Selain Theme Park, Petting Zoo, Hippo Kingdom, Catopia dah Rumah Hantu, Lost World of Tambun juga ada menyediakan pakej extreme sport seperti zipline, kayaking, 6th miles tunnel, dan rock climbing.
Kami dah cuba menapak sejauh 6 batu (9.66KM) menelusuri gua batu kapur pergi dan balik. Fuh, memang menguji ketahan mental dan fizikal 💪💪💪
You should try this! 6th miles tunnel, only at LWOT.
@sunwaylostworldoftambun
#ProjekTravel #LostWorldOfTambun #LWOT #PTxLWOT #GlampingLWOT #SahabatPT #VisitPerak2017 #TourismPerak #BloggersDayOut #BloggerMalaysia #Ipoh #LWOT #LostWorld #glamping #PTxPULWOT #penalencong #PenaberkalaDotCom
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過2萬的網紅Ernest Ng Bro,也在其Youtube影片中提到,We decided to do some rock climbing and flying foxing. Let's hope no one dies. #sunwaylostworldoftambun Solid beats by the awesome Lakey https://soun...
ipoh rock climbing 在 Pakar diari hati Facebook 的最讚貼文
Jangan Paksa Anak Duduk Diam 24 Jam. Ibu Ayah Kena Faham Proses Perkembangan Anak Ikut Fasanya
Trend ibu bapa muda sekarang sentiasa mahu anak mereka jadi cepat pandai dan boleh duduk diam tak payah 'explore' sekeliling sebab nanti letih nak kejar mereka.
Sudahnya ramai anak-anak kecil yang memang boleh duduk diam masa makan di restoran sebab masing-masing khusyuk tengok cerita kartun di 'handphone' ibu atau ayah.
Selesa nampak ibu dan ayah boleh makan dengan tenang tanpa 'gangguan' dari si kecil. "Eh, semua orang buatlah."
Lagi satu, ibu bapa sekarang juga 'gila' nak suruh anak mereka cepat pandai. Masing-masing berlumba nak anak pandai membaca sejak usia bayi lagi. Sudahnya anak yang jadi mangsa paksaan hingga mengganggu fasa perkembangan mereka secara berperingkat.
Penerangan daripada Puan Liyana Raya, seorang Jurupulih Perubatan Cara Kerja (Occupational Theraphy) di facebook beliau diharap boleh membuka mata semua ibu bapa supaya lebih faham tentang perkembangan normal anak.
"Puan,anak (in between 2-4 tahun) susah nak fokus bila buat aktiviti...macam mana nak buat ye?"
Ni soalan paling susah saya nak jawab. Kadang2 saya "face palm" muka saya sendiri sebab pelik kenapa nak awal sangat anak fokus dan duduk diam mcm kita????????
Buka minda luas2,tarik nafas dalam2 tentang apa yang saya nak cakap ni.
Proses tumbesaran anak
PROSES.....setiap benda ada PROSES utk dapatkan sesuatu hasil. Budak,bukan terus keluar jengah dunia,terus dapat jadi macam kita yang macam orang dewasa ni.
Adakah budak....asal keluar je dari perut kita terus boleh bercakap, membaca, menulis, pakai baju, basuh pinggan mcm kita?? Ada ke? Secara fitrahnya,takde kan?
Benda fokus tak fokus yg asyik dok bermain dalam fikiran kita ni hanyalah satu persepsi dan mainan perasaan semata-mata. Sebab apa? Sebab kalau boleh,kita nak anak ni duduk diam2 sebab kita pun nak buat kerja kita,nak berehat,nak ada ''me time''..
Kanak2 ni parents....fitrahnya mereka untuk meneroka. Mana ada budak yang boleh duduk diam. Kalau ada budak keluar2 dok diam,kena cepatlah bawak pergi check sebab ianya sudah 'melawan' fitrah manusia.
Kanak2 kena melalui fasa perkembangan yg wajib ada pada diri kita sebagai manusia biasa iaitu
SENSORIMOTOR DEVELOPMENT atau PERKEMBANGAN SENSORIMOTOR
Kalau perkembangan sensorimotor ni tak lengkap, ada istilah Sensory Processing Disorder. Sebab tu saya menentang sekeras-kerasnya kaedah membaca untuk kanak2 di bawah usia 2 tahun. Sensory Processing Disorder ni kalau tak kena kat anak anda tak apa,tapi kalau kena kat anak orang lain?
