Aunty Cina ini meminta untuk mengucap dua kalimah syahadah sebelum beliau ditidurkan. Alhamdulilah Allahuakbar.
Tiada paksaan dalam memeluk Islam dan dilakukan dengan kerelaan dirinya.
Jangan ada sesiapa yang cuba mempolemikkan isu ini khususnya para Islamophobic & liberal. Jangan nak mempolemikkan dengan cuba menuduh kerja jururawat atau doktor bukan mengIslamkan tetapi merawat.
Para jururawat & doktor yang terlibat membantu aunty ini memeluk Islam, tidak usah gentar dan takut kepada mereka. Kami di Multiracial Reverted Muslims - MRM akan membantu anda jikalau mereka cuba mempolemikkan isu ini.
Sesiapa yang cuba mempolemikkan, kami bersedia berhadapan dengan anda.
Kredit video dari Ustaz Mohd Taufik Tee Abdullah
*Maklumat baru yang kami terima adalah aunty ini tidak ditidurkan dan dia semakin beransur sihat. Salah seorang anaknya juga telah lebih awal memeluk Islam. Kejadian ini dikatakan berlaku di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.
同時也有18部Youtube影片,追蹤數超過40萬的網紅David Teo,也在其Youtube影片中提到,Pemergian seorang jururawat akibat Covid-19 yang tular semalam semenangnya menunjukkan betapa tabahnya perjuangan seorang frontliner ketika ini. KECA...
jururawat 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
SESI BERSAMA AADEL FAHAD
Bukan senang nak cari masa lapang menyantuni cucu ke-6. Banyak halangan dari pagi sampai malam. Harapan di hari Sabtu.
Sejak pukul 10 pagi semalam, saya sudah bersiaran dalam siri bicara 15 minit kenapa kita perlu menjadi penulis anjuran 5pages1day. Ini dah masuk siri ke-7.
Selepas itu, ada Majlis Penganugerahan Kecemerlangan KISAS. Saya dijemput sebagai pemidato khas (rakaman). Kemudian saya terlibat dalam forum penjanaan bisnes halal menggunakan hak @ harta intelek anjuran Matrade & Mihas.
Di sebelah petang, saya kembali dalam sesi mingguan tadabbur al-Quran secara kognitif bersamal Ust Khairul Anuar Basri jam 3 petang. Tepat pukul 4 petang, saya terus masuk zoom majlis welcoming kepada alumni PICOMS (sebuah kolej universiti di bawah MAIWP) yang baru tiba di Munich bekerja di sana sebagai jururawat terlatih & boleh berbahasa German. Saya sampaikan ucapan terima kasih & lebih penting lagi ucapan inspirasi kepada semua pihak: PICOMS, alumni PICOMS yang sudah sampai di Munich & pihak syarikat di Jerman & kedutaan Jerman di KL yang terlibat dalam German-PICOMS Professional Programme.
Komen dari pengurus di Munich dalam ucapan beliau selepas mendengar ucapan saya; "This is the most inspiring speech I have ever heard". Mungkin beliau lebih2 dalam kata2. Tapi saya memang memberikan perhargaan yang melampau kepada semua pihak. Pelajar Melayu belajar bahasa German dalam 6 bulan! Ini luar biasa.
Itu cerita semalam. Pagi tadi hari Ahad, jam 10 pagi, baby Fahad masih tidur. Saya dah bersiaran dengan pimpinan baru IIUM Students Union. Banyak isu yang saya dengar & komen. Jam 11 pagi, sesi bersama lembaga pengarah Data Sukan Sdn Bhd. Ini syarikat saya dalam menjadikan data sukan dalam semua aktiviti sukan bagi melahirkan johan berdata.
Tepat jam 12 tengahari, bersiaran pula dengan teman2 dari Jakarta tentang projek bank digital. Saya sengaja hadkan masa 45 minit sahaja.
Masa dah sampai menyantuni cucunda Fahad. Otak dah penat. Bila saya meletakkan cucunda atas paha saya, dia terus tidur nyenyak. Terasa terhibur. Tertarik melihat pernafasan bayi dari perut bukan dada. Ini cara pernafasan fitrah kejadian Allah. Ia tidak diamalkan. Sad.
MDB
jururawat 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的最佳解答
Dalam perbincangan bersama Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, lawatan ke Hospital Pulau Pinang serta perkara yang diputuskan bersama YAB Ketua Menteri, Chow Kon Yeow 曹觀友, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA dan kerajaan negeri akan melaksanakan beberapa perkara bagi menguruskan pandemik yang dihadapi di negeri ini sekarang.
