NASI DAGANG EKSPRES HABANG STAIL🍛🐟🥒🍍🥕🍅
(3 jenis beras😄)
BAHAN NASI DAGANG
2 cawan beras basmathi *rendam semalaman sebaiknya
1 cawan beras perang nasi dagang
1 cawan beras pulut
*Boleh juga kalau nak kurangkan/lebihkan
Halia dihiris *jumlah ikutlah selera
Bawang merah dihiris
Sedikit halba
Sedikit garam
Santan kelapa secukupnya
*Ikut jumlah cawan beras
*kalau nampak nasi macam kurang masak boleh je tambahkan santan kelapa.
CARANYA
1.Basuh semua beras,masukkan semua ke dalam periuk.
2.Campurkan 1 kotak santan dgn air.Sukat santan ikut jumlah beras dan kesesuaian jenis beras Basmathi pilihan.*Saya lebihkan sedikit santan biar berminyak/berkilat sedikit nasi dagang.
3.Masukkan hirisan bawang dan halia serta ketumbar.Masak seperti memasak nasi biasa atas api gas atau dalam periuk nasi elektrik.
BAHAN GULAI IKAN TONGKOL(ikan tongkol ayer hitam)
1 ekor ikan tongkol,dikerat dan direbus bersama asam keping dan sedikit garam.Air rebusan jangan dibuang.
1 paket kecil rempah masak cap🌹mawar(15g)
3 atau 4 sudu rempah gulai cap🌹mawar
1 btg kayu manis
1 sdk serbuk serbuk jintan putih
1 sdk serbuk jintan manis
1 sdk serbuk ketumbar
2 inci belacan *ikut selera
Cili kisar ikut tahap kepedasan masing-masing
Bawang besar,halia dan bawang putih dikisar
Lengkuas dihiris
1 asam keping
Gula Melaka secukupnya
Sedikit kerisik *saya suka lebihkan
Garam secukup rasa
Minyak masak
Santan kelapa
Cili/tomato/belimbing buluh untuk menambah warna dan selera
Beberapa biji telur rebus
CARANYA
1.Tumis bahan kisar hingga timbul minyak.Masukkan cili kisar dan biarkan hingga pecah minyak.
2.Masukkan semua rempah,gaul rata.Kemudian masukkan sedikit air rebusan ikan bersama santan.Biarkan sampai mendidih.
3.Masukkan sebahagian lagi air rebusan ikan.Bila dah mendidih semula masukkan kerisik dan gula Melaka,tomato/belimbing buluh dan cili.Biarkan dengan api perlahan sehingga kuah agak pekat dan timbul minyak.*Paling sedap biarkan gulai semalaman atau beberapa jam untuk mendapatkan kuah yg lebih sedap dan cantik.
ACAR
Timun,lobak,nanas dan cili dihiris
Gaulkan kesemuanya dengan sedikit cuka.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
❤️ Niatlah memasak kerana Allah ta'ala,in sha Allah dipermudahkan,beroleh keberkatan memberi orang makan dengan ikhlas.Pahala dapat,nasi dagang pun dapat.
同時也有4部Youtube影片,追蹤數超過3,800的網紅Dapur Chef Zam,也在其Youtube影片中提到,Nasi Dagang Terengganu 3 cawan beras basmati 3/4 cawan beras pulut 2 cawan santan cair/air 1 1/2 cawan santan pekat yang ditambah garam dan gula 2 h...
「ikan tongkol masak merah」的推薦目錄:
- 關於ikan tongkol masak merah 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
- 關於ikan tongkol masak merah 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳解答
- 關於ikan tongkol masak merah 在 Make up by Bellaz Facebook 的最佳貼文
- 關於ikan tongkol masak merah 在 Dapur Chef Zam Youtube 的最佳解答
- 關於ikan tongkol masak merah 在 Rasaflix Youtube 的最佳解答
- 關於ikan tongkol masak merah 在 rosehayatie kitchen Youtube 的精選貼文
- 關於ikan tongkol masak merah 在 1 buah cabe merah keriting, iris serong - 3 lembar daun ... 的評價
- 關於ikan tongkol masak merah 在 Resep Pindang tongkol bumbu merah oleh euisdeja 的評價
ikan tongkol masak merah 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳解答
Gulai ikan aya/tongkol nasi belauk klate. Rmai ke peminat?
Sy halalkan resepi ini utk smua. Resepi ni air tangan mek(ibu) sy. Mek dlu tukang masak bekwoh(kenduri). Moga pahala utk mek asbab resepi ini. Insha Allah. Doakan smoga mek sy Azizah bt Dollah terus sihat n dimurahkn rezeki...sy jg doakan yg baik2 utk sahabat MAHN...Aaaminnn🤲🏻💖
Bahan2:
Ikan tongkol
Bahan utk blend
5-6 tangkai cili kering (kalau suka pedas blh letak cili padi sikit)
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 sudu kecil rempah biji ketumbar
1/2 keping asam keping
Garam dan gula
Santan secukupnya
Timun, kacang panjang atau cili hijau Kelantan (jika suka)
Cara cara:
1. Ikan direbus dengan air, asam keping dan garam
2. Kesemua bahan yg di blend, masukkan ke dalam santan dan dimasak dengan api kecil hingga mendidih. Perlu dikacau sentiasa supaya kuah/santan tak berketul.
