Selamat Berpuasa semua,
.
Kenangan sungguh gambar ni, ini pertama kali saya pergi umrah pada tahun 2008, selepas 8bulan syahadah. Sempat mendaki Jabal Nur hingga ke Gua Hira. Alhamdulillah
.
"Tidak perlu melihat aib orang lain. Cukuplah kamu melihat dirimu dan ayam yang berkokok di pagi hari. Lihatlah siapa yang bangun terlebih dahulu mengingati Tuhannya, makanya itu adalah yang lebih baik dan bijaksana." Imam Al-Ghazali rah
.
Nasihat untuk diri sendiri
Kita nampak baik, sebab Allah tutup aib kita 😔
Jika ia terbuka , semua orang akan lari dari kita.
#throwback #makkah #jabalnur #hira
#adamcorrie
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
jabalnur 在 ADAM CORRIE Facebook 的最讚貼文
“Ya Allah, selamatkan tubuhku dari penyakit dan maksiat sesuatu yang tidak aku inginkan. Ya Allah, selamatkan pendengaranku dari penyakit dan maksiat sesuatu yang tidak aku inginkan. Ya Allah, selamatkan penglihatanku dari penyakit dan maksiat sesuatu yang tidak aku inginkan, tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Engkau.
.
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada Engkau dari keselamatan agama serta sehat tubuh, berikanlah kami tambahnya ilmu pengetahuan, serta keberkahan dalam rezeki, serta diampuni sebelum mati dan mendapat rahmat waktu mati, serta mendapat pengampunan sesudah mati. Ya Allah, mudahkan untuk kami menghadapi sakarotul maut, serta selamatkan dari siksa neraka, hingga pengampunan waktu hisab”.
.
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang
.
#adamcorrie #throwback #jabalNur #doaharian #bukanUstaz #artis
jabalnur 在 ADAM CORRIE Facebook 的最佳解答
Alhamdulillah , Uncle Ibrahim Tan (75thn) salah seorang peserta program umrah Kembara Iman Saudara Baru telah berjaya mendaki Jabal Nur dan turun dgn jayanya.
Dalam masa 2:30jam . Naik pukul 1pg dan turun semula pukul 3:30pagi pada 2 hari lepas.
Usia Islam beliau baru 3 tahun.
Beliau sanggup berpisah dgn Isteri tercintanya di hujung usia beliau kerana isteri beliau tidak mahu memeluk Islam.
Islam adalah pilihannya.. Itulah hidayah Allah ..
Allah memberi hidayah kepada sesiapa saja yang Allah kehendaki.
Beliau memberi saya motivasi utk menjadi hamba Allah yang lebih bersyukur
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang
Kembara Iman Saudara Baru
#adamcorrie #kembaraimansaudarabaru #muallaf #muhasabahdiri #cinaMuslim #malaysia #hidayah #umrah #jabalnur