ADA APA DENGAN KAB GOLD?
Alhamdulillah... syukur kepada Allah SWT, kerana hari ini adalah hari ke15 kelahiran KAB Gold.
Berkat sokongan dan doa daripada semua yang memberikan kepercayaan kepada KAB Gold, Allah izinkan KAB Gold untuk beroperasi.
15 tahun yang lalu, Ustaz Khairul Basri adalah pelajar saya dalam kursus Master Undang-Undang Perbandingan di UIAM. Sekarang kami berganding baru dan tenaga dalam satu bisnes yang unik.
Inilah sebuah cerita syarikat kami....
❤️ TENTANG SYARIKAT.
✅ Nama berdaftar ialah KAB Goldynamics Sdn. Bhd.
✅ Nombor pendaftaran SSM ialah 1240458-V.
✅ Didaftarkan pada 27 Julai 2017 dengan nama Goldynamics Marketing Resources Sdn. Bhd.
✅ Pemilikan 100% bumiputera Islam.
✅ Pengarah dan Pengerusi, Datuk Dr. Mohd Daud bin Bakar.
✅ Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif, Mohamed Khairul Anuar bin Mohd Basri.
✅ Setiausaha Syarikat, CSQ Corporate Services Sdn. Bhd. ~ Puan Wan Sarimah Wan Husain.
✅ Assayer Emas, KL Assay Office (M) Sdn. Bhd ~ Encik Abdul Shukor Anuar.
✅ KAB Gold juga sedang mengenal pasti beberapa calon individu berkelayakan untuk dilantik sebagai penasihat syariah KAB Gold.
❤️ PERKHIDMATAN YANG BAKAL DITAWARKAN.
KAB Gold berhasrat untuk mewujudkan ‘one stop centre’ untuk urusan berkaitan emas di bawah 1 bumbung.
✅ Jualan dan belian balik jongkong emas.
✅ Jualan dan belian balik jongkong perak.
✅ Jualan dan belian balik barang kemas.
✅ Belian balik emas skrap.
✅ Ar-Rahnu.
✅ Pengiraan dan pembayaran zakat emas dan perak.
✅ Pendidikan tentang emas secara formal dan tidak formal.
✅ Pembangunan modal insan berasaskan logam bermutu tinggi.
✅ Program melahirkan usahawan emas dan perak secara sistematik.
✅ Tempahan emas dan perak.
✅ Dan lain-lain.
❤️ MODEL PERNIAGAAN KAB GOLD.
✅ KAB Gold akan memaksimakan sebaik mungkin kebolehan pelanggan dan wakil jualan untuk memperkenalkan KAB Gold kepada masyarakat.
✅ Para pelanggan dan wakil jualan tidak perlu menyimpan stok, menjual stok atau menerima pembayaran daripada pembeli.
✅ Apa yang perlu dilakukan oleh para pelanggan dan wakil jualan ialah memperkenalkan seramai mungkin pelanggan kepada KAB Gold melalui kaedah introducer.
✅ Siapa saja yang berdaftar dengan KAB Gold akan memiliki kod KAB. Kongsikan kod KAB masing-masing agar orang lain boleh berdaftar dengan menggunakan kod KAB anda sebagai introducer.
✅ Semua pelanggan berdaftar KAB Gold akan membeli emas dan perak secara terus dengan KAB Gold dan membuat bayaran terus kepada akaun KAB Gold.
✅ Buat masa sekarang, hanya terdapat sebuah sahaja cawangan KAB Gold iaitu di Gombak, Selangor.
✅ Stok emas boleh diambil di cawangan Gombak, diposkan terus ke rumah pembeli atau terus disimpan oleh KAB Gold tanpa sebarang upah simpan sehinggalah ianya diambil.
✅ InsyaAllah KAB Gold merancang untuk memiliki cawangan di sebanyak mungkin kawasan di seluruh Malaysia agar lebih memudahkan para pelanggan dan wakil jualan.
❤️ STRUKTUR INSENTIF.
✅ Setiap pelanggan KAB Gold akan memiliki kod KAB masing-masing. Ia adalah tanda bahawa anda adalah pelanggan berdaftar KAB Gold.
