PKP di zaman Nabi?
PKP atau Perintah kawalan pergerakan, yang mujahadah bagi kita, ada tak perkara ala-ala PKP yang terkena pada Nabi Nabi terdahulu? Ada…
• Nabi Yunus 40 hari dalam perut Ikan
• Nabi Musa 30 hari di Bukit Tursina, lepas tu bila kaumnya murtad, Allah tambah 10 hari menjadikan 40 hari.
• Nabi Ibrahim 40 hari dalam api
Ada lagi tak?
Dan dengar cerita PKP kita akan di sambung mungkin mencecah 40 hari.
Maka beruntunglah siapa yang sepanjang PKP ni dapat jaga solat berjemaah bersama keluarga dan dapat takbir pertama bersama Imam, beruntunglah kerana ada hadis, barang siapa yang solat berjemaah bersama takbir pertama, akan mendapat jaminan kebebasan dari api neraka dan bebas dari sifat minafik.
Jom rebut dua insuran dari Allah melalui amalan ini.
Amin...
Alkisahnya..
Semalam anak baca taklim, kisah sahabat yang agak panjang dan menariknya, kisah sahabat tu ala-ala PKP.
Tiga sahabat Nabi kena pulau sebab tak ikut Jemaah dakwah dan jihad, yang mana waktu semua penduduk lelaki Madinah keluar berjihad, tiga sahabat ni sibuk dengan kerja dikebun nak petik kurma baru masak.
Nama sahabat itu adalah Kaab, Hillal dan Murarah R.A.
Bila Nabi balik berdakwah, lapan puluh orang munafik bagi alasan ada masalah peribadi tak dapat join nabi berdakwah dan berjihad lalu Nabi maafkan, tapi tiga sahabat ni tak nak cakap bohong dan pilih untuk mengaku bersalah, sibuk dengan kebun.
Lalu ketiga tiga mereka kena hokum ala ala PKP, iaitu semua orang kena jarakkan hubungan social dengan ketiga sahabat tadi, tak boleh bercakap, tak boleh tegur, pendek kata semua kena pulaukan orang yang sengaja tak nak bantu agama kerana sibuk dengan dunia.
Malahan isteri mereka semua balik rumah masing masing kecuali isteri Hilal sebab Hilal dah tua tak mau nak urus diri. Isteri Hilal minta izin nak jaga suami uzur dan Nabi benarkan tapi tak boleh bersetubuh.
Maka bermulah episode kemurungan tiga sahabat itu, sangat sedih dan nangis hari hari.
Sahabat tu pergi pasar tiada orang tegur, pergi masjid orang tak tegur, salam pun orang tak jawab, semua penduduk Madinah patuh arahan Nabi iaitu jangan buat hubungan social dengan orang yang sengaja tak nak ikut keluar berdakwah dan berjihad.
Aduh, sedihnya.., sahabat tu sangat takut mati waktu PKP tu sebab bimbang masuk neraka sebalum Nabi maafkan mereka, dan dalam masa yang saba Sahabat juga takut Nabi wafat waktu mereka masih PKP sebab tiada siapa yang boleh bantu mereka.
Sahabat tu kena pulau lebih 40 hari hingga orang kafir datang dakwah mereka suruh tukar agama dan nak bagi hidup mewah kat nagara kafir.
Bencana apakah ini? Sahabat tolak pelawaan negara kafir dan pilih untuk sabar sambal serah pada Allah.
Sabar itu indah.., Sahabat terus setia pada islam dan mengaku bersalah dalam bertaubat, hari hari menangis bertaubat hingga hari ke 50, Allah ampunkan dosa mereka dan Nabi umum taubat mereka di terima lepas solat subuh, terus sahabat ni peluk Nabi dan bagitahu nak bagi semua harta untuk agama tapi Nabi suruh simpan sedikit untuk anak bini.
Moral cerita ni, zaman Nabi, tak ikut Nabi berdakwah kena PKP, kena pulau.., akhir zaman lagi sedih, orang berdakwah pulak yang dipulaukan, aduh..
Sempena PKP di rumah ini, marilah kita insafi dosa kita yang banyak abaikan dakwah .
Kepada Allah kita semua akan kembali, dan seburuk buruk takdir bila kita dipulau oleh Allah di akhirat, nak pergi mana? Maka insafilah, bertaubatlah kerana abaikan agama sebelum ini, dan moga Allah ampunkan dosa kita semua keraan Allah Maha pengampun.
Semoga woha sampai syurga.
Woha!
ikan nabi musa 在 Pakar diari hati Facebook 的最讚貼文
Wajib Baca....
