Semalam, dari Artikel “Kenapa Tuhan tidak bantu Palestin”, yang mendapat 3 ribu like, dan 2 ribu share, ramai yang komen positif berterima kasih dan ada juga komen dari bukan Islam, namun suka saya nak respond dari ruang komen akan soalan ini:
“Abang mayat, Nanti boleh kongsi cerita saidina Aisyah perang dengan saidina Ali pulak? .. tak pernah tau pun…”
Baiklah, Saya akan cerita kisah Perang Jamal, Saidina Ali r.a lawan Saidina Aisyah r.aha.
Dinamakan perang Jamal, atau Perang Unta kerana Aiysah sertai perang berada atas unta berperisai, dan unta itu menjadi lambang kekuatan Tentara Aisyah yang mana jika tewas Unta, maka berakhirlah perang.
Perlu di ingat bersama Aisyah adalah Talhah r.a.
Bagi yang tak tahu, Talhah dan Saidina Ali kedua duanya di jamin Syurga oleh Nabi, namun kerana perbezaan pendapat, kedua duanya terlibat dalam perang yang mengorbankan hampir 18 ribu nyawa orang islam.
Ulamak Sunnah wal Jamaaah mensucikan keduanya, perang itu berlaku kerana salah faham, dan hasutan orang munafik serta Khawarij, niat mereka berdua adalah betul, satu mempertahanakn hokum Qisas, satu lagi mepertahankan hokum Khalifah, maka kedua duanya tetap ke syurga kerana Janji Allah kepada Nabi itu benar.
Maka fahamlah kita apabila, sahabat Nabi yang keduanya dijamin Syurga boleh berbeza pendapat hingga tiada jalan perdamaian melainkan perang, maka apatah lagi kita ummat islam pasti ada yang akan bergaduh sesama sendiri.
Namun dalam bergaduh tetap ada adab adabnya,
Alkisah Sebelum perperangan bermula, maka Saidina Ali r.a sebagai wakil kerajaan telah bermuzakarah dengan saidina Zubair yang bertindak sebagai wakil dari pihak pembangkang, setelah bermuzakarah dan masing masing tetap dengan pendirian masing-masing, maka mereka telah menangis dan saling berpelukkan.
Inilah sifat sahabat sebelum masing masing mencabut nyawa sesama mereka.., ini bukan perang mulut atau poster, perang artikel atau perang lontar batu dan gas pemedih mata, ini adalah perperangan maut, senjata di angkat, bolehkah kita memeluk musuh kita dengan penuh kasih sayang, sebelum saling bunuh membunuh?
Lupakan cerita kita, kita balik kepada medan perperangan itu, mari kita belajar dari sahabat akan bagaimana adab ‘bergaduh’.
Pada mulanya hanya duduk hadap menghadap, tapi campurtangan dari pihak khawarij dan munafik yang melontar panah dan mebakar khemah, maka perang bermula.
Lalu bermulah perperangan...
Hujung pereprangan, unta yang di tunggang Aisyah r.ha telah tercedera dan Aisyah telah terjatuh, melihat keadaan itu saidina Ali telah menghantar adik Aisyah yang menyebelahi Kerajaan iaitu Muhammad bin Abu bakar untuk membantunya, kemudian apabila saidina Ali dapat bertetang mata dengan Aisyah, lantas bertanya:
“Ibu yang tercinta? Adakah ibu tercedera? Semoga Allah mengampunkan kesalahanmu”
Lalu Aisyah menjawab;
“Semoga Allah mengampunkan kesalahanmu jua."
Moralnya di sini, walaupun masing masing mengakui musuh mereka telah tersilap, tapi mereka sentiasa berdoa agar Allah mengampukan dosa-dosa musuh mereka.
Tapi tidak dengan politik kita hari ini, kita bukan ada keinginan untuk berdoa keampunan musuh kita, malahan kita suka jika musuh kita mendapat susah, dan merasa tersiksa bila musuh kita mendapat nikmat, malahan yang lebih teruk apabila kita akan menuduh mereka sebagai ahli neraka dan kafir dan mendokan bala di timpa pada sesame ummat islam, adohai…
Ketahuilah, walaupun sahabat Nabi berbeza pendapat tapi mereka tetap bersatu di bawah akhlak terpuji, menjaga hati dan maruah masing masing, Dalam perperangan, apabila mereka berhenti dan mendirikan solat, ada tentara Muawiyah yang bersolat di belakang Saidina Ali, apabila di tanya kenapa solat di sini, katanya, bacaan saidina Ali lebih bagus.
Dan apabila mereka berehat untuk makan pula, ada tentara saidina Ali yang makan bersama tentera Muawiyah, apabila di tanya kenapa makan di sini, katanya, lauk di sini lebih sedap.
Maka kita hari ini, ada yang tidak sanggup bersolat di belakang imam kerajaan dan ada yang tidak sanggup makan sembelihan musuh mereka dengan anggapan bahawa musuh kita itu telah kafir, naduzubillah.
Sabda Nabi lebih kurang maksud, sesiapa yang mengatakan orang lain sebagai kafir sedang orang itu tidak kafir, maka yang berkata itulah yang kafir, alangkah bahayanya!!
Dalam hadith lain, Nabi bersabda:
Seseorang berkata, aku bersumpah dengan nama Allah bahawa Allah tidak akan mengampunkan si polan dan si polan, lalu Allah menjawab ; siapakah orang ini yang bersumpah dengan namaKu bahawa Aku tidak akan mengampuni orang itu?
Sesungguhnya Daku telah mengampuni orang itu sedangkan orang yang bersumpah itu Daku katakan kepadanya; segala amalan mu batal dan sia-sia.
Menurut sebuah hadith terdapat dua orang di kalangan bani Israel, seorang ialah abid dan seorang lagi pendosa besar, Selalu si abid memberi amaran kepada pendosa. Suatu hari si abid ini terlihat pendosa ini melakukan dosa besar lalu diapun berkata kepada pendosa tadi; Aku bersumpah dengan nama Allah, Allah tidak akan mengampunkanmu.
Maka terjadilah bahawa apabila kedua-duanya menjadi mayat, dan kedua-duanya di bawa ke hadapan Allah, lalu Allah berfirman kepada si abid, “adakah kamu anggap bahawa kamu boleh menyekat nikmat-nikmatKu daripada turun dengan sumpahmu?