✅ Semua pelanggan boleh menggunakan kod KAB masing-masing sebagai introducer. Tetapi hanya introducer bertaraf wakil jualan sahaja yang akan menikmati insentif belian dan jualan balik.
✅ Gold Advisor atau GA akan menerima insentif 1% daripada jumlah beliannya sendiri dan belian para pelanggan yang didaftarkan menggunakan kod KABnya sebagai introducer.
✅ Gold Manager atau GM akan menerima insentif 1.5% daripada jumlah beliannya sendiri dan belian para pelanggan yang didaftarkan menggunakan kod KABnya sebagai introducer.
✅ Group Gold Manager atau GGM akan menerima insentif 2% daripada jumlah beliannya sendiri dan belian para pelanggan yang didaftarkan menggunakan kod KABnya sebagai introducer.
✅ Semua wakil jualan akan menerima insentif 0.3% untuk jualan balik emasnya kepada KAB Gold.
✅ Nilai insentif akan dijumlahkan selama sebulan dan akan dibayar pada 1 tarikh pada bulan berikutnya. Tetapi untuk peringkat awal ini, segala insentif bagi aktiviti belian dan jualan balik emas bagi bulan Februari di KAB Gold akan dibayar pada 10 April.
InsyaAllah, KAB Gold akan mengeluarkan grafik struktur insentif ini tidak lama lagi sebagai panduan bagi semua wakil jualan.
❤️ APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN SEKARANG?
✅ Besarkan empayar perniagaan KAB Gold anda secepat mungkin mulai sekarang. Ini akan berguna suatu hari nanti sebagai salah satu daripada sumber pendapatan pasif anda di bawah KAB Gold.
✅ Setiap introducer mestilah daripada sekarang mempersiapkan diri untuk menjadi introducer yang berilmu dan bertanggungjawab. Dengan insentif yang bakal diterima nanti, ia mestilah selari dengan keupayaan membimbing dan memberi bantuan kepada setiap orang yang berada dalam empayar perniagaan masing-masing.
✅ Pendaftaran adalah percuma. Tiada pembelian minimum perlu dibuat. Kod KAB juga tidak akan tamat tempoh walau tanpa apa-apa belian.
✅ Setiap pembelian boleh dibuat melalui laman web www.kabgold.my sehingga selesai pembayaran.
✅ Order tanpa bayaran akan terbatal dengan sendiri jika tidak disertakan dengan pembayaran selepas daripada pukul 12 tengah malam pada setiap hari.
✅ Tiada caj penalti yang dikenakan untuk order yang terbatal. Tetapi, pelanggan tidak boleh menambah order lain sehinggalah selesai pembayaran dibuat sebelum daripada order itu terbatal dengan sendiri.
✅ KAB Gold akan mengadakan seminar secara atas talian (sepanjang tempoh PKP) dari masa ke semasa untuk memberi tunjuk ajar kepada para pelanggan dan juga wakil jualan.
✅ KAB Gold juga akan menghasilkan video-video pendek berkenaan cara-cara mendaftarkan pelanggan baru, membuat belian, membuat bayaran dan sebagainya untuk panduan umum.
✅ KAB Gold juga akan mewujudkan saluran telegram untuk semua pelanggan dan wakil jualan mendapatkan maklumat dan promosi terkini KAB Gold.
❤️ MAKLUMAN PENTING.
✅ Setakat ini hanya ada 6 produk yang ditawarkan iaitu gold bar 0.5 gram, 1 gram, 5 gram, 10 gram, 1/2 dinar dan 1 dinar.
✅ InsyaAllah jenis produk akan ditambah dari masa ke semasa seiring dengan kemajuan syarikat.
✅ Program Uncang Emas (pembelian gram emas menggunakan platform online) akan dilancarkan sepenuhnya mulai 1 Mac 2021 InsyaAllah.
✅ Uncang Emas ialah suatu kaedah untuk pelanggan membeli gram emas serendah 0.25 gram pada setiap masa. Gram emas ini boleh dikumpul dan dikeluarkan fizikalnya jika mahu.