Kdg2 saya geram juga....apa yang saya cakap,seringkali tidak dipandang endah sedangkan setiap tahun saya dan therapist lain menerima rujukan utk kes kanak2 yang developmental delay yang kebanyakannya berpunca daripada proses perkembangan sensorimotor tidak berjalan dengan baik dan ianya semakin meningkat dari sehari ke sehari. Setiap satu tadika kini boleh dikatakan sekurang-kurangnya ada seorang dua kanak-kanak yang tidak boleh mendengar arahan,berkomunikasi dengan baik,dan mempunyai tingkah laku sukar untuk dikawal.
Dah kalau dari kecil diajar duduk untuk membaca,tengok TV,tengok gadget time makan,time tidur...time kita nak berehat...memanglah jadi begitu. Tapi bila bagi main benda kotor,kita kata geli...bila anak nak memanjat,kita risau jatuh....
Nilah dia sikap parents zaman skrg yang sebenarnya memusnahkan proses perkembangan anak itu sendiri. Semua nak cepat...nak anak cepat belajar,nak anak cepat pandai,nak anak cepat duduk diam,nak anak cepat jalan,cepat itu,cepat ini....
Tetapi PROSESnya tak nak lalu sendiri...
"Susah kalau nak ikutkan kehendak anak nak lari sana sini,boleh semput saya dibuatnya": No komen. Ni jawapan paling malas saya nak layan. End up saya mmg tak reply dah. Sorry ya.
Proses perkembangan sensorimotor yang utama yang WAJIB anak lalui dan anda berikan kpd anak2,paling penting untuk usianya 0-4 tahun adalah:
1.Anak2 kena diberi pendedahan terhadap setiap tekstur yang ada di sekeliling merekabukan sahaja kpd kulit badan malah terhadap mulut juga. Tekstur ni faham tak apa? Tekstur lembut,berpasir,keras,kasar,berbulu,suhu panas dan sejuk,licin...tekstur makanan termasuklah yang crunchy,yang chewy,yang lembut,keras,juicy,ada rasa masam,manis,masin,pahit,tawar,pedas and so on.
Ni semua rangsangan tau.Kalau tak bagi,sistem otak takleh berfungsi. Faham ke tak faham? Sebab tu jangan obses sangat dengan flashcards. Flashcards takde semua bentuk rangsangan ni. Bagi benda real depan mata. Buah epal dalam gambar mana sama dengan buah epal yang sebenar. Kalau ajar anak 0-4 tahun huruf A,kalau dia tak kenal lagi,rileks sudah. A secara real tak melambangkan apa2. Sebab tu kdg2 berpuluh kali ajar,anak tak reti terus dah stress sebab anak tak pandai lagi. Padahal diri sendiri yg buat benda 'melawan fitrah' anak.Lepas tu cakap anak tak fokus. Apakah?????
Bila kita bagi rangsangan terhadap kulit dan mulut yang betul,secara automatiknya otot2 anak bergerak. Ini respon yang otak berikan setelah semua pemprosesan tadi berlaku dalam otak. Contohnya bila otot mulut bergerak,baru mudah anak nak bertutur dengan baik. Tapi benda ni takkan dapat dalam sehari dua,maka BERSABARLAH. Yang penting,kita beri secara konsisten.
2.Kanak-kanak suka nak bergerak.
Ada masalah ke nak bagi anak bergerak??? Lagi lama mereka bergerak,lagi baguslah sebenarnya.....
Pergerakan anak ni sebenarnya banyak merangsang proses yang kita sendiri tak nampak dengan mata kasar.Bila anak bergerak,sistem keseimbangan badan dirangsang,sistem penghantaran maklumat antara otak kiri dan kanan berlaku dengan pantas, sistem penglihatan membantu proses visual perceptual berlaku dengan baik,sistem daya tumpuan dalam otak menjadi kukuh,sistem otot dan sendi menjadi kuat dan ada endurance (ketahanan)....jadi bila lagi lama kita latih anak untuk bergerak,ketahanan otot dan sendi akan menjadi semakin kuat,anak akan mudah untuk duduk diam. Lagi sekali,proses ini bukan anak akan dapat dalam sehari dua. Ada anak,pada usia 5 tahun,apabila sudah dirangsang elok sistem pergerakan badannya,dia akan mudah duduk diam dan fokus pada tugasnya. Ada anak,kadang2 proses dia nak bergerak tu lama......sampai usia 7 tahun pun belum tentu boleh duduk diam dan fokus,ada masanya sampai usia akil baligh baru nak duduk diam.