Kepada pendosa Allah berfirman, masuklah ke dalam shurga dengan rahmatKu”
Maka perintah pun di berikan supaya si abid itu di humbankan ke dalam neraka.
Mengenai si abid ini berkatalah Abu Hurairah r.a sahabat Nabi:
”kerana satu perkataan, dia membinasakan diri dan ugamanya”
Maknanya di sini, bukanlah aku nak kata orang buat dosa boleh senang hati buat dosa bila dengar hadith ini, itu cerita lain, maksud aku adalah, janganlah kerana beremosi dalam politik, lalu korang cakap pemimpin Umno, PH, PN, PAS, dan lain lain masuk neraka, doa kapal terbang mereka jatuh atau doa pecah perut dan sebagainya, itulah yang hampeh! Janganlah kita membinasakan diri dan ugama dengan perkataan perkataan yang jelik dan menjatuhkan maruah.
Arakian, selepas perang tamat, Apabila saidina Ali melihat mayat Muhhamad bin Talhah r.a terbujur kaku, beliau berkata:
"Semoga Allah merahmatimu,sesungguhnya kamu adalah seorang ahli ibadat, berdiri malam dalam solat, berpuasa pada hari yang panas terik”
Beginilah para sahabat melayani dan menangani maruah serta kehormatan lawan mereka. Adakah kita hari ini sanggup bercerita tentang kebaikkan musuh kita, walaupun selepas mereka menjadi mayat?
Nabi bersabda, barangsiapa yang menyakiti hati seorang islam, maka dia telah menyaktiku, Dan barangsiapa yang menyakitiku, menyakiti Allah.
Ketahuilah, orang islam yang kamu umpati dan caci itu akan mendapat ganjaran amal ibadat kamu, nah!! sekarang kerana marah pada musuh kamu, maka ambiklah segala amalan aku? Tak ke bangang amalan itu?
Ada lagi, apabila Muawayyah r.a ada masalah ugama dan beliau tidak tahu hukumnya, maka beliau telah bertanya kepada Saidina Ali r.a, walaupun mereka berbeza pendapat tapi bukan dalam semua hal, kita hari ini bila bergaduh sanggupkah rendahkan diri pergi minta tolong musuh kita selesaikan masalah kita?
Sanggupkah?, tapi kita dengan bodoh sombong membatalkan semua kebaikkan mereka, inilah perkara yang benar-benar rugi dalam masyarakat islam.
Arakian dalam perperangan ini, Saidina Ali r.a telah menang, tapi harta tidak dirampas, mereka yang letak senjata tidak diapa apakan, mereka yang lari tidak di kejar, mereka yang cedera dirawat, jenazah urus bersama cara islam dan saidina Ali tidak menjadikan mereka sabagai hamba tawanan seperti biasa yang di lakukan oleh Nabi dalam mana-mana perperangan.
Ada orang yang mempertikaikan kepututsan saidina Ali membebaskan tawanan perang begitu sahaja, dengan alasan Nabi tidak berbuat demikian, ini bidaaah! lalu saidina Ali jelaskan lebih kurang maksud bahawa Nabi berperang dengan orang kafir sedang beliau berperang dengan orang islam dan tanya saidina Ali, : "adakah kamu sanggup Ibu orang islam, isteri Nabi (Aisyah r.a ) menjadi hamba kamu?"
Maka moralnya, dalam perang sesama islam, bila sudah di takdirkan kalah, bersatulah dengan yang menang dan yang menang, maafkan mereka yang bersalah.
Allah akan menambahkan kemuliaan mereka yang memaafkan orang-orang yang zalim. Apatah lagi kemuliaan yang kita dapat apabila memaafkan orang islam yang hanya berbeza pendapat.
Satu lagi, Saidina Ali r.a di tanya apakah pendapat beliau tentang orang yang tidak melibatkan diri dalam perperangan ini?
Jawab saidina Ali: "mereka adalah orang yang tidak mencampakkan dirinya dalam kebaikkan dan juga tidak mencampakkan diri dalam kebinasaan."
Moralnya di sini, jika ada ummat islam yang tidak terlibat dengan politik kita, janganlah letak hukum mereka sebagai kafir atau sesat, tiada pendirian, lalang dan sebagainya, kerana apabila di tanya kepada Saad bin Waqas r.a yang tidak menyertai perperangan itu, beliau ada hadith tersendiri yang membenarkan tindakkan beliau,
Satu lagi, sahabat sahabat yang sedang berdakwah di seluruh alam, yang tidak pulang menyertai perperangan itu, mereka betul dalam amalan mereka, perkara ini sudah berlaku di zaman Abu Bakar r.a lagi, yang mana apabila Rom dan Parsi mengancam Madinah, di tambah munculnya nabi palsu dan orang murtad serta golongan yang enggan membayar zakat, tapi Abu Bakar r.a tetap menghantar jemaah Dakwah Usamah ke seluruh alam walaupun pada mulanya Saidina Umar tidak setuju, namun akur pada keputusan Khalifah Abu Bakar, dan bersaksilah bahawa keputusan itu adalah terbaik kerana Ummat islam telah mendapat kemenangan besar pada hari itu.
Sesungguhnya mereka benar dalam berjihad...
Maka kesimpulannya secara ringkas, berikut adalah adab apabila ‘bergaduh’ dalam islam, pastikan:-
• Tidak menyakiti Hati orang islam yang berpeza pendapat.
• Rasa kasihan pada Ummat islam yang berbeza pendapat lalu berdoa kepada Allah agar di ampunkan dosa ‘musuh’ kita.
• Cuba cari jalan untuk berdamai dengan bermesyuarat.
• Jangan cerita buruk mereka dan Jangan kafirkan mereka, walau sebagaimana jelekpun mereka.
• Tahan marah kamu, tekan nafsu kamu dan ceritalah kebaikkan mereka.
• Jika ada masalah yang dapat musuh kamu bantu, kenapa tidak menggunakannya?
• Apabila kamu bergaduh dan berperang, anggaplah yang menang adalah keputusan Allah, kemudian bersatulah dengan mereka, jangan hidup berpuak puak.