✅ Ketelusan adalah prinsip asas KAB Gold. Setiap item yang dijual di laman web akan disertai dengan baki bilangan stok yang tinggal.
✅ Jika terpaksa ditempah sekalipun, KAB Gold akan menetapkan tempoh menunggu maksimum yang standard bagi setiap item.
Saya rasa setakat itu saja yang saya ceritakan pada malam ini. Nanti jika ada yang tertinggal, saya akan edit terus di posting ini dari masa ke semasa.
InsyaAllah nanti saya akan buat Live fb juga ye. Tunggu saya announce bila masanya yang sesuai.
Sementara menunggu Live fb tu, tolong share dulu posting ni ke serata alam ye. Semoga anda semua boleh maju jaya dengan bersama KAB Gold.
Ingat emas, semuanya di KAB Gold.
#KAB
Mohon untuk semua like dan follow :
❤️ Page : Fb.com/kabgoldynamics
❤️ Instagram : @kabgoldynamics
❤️ Website : www.kabgold.my
Sebarang masalah berkaitan pendaftaran, pembelian dan sebagainya, boleh klik link whatsapp :
✅ Admin : wasap.my/60103233341
✅ Admin : wasap.my/60124222949
MDB
Pengerusi KAB Gold Dynamic.
同時也有3部Youtube影片,追蹤數超過3萬的網紅DBilique TV,也在其Youtube影片中提到,Official Facebook Page: https://www.facebook.com/dbiliquelive/ Official Instagram: [Main] https://www.instagram.com/dbilique/ [Gaming] https://www.fa...
「instagram rumah zakat」的推薦目錄:
- 關於instagram rumah zakat 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳解答
- 關於instagram rumah zakat 在 AKU Sis Lin Facebook 的最佳貼文
- 關於instagram rumah zakat 在 Heliza Helmi Facebook 的最佳貼文
- 關於instagram rumah zakat 在 DBilique TV Youtube 的最讚貼文
- 關於instagram rumah zakat 在 DBilique TV Youtube 的最讚貼文
- 關於instagram rumah zakat 在 DBilique TV Youtube 的精選貼文
instagram rumah zakat 在 AKU Sis Lin Facebook 的最佳貼文
Jom korang kita sama² membantu ..
Moga Allah permudahkan semua urusannya ..
AKU TAK TAHU MANA PERGINYA KAWAN KAWAN MEDIA YANG SEPATUTNYA BUAT LIPUTAN PADA ORANG YANG MEMERLUKAN.
==============================================
Maaf pos ni panjang sikit sebab aku TAK PUAS HATI.
.
.
Semalam aku ternampak pos dari eina_azman di instagram perihal " DERITA ANAK ECZEMA YANG DIPANDANG JIJIK OLEH MASYARAKAT "
Kemudian aku search terkeluar pada OH BULAN! tentang mereka.
Dari OH BULAN! mereka ambil video ihsan dari METRO TV. Info ni berantai sampailah aku terjumpa owner fb.
Kau bayangkan la orang tengah susah sebab diuji, sikit betul orang buat liputan.
Mana pergi media lain?
Bukan ke hidup berjemaah lebih berkat dan dirahmati???
Semalam terus aku buat carian di google, itu pun tak banyak liputan malahan REACH pada orang ramai tak tinggi langsung.
Yang cuma buat liputan cuma :
.
Pelangi Bin Awan 13/11 54 like | 38 share
MALAYSIA CHANNEL 14/11 5 like | 1 share
Informasi Malaysia Kini 15/11 552 like | 292 share
Berita Hot 15/11 2 like | 0 share
OH BULAN! 16/11 6.6K like | 1,700 share
Viral Masa Kini 0 like | 0 share
Sinar Harian 17/11 8.6k like | 366 share
Nadia bakhtiar 17/11 1.6k like | 3073 share ( baru )
.
.
Baru 8 channel setakat ni. Reach sangatlah rendah.
Aku menyeru pada kawan kawan
1) Founder
2) Blogger
3) Rakan media ( Utusan Online dan BH )
4) Influencer
5) IM ( Internet Marketer )
.
