita lumpuh ada dia datang hari hari nak mandikan kita?, nak tukar basuh kencing berak?, suap makan? Ada?
Maka jagalah hubungan dengan ibu ayah, selalu jengah ayah dan ibu walaupun kita sibuk, selalu cari masa agar dapat Bersama orang yang kita sayang, si ibu bapa pula luangkan masa dengan anak, dan tolong hidup ini jangan sakitkan hati orang yang kita sayangi atau orang yang sayangi kita. Tolong!
Hidup terlalu singkat untuk bergaduh maka berdamai dengan semua ahli keluarga adalah tujuan utama cinta dalam untuk meneruskan hidup yang Bahagia, faham?
(anak angguk tanda faham)
3) Kesihatan
Nabi menjaga kesihatan, maka makanlah dengan ilmu, dan bersenamlah dengan ilmu, bersukanlah dengan ilmu, beriadahlah dengan ilmu, usahakan agar kesihatan kita membuatkan kita lebih mampu beribadat dan lebih bermanfaat kepada keluarga. Ayah Alhamdulillah mampu derma darah tiap enam bulan, mampu (hiking) naik puncak tertinggi Malaysia (daki kinabalu), mampu menyelam (diving) dan berenang(snorkeling), kini dah boleh berkuda, Alhamdulillah, sangat seronok hidup bila sihat (dan nikmat ini akan hilang bila tua)
Maka Buatlah target kita yang nak jaga pasangan kita yang sakit, bukan pasangan kita yang nak kena jaga kita yang sakit. Bila kita sakit siapa yang nak jaga kita? Allah! Dia selalu ada bagi mereka yang bersabar. Faham?
(anak angguk tanda faham)
4) Kerjaya
Hidup perlukan wang dalam poket agar kita boleh tolong orang, makanan atas meja agar anak bini tak lapar, dan stok makanan dalam peti ais agar anak bini tak risau, barulah hidup kita tak menyusahkan orang, maka carilah ilmu agar dapat mencari wang tanpa abaikan agama, cari wang dan meriahkan keluarga, cari wang tanpa abaikan kesihatan dan cinta. Cari wang perintah Allah!
Rukun Islam yang wajib ada dua tempat perlu pada wang, iaitu zakat dan haji, maka carilah kerjaya yang boleh banyak dapat wang, tanpa abaikan agama dan keluarga, insyaAllah. Target jadi orang kaya yang baik, jangan target nak jadi kaya perasan baik. Jangan sengaja jadi orang miskin.
Rezeki berganda akan sentiasa ada bagi orang yang berusaha, maka fahami zaman kamu cara wang bekerja, maka mudahkan wang itu datang ke poket kita. Dah banyak wang jangan lupa bantu orang, sungguh tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Faham?
(anak angguk tanda faham)
5) Masa lapang.
Masa lapang adalah nikmat kelima terbesar selepas kerjaya, kesihatan, cinta, dan agama.
Maka masa lapang adalah masa lapang, jangan sibuk kerja sampai tak ada masa lapang, dan fitrah manusia perlukan masa lapang untuk “me time”, buat apa yang kita suka, baru tak stress, orang panggil HOBI.
Hobi ayah adalah membaca, menonton dan menulis, tapi pastikan hobi kita bukan bertaraf ‘end user’, iaitu hanya untuk kepuasan kita, biarlah hobi yang boleh dikongsi dengan orang lain dan memberi kebaikkan, lagi bagus jika hobi kita dapat membantu agama, dapat membantu keluarga, dapat membantu kesihatan dan dapat wang! Oleh sebab itu, apa yang ayah tonton, baca, ayah akan tulis balik dengan bahasa yang mudah agar orang boleh ambik manfaat dari pengalaman ayah. Nampak tak?
Akhir kata, sungguh dalam hidup ini, susunlah hidup dengan baik, ingat lima perkara yang ayah ceritakan tadi, dan sungguh hidup ini adalah untuk di urus, bukan untuk di risaukan, bila kita berjaya, kita kena urusan kejayaan agar kejayaan kita tak menjadi sebab masuk neraka, (dunia ini dipenuhi oleh orang yang gagal uruskan kejayaan sampai lupa tuhan)
Dan bila kita gagal, kita juga kena uruskan kegagagalan agar tidak menjadi sebab masuk neraka. (dunia ini juga dipenuhi oleh orang yang gagal uruskan kegagagalan hingga buat perkara yang bukan bukan, buat jenayah dan bunuh diri-nauzubillah!)
Sungguh, kerisauan sebenar bukanlah untuk dunia, tapi akhirat. Faham?
(Anak tak angguk, tapi terus tunduk suasana sunyi sepi, saya toleh, semua anak dah tidur. Adohai)
Takpe, ayah tulis balik pesanan ini, dan satu hari waktu mengeteh di kubur ayah sambil membaca pesanan ini, bacakan sama untuk ayah, Al Baqarah.
Woha!
Jemput follow chanel youtube saya dan set #seefirst. Untuk belajar lebih banyak tentang nota agama kepada diri: InsyaAllah
https://www.youtube.com/user/HamkaMayat. (YouTube)