• Yang menang, maafkan mereka yang kalah..
• Jangan anggap orang yang tidak bersama kamu sebagai sesat...
• Keluarlah berdakwah, ajaklah ummat kepada membesarkan Allah, bukan kepada parti, pada negara, dan pada makhluk, apabila semua Ummat ini menyeru hanya kepada Allah, maka Ummat akan bersatu. InsyAllah.
Panjang nak tulis, ini antara intipati perkongsian saya dalam Bicara Karya anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka bertempat di Perpustakaan Kuantan.
Judul Buku yang saya pilih : Fitnah Terbesar Dalam Sejarah Islam oleh Syekh Taha Hussien.
Link video penuh: https://youtu.be/m4TDLuOKO4w
hidup dalam kemuliaan tuhan 在 Facebook 的最佳解答
Assalamualaikum abang Mayat
Soalan ni datang di sebabkan saya sedang berdebat dengan non muslim. Soalan ini juga bukan bermaksud saya goyah. Ianya cuma saya sedang mencari jawapan yang pasti. Supaya tidak ada kebencian di kalangan Non muslim terhadap Islam. Niat saya satu, agar mereka nampak kemuliaan dan kebenaran Islam.
Kenapa kita menjatuhkan hukuman mati ke atas orang murtad sedangkan Islam bukanlah agama paksaan? Sebagai contoh, A adalah seorang yang baik. Tetapi memilih untuk memeluk agama selain Islam, dan tidak memusuhi Islam. Masih berperilaku baik.
Mohon pandangan Abang mayat.
********
(Jawapan Hamka keretamayat)
Waalaikumusalam, Sungguh Hidup kita tak lama, sampai mati sahaja.., bila kita mati? Mungkin esok, maka esok kita akan jumpa Tuhan. Sungguh hidup ini terlalu singkat untuk mempertikaikan Kehendak Tuhan.
Okey, Bab bunuh orang murtad, bukan semua orang boleh pergi bunuh, tapi Kerajaan Islam yang akan laksana hokum bunuh selepas terbukti mempunyai tujuan yang jahat, ikut sejarah, akan ada peluang bertaubat, peluang dipujuk dan peluang diberi masa.
Jadi bab kenapa kena bunuh orang murtad sedang mereka ada yang baik-baik? Sama macam kes keldai dadah, ada yang baik baik, tapi bila edar sekilo dadah, kena gantung sampai mati! Sebab cuai dalam memilih kepercayaan jadi keldai Dadah boleh kena hokum mati (ikut negara tertentu) maka cuai dalam memilih Akidah juga ada hukuman mati kut kawasan melaksanakannya.
Jadi bab Murtad hukumnya bunuh..
Ringkas pendapat saya, sangat berharap agar tak ada ustaz ulamak akhir zaman cuba ubah tafsir Al quran atau tafsir hadisdengan fatwa normal baru, iaitu “orang murtad tak payah bunuh” dengan hujah kononnya ayat Al quran tu ayat umum, hadith mungkin silap, zaman dah tak sesuai, tiru abu jahal, mencemar imej islam, bla bla bla..
Pada pamahaman saya, bila orang murtad, Allah tak mahu orang tu hidup, of course Allah can kill them directly by cardiac arrest, but.. tugas ini perlu di laksana oleh pemerintah yang adil, ini hukum islam, buat apa nak pertikaikan lagi, biarlah hukum bunuh pada orang murtad ini kekal, kerana ini perintah Allah, Nabi tak copy budaya abu jahal, sebab abu jahal seksa dahulu sebelum bunuh, tapi Nabi pujuk dan tangguhkan masa dengan beri peluang taubat, jika bertaubat, tak payah bunuh.
Jadi.. besarlah harapan saya, janganlah ada lepas ni ustaz politik yang nak raih undi bukan islam akan keluar fatwa, “orang murtad tak payah bunuh”
Maka saya percaya, dengan fatwa ini, orang kapir yang jahat akan ambik kesempatan pura pura masuk islam, tafsir al quran dan raih undi orang islam, bila dah menang, selamba murtad sebab tak de hukuman bunuh.., tapi saya nampak betapa baiknya hukuman Allah ini, sehingga di seluruh dunia, orang kapir tak mampu nak politikkan islam dari segi agama, mereka sanggup bergabung, bagi derma, berdemotrasi sama sama, diam waktu azan, makan dalam talam guna tangan, tapi jika pura pura masuk islam, mereka tahu akibatnya, mampus kena bunuh...
Jadi kepada yang bertanya, bayangkan jika hukum murtad dilepaskan begitu sahaja, saya rasa dah lama agama islam akan terkubur dan jadi alat mainan poliktik sebab orang kapir boleh masuk islam dengan niat kucar kacir dan keluar tanpa apa apa risiko,
Tapi dari zaman dahulu sampai sekarang, dengan hokum yang tegas ini, orang berniat jahat pada islam hanya mampu duduk pada ‘sempadan’, tak boleh pergi jauh.., dan cara mereka nak musnahkan islam adalah lagakan orang islam sama sendiri, itupun dah buat orang islam huru hara, jika murtad di benarkan, atau jika hukum murtad kena bunuh tak ada langsung dalam islam, saya rasa dah lama Parti ala ala Komunis akan pura pura masuk islam, dan akibatnya, arghh, korang pikirlah sendiri..,
Akhir kata, islam adalah agama yang benar, tiada U turn dalam agama ini, siapa yang ragu ragu jangan masuk, kerana Islam tidak berkembang dengan paksaan, dan tidak berkembang dengan mata pedang,
Buktinya, walaupun dengan larangan zina, tak boleh minum arak, solat 5 waktu setiap hari, puasa sebulan dan lain lain mujahadah termasuk bersunat atau hukum bunuh mereka yang murtad, tapi hari hari ada orang masuk islam, malahan agama yang benarkan pengikut murtad, kurang popular berbanding dengan islam yang tidak benarkan murtad, menurut wikipedia, islam adalah agama paling pantas berkembang di seluruh dunia.
