ANDA PERNAH ALAMI ISU KESIHATAN MENTAL?
JOM KONGSI DI RUANG KOMEN DIBAWAH
Malay Mail melaporkan hari ini bahawa 37,000 panggilan diterima oleh Kementerian Kesihatan sepanjang pandemik Covid-19 dan kebanyakan mereka memerlukan sokongan dari segi emosi dan psikologi.
Ini merupakan perkara serius yang perlu diberi perhatian oleh pihak berwajib terutamanya kerajaan. Ramai orang yang kehilangan pekerjaan, tekanan dengan situasi tidak menentu, dipotong gaji dan elaun malah ada yang mempunyai masalah penderaan domestik disebabkan PKPB. Ini mendorong kepada gangguan mental dan menyebabkan mereka berada dalam situasi yang sangat tertekan.
Saya mencadangkan pihak kerajaan untuk menyediakan rangka kerja susulan selepas menerima panggilan daripada pesakit kesihatan mental. Ini bagi memastikan mereka tidak ditinggal sepi dan berada dalam landasan yang betul untuk membaiki kesihatan mental mereka.
Sebagai komuniti, kita perlu sentiasa cakna dan ambil tahu dengan orang sekeliling kita seperti ahli keluarga, sahabat handai dan kenalan terdekat. Dengar masalah mereka dan cuba bantu mereka dalam situasi yang sukar ini. Percayalah, dengan menjadi tempat mereka mengadu masalah, isu kesihatan mental ini dapat dibendung. Jangan pernah mendiskriminasi dan mengejek isu kesihatan mental, kerana boleh jadi orang yang kita sayang sedang merana.
Ainie Haziqah
Ketua Wanita Muda Negara
Jom kongsi pendapat dan pengalaman anda mengenai kesihatan mental. Kongsi di ruang komen dibawah
Untuk berita penuh: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/11/19/the-covid-19-mental-toll-on-malaysia-over-37000-calls-to-help-hotlines/1924062
「isu mail」的推薦目錄:
isu mail 在 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Facebook 的最讚貼文
Saya terpanggil untuk mengulas soal kebenaran masuk organisasi media untuk membuat liputan bagi Persidangan Dewan Rakyat bermula 2 November ini.
Hanya 15 organisasi media yang diberi kebenaran untuk membuat liputan. Ini jumlah yang kecil berbanding dengan jumlah sebenar organisasi media di dalam negara.
Sebab yang diberi mengapa jumlah ini dihadkan adalah kerana situasi wabak COVID-19 dan ancaman ia menular di dalam Dewan Rakyat. Rakan-rakan sejawatan di dalam Dewan Rakyat sudah ramai yang mengulas isu ini dan saya kongsi pendapat yang sama.
Bagi saya ini tidak munasabah. Media seperi BFM, The Edge, Malaysiakini, Malaysian Insight, Malay Mail & FMT perlu juga diberi kebenaran membuat liputan bebas di dalam Dewan Rakyat.
Kebebasan media untuk membuat liputan ini adalah untuk rakyat juga. Kita semua berhak mendapatkan maklumat dan berita terkini secara terbuka, telus dan tanpa ada sebarang sekatan.
Lebih-lebih lagi Dewan Rakyat adalah pilihan rakyat. Berita, ulasan dan siaran di dalam Dewan Rakyat wajar dan wajib untuk disiarkan oleh mana-mana organisasi media kepada rakyat tanpa ada sebarang sekatan.
Saya faham ada ancaman penularan COVID-19. Tapi, buatlah ketetapan prosedur untuk organisasi media menjalani ujian kesihatan dan sebagainya.
Jangan memilih-milih siapa yang boleh buat liputan di dalam Dewan Rakyat, siapa yang tidak.
Sudahlah perbentangan Belanjawan 2021 akan dibuat dalam persidangan kali ini. Pasti organisasi media berhak membuat liputan soal agenda negara.
Media ada tanggungjawab untuk menyampaikan berita kepada orang awam. Orang awam ada hak untuk mendapat liputan berita tanpa ada sebarang sekatan. Segera ubah peraturan ini demi melindungi demokrasi negara.
https://www.malaysiakini.com/news/546838
isu mail 在 GirlStyle 台灣女生日常 Facebook 的精選貼文
這位小哥哥有顏又有實力!!!
金多謙可是短道競速滑冰的韓國國家代表隊選手啊😍😍😍
#GirlsTrend人氣日常 #短道競速滑冰選手 #高顏值 #Mi編
-
「妳的每個日常,都是台灣女生日常。」
💌追蹤Instagram:instagram.com/girlstyle.tw/
-
有任何美妝、時尚資訊與新品新聞稿、歡迎Mail至 [email protected]。任何廣編合作,請聯繫 [email protected]
isu mail 在 ISU‧義守大學101級畢聯會 - Facebook 的推薦與評價
義守 大學第六屆校友會第二次會員大會暨103年度新春團拜活動報名至今天截止歡迎101級畢業校友報名 ... 轉分機2832~2833專線:(07)6577013 E-Mail:[email protected]. ... <看更多>
isu mail 在 義守大學學校信箱驗證教學 - Dcard 的推薦與評價
e-mail.isu.edu.tw. 如果學校信箱收不到信或無法完成驗證, 也可以使用「學生證驗證」的功能, 填寫姓名、校系並上傳學生證等候審核即可! ... <看更多>