Tolong tolong tolong FOKUS pada berita orang yang memerlukan disamping mencari traffic.
Tahu TRAFFIC IS KING. Tapi tak guna jika tak dimanfaatkan utk bantu orang seperti ni.
Jangan siakan.
Oh ya, tak perlu tanya mana pergi pusat zakat atau jabatan kebajikan masyarakat.
Kita orang islam memang kena bantu orang susah. Ini peluang kita buat kebaikan.
.
.
.
Tolong admin :
@siakap keli
@beautifulnara
@penmerahdotcom
@penhitamdotcom
@rotikaya
@himpunan cerita lawak
@amanznetwork
=====================
.
.
Kalau kau rasa kau dah susah, ada orang seribu kali susah dari kau.
Kalau kau rasa kau paling sakit, ada orang sejuta kali derita dari kau.
Aku faham rasa penat, rasa fedup, rasa sedih, rasa putus asa bila diuji sebegini.
Tiap malam kak nurul terpaksa bersengkang mata sebab nak jaga anak yang terkena penyakit kulit tahap kritikal.
Tiap malam menangis , garu garu sebab gatal, kulit merekah dan pecah akibat eczema.
Berdarah bernanah tu sudah tentu !
.
.
Ditambah teruk pula pabila anaknya terkena jangkitan campak!
Habis 3-3 anaknya terpaksa kak nurul hadap karenahnya ketika sakit.
Suami pula sebagai kelindan lori selalu outstation.
.
.
Paling sedih, masyarakat sekitar memandang jijik pada mereka sampai mereka terpaksa menyepikan diri.
Hati mana bro tak tersentuh kalau dah susah macamni lepastu dicakap sebagai pembawa penyakit berjangkit ?
Ada pula netizen tanya mana pergi suami dia, kenapa isteri je hadap sorang sorang jerit perit rumahtangga?
Bila tengok satu persatu komen di wall kak nurul, aduh.
Boleh sakit jiwa. Geram. Soalan yang langsung tak menenangkan jiwa mahupun meringankan beban.
.
.
Entah macam mana depa hadap bulan bulan hadap keperluan harian utk hidup dengan RM850 sebulan gaji suami.
Kak nurul sepenuhnya suri rumah dan suri hati kepada 3 cahaya mata nya.
Memandangkan kak nurul juga ada masalah mata pada "cornea" yang setahu aku istilah-nya adalah " Keratoconus " , terlampau banyak kerja yg terbatas untuknya.
Tak mungkinlah utk dia buat kerja part time memandangkan anak anak sakit ditambah pula dia pun sakit.
Bulan bulan nak beli ubat klinik aje dah RM300++
Bulan bulan nak bayar sewa rumah RM250
Kos sara hidup lagi.
Susu anak lagi
Pampers anak lagi
eh macam macam lagi la.
aku yang belum bekeluarga pun cakna segala kos.
.
.
Semalam aku dapat tahu dari team pelangi bin awan dah berjaya collect RM10,000 utk beliau.
itu collection utk 5 hari utk 54 like dan 38 share.
Kalau la dapat reach 15k like 10k share alangkah ramainya yang dapat bantu kan?
Mungkin dapat RM50K cash utk depa sekeluarga. Dapatlah depa tenang melalui ujian ni.
ok ini details akaun current baru beliau,
Singgit pun takpe asalkan ikhlas.
tak mampu RM1.00?
takpe. like dan share pun dah cukup.
Kita kan saudara seislam . Nanti nak masuk syurga pun sama sama.
apalah sangat like dan share tu. Ok nah Jemput bantu mereka. ;
Maybank Current Acc
5620 8561 7913
Nurul Ain Bt. Abdullah
.
.
Izzuddin Sukor,
Yang cuba membantu.
.
.
instagram rumah zakat 在 Heliza Helmi Facebook 的最佳貼文
SUNNAH & ADAB SEMPENA AIDILFITRI.
.
1) Disunatkan mandi dan bersihkan diri (niat mandi sunat Hari Raya) : buang bulu-bulu pada tubuh, kemaskan janggut, potong kuku, pakai wangi-wangian.
