Minggu lepas waktu PKP, Awesome TV (123) buat marathon filem Back to The future, saya pun layan balik dan movie ini sangat mengimbau kenangan zaman kanak kanak saya dahulu.
Maklumlah, Filem BTTF ini merupakan filem pertama yang saya layang di panggung wayang, walaupun bukan Part1 tapi ianya adalah Back To The Future part 3 pada tahun 1990!
Gigih kayuh basikal 15 km, tiket RM2 ringgit, masuk wayang kerusi kayu, siap ada orang hisap rokok dan makan mee goreng, kulit kuaci bersepah sepah!
Umur baru 12 tahun masa tu, tapi itulah sumber hiburan untuk budak miskin macam saya zaman tu, rumah takde player video! Jadi tengok Wayang adalah pilihan utama, gigih kerja sambilan kumpul duit untuk layan movie terkini.
Arwah mak saya sangat garang, jika dia tahu anaknya pergi tengok wayang memang kena rotan berbirat birat, tapi lepas mak dah tua, datang rumah saya tengok ada gitar dan DVD, mak saya okey jer, sebab katanya saya dah jadi manusia, dan mak bangga dapat anak macam saya-Woha!
Alkisahnya, tahun 80-an, lepas tengok Back To The Future part One di TV2, yang mana hero secara tak sengaja ke zaman mak ayah dia, lalu selamatkan maruah keluarga, maka Back To The Future part Two, hero ke zaman hadapan untuk selamatkan anak cucu pulak, lepas tu bersambung ke part Three, hero nak selamatkan nenek moyang, maka semua tu saya hanya tonton di Tv2 dalam slot Mega Movie!
Maka teruja dengan iklan part Three.. terus sanggup seorang saya dan kawan kawan berbasikal ke Panggung Rex Kuala Terengganu sebalah Pasaraya Hock Kee Seng nak tengok sambungan!
Sekarang Panggung tu dah tutup jadi kedai kain.
Namun zaman berganti zaman, filem Back To The Futere ini kekal sebagai rujukan filem merentas masa paling menghiburkan lakonan Micheal J Fox sebaga Mc Fly!
Ringkas cerita, bila bercerita tentang pengembaraan mesin masa, maka ada dua teori yang diguna pakai agar korang tidak keliru dalam memahami jalur cerita, iaitu Paradox Universe dan Parallel Universe.
Paradox Universe macam filem Back To The Future (1985) inilah, , masa lalu diubah supaya masa depan berubah, contohnya bila hero ke masa lalu berjumpa ibunya di waktu muda dan ibunya jatuh cinta pada hero, maka hero mulai tidak wujud, maka hero kena cepat-cepat pergi ajar ayah dia agar mengorat mak dia! Kalau tak dia tak akan wujud!
Sama macam filem Terminator(1984), Oleh sebab di masa hadapan John Conour akan hapuskan semua robot jahat, maka robot jahat hantar tenteranya ke masa lalu untuk bunuh ibu yang akan lahirkan John Conour, lalu dari masa hadapan Kyle Reese datang untuk selamatkan Ibu John Conour, alih alih, Kyle Reese menjadi ayah kepada John Conour-itu yang menjadikan ianya Paradox Universe.
Nak lebih pening dalam bab Paradox Universe, korang tengok filem Predestination (2014), kisah aku perempuan, jumpa aku lelaki, aku kahwin dengan aku dapat anak juga seorang aku, anak aku kena culik dengan aku, aku kena bunuh penculik anak aku, rupanya aku yang culik anak aku, dan aku dibunuh oleh aku, tapi aku di tolong oleh aku, ha ha ha, pening tak?
Okey, itu cerita Paradox Universe.., manakala Parallel Universe pula macam cerita Dragon Ball, masa lalu diubah tapi masa depan tidak berubah sebaliknya masa lalu yang diubah membentuk Universe yang baru. Contoh bila Goku mati, maka Trunks kembali ke zaman Goku hidup dan ubah sejarah, tapi bila dia balik ke masa hadapan tiada apa yang berubah kerana masa silam yang diubah telah menjadi Universe yang berlainan.
Inilah juga yang diguna dalam filem Avengers Endgame, Parallel Universe, iaitu masa lalu diubah tapi masa depan tidak berubah sebaliknya masa lalu yang diubah membentuk Universe yang baru.
Namun oleh kerana kewujudan Infitinity Stone mempengaruhi keseimbangan alam, maka ianya perlu dipulangkan untuk terus mengimbangi universe masing masing.
Al faham ke idop?
Balik ke dunia Islam, ada beberapa cerita tentang pengembaraan masa seperti kisah tujuh pemuda yang tidur selama tiga ratus tahun tapi berasa seperti hanya satu malam, juga Nabi melihat masa depan, seperti Nabi melihat melihat Abdul Rahman merangkak di Syurga sedangkan waktu itu Abdul Rahman masih hidup di dunia. (boleh rujuk hadis)
Atau yang lebih jelas, turunnya Surah Al Masad, Surah yang memberitahu di masa hadapan Abu Lahab akan masuk neraka bersama isterinya.