● Tak Solat Subuh bangun pukul 9.30 pagi, Allah masih izinkan kita untuk bernafas diatas muka bumi Allah.
● Tak Solat Zohor balik rumah makan nasi lauk ikan keli, rasa ikan keli. Makan mee goreng, rasa mee goreng, itulah nikmat yang Allah bagi walaupun tak solat.
● Tak Solat Asar masih boleh pergi gym angkat berat, boleh main bola walaupun sengaja tinggal solat. Angkat besi 50kg boleh, angkat takbir tak boleh, itulah manusia yang kurang ajar dengan Allah.
● Tak Solat Maghrib nak bini Allah bagi, nak anak Allah bagi, nak rumah Allah bagi, nak kenderaan Allah bagi, walaupun meninggalkan solat. Ini menunjukkan Allah Maha Pemurah.
● Tak Solat Isyak Allah tetap bagi rezeki, Allah bagi sihat walafiat, tak sakit.
● Beruntung kita ni walaupun tak solat, Allah tak azabkan kita sekarang. Kalau zaman Nabi Musa a.s kalau tak solat, Allah Taala bagi CASH.
● Tapi kita ni menumpang Rahmat Nabi Muhammad SAW, Allah tangguhkan dulu azabNya.
Allah beritahu dalam Al-Quran, balasan di Akhirat sangatlah dasyat bagi orang yang meninggalkan solat.
Fikirkan sejenak petikan diatas apa akan jadi bila Allah tarik nikmat yg Allah bagi..
Semoga kita menjadi Hamba Yang Sedar Diri.. aamiin
🌺❤
#hidupuntukAllahsayang
ikan nabi musa 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳解答
Tazkirah Jumaah - 4 Disember 2020
Allah SWT berfirman (maksudbya), "Pasti sesungguhnya Tuhanku akan memberi petunjuk kepada aku (sebagai jalan keluar)".
قال الله تعالى:
كلا ان ربي سيهدين
Latar belakang ayat ini: Bila mana Nabi Musa a.s. & pengikutnya dikejar oleh Firaun & tenteranya sehingga tersepit di Laut Merah, Nabi Musa a.s. masih positif & bersangka baik dengan Allah SWT.
Pengajaran:
a. Sikap bersangka baik malah melihat sesuatu perkara secara optimistik adalah sifat & akhlak para Nabi a.s. Apakah makna sifat optimistik (tafa'ul)? Mengharapkan campur tangan & interversi langit untuk mendapat perlepasan & kejayaan walaupun semua petunjuk & petanda menunjuk kepada sebaliknya.
b. Dalam keadaan tertekan & tersepit, kita hanya ada dua pilihan; bersikap positif atau bersikap negatif. Cuma kalau kita bersikap negatif, kita sudah pun gagal dan terbenam sebelum gagal.
c. Kenapa perlu kepada minda dan sikap optimistik? Pertamanya ia akan menjadikan diri kita lebih berkreativ. Keduanya, kalau ditakdirkan kita gagal & terbenam pun, kita tumbang dengan hati & paru2 yang penuh dengan gelombang keimanan & harapan kepada Allah sesuai dengan maksud tersirat hadith Nabi SAW yang menyuruh kita terus menanam benih pokok walaupun detik kiamat dah bermula.
d. Sifat optimistik bukan sifat kosong. Ini tidak akan timbul bagitu sahaja. Ia sudah dibina dari awal perjalanan. Semasa Nabi Musa a.s. diarah oleh Allah SWT menuju Laut Merah, Baginda a.s. sudah mula membina minda & sifat optimistik. Malah, ia sudah bermula apabila Nabi Musa a.s. diarah berjumpa dengan Firaun secara mata bertentang mata.
e. Sinopsis perbandingan antara cerita Nabi Musa a.s. dan Nabi Yunus a.s. Nabi Yunus putus asa & tidak optimistik dengan rahmah & hidayat Allah SWT selepas kaumnya melakukan kemaksiatan. Nabi Yunus a.s.merajuk membawa diri sehingga ditelan ikan besar sehingga dipanggil oleh Allah dalam surah al-Qasas sebagai "Wahai orang ikan (يا ذا النون)" sebagai sentuhan teguran dari Allah SWT. Nabi Yunus a.s. tidak tahu bahawa Allah SWT telah menerima taubah kaumnya. Nabi Yunus a.s. tidak bersikap optimistik. Dalam kisah Nabi Musa a.s., Nabi Musa sentiasa optimistik.
Mohon share.
MDB