Jadi bro, isu murtad kena bunuh ni langsung takde isu bagi mereka yang nak masuk islam sebab hanya agama yang benar sahaja sanggup bagi hukuman bunuh pada orang murtad kerana kebenarannya, tak perlu saya ulas lebih lebih kot, cuma masalah bila mereka yang islam dari kecik, bila besar baru nak murtad, memang patut kena bagi kauseling (zaman saidina Umar, ada orang murtad yang kena kaunseling bertahun tahun, no problem, ikut pengaruh dia), lagipun, sejarah dah buktikan, Hukuman mati tidak langsung menakutkan TRUE BELIEVERS, so kenapa nak takut?, biar mati bermaruah dari hidup menghinakan diri..
Akhir kata: mari kita fikirkan.. Kenapa orang yang boleh minum arak dan berzina, tiba tiba tinggalkan semua kebebasan itu kerana mahu masuk agama islam yang larang zina, larang munum arak, dan BUNUH jika murtad, manakala mereka yang mahu murtad pula mahukan kebebasan minum arak atau kebebasan berzina dan mahukan hukum murtad di kaji balik, kenapa ek?
Itulah Hidayat, yang Allah berikan kepada mereka yang mahu mencari kebenaran andai korang mahu mengerti. Hidayat ni mahal, dan Hidayat tak terkesan dengan hukuman Murtad!
Secara kesimpulannya, agama ni datang dari Tuhan, dan agama ni datang dalam betuk arahan, dan arahan ni ada yang pandang perfect(believer) dan ada yang pandang flaws(atheist), sebagai contoh dalam Al quran Allah perintah makhluk lain sujud pada Nabi Adam, bagi malaikat, perintah ini perfect, merekapun sujud, tapi bagi syaitan, perintah sujud pada adam, di anggap flaws, syaitan bantah, siap dengan hujah, tapi akhirnya syaitan masuk neraka.
So just because islam look flaws from devil eyes, doesn’t mean God does not exist.
Woha!
hidup dalam kemuliaan tuhan 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
Nama Nama Anak Perempuan ( A-Z )
1. Aafiya - Vigour/Vitality
2. Aafiyah - Sehat, Selamat
3. Aamal - Harapan-Harapan
4. Aaminah - Dapat Dipercaya, Aman
5. Aathifah - Belas Kasih, Perasaan
6. Aathirah - Harum
7. Adabiah - Kesopanan, Beradab
8. Adara - Dara; Cantik
9. Adawiyah - Ubat, Penawar
10. Adeeba - Yang Bertamadun ( Cultured, Civilised )
11. Adelia - Keadilan Kita
12. Adibah - Berpengetahuan, Beradab
13. Adilah - Adil Seksama
14. Adlina - Keadilan Kita
15. Adni - Salah Satu Nama Syurga
16. Adra / Azra - Dara; Cantik
17. Adriana - Nisbah
18. Afeefa / Afifa - Honest, Upright
19. Afia - Tenaga, Kekuatan
20. Afiah - Kesejahteraan
21. Afifah - Yang Bermaruah; Yang Terpelihara Kehormatan Dirinya
22. Afina - Yang Memaafkan
23. Afiqah - Yang Sangat Berpengetahuan
24. Afra - Malam 13 Purnama
25. Afrah - Hiburan, Kesenangan
26. Afraima - Kesuburan
27. Afrin - Beruntung; Praise
28. Afrina - Putih Kemerah-Merahan
29. Aimy - Keberkatan
30. Ain - Mata
31. Aina / Ainaa’ - Mempunyai Mata Yang Cantik
32. Ainan - Mata Air
33. Ainani - Dua Buah Mata Air
34. Ainul - Mata
35. Ainun - Mata
36. Airis - Sejenis Bunga - Iris
37. Aisy - Kemakmuran Hidup
38. Aisyah - Hidup Bahagia
39. Aiyani - Nisbah
40. Akalili - Mahkotaku
41. Aakifaah - Sibuk; Yang Menumpukan Perhatian
42. Akifah - Dedikasi
43. Akma - Yang Sempurna
44. Alani - Ketinggian
45. Alanna - Kami Melunakkan
46. Aliah - Yang Tinggi
47. Alisha - Dilindungi Tuhan
48. Aliya / Aliyah - Tinggi, Yang Paling Mulia
49. Almira - Puteri
50. Alwani - Warna-Warni
51. Alya - Ketinggian
52. Amal - Cita-Cita, Harapan
53. Amalia - Cita-Cita
54. Amalina - Panjang Usia & Kenikmatan Hidup Kami
55. Amanda - Disayangi
56. Amani - Cita-Cita; Ketenanganku; Perlindunganku
57. Amanina - Cita-Cita Kami, Harapan Kami
58. Ameera / Amira / Amirah- Puteri
59. Aminah / Ameenah - Boleh Dipercayai, Dapat Dipercaya
60. Ammara - Yang Kuat Iman; Yang Bersabar
61. Amni - Ketenangan
62. Anan / Anaan - Awan
63. Anaqah - Cantik Dan Menarik
64. Anati - Lemah Lembutku; Kesopananku
65. Aneesa / Anisah - Yang Mesra, Penglipur
66. Anis - Yang Menenangkan Hati
67. Aniqah - Cantik Dan Menarik
68. Annur - Cahaya
69. Aqeela - Yang Terbaik
70. Aqilah - Cerdas, Pandai
71. Ardini - Isteri Yang Menyayangi
72. Arfa - Yang Tinggi, Mulia
73. Arfah - Gembira
74. Ariana - Full Of Life
75. Arina - Cergas
76. Arissa - Azam, Kuat
77. Asyfa - Penyembuh