3. Kemudian masukkan ikan rebus, asam keping, garam dan sedikit gula. (Perasakan ikut kesesuaian masing2). Masak hingga pecah minyak.
4. Jika suka boleh dimasukkan timun yang dihiris, cili hijau(besar) atau cili hijau kelantan dan juga kacang panjang yang dipotong.
Sumber : Azlinda Lin
ikan tongkol masak merah 在 Make up by Bellaz Facebook 的最佳貼文
Masak mkn mlm awaiii xkalaut Hampaa uii ..stg nk live mat nuart xgaduh lapaq nasi dh hihih
Masak kicap tu anak2 suka sungguh lemak3 mnis..bertmbah pingan ..simple2 ja
Resepi ikan tongkol masak sambal pedas👇🏻
Ikan tongkol
Tumiskan
B.putih
B.merah
Masuk kan cili yg dikisar nk pedas add on lebih skit
Tumis hingga naik bau pecah minyak
Masuk kan sedikit sos ikan
Air asam jawa
Dan bahan2 perasa ,gula garam ,ajinomoto pasti sdp skit hihi
Bawang holland untuk hiasan bg segak hihi
Ayam masak kicap
Tumiskan bawang putih/merah
Masukan 1camca cili blend
Tnggu hingga pecah minyak ,masukan kicap mudim/sedkit sos tiram/kicap lemak manis xkisah brand apa2 jnji sdp hihi
Masukkan aiq asam jawa
Dan bahan perasa ,gula sedikit,garam rasa dlu masakan kalau masin xperlu letak tau ,ajinomoto
Last Bawang holland atau cili hijau
Siapp
ikan tongkol masak merah 在 Dapur Chef Zam Youtube 的最佳解答
Nasi Dagang Terengganu
3 cawan beras basmati
3/4 cawan beras pulut
2 cawan santan cair/air
1 1/2 cawan santan pekat yang ditambah garam dan gula
2 helai daun pandan disimpul
6 ulas bawang merah )
1 inci halia. ) dimayang
1 1/2 sudu kecil halba
*beras basmathi dan beras pulut dicampur, dicuci & direndam 2-3 jam
*kukus beras serta daun pandan selama 8 minit
*keluarkan nasi tadi dari pengukus setelah 30minit letak dlm besen. Masukkan santan cair ..kacau perlahan2 dan biarkan santan meresap dlm nasi tadi. Kukus semula hingga masak.
*Masukkan nasi dalam besen , gaulkan santan pekat, taburkan campuran bawang merah, halia & halba. Gaul hingga sebati.
Kuah Gulai Ikan Tongkol
2 kg ikan tongkol di potong mengikut saiz kesukaan
3/4 keping asam gelugur
Sedikit gula Melaka
garam
air secukupnya
Renihkan semuanya selama 1-2 jam atas api perlahan
Gulai:
2 biji bawang besar sederhana saiznya*
3 ulas bawang putih*
cili kisar (ikut kepedasan)
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang
1 sudu kecik kerisek
sedikit belacan*
santan pekat
1/2 cawan minyak masak
gula melaka dan garam
air rebusan ikan tadi
panaskan minyak, masukkan lada kisar biar ia naik bau dan pecah minyak...kisar bahan bertanda * hingga halus dan tumiskan dlm periuk tadi dgn api perlahan dan masukkan rempah gulai hingga garing & pecah minyak. Masukkan air rebusan ikan tadi, santan pekat & renihkan hingga sedikit pekat. Masukkan ikan tonkol rebus & sesuaikan rasanya dengan garam & gula Melaka. Hidangkan bersama telur rebus & jelatah.
*tips..kuah gulai ni kalau buat malam ni makan pagi esok kuah gulai tu akan bertukar sikit warna dia kegelapan...
ikan tongkol masak merah 在 Rasaflix Youtube 的最佳解答
Wow tak sampai RM50 dah boleh dapat hidangan Seafood Selambak macam ni ? Memang puas hati dan berbaloi betul ??
Resepi Homemade Seafood Selambak | Modal Masak Tak Sampai RM50
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Resepi Homemade Seafood Selambak
Bahan-bahan
makanan laut (ketam, udang dan lala)
2 batang lobak merah (dipotong)
1 brokoli (dipotong)
tomato ceri (pilihan)
1 biji lemon (pilihan)
2 tongkol jagung (dipotong 3)
Bahan-bahan (Kuah Seafood Selambak)
2 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci belacan
1 cwn air
5 tangkai cili padi
3 sb mentega
2 tangkai serai (diketuk)
2 tangkai daun kari
3 sb cili boh
3 sb serbuk kari ikan
2 sb sos tiram
2 sb sos cili
2 sb sos ikan
1/2 sk garam
1/2 sk lada hitam
1 sb serbuk stok ayam
Cara memasak
1. Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, dan belacan bersama sedikit air. Ketepikan.
