Apabila sebut sahaja nama Daerah Jerantut, sudah pasti akan terbayang bandar yang menjadi pintu masuk utama ke Taman Negara. Maka tidak hairanlah tagline yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan sebagai Jerantut Bandar Taman Negara.
Namun bukan semua pengunjung yang datang ke Jerantut berminat dengan hutan rimba dan aktiviti lasak, terutamanya kanak-kanak. Maka kami berbesar hati menyediakan satu lagi tarikan sampingan buat pengunjung.
Kami memulakan pembinaan Taman Air DarulMakmur pada Februari 2018 dan siap sepenuhnya pada Julai 2019 dan dibuka dengan rasminya pada 14 September 2019.
Taman Air DarulMakmur, sebuah taman mini di bawah pengurusan Hotel Darul Makmur, Jerantut yang dimiliki oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).
Berkeluasan 2.5 ekar berkonsepkan Taman Negara ini mempunyai 3 buah kolam iaitu kolam utama, kolam kanak-kanak dan kolam luncur.
Kolam-kolam ini dinamakan sempena nama pokok2 yg terdapat di Taman Negara seperti Tasik Meranti, Pantai Cengal dan Lubuk Tualang.
Terdapat juga 15 buah gazebo untuk disewa yang dinamakan sempena nama ikan di Sungai Pahang seperti ika kelah, tapah, tenggalan, kerai, lampam, jelawat dan sebagainya.
Untuk kemudahan pengunjung, kemudahan asas seperti tandas, bilik persalinan dan juga surau disediakan. Terdapat juga sebuah restoran diberi nama “Tepian Darul Makmur” yang merupakan restoran dalam taman air milik hotel dan dijadikan food court bagi taman air ini.
Apa yang menarik, Taman Air Darul Makmur ini lokasinya bukan di dalam hutan atau dipinggir bandar. Ia terletak di tengah bandar lama Jerantut. Pengunjung hanya perlu mencari lokasi Bandar Lama Jerantut, Hotel Darul Makmur atau Stesen Keretapi Jerantut untuk sampai ke sini.
Ia boleh memuatkan sehingga 500 orang pada satu masa. Selain dari gazebo yang disewa, taman air ini turut menyediakan kerusi meja batu utk kemudahan pengunjung.
Harga tiket untuk masuk ke Taman Air hanya RM16 untuk dewasa dan RM13 kanak-kanak dan anda boleh mermandi manda selama mana yang anda mahu.
Disamping itu pelanggan Hotel Darul Makmur, Jerantut akan diberikan diskaun istimewa untuk masuk ke taman air ini.
Selain dari Taman Air DarulMakmur, pengunjung yang datang ke Daerah Jerantut boleh juga melawat tempat-tempat menarik yang lain selain Taman Negara.
Jerantut mempunyai Galeri Mat Kilau dan Makam Mat Kilau di Pulau Tawar. Buat peminat Kartunis Aza, bekas kartunis Majalah Gila-gila, anda boleh melawat Aza Gallery yang diusahakan oleh beliau sendiri.
Bagi peminat aktiviti lasak, anda boleh ke Paya Gunung Via Ferrata untuk aktiviti absailing.
Untuk mereka yang berminat untuk mendaki bukit, Jerantut juga mempunyai Bukit Buluh Red Forest, melihat matahari terbit di Bukit Seladang dan juga mendaki Gunung Benum, Gunung Jubar dan Gunung Bongkok di Ulu Cheka.
Untuk tempahan penginapan serta pakej-pakej yang disediakan oleh Hotel DarulMakmur, boleh hubungi kami di talian 09-2662552.
Pakej-pakej pendakian dan aktiviti lasak serta aktiviti lain akan kami salurkan anda kepada pihak-pihak berkaitan.
Sumber: Mansor Mat Isa - Sebahagian gambar adalah hakmilik rakan2 FB abg... izinkan tampal sini ye..
Search