Surah ini turun waktu Abu Lahab masih hidup, dan beliau sangat marah dan terus menentang Nabi, padahal, jika kita fikir logic, sepatutnya inilah peluang Abu Lahab untuk cipta Parallel Universe iaitu ambik peluang ini untuk bertaubat, masuk islam dan ubah masa depan! Tapi Abu Lahab tak ambik peluang ini kerana masa dan takdir itu di tangan Allah.
Di sisi Allah, tiada orang dibenarkan untuk undur ke masa lalu supaya dapat bertaubat, sebab itu dalam Al quran turun ayat: Demi masa semua manusia dalam kerugian, bermakna masa tidak dapat diundur untuk manusia, dalam hadis pula, selalu dipesan, guna lima perkara sebelum lima perkara, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati. Jadi secara kesimpulanya, masa di cipta kearah hadapan dan akan habis untuk manusia ambil peluang mengabdi diri kepada Allah.
Hadis lain pula tentang kisah Allah menulis takdir, yang mana pena (takdir) telah terangkat dan dakwat (timeline) telah kering, maka focus kita didunia ini, bukan nak ubah takdir semalam, tapi nak ubah takdir masa hadapan kerana kita belumpun tahu masa hadapan lalu Allah berfirmah:
“Aku tidak akan mengubah nasib kaum yang tidak mahu berubah”
Nampak tak? So dalam Islam, masih common sense dulu dan sekarang iaitu masa bergerak ke hadapan dan akan habis, gunakan masa sebaiknya sementara nyawa belum habis. Simple!
Jadi tak payah pening kepala fikir nak balik ke masa lalu untuk ubah sejarah, sebaliknya fokuslah pada baki nikmat yang ada untuk bertaubat, kerana selagi nyawa masih ada, pintu taubat terbuka luas walau dosa besar macam mana pun.
Nanti bila pintu keretamayat terbukak, korang pulak masuk terbujur kaku sebab pintu taubat dan tertutup, maka saya bawa laju-laju macam kereta DeLorean pun akan tetap bawa korang ke masa depan, iaitu Neraka! Nauzubilah!
“Habis tu abang mayat, memang takde peluanglah dalam sains untuk cipta mesn masa ke belakang?”
Yer dik, sebab undur masa bertentangan dengan Al quran, jadi fokuslah rezeki yang masih ada ditangan untuk guna sebagai jalan bertaubat, dalam Al quran dah cerita kisah ahli neraka nak undur kembali ke dunia tapi permintaan mereka tidak di layan oleh Allah.
Namun jika korang masih ada niat nak guna mesin masa secara islamik, masih ada ‘cara’nya, saya pernah guna sewaktu mendaki gunung Kinabalu beberapa tahun lepas.
Link Video naik Kinabalu: https://youtu.be/zmS_n7y_w3Q
Alkisahnya, lagi satu kilometer nak sampai ke puncak, waktu itu saya rasa diri ini adalah sangat-sangat penat, saya terus duduk berehat, urut betis, dan terbaring sambil pejam mata dan tutup telinga lalu terbang ke masa depan.
Saya terus sampai ke hospital kuala Terengganu di tahun 2040 kot? Saya ternampak diri saya yang sudah tua, sudah terbaring di katil hospital, makan tak boleh guna mulut, kena guna tiub, badan di cucuk ubat setiap satu jam, mata terkebil kebil menerima takdir, lepas tu anak anak datang cerita masalah hidup, anak mengadu tak cukup wang nak tanggung kos bedah, bini menangis atas kerusi roda, sedih sungguh.
Lepas tu saya rasa nak berak, tapi tak boleh bergerak, datang Jururawat lelaki bukak seluar saya dan basuh punggung saya dengan kasar sebab saya dah terberak, sedih hati sebab tak mampu basuh berak lalu saya pejam mata dan berdoa agar saya dapat kembali ke zaman silam, kembali ke kaki gunung kinabalu, zaman saya sihat dulu dulu. Berikan Saya Paradox Universe!
Dan Alhamdulillah! doaku makbul!
Saya bukak mata, saya tiba tiba ada di pertengahan gunung kinabalu, saya pandang kiri kanan menikmati pandangan yang indah, saya hisap tamar manis dengan nikmat, saya teguk air gunung dengan bahagia, saya melompat lompat tak sabar nak teruskan mendaki, lalu saya teruskan mendaki sambil tersenyum bahagia, menikmati kekuatan kaki melangkah, menikmati deruan angin, menikmati kurma kering, menikmati nikmat sihat, dan menikmati setiap detik! Alhamdulillah, terus saya berzikir kesyukuran tak henti henti, lalu akhirnya saya sampai ke puncak Gunung Kinabalu dengan jiwa yang penuh dengan kedamaian dah kebahagian serta kesyukuran.
Alhamdulillah. Nikmat mana lagi saya dustakan?
