Jualbeli Yang Berkat
.
Puan Nornazlia & suami telah datang membeli belah di MyKampung Fresh Mart pada hari pembukaan kami PDA 12 Jun 2020.
.
Selepas pulang, beliau memeriksa kembali resit dan mendapati ada barangan yang telah mereka ambil tetapi tidak di’scan’ oleh kakitangan kami lalu menghubungi saya di Facebook.
.
Kami sangat menghargai kejujuran beliau dan menghalalkan barangan yang tidak dibayar akibat sedikit kecuaian pada hari pembukaan. Namun Puan Nornazlia tetap mahu membayarnya dan saya berjanji dengan beliau akan memberikan hadiah kepada beliau nanti.
.
Alhamdulikah beliau telah ke MyKampung Fresh Mart bukan sahaja untuk membayar barangan yang belum dibayar tetapi juga membeli barangan keperluan. Kami menghadiahkan buku ‘Apa Lagi Cina Mahu’ yang ditulis oleh saya kepada mereka sebagai tanda penghargaan.
.
Inilah yang kami mahu dalam perniagaan MyKampung Fresh Mart iaitu keberkatan. Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam bersabda;
.
“Penjual dan pembeli masing-masing memiliki hak pilih (khiyar) selama keduanya belum berpisah. Bila keduanya berlaku jujur dan saling terus terang, maka keduanya akan memperoleh keberkahan dalam transaksi tersebut. Sebaliknya, bila keduanya berlaku dusta dan saling menutup-nutupi, niscaya akan hilanglah keberkahan pada transaksi mereka berdua” (HR. Bukhari no. 2079 dan Muslim no. 1532)
.
Tahniah Puan Nornazlia & suami. Semoga kehidupan puan seisi keluarga dan kita semua dikurniakan keberkatan oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Allahuma Ameen.
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #mykampungfreshmart #berkat @ MyKampungfreshmart
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「jualbeli」的推薦目錄:
- 關於jualbeli 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的精選貼文
- 關於jualbeli 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳貼文
- 關於jualbeli 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
- 關於jualbeli 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文
- 關於jualbeli 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於jualbeli 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
- 關於jualbeli 在 Facebook Marketplace: Jual Beli Barang Secara Lokal atau ... 的評價
- 關於jualbeli 在 Rukun Jual Beli dan Syarat Sah Jual Beli - Ustadz Ammi Nur ... 的評價
jualbeli 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳貼文
Persoalan lazim yang ditanya adalah jikalau Islam melarang penganutnya berjudi, ambil dan beri rasuah serta tidak boleh memakan khinzir, mengapakah masih ada Muslim yang melakukannya?
Jawapan kepada persoalan ini boleh dijawab dengan pelbagai cara dan antaranya dengan bertanya semula soalan kepada mereka;
'Jikalau undang-undang sebuah negara melarang rakyatnya memandu melebihi had laju, haram jualbeli dadah dan pelbagai lagi larangan, namun mengapakah masih ada rakyat negera tersebut yang melakukannya?'
Jawapan mereka pastinya adalah rakyat negara tersebut yang tidak mengikut undang-undang dan itu pilihan mereka dan setiap pilihan ada akibatnya.
Begitu juga dengan Muslim yang melakukan perkara yang haram kerana itu adalah pilihan mereka untuk melakukan perkara yang dilarang dalam Islam dan mereka akan menerima akibat dari pilihan mereka itu jikalau tidak di dunia, pastinya di akhirat.
Kesimpulannya adalah, perbuatan segelintir penganut agama Islam perlulah dinilai berdasar neraca sumber Islam iaitu Al-Quran & Sunnah dan bukannya menjadikan perbuatan mereka yang bercanggah dengan Islam sebagai alasan menyalahkan Islam dan majoriti Muslim.
MRM R & D TEAM
jualbeli 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
IBU -SELAMATKAN KAMI !! PELAJAR DARJAH 1
====================================
-Pagi tadi dibincangkan di dalam tv, betapa kotornya sesetengah pengusaha kantin di sekolah menganiaya kanak-kanak naif..
-Bayangkan anak-anak darjah 1, berwajah kesian, suci, alami perkara-perkara di bawah:
1. Murid yang dah bayar dengan duit besar, tapi tidak kembalikan duit baki. Murid berlalu pergi tanpa diberitahu. Dua-dua pihak rasa tidak bersalah.
2.Apabila murid bertanya harga, pelayan memberitahu, "Dua, seringgit," sedangkan boleh diberitahu harga seunit "Satu, lima puluh sen."
3.Yang kasihannya, anak ini beli saja dua unit, sedangkan dia cuma perlukan satu.
4.Harga secawan (saiz kanak-kanak) air minuman sirap penuh adalah RM1, hampir menyamai harga segelas di luar untuk dewasa.
5.Ini lagi sedih, anak ini cuma ada 50 sen di tangan. Maka, dapatlah dia separuh cawan.
6. Tidak boleh saya bayangkan betapa tergamaknya anak-anak tidak berdosa diperdayakan.
7.Walaupun diketahui syarat sah pihak jualbeli haruslah mumayz/baligh, namun situasi begini amat menyedihkan.
8.Satu lagi kes, bila ramai murid beratur ambil makanan, sampai di hujung barisan, ada makanan yang habis..
9.Ada kes lain, bila dah bunyi loceng, anak ini tak jadi makan. Ditinggalkan begitu saja, terus masuk kelas kelaparan. Sedih lagi 😢😢😢
10. Wahai ibu bapa, kita sajalah penyelamatnya. Mari kita budayakan semula amalan bekal makanan.
11. Jika satu Malaysia ibu bapa sediakan bekal, alamat pengusaha kantin pun kena fikir cara lain untuk cari makan.
12. Ada sesetengah pengusaha yang melarang anak yang bawa bekal makan di kantin. Abaikan saja undang-undang ini. Bawah pokok pun tak mengapa. Kenangan terindah.
13. Anak-anak yatim lagi macam mana? Hai sayunya hati.
14. Cerita pasal makan ni, semua orang boleh sentap. Kita mak-mak ayah-ayah ni makan sedap waktu tengahari, anak kita makan apa di sana?
anak kita..harta kita..aset kita
# Ada pengusaha kantin yang bagus jaga pelajar mcm anak sendiri. Info diatas tidak mengambarkan semua pengusaha hanya sesetengah pengusaha memberi imej yg buruk.
Sumber : Keluarga Prihatin
-gambar hiasan
jualbeli 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文
jualbeli 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
jualbeli 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
jualbeli 在 Rukun Jual Beli dan Syarat Sah Jual Beli - Ustadz Ammi Nur ... 的推薦與評價
Rukun Jual Beli dan Syarat Sah Jual Beli - Ustadz Ammi Nur BaitsDi antara aktifitas muamalah yang tidak lepas dari kehidupan seorang manusia ... ... <看更多>
jualbeli 在 Facebook Marketplace: Jual Beli Barang Secara Lokal atau ... 的推薦與評價
Beli atau jual barang baru dan bekas dengan mudah di Facebook Marketplace, secara lokal atau dari bisnis. Temukan promo besar-besaran untuk barang baru... ... <看更多>