.
2) Disunatkan makan dahulu sebelum solat sunat ‘Aidilfitri (afdhal makan tamar dengan bilangan ganjil) jika tidak sempat makan di rumah, maka makan di jalanan atau tempat solat, dikatakan sebagai simbolik membezakan ‘Aidilfitri dengan hari sebelumnya yang diwajibkan berpuasa.
.
3) Memakai pakaian yang terbaik, tidak semestinya warna putih.
.
4) Perbanyakkan Takbir. Takbir terbahagi kepada dua. Takbir mutlak atau mursal dan takbir muqayyad. Pada Aidilfitri, hanya disunatkan takbir mutlak sahaja.
.
Takbir mutlak atau mursal : Takbir yang dilaungkan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja tanpa terikat dengan solat.
.
Waktu bermula pada kedua-dua Hari Raya ialah selepas gelincir matahari iaitu masuknya hari baru iaitu selepas masuknya waktu maghrib. Berakhir setelah imam bertakbiratul ihram untuk solat sunat Hari Raya.
.
5) Pergi awal ke tempat solat bagi makmum, manakala bagi imam disunatkan untuk lewat sedikit sehingga tiba waktu untuk solat kerana mengikut perbuatan Nabi Muhammad ﷺ. Disunatkan bagi imam untuk melewatkan solat sunat ‘Aidilfitri untuk memberi ruang kepada umat Islam untuk membayar zakat fitrah pada waktu yg afdhal iaitu sebelum solat, manakala disunatkan menyegerakan solat sunat Aidiladha untuk segera menjalankan acara korban.
.
6) Disunatkan berjalan dan melalui jalan yg berbeza ketika pergi dan ketika pulang. Tidak menaiki kenderaan melainkan kerana terdapat keuzuran seperti sakit, lemah dan jauh, maka tidak mengapa untuk menaiki kenderaan. Jabir radiyllahu'anhu meriwayatkan, "Apabila Hari Raya, Nabi Muhammad ﷺ membezakan jalan (pergi melalui jalan lain dan pulang melalui jalan lain) - Riwayat Bukhari.
.
Disunatkan ketika pergi ke tempat solat untuk melalui jalan yg lebih jauh kerana pergi lebih afdhal daripada pulang. Supaya jalan-jalan yg dilaluinya menjadi saksi atas ibadatnya dan supaya memperbanyakkan pahalanya. Ini disunatkan dalam apa jua ibadat ibadat seperti pergi Solat Jumaat, Haji dan menziarahi orang sakit.
.
7) Disunatkan wanita untuk hadir ke kawasan Solat Hari Raya (walaupun berada dalam keadaan uzur dan tidak boleh solat, tetapi tidak dibenarkan masuk ke masjid kerana uzur). Tujuannya untuk menyaksikan kebaikan, sama-sama berdoa bersama umat Islam dan mendengar khutbah.
.
Tidak dibenarkan wanita memakai wangi-wangian melainkan yang baunya hanya memadai untuk dirinya sahaja.
.
8) Menghidupkan malam Hari Raya dengan solat, membaca Al-Qur’an, berzikir, berdoa dan istighfar. Sayyiduna Abu Umamah radiyallahu'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesiapa yang menghidupkan dua malam Hari Raya, maka hatinya tidak akan mati pada hari matinya hati-hati." - Riwayat Ibnu Majah.
.
Maksud 'mati hati' ialah keghairahan dan cinta terhadap dunia yang meresap masuk ke dalam hati. Ada beberapa pendapat lain; mati hati ialah kufur atau ketakutan pada hari kiamat. Berkenaan hadith ini, Imam An-Nawawi dalam Al-Azkar menyebut bahawa status hadith ini dhaif. Beliau menyatakan lagi, "Tetapi hadith-hadith (yang membicarakan tentang) Fadhail (kelebihan amalan) dihukumkan bertasamuh: bertolak ansur padanya." Hadith dhaif boleh diguna pakai untuk Fadhail dan Targhib wa Tarhib (galakan dan ancaman) selagi mana ia tidak bersangatan dhaifnya atau maudhu': palsu.