Link Video naik Kinabalu: https://youtu.be/zmS_n7y_w3Q
So, nasihat saya, bila korang semua ada masalah, sedang sedih, sedang berduka cita, cepat cepat gunakan mesin masa, pergi ke masa depan, rasai pengalaman menderita di hospital, ambik masa lima ke sepeuluh minit duduk sana, rasai penderitaan di sana, lagi lama lagi bagus dan bila dah tak cukup sabar, kembalilah ke masa silam iaitu hari ini.
Sungguh hari ini sangat indah, langit sedang membiru, pohon sangat menghijau. Burung berkicauan, rama rama terbang, dan nikmat udara ini, rasanya sangat sedap! PKP ini membuka sejadah yang indah untuk dicucrkan air mata taubat.
Untuk kesan yang lebih tinggi, korang pergi ke masa depan yang lebih jauh, bukan ke zaman 2050 atau 3000, tapi bayangkan diri masuk neraka berpelukkan dengan Abu Lahab berguling-guling atas bara api, lalu korang menangis air mata darah merayu malaikat Malik penjaga Neraka agar kembalikan korang ke dunia, tapi Malaikat tak layan, malah dipukul muka korang sampai pecah berkecai dan bercantum kembali, lalu korang menangis air mata nanah merayu kepada Allah untuk dihantar semula ke dunia, takpelah PKP pun, I sinar tak lulus pun takpe, takpe jugak minyak tak turun hargapun, tol tak mansuh pun tak per, asal dapat ke dunia dan dapat merasai nikmat beribadat.
Oh Tuhan, saya telah merasai azabnya neraka yang dahulu saya minta disegerakan (kerana tidak beriman), maka kembalikanlah saya kedunia walaupun sekadar satu perahan susu agar dapat saya menyebut namaMu didunia yang mana menurut NabiMu, sesiapa sahaja pernah ucap kalimah “Tiada Tuhan melainkan Allah”, pasti akan dikeluarkan dari Neraka walau dosa sebanyak buih di lautan, Oh Allah yang Maha Pengampun! Kembalilah kami ke dunia!
Oleh sebab daya imigansi korang terlalu tinggi, semua gambaran dalam neraka tu betul betul dapat dirasai buat korang menangis teresak esak, Sekali korang buka mata! Nah! Elok ada depan Telefon waktu PKP, perghhh, doa korang termakbul, sesungguhnya koranglah manusia paling bertuah! Tiada lagi penat, tiada lagi keluhan. Tiada lagu dukacita, Korang masih ada didunia sedang baca coretan ini, dan masih sempat Bertaubat! Alhamdulillah! Doa Paradox Universe korang dah makbul!
Jadi pergi berdoa syukur sekarang, dan jika teringat, sebutlah namaku dalam doamu, chewah…
Ps: Siapa siapa yang ada pintu TENET atau laci meja Doraemon Nobita, atau kereta terbang delorean time machine, atau cecair Ant Man atau mana mana mesin masa... tolong jangan pergi ke tahun 1990 bagitahu mak saya bahawa hamka sedang tengok wayang-Tolong!
Woha!
Link Video naik Kinabalu: https://youtu.be/zmS_n7y_w3Q (Tolong Like dan Subcribe Channel Youtube saya, terima kasih)
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「ini lagu budak miskin」的推薦目錄:
- 關於ini lagu budak miskin 在 Facebook 的精選貼文
- 關於ini lagu budak miskin 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的精選貼文
- 關於ini lagu budak miskin 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的精選貼文
- 關於ini lagu budak miskin 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文
- 關於ini lagu budak miskin 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於ini lagu budak miskin 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
ini lagu budak miskin 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的精選貼文
Jika anda sedang menderita, dari tahap satu hingga tahap empat, berapakah tahap derita anda?
(versi penuh)
Penderitaan ada banyak, tapi kita fokus empat dahulu, Jom kita susun tahap derita dalam hidup
Baik, sekarang kita pergi kepada masalah yang paling kurang deritanya berbanding empat penderitaan yang akan kita bincang nanti, dan oleh kerana derita ini paling kurang derita dari yang empat itu, maka saya namakan derita ini sebagai derita nombor empat..
Apa derita nombor empat?
Orang Bangladesh atau orang Indonesia yang tinggalkan keluarga jauh jauh untuk cari rezeki di Malaysia adalah contoh mereka yang menderita katogori tahap empat, korang nampak mereka macam bahagia di hujung minggu jalan-jalan kat pasar malam makan durian berpimpin tangan, tapi dalam lubuk hati mereka, ada perasan cemburu pada rakyat Malaysia yang tak payah susah-susah cari rezeki jauh jauh tetap ada,
Yelah! Korang nak ke jadi macam mereka?, tinggal anak bini cari rezeki jauh jauh sampai Afrika barat? Hilang satu nikmat hidup.., alahai orang Malaysia yang duduk kelantan tapi kena kerja Kuala Lumpurpun dah rasa tak best, apatah lagi orang Kerachi dari Paskitan yang terpaksa jual karpet kat Kubang Kriang?