Tapi sampai bilalah nak berkejaran dengan anak2 ni kan? Tak payah risau....aktiviti fizikal ni bagi je anak ke taman permainan sama ada indoor atau outdoor. Antara rajin dan tidak je kita nak buat semua ni sebenarnya...Bagi anak yang lasak,boleh challenge dirinya dengan membuat aktiviti hiking, masuk hutan, rock climbing dan sebagainya. Tapi janganlah sampai suruh mereka memanjat signboard "IPOH" yang besar tu pulak.Kalau nak suruh boleh,tapi make sure safety measurement dan surat kebenaran kena ada la kan.Haha
Anak yang tak belajar lagi utk bermain bola,ajarkan. Dengan sebiji bola, kita boleh membaling,menangkap,menendang,menampar dan sebagainya. Pilih satu sukan utk anak libatkan diri dan tiada salah utk ajarkan skills nya sebab ianya merangsang segala benda yg saya cakap kat atas tadi.Badan sihat,otak cerdas. Kalau asyik duduk dalam rumah je,bila masa badan nak sihat dan otak nak cerdas? Kalau kita boleh main golf,ajarlah anak main golf. Kalau tak boleh sangat,dah kalau anak nak berlari juga....pergilah ke taman tasik,buat aktiviti berjogging dan berlari sama-sama. Kalau kita pun malas,jadi anak pun malas....janganlah disalahkan anak.
Bergerak tidak menjadikan anak nakal. Anak yang lasak seringkali disalah tafsirkan sebagai anak yang nakal. Menumbuk adalah satu bentuk bermain dan ada sesetengah negara bagi ruang utk anak buat 'fighting play' atau 'pillow play'. Ini benda normal. Anak yg nakal adalah mereka yang melakukan perkara2 yang dilarang dalam agama dan masyarakat. Selagi mana anak2 ini tidak melakukan perkara yang dilarang,selagi itulah pergerakan yg mereka lakukan adalah sah.
Anak yang bergerak tanpa arah tuju,berikan "arah tujuannya". Angkat dan letakkannya di atas papan gelongsor,buaian dan jongkang jongket. Kalau anak takut,jangan risau.Beri masa.Inilah prosesnya.Janganlah mengalah.
Ni dah kira panjang lebar sangat dah saya bagi penjelasan utk ajar anak supaya jadi fokus. Tak ada proses yang mudah utk buat anak fokus. Jangan pernah melawan fitrah perkembangan anak.Risau nanti lain pula jadinya. Mungkin dari segi perkembangan yg kita lihat pada mata kasar ni jadi sempurna eloknya di awal usia,tetapi di pertengahan usia mereka lain pula jadinya. Ada banyak kes anak yg sudah dibiasakan menjadi pandai sejak kecil, menjadi "down" terus ketika sudah besar, Tiada motivasi utk belajar. Kerana sentiasa diharapkan utk menjadi pandai sehingga tekanan dtg dalam banyak bentuk-cikgu force kan utk dijadikan kebanggaan sekolah la,tak dapat terima bila dapat markah rendah dan sebagainya.
Nabi pun mula membaca di usia Baginda mendapat wahyu. Anak kita? Belum boleh jalan lagi sudah disibukkan utk membaca walhal Nabi,ketika proses membesar,banyak membesar dengan memikul tanggungjawab diri dan hidupan di sekeliling Baginda.
Sumber: Facebook Liyana Raya, Occupational Therapist
ipoh rock climbing 在 Ernest Ng Bro Youtube 的最讚貼文
We decided to do some rock climbing and flying foxing. Let's hope no one dies.
#sunwaylostworldoftambun
Solid beats by the awesome Lakey https://soundcloud.com/lakeyinspired
For business enquiries and collaborations, email me at [email protected]
http://facebook.com/dontlikethatbro
http://instagram.com/ernestngbro
http://twitter.com/ernestngbro
http://dontlikethatbro.blogspot.com