78. Athilah - Murni, Mulia
79. Athirah - Yang Utama, Yang Mulia
80. Atiya / Athiyyah - Pemberian
81. Atifa / Atifah - Bersimpati, Penyayang
82. Atikah - Pemurah, Berani, Bersih, Yang Murni
83. Atiqah - Yang Mulia, Yang Dipilih
84. Auni - Lemah Lembutku; Ketenangan
85. Awa - Malaikat Yang Cantik, Malam
86. Awliya - Kekasih
87. Awatif - Perasaan, Kesayanganku
88. Awfiyah - Berani, Kuat
89. Ayesha - Name Of Prophet Mohammad's (p.b.u.h.) Wife
90. Azalia - Kekal Abadi
91. Azza / Azzah - Rusa
92. Azzalea - Kekal Abadi
1. Dafinah - Kekayaan Yang Tersembunyi
2. Dahiyah - Yang Pintar
3. Dahlia / Dahliah - Sejenis Bunga
4. Dalila / Dalilah - Petunjuk, Bukti
5. Dalilati - Pemimpin
6. Dalili - Pemimpin
7. Daliya / Daaliyaa - Bunga Dahlia
8. Damia - Kebijakan & Keberkatan
9. Dania - Hampir
10. Darina - Nama Bunga
11. Darirah - Lembut
12. Darwisyah - Ahli Tasawuf
13. Dayana - Yang Kuat
14. Dayini - Patuh, Taat
15. Deeba - Sutera
16. Delisha - Gembira & Membuatkan Orang Lain Gembira
17. Dhaminah - Penjamin
18. Dhamirah - Jiwa; Hati Kecil
19. Dhaniyah - Yang Bertambah
20. Dhia - Sinaran
21. Dian - Cahaya
22. Dianah - Beragama
23. Dina - Keagamaan
24. Dinah - Ketaatan, Adat
25. Diyanah - Agama
26. Durrani - Mutiaraku
27. Durrah - Mutiara
28. Durriyah - Mutiara
29. Dzakirah - Yang Mengingati Allah
30. Dzakiyah - Pandai; Cerdas
31. Dziya - Cahaya
1. Fadiah / Fadiyah - Pembela; Menyelamatkan
2. Faeezah - Ketua; Pemimpin
3. Faghira - Bunga Melur
4. Faihanah - Harum, Wangi
5. Faiqa - Terkenal; Terkemuka
6. Faiqah - Paling Baik
7. Fairuz - Batu Permata Yang Berwarna Biru Kehijau-Hijauan
8. Fakhira - Agung, Termasyur
9. Fakhirah / Faakhirah - Kebanggaan
10. Fakhriah - Kebanggaan
11. Fakhrani - Nisbah
12. Falihah - Yang Beruntung
13. Faqihah - Pandai; Pintar
14. Farah - Kegirangan
15. Farha / Farhah - Kegirangan
16. Farhana / Farhanah - Yang Riang Gembira
17. Fariha - Yang Merasa Gembira
18. Farihah - Riang; Sukacita
19. Farzana - Bijak, Pandai
20. Farzanah - Petunjuk Agung
21. Fasihah / Faeehah / Fashahah - Fasih Berbicara
22. Fatanah - Kebijaksanaan
23. Fataniah - Bijak
24. Fatinah / Fateenah - Yang Bijaksana
25. Fathiah / Fatihah - Pembukaan, Kemenangan
26. Fatimah / Fatima - Name Of Phophet Mohammad's (p.b.u.h.) Daughter
27. Fathiyah - Kelapangan
28. Fatilah - Sumbu Pelita
29. Fatin - Yang Cantik Menawan
30. Fatini - Bijaksana
31. Fatnin - Bijak
32. Fayyadhah - Yang Sangat Pemurah
33. Fikriyah - Bijak, Pandai, Pemikiran
34. Filzah - Belahan Jiwa
35. Firjani - Hilang Duka
36. Firzanah - Pintar, Bijak
37. Fitrah - Fitrah Manusia
38. Fityati - Orang Muda
1. Habibah / Habeebah - Kekasih; Paling Beriman; Paling Cantik
2. Hadfina - Matlamat Kita
3. Hadhinah - Pengasuh; Pendidik
4. Hadifah - Yang Bermatlamat
5. Hadirah - Pandai; Bijak
6. Hadiyyah - Petunjuk Ke Arah Kebenaran
7. Hafeezah - Pelindung; Pemelihara
8. Hafiyah - Yang Menyambut Dengan Meriah & Penghormatan
9. Hafiya - Sangat Baik
10. Hafizah / Haafizah - Pemelihara, Penghafal
11. Hafni - Nisbah
12. Hafthah - Dipelihara; Dilindungi
13. Haidah - Adil, Jujur
14. Haifa - Yang Ramping; Yang Genit
15. Hajar - Nama Ibu Nabi Ismail
16. Hajidah - Yang Rajin Sembahyang Malam
17. Hakimah - Yang Bijaksana
18. Haliah - Yang Memakai Perhiasan
19. Halili - Halal
20. Hamimah - Kawan Setia
21. Hamizah - Yang Bijaksana; Yang Kuat
22. Hamra - Kemerah-Merahan
23. Hana - Kebahagiaan, Rezeki Tanpa Kepayahan
24. Hanan / Hannan - Kesayangan, Belas Kasihan
25. Hanani - Kasih Sayangku
26. Hanania - Dikasihi Tuhan
27. Hani - Yang Tenang; Yang Seronok
28. Hanifah / Haanifah - Yang Menarik
29. Hanin - Kerinduan
30. Hanini - Kerinduanku
31. Haniifah / Haneefah - Yang Lurus; Beriman
32. Hanina - Rindu
33. Haninah - Penyayang
34. Hanis - Yang Bertaqwa
35. Hanisah - Yang Bertaqwa
36. Hannah - Kesayangan
37. Hannani - Kesayanganku; Belas Kasihanku
38. Haseena - Yang Cantik
39. Hasna / Hasnaa’ - Yang Cantik
40. Hasya - Kesempurnaan
41. Haura - Yang Berkulit Putih
42. Hawa - Yang Hidup
43. Hawani - Ibu Penyayang
44. Hayani - Hidup
45. Hayati - Hidupku
46. Hayfa - Lembut Suaranya
47. Haziqah - Yang Cerdik, Pandai
48. Hazirah - Pilihan Yang Terbaik