Ini semua takdir, kita kena selalu bersyukur dengan nikmat Allah, sebab Allah boleh terbalikkan dunia, sekali datang selsema covid 20 pulak melanda Malaysia secara serius, habis lumpuh ekonomi Malaysia, last last, sebab takde kerja, tak mustahil, bini kita pulak jadi Amah kat Bangladesh, mana tahu?
Moralnya, Rezeki yang paling best adalah rezeki di kampong sendiri, maksud saya kerja yang kita kerja tu tak lah jauh dari rumah, tak lah jadi weekend husband, janganlah kerana gaji mahal semata mata kita selalu berpisah dengan anak isteri sampai ke tua, kasihan mereka..
Benda ni nak kena planning awal, sekarang baru kahwin takpe duduk jauh, tapi usahakan cari kerja-kerja yang boleh buat korang duduk sekali, atau bisnes ke, ambik pencen awal ke, kerana kelak bila ada anak ramai, masa tu dah kena stabil tapak rumah, dah tak payah nak travel-travel, jika susah sangat, yang wanita berhenti sahaja kerja ikut suami bertugas kat mana-mana, kang senang?
Bila duduk dekat, jika ada PKP, masih boleh ziarah sebab satu daerah, raya hari tu yang tak boleh lintas sempadan fahmlah perasaan warga asing yang terpaksa tinggal anak bini cari rezeki tak boleh balik sebab kontrak belum habis.
So, plan elok elok bab rezeki, InsyaAllah penderitaan kita semakin berkurang.., amin.
Ok, itu satu contoh derita tahap empat, senang cakap, derita tahap empat ni adalah derita sekitar bab rezeki, contoh lain macam kisah mereka yang kena pulau kat pejabat, atau kawan kawan seoffice yang tikam dari belakang, atau ada bos yang sengaja tak nak kita naik pangkat, atau rakan sekerja yang pakat-pakat tabur pasir dalam periuk nasik kita, atau bernoaga tapi kena tipu sehingga rugi berlipat ganda atau bencana datang buat rezeki kita lumpuh, atau kena potong gaji, atau bonus takde, kecuraian, kena roboh Majlis perbandaran atau apa sahaja, yang mana berkaitan dengan rezeki, sekali di uji macam tu, memang sakit hati, tapi nak buat camne?, dah takdir Allah, sabar jelah..,
Apa-apapun, sekarang korang dah tahu kategori derita tahap empat, memang korang derita, tapi releks, jangan sedih sangat.., ada lagi TIGA tahap derita yang lebih dahsyat, cuba check, korang ada tak derita yang berikutnya, jika ada baru boleh mengaku derita, jika takde, alhamdulillah, simple sangat derita korang, setakat kena jual karpet kat lorong Bombay, apa nak sedih?, ada rezeki boleh singgah rumah Aishwarya Rai jual karpet, Woha!
Kesimpulannya derita nombor empat adalah derita BAB REZEKI…, ramai jugak orang yang bunuh diri kerana masalah rezeki ni..isk..,
Betul tak?
*************
Baik, sekarang kita pergi kepada masalah yang lebih derita berbanding derita tahap empat tadi, dan oleh kerana derita ini lebih derita dari yang tahap empat itu, maka saya namakan derita ini sebagai derita tahap tiga..
Apa derita tahap tiga?
Oleh sebab kita dah kerja 8 jam kat pejabat atau berniga sampai larut malam, dan sudah ada banyak derita nombor empat, maka sekepulangan kita dari pejabat atau tempat bisnes, maka kita akan balik rumah dah habiskan masa purata 16 jam kat rumah, dan sudah namanya rumah, maka dah tentu kita akan ada jiran.., dan bila sudah ada jiran, maka akan timbul pulak banyak cerita dan derita..
Harapan kita bila sudah banyak menderita kat pejabat atau tapak bisnes, alih alih balik rumah, baru nak sampai depan pintu, kita berdepan pulak dengan jiran tentanga yang juga pulaukan kita.. aduh! Jiran pulak jenis jahat!
Jadi, derita tahap tiga adalah derita berkaitan jiran tetangga, ipar duai, atau saudara mara.., panjang nak cerita, tapi inilah kisah sebenar dalam masyarakat, jiran tu dengki dengan korang, lepas tu tak nak tegur dengan korang, atau adik beradik yang berebut harta sampai bergaduh tak sudah sudah.., atau ipar duai yang kikis harta..,
Tak cukup dengan gangguan kata nista dan fizikal, mereka ganggu pulak dengan gangguan mistik.., yang mana tak lama kemudian, jiran sebelah pulak sanggup bomohkan korang, malam malam jumpa Puaka niyang rapik sedang berak dalam tandas, atau jumpa keliwong dalam bilik air pinjam shampoo, memang masalah,
Lepas tu pulak, ipar duai yang dengki dengan korang, sanggup sebar fitnah dan mengumpat.., balik kerja ada yang ludah tengok korang, tak cukup lagi?, jiran yang janda pulak kacau suami korang, mentang mentang ada kopi janda, … apa?!, kopi duda tak de ke?, saya pun pelik, kopi jantan dah ada, kopi betina takde ke bang?