2. Rebus/celur sayur-sayuran seperti brokoli, lobak merah dan jagung sehingga empuk. Ketepikan.
3. Dengan mengunakan air rebusan yang sama, rebus ketam, udang dan lala. Simpan 3 senduk air rebusan. Ketepikan.
4. Cairkan mentega dan tumis serai yang telah diketuk, daun kari, bahan kisar dan cili boh sehingga pecah minyak.
5. Masukkan rempah kari ikan, sos cili, sos tiram dan sos ikan. Gaul sebati.
6. Tuangkan air rebusan dan perasakan dengan garam, lada hitam dan stok serbuk ayam secukup rasa.
7. Masak sehingga reneh dan menggelegak.
8. Susun sayur, tomato ceri dan seafood di atas dulang dan tuangkan kuah di atasnya.
9. Perahkan lemon dan Homemade Seafood Selambak siap untuk dihidangkan bersama nasi panas.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Homemade ‘Selambak Seafood’ Recipe, That Cost Less Than RM50
Wow with less than RM50 you can get this 'Selambak Seafood' ? Really worth it and delicious ??
Homemade Selambak Seafood Recipe
Ingredients
seafood (crabs, squids, prawn, and clams)
2 carrots (cut)
1 broccoli (cut)
cherry tomatoes (optional)
1 whole lemon (optional)
2 corn (cut into 3)
Ingredients (Selambak Seafood’s Broth)
2 whole onions
5 cloves garlic
1 inch of ginger
1 inch of shrimp paste
1 cup of water
5 bird’s eye chili
2 stalks lemongrass (bruised)
2 stalks curry leaves
3 tbsp of chili paste
2 tbsp of oyster sauce
2 tbsp of chili sauce
2 tbsp of fish sauce
3 tbsp of fish curry powder
3 tbsp of butter
1/2 tsp of salt
1/2 tsp black pepper
1 tbsp chicken stock powder
Cooking methods
1. Blend onion, garlic, ginger, birds’ eye chili, and shrimp paste with some water until smooth. Set aside.
2. Boil vegetables such as broccoli, carrots, and corn until soft. Set aside.
3. Using the same boiled water, boil crabs, shrimps, and clams. Reserve 3 cups of the stock. Set aside.
4. Melt butter and saute bruised lemongrass, curry leaves, ground material, and chili paste until oil break.
5. Add in fish curry powder, chili sauce, oyster sauce, and fish sauce. Mix well.
6. Pour in stock and season with salt, black pepper, and chicken stock powder to taste.
7. Cook until simmer and bubbling.
8. Arrange boiled vegetables, cherry tomatoes, and seafood on the tray and pour the sauce on top.
9. Squeezed lemon and Homemade Selambak Seafood is ready to be served with hot rice.
Nak resepi lagi?
Sertai Rasaflix di https://rasaflix.net
#resepirasaflix #shellout #seafoodselambak #homemade #shell #out #lambak #seafood #makananlaut #jimat #budget #resepimudah #easy #resepi #recipe
#kisahdunia #rasaflix
#mr_lovva #nntaca #kdboom #nrsalnaz
ikan tongkol masak merah 在 rosehayatie kitchen Youtube 的精選貼文
.
.
BAHAN2 REBUS IKAN:-
ikan tongkol/aye
lengkuas
garam kasar
asam keping
gula nisan/kabung
air (jangan bnyak,.agak2 paras ikan)
.
BAHAN2 KUAH:-
santan
bawang merah (kisar)
bawang putih (kisar)
halia (kisar)
lengkuah (kisar)
jintan manis (kisar..kami gula jintan serbuk)
rempah masak (cap rose)*
rempah gulai (cap rose)*
cili kisar *
santan*
(satukan bahan2 yg bertanda *)
asam keping (asam rebus ikan jgn di buang..masuk ke dalam kuah)
gula nisan/kabung
garam & perasa
sedikit halba
cili api + cili hidup merah
belimbing buluh
.
BAHAN2 TUMIS DARAT:-
bawang merah
kayu manis
cili kisar
.
ikan tongkol masak merah 在 Resep Pindang tongkol bumbu merah oleh euisdeja 的推薦與評價
Menu masakan ini adalah ikan mas bumbu kuning khas Nusantara. Biasa di sajikan sebagai menu pendamping nasi. Sangat cocok di sajikan sebagai menu sahur ataupun ... ... <看更多>
ikan tongkol masak merah 在 1 buah cabe merah keriting, iris serong - 3 lembar daun ... 的推薦與評價
Facebook · 1. Potong2 ikan tongkol sesuai selera, goreng hingga matang, kemudian disuwir2 · 2. Tumis bumbu halus, hingga harum · 3. Masukkan pete, cabe hijau, cabe ... ... <看更多>