Antara yang telah diputuskan termasuklah vaksinasi kepada kira-kira 130,000 remaja di Pulau Pinang yang akan bermula pada hujung bulan ini dan diharap selesai sebelum pembukaan sesi persekolahan tahun hadapan. Keutamaan vaksinasi akan diberikan kepada remaja yang menghadapi tahun peperiksaan akan datang.
Pulau Pinang juga dilihat menghadapi masa kritikal dalam tempoh tiga minggu akan datang sebelum kesan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dapat diperoleh, justeru beberapa strategi vaksinasi akan dilaksanakan.
Dengan masih terdapat kira-kira 10 peratus penduduk dewasa negeri ini yang belum mendapat suntikan dos pertama mereka, maka pendekatan ‘mop up’ akan dilakukan seperti program jangkau luar komuniti rumah ke rumah bagi mempercepatkan usaha ini.
Selain itu, perkhidmatan 'walk-in' di 10 pusat pemberian vaksin (PPV) untuk golongan dewasa di negeri ini sekarang akan diperluaskan kepada warga asing seperti dilakukan di Lembah Klang sebelum ini.
Bagi keluarga yang tinggal di rumah-rumah yang tidak kondusif untuk menjalani kuarantin setelah dijangkiti COVID-19, kita dapati terdapat keengganan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) kerana mahu selesa di rumah. Ini menimbulkan risiko jangkitan kepada ahli keluarga mereka serta jiran-jiran yang sihat dan mereka diseru untuk menjalani kuarantin di PKRC.
Akibat bebanan COVID-19 juga, terdapat penangguhan ke atas pembedahan-pembedahan penting ke atas pesakit-pesakit di hospital awam negeri ini. Oleh itu, KKM bersedia menyewa dewan-dewan pembedahan hospital swasta bagi menyegerakan pembedahan yang tertangguh, yang akan dilaksanakan oleh doktor-doktor kerajaan. Ini membolehkan pembedahan penting dalam kes berkaitahn COVID-19 dilakukan dengan segera.
Selain itu, bagi mengurangkan tekanan ke atas sistem kesihatan awam negeri ini KKM juga akan:
-Menghantar 200 kakitangan terdiri daripada doktor, pembantu perubatan dan jururawat ke Pulau Pinang dari negeri-negeri lain.
-Mendirikan hospital medan dengan 100 katil tambahan di perkarangan Hospital Pulau Pinang
-Menambah 10 katil ICU Modular dengan kadar segera di Hospital Kepala Batas.
-Merancang pemberian alat pengesan oksigen dalam darah (oxymeter) kepada keluarga yang memerlukan bagi memudahkan pemantauan keadaan pesakit COVID-19 menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Saya berharap usaha ini dapat membantu meringankan bebanan para petugas barisan hadapan KKM yang membanting keringat menghadapi pandemik ini. Semoga kita semua dapat terus memastikan prosedur operasi standard (SOP) dapat dipatuhi bukan sahaja bagi mengelakkan tekanan ke atas sistem kesihatan negara, tetapi lebih penting demi kesejahteraan diri serta keluarga tercinta.
jururawat 在 David Teo Youtube 的精選貼文
Pemergian seorang jururawat akibat Covid-19 yang tular semalam semenangnya menunjukkan betapa tabahnya perjuangan seorang frontliner ketika ini.
KECANGGIHAN KERETA API KELAJUAN TINGGI DI CHINA.
https://youtu.be/3kGJwSAN9hs
AKHIRNYA MH370 DITEMUI
https://youtu.be/eYkEA3YECXs
LANGKAH MENGGUNAKAN HAND SANITIZER DENGAN BETUL
https://youtu.be/IJ0yIKCbpqY
SIMPTOM COVID-19 YANG ANDA PERLU TAHU!!
https://youtu.be/0cNpZOSmy5A
GEMPA BUMI MENGGEGARKAN KEPULAUAN MALUKU, INDONESIA!
https://youtu.be/yYYiEDprugE
#InfoKini #Nurse #MeninggalDunia #IsuSemasa #trending #viral
====================================================
Subscribe Youtube DavidTeo : https://www.youtube.com/user/davidteoMETROWEALTH
Instagram : https://www.instagram.com/davidteo99
Facebook : https://www.facebook.com/davidteo99
SILA LIKE, COMMENT, SUBSCRIBE, & SHARE.
Copyright By / Hakcipta Terpelihara : MIG Pictures.Sdn.Bhd
jururawat 在 MeleTOP Youtube 的最佳貼文
Subscribe Astro MeleTOP, http://bit.ly/ytmeletop
Episod penuh MeleTOP di Astro Go, http://bit.ly/meletophd
jururawat 在 MeleTOP Youtube 的最佳貼文
Subscribe Astro MeleTOP, http://bit.ly/ytmeletop
Episod penuh MeleTOP di Astro Go, http://bit.ly/meletophd