Dah! Cukup! Panjang cerita bab jiran tetangga ni, rumput rumah kita panjang dah kena umpat, keluar berdakwah dah kena pulau, masak petai goreng belacan dah kena maki, baru niat nak poligami dah kena kutuk, memang sakit hati!
Sampai satu tahap, ada yang bergaduh, bertumbuk, dan santau sana sini, memang teruk.., itu yang banyak drama ada cerita orang yang sanggup pindah duduk jauh jauh sebab hubungan dengan jiran tetangga dan teruk, yelah.., mana sanggup korang hidup berjiran dengan orang yang sakit hati dengan kita?
Hari hari tak selamat, baiklah pindah tempat lain mencari bahagia.., lepas tu pulak, bila jiran kita miskin atau kaya, maka akan wujud masalah kejiranan yang serius, atau jenis taksub pada parti, jenis assobiah, lagi teruk!
Sampai bila mati tak nak datang tahlil, atau buat kenduri tak nak makan sebab tak sah sebelihan kerana berbeza wahabi syiah sunnah, apa punya bangang daa.., esshh, panjang nak ceritalah bab ni, banyak yang dah makan hati, ini semua derita tahap tiga, ingat tu, derita tahap tiga…!
Kesimpulanya derita tahap tiga adalah derita BAB JIRAN DAN SAUDARA…, biasa orang akan pindah rumah atau lari dari kampong ler bila jadi kes macam ni, sanggup berhenti kerja sebab masalah kejiranan ni lebih besar.. aduhhh
Apa-apapun, sekarang korang dah tahu kategori yang bagaimana akan derita tahap tiga, memang korang derita, tapi releks, jangan sedih sangat.., sebab boleh pindah, ada lagi DUA derita yang lebih dahsyat dan tak boleh pindah, cuba check, korang ada tak derita yang berikutnya, jika ada baru boleh mengaku derita, jika takde, alhamdulillah, simple sangat derita korang, setakat berjiran dengan Firaun, Haman dan Abdullah bin Ubai, apa nak sedih sangat,
Jika bala datang melanda kampong korang kerana kejahatan mereka, dah tentu korangpun akan kena sekali, tapi sebab korang lelaki beriman di akhir zaman, Allah akan asingkan korang dari mereka kat akhirat, tak lah derita sangat, kan?
Dan jika korang ahli masjid yang jaga solat berjemaah, menurut hadith, bila bala datang, korang akan bertebaran dan selamat, ok lah tu…
************
Baik, sekarang kita pergi kepada masalah yang lebih derita berbanding derita bab jiran tetangga tadi, dan oleh kerana derita ini lebih derita dari yang tahap tiga itu, maka saya namakan derita ini sebagai derita tahap dua..
Derita tahap dua, (baca dalam keadaan echo)
Apa derita Tahap dua?
Dah tengok filem Si Tanggang yang di sumpah menjadi batu, atau Filem anakku Sazali? Kisah anak derhaka yang muka ada iras-iras P Ramlee tapi menderhaka pada bapaknya Sazali yang juga ada iras muka P Ramlee.., yang mana kalaulah sepuluh tahun dahulu bapaknya Sazali pukul Sazali, dah tentu Sazali tidak akan menjadi gengster nombor satu di Singapura Bapak tau?, tapi mungkin Sazali akan menjadi Hafiz di madrasah Darul Ulum Karachi Pakistan.., apa-apalah!
Arghh, pendek cerita, derita nombor DUA terbesar dalam hidup di dunia yang fana ini adalah: apabila anak yang kita sayang, kita sanjung, kita belai dan jaga serta tatang bagai minyak kereta Isi penuh, tiba tiba si anak yang kita harapkan itu, tiba tiba si anak itu, tiba tiba..oh! tergamak sungguh si anak tiba tiba mencucuh petrol itu dengan api sehingga wajah korang menjadi hitam seperti di conteng arang ke muka korang yang putih secara tiba-tiba, Tak ke tiba-tiba? (Tiberrrr)
Maka menangislah si ibu bapa di hujung usia mengenang perbuatan anak derhaka.., dunia terasa gelap, gelap terasa hitam, hitam sudah tiada manis lagi.., dan dalam kegelapan kesedihan, tiba tiba masuk pulak dalam kubur yang gelap..
Saya pernah tengok, orang yang derita bab rezeki, lepas tu dengan jiran pun ada masalah.., tapi bila anak-anak berjaya dalam pelajaran, atau berjaya dalam hidup, atau berjaya mengharumkan nama agama, bangsa dan Negara, senyum jer si ibu dan bapa dengan air mata kesyukuran sehingga lupa dengan derita bab rezeki dan jiran tetangga…
Tapi cuba korang tengok mereka yang takde masalah bab rezeki, dan tiada masalah dengan jiran tentangga, tapi bila anak derhaka, oh gelapnya hidup.., satu nikmat hidup yang besar telah luput dari genggaman.., tu yang banyak cerita orang buang anak yang dah besar, bukan buang bayi tapi masih di buang ibu bapa kerana penderitaan nombor dua tadi, tak mengaku anak!
