AKU ABANG PENYAYANG
Nak cerita pasal ANXIETY dengan DEPRESSIONS ni pon Bengah tahu melalui sumber internet dan dari doktor sedikit sebanyak..
Yang sakit ni BUKAN Bengah tapi adik yang no.4.. cuba la rajin sikit godek ig dan facebook Bengah baru baru ni Bengah dah muat naik isu tentang ni. tak nak pon benda ni jadi topik tapi macam sesuai untuk Bengah ketengahkan kejap pasal ANXIETY ni sebab terjadi dalam ahli keluarga sendiri.
Kupasan yang Bengah dapat buat ni.. Ayed ni mungkin dia tekanan kerja, terbeban dengan banyak fikiran, menghadapi jem pergi balik kerja ke? Bengah borak dalam video ni sebagai sembang antara adik dan abang je. Bengah pon tahu orang yang tengah lalui ni.. fikiran dan hati dia bersimpul macam rambut rosak.
Depressions dalam bahasa inggeris, Tekanan dalam bahasa melayu.. kehidupan ni semua kita akan lalui tekanan dan kesulitan. Dalam agama islam pon dah diajar.. kalau kita nak ketenangan, kembali kepadaNya dekatkan diri dengan Allah SWT. Jaga solat.. mengaji dan berzikir.
Memang mudah untuk berkata tapi YANG MELALUINYA tidak sekuat kata kata yang dia dapat. Perlu bimbingan dan sokongan.. Abang ada kawan kepada kawan yang abang dah tak kawan.. dia banyak kali cakap nak mati tak tahan dengan kehidupan sebab dia takde sokongan moral dari keluarga dan orang lain. tapi dia solat.. bila dia sihat. perangai dia pulak sama macam dulu. itu mungkin tekanan yang dialami kembali? Selain manusia siapa lagi kita nak minta tolong? Burung? Kentang? Sushi? Kembali kepadaNya mengadu.. sujud la walau sekejap.
Abang pon lalui benda yang tekanan juga. Ishh macam macam la! Jangan fikir yang buruk.. carilah cerita dan bahan yang membawa fikiran kearah positif dan kebaikan. Rapat dengan keluarga.. takde keluarga? Cari la seseorang yang sudi mendengar apa yang diri tu nak meluah. Jangan cari kenalan suami atau isteri orang.. itu cari nahas siot. itu boleh jadi sesuatu TOKSIK dalam hati yang susah nak dibendung dan diterima masyarakat.
Adik beradik Bengah memang semua berkata kasar tapi hanya kami adik beradik sahaja faham cara berkasih sayang. Carilah kedamaian dalam keluarga.. kalau tiada? Carilah ketenangan tu dalam doa dan sujud kepadaNya...
#AbangYangPenyayang
jem sushi 在 Afiatul Salsabiila Facebook 的精選貼文
“KALAU NAK MAKAN SUSHI 🍣 KENA SEBUT PERKATAAN SUSHI BETUL BETUL!”
.
Takde sarikata video ni.. cuaca harini hujan, jerebu sikit.. dengan jalan jem lagi! mood Cik Pia elok je tuuu yang penting! sebab dia seronok nak pergi makan 😅
.
Jelas tak dengar apa yang Cik Pia cakap dengan Bengah? macam tu la dia dengan adik beradik yang lain. suka sebut bunyi perkataan hujung hujung je! 😆
.
Selamat berhujung minggu semua.. selagi dia tak dapat sebut. memang abang tak akan beli apa yang dia nak. bukan jahat.. nak mengajar je. Hehe
.
#AbangYangPenyayang
#KesayanganAlam