49. Haziyah - Yang Disayangi; Yang Dihormati
50. Hazwani - Pemberianku
51. Hessa - Takdir
52. Hibah - Pemberian
53. Hibriyah - Kecantikan, Keindahan
54. Hidanah - Damai, Tenang
55. Hidayah - Petunjuk Allah
56. Hidayati - Petunjuk Allah
57. Huda - Petunjuk
58. Hudiya - Diberi Petunjuk
59. Hudnati - Damai
60. Humaira - Berpipi Merah
61. Humayraa - Gadis Cantik Yang Putih Kemerahan Kulitnya
62. Humayrah - Kemerah-Merahan
63. Huraiyah - Bidadari
64. Husna - Yang Baik; Yang Indah
65. Husniyah / Husniah - Kebaikan; Keindahan
1. Ibrah - Pengajaran
2. Ibtisam - Senyuman
3. Iffah - Maruah; Kesucian Diri; Kehormatan Diri
4. Iklil - Kalung; Mahkota
5. Iman - Kepercayaan
6. Imanina - Keimanan Kami
7. Inani - Hadapanku
8. Inarah - Menerangi; Bercahaya
9. Inas - Peramah
10. Inaya / Inaayah - Yang Mengambil Berat
11. Insyirah - Kegembiraan, Kebaikan Hati
12. Intisar - Kejayaan; Kemenangan
13. Intishar - Kemenangan
14. Irdina - Kehormatan Kami
15. Iris - Sejenis Bunga
16. Iwana - Takhta
17. Iwani - Takhtaku
18. Iwanina - Takhta Kami
19. Izah - Pengajaran
20. Izyan - Perhiasan
21. Izzah - Kemuliaan; Kekuatanku
22. Izzati - Kemuliaan; Kekuatanku
1. Jadirah - Pemurah
2. Jahrana - Yag Jelas; Nyata
3. Jaidanah - Yang Jinjang; Yang Tinggi Lampai
4. Jamilah / Jameela - Yang Cantik
5. Janani - Hati; Jantung
6. Jannah - Syurga
7. Jasmin - Bunga Melati
8. Jauharah - Permata
9. Jawahir - Permata-Permata
10. Jazilah - Bijak Bercakap
11. Jazmina - Keazaman
12. Jihan - Nama Tokoh Wanita, Kemegahan
13. Julia - Berambut Panjang
1. Kaisah - Bijaksana; Cantik
2. Kaisara - Permaisuri
3. Kaiyisah - Yang Bijak; Yang Segak
4. Kaleela - Kesayangan; Disayangi
5. Kamilah - Kesempurnaan
6. Kamilia - Bunga; Suci
7. Karmilia - Manis; Padat
8. Kaswani - Nisbah
9. Keisha / Keysha - Hidup Dalam Keadaan Baik. Varian Dari Aisha.
10. Khadra / Khadraaa’ - Kesuburan; Kehijauan
11. Khadijah / Khadeeja - Isteri Rasulullah SAW
12. Khairah - Yang Mulia; Yang Banyak Kebaikannya
13. Khairani -Kebaikan
14. Khairiah / Khairiyah - Kebaikan; Kelebihan
15. Khairina - Kebajikan
16. Kahiruna - Kebajikan
17. Khairunnisa - Sebaik-Baik Wanita
18. Khaliesah - Yang Jujur
19. Khalilah - Teman Setia
20. Khalidah / Khaleeda - Yang Kekal
21. Khalisah - Yang Bersih; Yang Tulin
22. Khalishah - Yang Murni; Ikhlas
23. Khaliqah - Yang Bersopan Santun
24. Khaulah / Khawlah - Sahabat Wanita Terkenal; Rusa Betina
25. Khayla - Cantik
26. Khayriyyah - Yang Dermawan; Yang Baik
1. Laila / Laela - Malam Yang Gelap
2. Lailani - Malam
3. Lailati - Malam
4. Lailatun - Malam
5. Laila - Kegembiraan
6. Lathifah / Latiifah - Lemah Lembut
7. Leena - Lemah Lembut
8. Lidiya - Remaja; Muda
9. Liyana - Kehalusan, Kelembutan
10. Lily - Sejenis Bunga
11. Lina - Kehalusan; Kelembutan
12. Linati - Kelembutan
13. Liwani - Istana
14. Luthfiyah - Kehalusan; Kelembutan
1. Madihah - Yang Terpuji
2. Mahirah - Yang Cekap; Yang Mahir
3. Maisarah - Kekayaan; Kesenangan
4. Maizan - Yang Utama
5. Majidah / Majeedah - Yang Mulia
6. Maleehah - Anggun
7. Malihah / Maleeha - Yang Cantik Manis
8. Malikah - Permaisuri
9. Malaeka / Malak- Bidadari
10. Mardhiah / Mardhiyah - Yang Diredhai; Yang Disayangi
11. Marha - Periang
12. Marini - Yang Lembut
13. Mariya - Yang Jernih
14. Marjan - Mutiara
15. Marjani - Permata
16. Marsya - Subur
17. Mariam / Maryam - Nama Ibu Nabi Isa
18. Marissa - Seorang Yang Bersopan Santun
19. Maritza - Yang Diberkati
20. Marwa - Berhati-Hati Dalam Memikirkan
21. Marwah - Bukit Marwah Di Masjidil Haram
22. Mawaddah - Cinta; Kasih
23. Mayesa - Penampilannya Membanggakan
24. Miza - Berseri - Seri
25. Mizan - Neraca
26. Mizana - Neraca
27. Mizani - Neraca
28. Mizanina - Neraca
29. Mubashirah - Pembawa Berita Gembira
30. Mufidah / Mufeedah - Yang Memberi Manfaat
31. Mukhlisah - Yang Ikhlas
32. Mumtaz - Yang Istimewa
33. Munawwarah - Yang Berseri; Yang Disinari Cahaya
34. Munifah - Yang Tinggi Lampai & Cantik
35. Munirah / Munira - Yang Bercahaya; Bersinar
36. Mursyidah - Yang Mendapat Petunjuk
37. Musfirah - Yang Cantik & Berseri - Seri
38. Muthirah - Yang Menarik; Yang Memikat Hati
39. Muthi'Ah - Yang Patuh; Taat
40. Muzfirah - Yang Menang
41. Muzhirah - Yang Berputik