Derita mana lagi yang korang nafikan?
Kesimpulanya derita nombor dua adalah derita BAB ANAK DERHAKA…, biasanya si ayah akan buang anak, atau tak mengaku anak.., (sehinggalah anak jadi kaya dan balik pada hari raya bersama menantu yang cantik jelita dan mintak maaf macam Shah Rukh Khan bergaduh dengan Amitabh Bachchan dalam filem Kabhi Khushi Kabhie Gham )
Dan si ibu pulak jika dapat anak derhaka, biasanya si ibu tak macam si ayah, si ibu akan menyumpah anaknya menjadi batu.
Woha!
**********
Baik, sekarang korang dah tahu katogori derita masing masing, ada derita tahap dua, derita tahap tiga dan derita tahap empat, korang yang tentukan..
Sekarang kita akan pergi kepada derita tahap satu..
Nombor SATU!, (baca dalam keadaan echo)
Apa derita tahap satu?
Derita ini bakal melanda semua pasangan hidup.., iaitu derita apabila pasangan hidup korang tiba tiba curang, pergi kepada kekasih lain! Oh.. sekelip mata kau berubah..…, budak sekolahpun sanggup bunuh diri bab ni.. aduhai..
Dan untuk suami isteri, masalah rumahtangga yang berakhir dengan penceraian, adalah kesan dari penderitaan ini, dan ramai jugak yang kemurungan.
Sungguh apabila orang yang telah sanggup seiring dan sejalan, sehidup dan semati, sangup tidur berbogel dengan kita, bergeser pusat dan berlaga lubang kencing.., tiba tiba.., si dia melukakan kita, mengkhianati kita, curang, derhaka dan berpisah…
Hati memang sedih.., dunia terasa gelap.., Lalu lagu lagu sentimental menjadi peneman bagi yang malas membaca Al quran..oh..
Saya tak perlu tulis panjang, semua tahu bagaimana deritanya jika mak dan ayah kita berpisah…, anak anak jadi derhaka.., jiran pun mengumpat, dan ekomoni rumah tannga men jadi huru hara.. oh…
Namun jika derita anda tahap tertinggi, masih ada jalan pulang dalam menacri cinta...
Sesungguhnya, Siapa saja yang mencintai manusia, maka manusia itu akan meninggalkan kamu sama ada kerana curang atau kerana menjadi mayat, Dan barangsiapa yang mencintai Allah, maka sesungguhnya Allah itu tidak akan meninggalkan kamu, dan Allah tidak akan mati dan tidak akan curang buat selama lamanya, dan Allah itu akan menerima cinta sesiapa sahaja hambanya yang bertaubat walaupun mempunyai dosa setinggi gunung mececah awan, kerana Allah adalah Kekasih Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang…
Nimat mana lagi yang kau dustakan?
Pulanglah kepada Allah…
Sekian.
ini lagu budak miskin 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的精選貼文
Star Wars dan Sisi Gelap Hamka Keretamayat.
Dalam asyik saya bercerita tentang agama, saya ada sisi gelap menurut beberapa sahabat saya iaitu saya ni kaki movie atau kaki tengok wayang atau movie addict.
Jadi jika korang tanya tentang Al quran hadis, sayapun suka bercerita, dan jika korang tanya tentang filem barat, saya pun suka jugak bercerita. Semoga sisi gelap ini dapat dipimpin ke jalan yang benar oleh jedi terakhir, woha!
Bercerita tentang Star Wars, waktu saya dalam kandungan lagi, nun di Amarica sana, George Lucas sedang pening kepala sebab karya agung beliau sedang dipersendakan oleh pelakon dan kru filem, mereka anggap filen ini akan gagal sebab siapa nak tengok cerita budak budak, lepas tu set kena ribut, pelakon Luke kemalangan dan luka di wajah, sebelum bajet filem ni nak lulus, banyak kompeni besar reject idea Lucas ni, termasuk Disney yang mana sekarang beli filem ini dengan berbilion kontrak perjanjian.
Tapi Lucas sabar, dia buat jugak filem opera angkasa, penerbit bagitahu, orang tak minat filem zaman depan, Lucas cakap ini filem zaman dahulu, a long long time ago, in galaxie far far away.
Skrip filem ni panjang dan susah nak faham, Lucas terpaksa pecah kecil dari 6 episod kepada focus hanya episode empat sahaja, episode satu dan tiga kos terlalu mahal, dan episode empat ini berjudul “Harapan Baru"
Satu harapan yang besar bagi Lucas dalam persembahan seni, katanya kepada kru filem, kamu mungkin tak sedia dengan filem ini tapi anak cucu kamu akan bersedia.