.
9) Solat sunat mutlak. Tiada solat sunat khas sebelum dan selepas solat Hari Raya. Tetapi harus bagi selain imam untuk solat sunat (nafilah) mutlak pada Hari Raya selepas naiknya matahari sebelum menunaikan solat Hari Raya ataupun selepasnya (bukan dengan niat solat sunat sebelum dan selepas Solat Sunat Hari Raya). Kerana tiada yang lebih penting daripada solat. Abu Burdah, Anas, Al-Hasan dan Jabir bin Zaid solat sebelum keluarnya imam pada Hari Raya - Riwayat Baihaqi.
.
Adapun bagi imam, dimakruhkan baginya solat sunat sebelum Solat Sunat Hari Raya dan selepasnya kerana menyibukkan dirinya dengan perbuatan yang tidak penting pada ketika itu dan inilah yg diamalkan oleh Baginda ﷺ. Imam disunatkan datang lewat maka apabila tiba, disunatkan untuk menyibukkan diri dengan yang lebih penting iaitu Solat Sunat Hari Raya. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas radiyallahu'anhuma "Sesungguhnya Nabi ﷺ keluar pada Hari ‘Aidilfitri, lalu solat dua rakaat (solat sunat Hari Raya), Baginda tidak solat sebelum dan selepasnya." - Riwayat Bukhari.
.
Imam As-Syafie rahimahullah berkata, “Telah sampai khabar kepada kami, bahawa doa dimakbulkan pada 5 malam. Malam Jumaat, dua malam hari raya, malam awal Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”
.
10) Sunat mengucapkan tahniah sempena Hari Raya seumpama ucapan تقبل الله منا ومنك "Taqabbalallahu minna wa minka" yg bermaksud, "Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu." Inilah yg diamalkan oleh para Sahabat Nabi ﷺ sebagaimana yang diriwayatkan oleh Sayyiduna Jubair bin Nufair RA, "Apabila para sahabat Nabi ﷺ bertemu sesama mereka pada Hari Raya, mereka saling mengucapkan تقبل الله من ومنك." Kata Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah, sanad riwayat ini Hasan.
.
Rujukan :
Al-Azkar, Imam An-Nawawi rahimahullah.
.
Fathul Bari, Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah.
.
Al-Muktamad fi Al-Fiqh Imam As-Syafie, Dr. Muhammad Az-Zuhaili Hafizahullah.
.
Salam Lebaran dari kami tim Nur El Hikmah dan Lumiere Films. ❤
.
FB: Nur El Hikmah
Instagram: @nurelhikmah
Twitter: @nurelhikmah
instagram rumah zakat 在 DBilique TV Youtube 的最讚貼文
Official Facebook Page:
https://www.facebook.com/dbiliquelive/
Official Instagram:
[Main] https://www.instagram.com/dbilique/
[Gaming] https://www.facebook.com/DB-EGaming-108269437370306/
Social Media?
Faizal Ismail: https://www.instagram.com/faizalfbi76/
Farah Fauzana: https://www.instagram.com/therealfafau/

instagram rumah zakat 在 DBilique TV Youtube 的最讚貼文
Nak tengok apa aktiviti dan topik yang diborakkan FBI dan FaFau?
Official Facebook Page:
https://www.facebook.com/faizalismail...
Official Instagram:
https://www.instagram.com/fbi.live/
Social Media?
Faizal Ismail: https://www.instagram.com/faizalfbi76/
Farah Fauzana: https://www.instagram.com/therealfafau/

instagram rumah zakat 在 DBilique TV Youtube 的精選貼文
Dah kenapa mak FBI mengamuk? Apa yang FBI buat or tak buat dekat UK tu?!
Nak tengok apa aktiviti dan topik yang diborakkan FBI dan FaFau?
Official Facebook Page:
https://www.facebook.com/faizalismail...
Official Instagram:
https://www.instagram.com/fbi.live/
Social Media?
Faizal Ismail: https://www.instagram.com/faizalfbi76/
Farah Fauzana: https://www.instagram.com/therealfafau/