1. Na'ila - Yang Berjaya
2. Naaila - Yang Istimewa
3. Naaz - Yang Bermaruah
4. Naazneen - Cantik
5. Naadhirah - Yang Berseri-Seri; Yang Segar
6. Naadirah - Berharga; Terpilih
7. Nabihah - Yang Cerdik; Yang Cerdas
8. Nabilah / Nabeelah - Yang Cantik; Mulia; Yang Cerdik
9. Nada / Nadha- Embun; Kemurahan Hati
10. Nadhilah - Pejuang
11. Nadhrah - Keindahan; Seri
12. Nadia / Nadiah / Nadiyah - Yang Pemurah; Yang Mulia
13. Nadimah / Nadeemah - Teman Akrab
14. Nadrah - Sekeping Emas
15. Nadhirah - Yang Berseri-Seri
16. Nadira / Nadirah- Unik
17. Nadzirah - Ketua Yang Dihormati
18. Nadhifah / Nadzifah / Nazeefah / Nazifah - Bersih
19. Naeema - Senang; Berkat
20. Nafisah / Nafeesah - Yang Berharga; Yang Bernilai
21. Naflah - Bunga Matahari
22. Nageena - Permata
23. Nahilah - Yang Menyumbangkan Ilmu Dan Beradab
24. Nailah - Yang Suka Memberi; Pemurah
25. Najah - Kejayaan
26. Najat - Keselamatan
27. Najibah / Najeebah - Yang Cerdik
28. Najidah / Najeedah - Yang Berani
29. Najihah - Yang Berjaya
30. Najla / Najlaa' - Yang Jelita; Yang Cantik Matanya
31. Najma - Bintang
32. Najmi - Bintang
33. Najmina - Bintang
34. Najya - Kejayaan
35. Naqibah / Naqeebah - Ketua
36. Naqiyyah - Jernih
37. Nashitah - Aktif; Bersemangat
38. Nashwa - Wangi; Harum
39. Nasrin / Nasriin - Bunga Biru Yang Wangi
40. Nasuha - Yang Ikhlas & Bersih
41. Natrah - Yang Gembira
42. Naurah - Bunga
43. Nawal - Hadiah; Pemberian
44. Nawar - Bunga
45. Nawwarah - Yang Bercahaya
46. Nayli - Pencapaianku
47. Nazahah - Yang Bersih; Jujur
48. Nazihah - Bersih
49. Nazeeha - Jujur
50. Nazheerah - Serupa; Sama
51. Nazirah - Penyelia
52. Nazma - Bintang
53. Nazmina - Penyusunan
54. Nazurah - Pemimpin Agung Yang Disanjung
55. Neelofa - Bunga Teratai Biru
56. Nida / Nida’ - Seruan
57. Nisa - Gadis; Wanita
58. Nisrin - Harum Bunga Mawar
59. Nisrina - Bunga Mawar Putih
60. Nur / Nuur - Cahaya
61. Nufah - Yang Sempurna Tinggi Dan Kecantikannya
62. Nuha - Yang Cerdik
63. Numa - Cantik & Menyenangkan
64. Nurdina - Cahaya Agama
65. Nurin - Cahaya
66. Nurina - Cahaya
67. Nuwairah - Bunga
1. Qadirah - Yang Berkuasa
2. Qahirah - Yang Gagah; Berkuasa
3. Qaireen - Kebaikan
4. Qairina - Kebaikan
5. Qaisara - Permaisuri
6. Qasdina - Yang Sederhana; Lurus
7. Qarirah - Lembut; Disukai
8. Qashrina / Qasrina - Istana
9. Qismina - Bahagian
10. Qistina - Keadilan
11. Qisya - Hidup Dalam Keadaan Baik. Varian Dari Aisha
12. Qurratu'Aini - Penyejuk Mataku; Penghibur Hatiku
13. Qurratu Ain - Cahaya Mata; Buah Hati
14. Qutnina - Kapa
1. Raadhiyah - Yang Redha; Rela
2. Radhiah - Yang Redha; Rela
3. Radhiyyah - Yang Redha; Rela
4. Radhwa - Gunung Di Madinah
5. Radifah - Pengikut; Patuh
6. Raeesah - Puteri
7. Rafhanah - Yang Hidup Mewah & Bahagia
8. Rafidah - Pemberi; Pembantu
9. Rafiqah / Rafeeqah - Kawan; Kekasih
10. Rafifah - Berakhlak Baik
11. Rafilah - Anggun, Mewah
12. Rahadatul - Kemakmuran
13. Rahwani - Kemuliaan
14. Rahidah - Lembut
15. Raidah - Pemimpin
16. Raihanah / Raihaanah - Jambak Bunga Yang Harum
17. Raihan - Yang Berbau Wangi
18. Raihani - Nisbah
19. Raisah - Perempuan Kaya Yang Berkuasa
20. Raiqah - Yang Murni
21. Raisha - Pemimpin
22. Rana - Menatap, melihat
23. Rania - Mempesona
24. Raqiqah - Lembut
25. Rasha - Young Gazelle
26. Rasheeda - Yang Bijak; Yang Matang
27. Rasmina - Lukisan
28. Rasyadah - Petunjuk Jalan Yg Lurus
29. Rasyidah - Yang Cerdik
30. Rasyiqah - Yang Genit
31. Raudhah - Taman
32. Rauzah - Bunga
33. Rifa - Ketinggian; Kemuliaan
34. Rihana - Sweet Basil
35. Ruqayyah - Ketinggian; Nama Putri Nabi SAW
36. Rusydina - Petunjuk
1. Saarah - Isteri Nabi Ibrahim As
2. Saarrah - Yang Riang Gembira
3. Sabreen / Sabrina - Kesabaran
4. Safa / Safaa - Yang Jernih; Yang Tenang
5. Safeerah - Wakil
6. Safinatunnajah - Kapal Penyelamat
7. Safiah - Yang Bersih; Yang Ikhlas
8. Safirah - Kalung Leher; Duta
9. Safiyyah / Safiiyyah - Yang Tidak Menyusahkan; Kawan Baik
10. Safra - Emas
11. Safwanah - Yang Bersih
12. Safwani - Nisbah
13. Sahira - Memikat Hati
14. Sahirah - Tanah Yang Subur
15. Saidah - Pemimpin
16. Saiyyidah - Pemimpin
17. Saajidah - Yang Bersujud Kepada Allah
18. Sakinah / Sakeena - Ketenangan