Awalnya, Filem ni menyusahkan Penerbit, sebab over bajet, tapi sebab dah jalan 50% bajet terpaksa tambah untuk disiapkan, lepas tu masalah nak edit, masalah nak masukkan special effect dan banyak lagi masalah sehingga Lucas dinasihatkan oleh doctor pergi berehat kalau tak boleh kena kemurungan.
Masalah paling bear sebab nak buat kesan khas, maka Lucas dan kru study dan kaji bagaimana nak dapat kesan khas tersebut.
Pendek cerita, Habis pengembaraan Filem, Lucas pergi bercutidi Hawai, tenangkan fikiran dan dia sendiri sangka filem ini akan gagal, balik dari bercuti dia tengok orang ramai beratur tepi jalan, ingatkan nak beli makanan segera area situ tapi beratur sebab panggung wayang dah penuh dan orang tunggu giliran sampai melimpah ke jalan raya. Waktu tu baru dia sedar yang dia dah jadi orang kaya!
Filem tu menjadi kejutan zaman 70-an, jet pejuang buruk berperang di angkasa, pedang leser agay samurai, robot buat lawak, bentuk jet yang macam macam, alien yang macam macam bentuk, ada masukkan unsur sihir, lepas tu latar belakang kerajaan Ditaktor melawan Pembangkang yang menyokong demokrasi dan ada kena mengena dengan perang dunia dan perang viatnam yang baru berlaki zaman tu, buatkan filem itu meletup sehingga kru belakang tabir pun orang cari minta tanda tangan.
Han solo pergi kedai, orang Tarik bajunya sampai koyak, Luke, Lia terkejut tengok patung permainan muka mereka laku macam goreng pisang.
Filem STAR Wars akhirnya menjadi filem paling laku sepanjang zaman hinggalah rekodnya dipecahkan oleh filem Titanic 20 tahun kemudian. Namun mainan, baju, dan aksosori Star Wars masih laku sampai sekarang dan menjana keuntungan yang buatkan Lucas gemok kekenyangan makan tak habis.
Sekarang ni pun Lucas dah jual Star wars pada Dsney dan hidup aman damai sebab dah kaya raya dan kita doalah semoga Lucas diberi Hidayat masuk islam.
Jadi balik kepada saya yang waktu kecik rumah tak ada TV, masa banyak dihabiskan dengan mebaca akbar dan majalah yang mana jika ada ulasan filem, saya akan baca dengan punuh minat, maka sebelum menonton film star wars lagi saya dah kenal watak C3PO, R2D2, dan lain lain.
Daun terup ada gambar dari filem Star wars jadi tempat minda saya berangan tentang isi filem, diperpustakaan sekolah, buku tentang robot pasti akan cerita tentang robot dari filem star wars hinggalh waktu saya darjah dua atau tiga macam tu, ada piala dunia jam tiga pagi, dan oleh sebab rtm tak nak orang tidur maka tayangan larut malam di siarkan, Star Wars yang buat pertama kali saya tonton dan jatuh cinta.
Bayangkan orang yang dah hafal skrip semua lagu dan tiba tiba dapat tonton konsert artis yang dia minat? tentu teruja bukan? begitulah perasaan seronok beronok ronok dapat tonton filem Star wars waktu darjah dua macam tu.
Beberapa tahun kemudian, dapat peluang menonton dalam TV episode lima: Empayar menganas semula!
Terpegun babak perang dalam salji, dan terkejut rupanya Darth Veder adalah ayah Luke. Ending filem itu hero kalah, Han Solo beku, Luke putus tangan, pemberontak kalah dan semua itu adalah satu kelainan yang sangat enjoy bila tonton.
Masuk form 1 macam tu dapat menonton episode akhir (pada zaman tu) Kembalinya Pahlawan Jedi, juga di kaca TV nontonnya, terpegun aksi motor terbang dalam hutan dan babak akhir pecah tiga yang unik, perang di angkasa, perang dalam hutan di darat, dan perang pedang di dewan utama. Selain bongkar kasih ayah tak pernah putus walaupun jahat, dan kisah puteri jatuh cinta dengan Han Solo yang tak boleh masuk majlis, pendek kata: Sangat puas hati dengan ending Star Wars dan sayapun menuju remaja sambil teruskan kehidupan.
Sukanya saya pada Star Wars hingga jika ada awek hodoh tapi tahu watak Star Wars saya anggap dia cantik macam puteri Lia, dan jika ada awek cantik cakap Star Wars tak best, saya anggap dia hodoh macam Jabba the Hutt. Woha!
Tapi saya miskin, maka saya bukan pengumpul mainan star wars, saya penggemar story telling sahaja. Dan sebab saya miskin, awek hodoh macam Jabba pun tak nak kat saya dan itu cerita lain.
