JURANG EKONOMI DAN PENDIDIKAN
Kesamarataan dalam pendidikan merupakan isu yang sentiasa menjadi perdebatan apabila tidak semua pelajar di negara ini mempunyai peluang yang sama rata. Perkara tunjang yang membelenggu isu ini adalah jurang pendapatan ekonomi.
Tiada ibu bapa yang mahukan anak mereka tercicir dalam pendidikan. Namun, jika terpaksa memilih antara bekerja di usia muda atau belajar; mereka hakikatnya tersepit. Sebagai seorang ibu dan aktivis, sedih hati saya apabila membaca kes-kes kemiskinan menjadi punca keciciran pelajaran dalam negara ini. Saya percaya suatu hari nanti anak-anak tidak mengira latar belakang akan menjadi masa depan negara kita.
Cabaran kita menghadapi wabak COVID 19 mutakhir ini menyedarkan kita bahawa golongan berpendapatan rendah adalah golongan paling terkesan. Ada antara pelajar dari golongan ini tidak mempunyai akses pendidikan seperti capaian internet dan gadget untuk kelas atas talian.
Tanggungjawab kerajaan adalah untuk memastikan tiada yang tercicir dalam menghadapi situasi yang mencabar ini. Kerajaan perlu menggariskan polisi dan program berkesan untuk menangani isu kemiskinan berpuncan dari pelbagai faktor.
Untuk menangani isu kemiskinan di Malaysia, sudah tiba masanya kita merangka beberapa langkah seperti :
1. Meningkatkan pendapatan negara melalui sistem kutipan cukai yang telus dan menyeluruh, terutamanya daripada golongan 1% terkaya di negara ini. Peningkatan hasil pendapatan membolehkan kita meningkatkan dana untuk menjalankan lebih banyak inisiatif berkesan bagi membasmi kemiskinan di negara kita.
2. Meningkatkan pendapatan minimum dengan kadar 10% daripada kadar sekarang. Ini perlu dilakukan melalui rundingan semula berkenaan syarat penglibatan Malaysia dengan ekonomi global, secara kolektif dan beransur-ansur. Dengan nilai RM 2,208 sebagai garis nilai kemiskinan, adalah sangat penting untuk kita membantu rakyat mencapai pendapatan minima yang lebih tinggi bagi menambah keboleh-upayaan mereka dalam berbelanja.
3. Memastikan kesejahteraan bersama melalui perkongsian kekayaan negara yang lebih meluas, teratur dan dikawal selia dengan baik. Kita perlu merangka untuk menambah dana dan meneruskan subsidi seperti mySalam , I-Suri disamping membangunkan lebih banyak inisiatif untuk menjaga kebajikan rakyat.
Ini adalah antara langkah-langkah yang boleh kita bincangkan dengan lebih teliti.
Saya percaya kita mampu bertindak lebih proaktif dalam menjaga kebajikan rakyat. Saya menyeru pihak kerajaan, marilah kita melaksanakan tanggungjawab kita dalam memastikan tiada lagi rakyat yang tercicir kerana dibelenggu kemiskinan
Ainie Haziqah
Ketua Wanita Muda Negara
______________________________________________________________________________
It's hard to talk about equality in education when not all of us have the same opportunity and access as the privilege one does.
No parents would want their children to be uneducated, but when the choice is between to live or to learn; the choice doesn't seem like a choice anymore. It is heart breaking that beacause of poverty, our children's potential dimmed and we in return, may have lost generation that possibly can bring greater good to our country.
This war we have against COVID 19 has shown us that it is the poor that would be affected the most in time of crisis. Rakyat has given us their mandate; it is our duty in government to outline a wholesome policies and programmes to take care of our people.
To end persistent poverty in Malaysia, it is time that we canvas ways to:
1. Increase country's revenue through just and fair collection of taxes, especially by top 1% richest in the country to raise funds for initiatives to alleviate people from line of poverty.
2. Increase current minimum wages by 10% through gradual and collective renegotiation on our terms of engagement with global economy. With RM 2,208 as new poverty line income , it is important that we work to increase people's minimum wage to help lift their everyday's capability to spend.
3. Share wealth by continuing and increasing fund to subsidize current initiative (eg: mySalam and i-Suri among many) and expand it through more structured and well monitored programmes.
These are some solution that I believe we could explore as a government.
I believe we could do more for our people. Let's do our duty and make sure that no one would ever be left behind.
Ainie Haziqah
Ketua Wanita Muda Negara
Gambar: Akhbar The Star, 21 Oktober 2020
Search