19. Saleema - Yang Sejahtera
20. Salena - Bulan
21. Salsabila - Mata Air Di Syurga
22. Samiah - Yang Tinggi; Yang Mulia
23. Samirah - Teman Berbual Mesra
24. Sarah - Nama Isteri Nabi Ibrahim AS
25. Shadiyah - Beradab & Berilmu
26. Shadrina - Hati
27. Shaheerah - Yang Masyhur
28. Shahirah - Tanah Yang Subur
29. Shahmina - Yang Cerdik
30. Shaima - Yang Baik
31. Shakeela - Yang Cantik
32. Shakirah / Shaakirah - Yang Bersyukur; Yang Berterima Kasih
33. Shifa / Shifaa - Penyembuh
34. Shameena - Yang Cantik
35. Shaza / Shazia - Harum, Wangi
36. Sofia - Yang Menawan
37. Solehah - Yang Baik
38. Sorfina - Yang Bersih
39. Suaidah - Kebahagiaan
40. Suha - Bintang
41. Suhaila - Periang; Peramah
42. Suhailah - Yang Senang; Mudah
43. Suhaylah - Yang Lemah Lembut
44. Sumaiya - Nama Yang Baik
45. Sumayyah - Kebanggaan
46. Suraiya - Yang Cantik
47. Syadiyah - Beradab & Berilmu
48. Syadni - Pokok Bunga
49. Syafiah / Syafiyah - Penawar; Ubat
50. Syahdina - Madu Lebah
51. Syahirah - Terkenal, Termasyhur
52. Syakirah / Syakura - Yang Bersyukur
53. Syahmina - Yang Cerdik
54. Syahzanani - Permaisuri
55. Syaida - Pembinaan
56. Syamilah - Yang Lengkap
57. Syamimi - Keharumanku
58. Syarah - Keindahan; Kecantikan
59. Syasya - Yang Berseri - Seri
60. Syauqina - Rindu
61. Syaurah - Yang Cantik
62. Syazana / Syazani - Kecergasan
63. Syazwana - Bau Kasturi
64. Syazwani - Keharumanku
65. Syazwina - Bau Kasturi
66. Syifaa' - Penawar, Penyembuh
67. Syuhaidah - Madu Lebah
68. Syuhrah - Kemasyhuran
69. Syukrina - Kesyukuran
1. Tahani - Ucapan Selamat
2. Tahira / Tahirah / Thahirah - Yang Murni, Bersih
3. Tahrina - Kebersihan
4. Tamrina - Latihan
5. Taqiah - Pemeliharaan; Yang Bertaqwa
6. Taqinah - Yang Teguh
7. Taqiyyah - Yang Beriman ; Yang Bertaqwa
8. Tasnim / Tasneen - Air Terjun Di Syurga
9. Tharifah - Istimewa
10. Thaqifah - Yang Cerdik; Yang Cepat Faham
11. Thufailah - Lembut Dan Halus
12. Thurayya - Bintang Tujuh
13. Tihani - Bahagia; Berkat
14. Tsarwa / Tharwati - Kekayaan
15. Tsuraya - Nama Bintang
1. Ufairah - Pemberani
2. Ulfah - Persahabatan; Kemesraan
3. Umaimah - Ibu Yang Penyayang
4. Umairah - Permaisuri
5. Umayrah - Anak Perempuan Al-Qamah
6. Umaymah - Ibu Muda
7. Uyainah - Mata; Deria Penglihatan
8. Uzma / Uzmaa - Paling Kuat; Hebat; Terbaik
1. Waadiyah - Janji Baik
2. Waahidah - Yang Tunggal
3. Wadhihah - Yang Terang; Yang Jelas
4. Wadihah - Terang & Jelas
5. Wafa / Wafaa' - Kesetiaan
6. Wafiah / Wafiyah / Wafiyyah - Yang Setia; Yang Menepati Janji
7. Wafiqah - Berjaya; Pemenang
8. Waheedah - Unik; Yang Tunggal
9. Wahida - Yang Cantik
10. Wajidah - Pendapat
11. Wajihah - Yang Terkemuka; Yang Mulia
12. Wani - Mutiara
13. Wardah - Bunga Mawar
14. Wardiah - Bunga Mawar
15. Wardina - Bunga Mawar
16. Wasifah - Penolong
17. Watiqhah - Yang Amanah
18. Widad - Kasih Sayang
19. Wirdani - Nisbah
1. Yasirah - Yang Mudah; Yang Senang
2. Yasmeen - Bunga Melur
3. Yasmin - Bunga Melur
4. Yasmina - Bunga Melur
5. Yusra - Kesenangan; Kemudahan
6. Yusrina - Yang Kaya
1. Zaahirah - Bunga Yang Mekar & Berseri Warnanya
2. Zaakirah- Yang Sentiasa Mengingati & Memuji Allah
3. Zafeerah - Teguh; Yang Kreatif
4. Zafifah - Pengantin
5. Zafirah - Yang Berjaya
6. Zafrah - Kemenangan
7. Zaheerah - Pembantu
8. Zahiah - Yang Berseri; Yang Cantik
9. Zahidah - Yang Zuhud; Yang Soleh
10. Zahirah - Yang Nyata; Yang Memberi Semangat
11. Zahra - Bunga
12. Zahraa’ - Yang Berseri; Yang Cantik
13. Zahrah - Semangat; Kekuasaan
14. Zahrina - Bunga
15. Zahriyah - Nisbah
16. Zahwa - Kemegahan
17. Zaidah - Yang Lebih; Tambahan
18. Zainati - Perhiasan
19. Zainina - Perhiasan
20. Zaiyani - Hiasanku
21. Zakirah - Yang Berzikir
22. Zakiyah - Yang Bijak
23. Zalifah - Yang Dekat & Mara Ke Depan
24. Zalikha - Nama Isteri Raja Mesir
25. Zameelah - Sahabat
26. Zarli - Biru
27. Zawanah - Kecerdikan
28. Zawani - Pengawal
29. Zayanah - Yang Cantik
30. Zayani - Yang Cantik
31. Zhalilah - Kebun Yang Banyak Pokok; Yang Redup
32. Zada - Keberuntungan
33. Zuhairah - Bunga
34. Zuhaily - Yang Tenang Hati
35. Zuhrah - Yang Bijak & Cantik
36. Zukrina - Ingatan
37. Zulaikha - Kecantikan Yang Menawan
38. Zulfah - Kedudukan