Habis SPM, tiba tiba Start Wars buat Spesial Edition, semua filemnya di ulang tayang di panggung wayang, tapi dengan kesan CGI yang canggih, alien plastic diubah pada lebih real, letupan lebih cantik, dan sayapun ambik peluang untuk marathon filem ini di panggung wayang Shah Alam, masa tu kerja kilang kat sana. Dapatlah kumpul duit dan dapat rasa feel tengok wayang macam orang zaman 70-an dahulu.
Lepas tu sambung belajar di IPTA dan masuk zaman kerja balik tiba tiba Star Wars buat kisah dari episode 1, perghh, layan. Walaupun episode 1 “Ancaman Berpuaka” agak kebudak budakkan tapi saya tetap layan, masuk episode 2 “Serangan Tentera Klon” saya enjoy, suka tengok pahlawan jedi ramai ramai lawan robot, kisah cinta Jedi remaja, kisah politik, demokrasi melawan anarki, dan monarki, dan episode tiga “Sith SiPendendam” saya puas hati sebab akhirnya ayah hero menjadi Dark veder dengan bercucuran air mata.
Masa berlalu, zaman DVD, saya ada beli sambil layan poltik dan aksi dalam filem Star Wars, dan masa berlalu lagi, muncul episode tujuh, “Aura Terjaga”
Perghhh,. Teruja dan saya enjoy. Banyak babak yang 70-an dihidupkan semula dengan teknologi terkini. Tapi ralat sebab watak Han Solo mati tanpa ada rasa berbaloi.
Waktu ni dan tonton wayang bersama anak bini, episode seterusnya, episode lapan: “pahlawan Jedi Terakhir” saya sangka Luke akan mengamok, tapi mengecewakan, lepas tu Luke mati, lepas tu filem tu banyak focus pada watak baru dan abaikan watak lama yang mampu bagi nostalgia, watak lama hanya mucul sekejap dan mati. apa ke hal?
Sementara tunggu filem akhir, ada muncul filem Star Wars yang laun seperti “Penyanggak utama” yang fokus pada event sebelum part empat, dan selepas part tiga, kisah bagaimana death star di bina dan menjawab tuduhan sebelum ini yang kutuk filem Star Wars tak best sebab kelemahan Death Star tu simple sangat, dijawab dengan cemerlang dalam filem ini dan endingnya buat saya maafkan semua kekurangan star wars dalam filem satu hingga tiga.
Tak lama lepas tu muncul filem Solo, bila tonton rasa kurang feel, malas nak ulas.
Baru nak move on dengan Star wars, Mandalorians pulak muncul, dah layan enam episode, dan semuanya membuatkan saya maafkan semua kesilapan yang lalu bersama Star Wars, Mandalorians sangat mirip dengan aura star wars, sangat respek dengan original concept, dan begitulah sepatutnya Star Wars diterjemah.
Kemudian malam tadi pun tiba, Star Wars episode akhir menjengah dunia: Malas nak fikir lebih lebih, dah tua, maklumlah Umur saya sama dengan umur Star wars, lahir tahun 1977. Dan di usia senja begini, Semua tahu, untuk hidup bahagia, kita kena maafkan orang.
Sungguh saya dah lama maafkan Micheal Bay, dan sekarang saya maafkan J.J Abrams.
Bila dah maafkan, barulah enjoy tengok movie ini.
Dan Filem ini adalah tentang kemaafan, maaf seorang anak kepada ibu bapa, maaf seorang ayah, maaf seorang sahabat, maaf seorang guru, maaf seorang cucu, maaf seekor alien, dan yang paling penting waktu menonton filem ini adalah memaafkan pengarah dan penulis skrip dan penerbit yang semuanya orang yang sama. Lantak kau lah J.J Abrams nak hidang apapun, asalkan takde hina islam dan adegan seks, saya sokong! Lucas pun tak kesah apahal pulak kita nak marah marah, kan?
jadi berapa markah untuk filem Star Wars? saya bagi markah untuk semua filem,
1. Ancaman Puaka 5/10
2. Klon Menyerang 7/10
3. Sith Sipendendam 7/10
4. Harapan Baru 9/10
5. Empayar Mengganas Kembali 10/10
6. Kembalinya Pahlawan Jedi 10/10
7. Aura terjaga 7/10
8. Pahlawan Terakhir Jedi 5/10
9. Kebangkitan Penjejak Langit 6/10
Lain lain.
1. Penyanggak utama 10/10
2. Solo 5/10
3. Perang Klon (belum tengok)
4. Mandalorians 9/10
Ok tak markah ni?, semoga ianya membantu.
Kepada anak anak, Ayah akan mati, tapi Star Wars tak akan mati dalam dunia filem, akan datang tentu ada kisah anak cucu Sykwalker, pesan ayah, waktu ayah tak ada, dan korang Nampak filem Star Wars ke, Poster Star Wars ke, mainan Star wars ke, korang sedekahkanlah Ayah Al Fatihah.
“Semoga Iman sentiasa bersama mu”
Ditulis dari seorang ayah dengan pesanan akhir: "I Am Your Father"
Woha!
#hamkafilm