Beauty Privileged
Anda pernah dengar perkataan atau terma ini?
Jika pernah, rasanya mesti anda faham apa makna dia kan. Kepada yang tidak pernah dengar, beauty privileged ini secara ringkasnya adalah
"Seseorang yang mempunyai lebih banyak peluang dalam hidup, yang boleh membantu mereka untuk berjaya hanya disebabkan paras rupa mereka."
Bahasa mudah dia perempuan cantik atau lelaki kacak yang berjaya dalam banyak perkara hanya kerana paras rupa mereka semata.
Antara contoh bagaimana beauty privileged ini memberi kesan negatif kepada masyarakat adalah kes Cameron Herrin.
Pada tahun 2018, Cameron berlumba secara haram di kawasan perumahan di Florida bersama kawan beliau dan kemudian menyebabkan kematian dua nyawa.
Jessica Reisinger-Raubenolt (24 tahun) dan anak beliau Lillia yang baru berumur setahun.
Dipendekkan cerita di mahkamah Cameron mengaku bersalah dan dikenakan hukuman penjara selama 24 tahun. Cameron pula baru berumur 18 tahun ketika itu (Kini 21).
Disebabkan rupa beliau yang tampan, dan gambar semasa beliau dijatuhkan hukuman di mahkamah telah viral. Maka berduyun-duyun manusia yang pertahankan beliau.
Walaupun sebelum itu dia(Cameron) sudah terima amaran sebanyak 5 kali dan lesen sudah ditarik semula oleh pihak polis.
Peminat beliau tetap pertahankan dia dengan alasan hukuman tersebut terlalu berat untuk seseorang yang masih muda.
Merepek sahaja semua itu. Padahal masing-masing yang sibuk pertahankan beliau itu sebab terhegeh-hegeh dengan rupa Cameron yang tampan itu.
Peminat dia bukan di Amerika sahaja, tetapi di serata dunia. Sehingga di Malaysia pun ada, tapi tak terkejut sangat sebab orang yang buat benda pelik-pelik ini ada di serata dunia.
Isu ini sudah mula reda sebenarnya, ianya kembali hangat apabila emak kepada Cameron mula bangkitkan isu ini.
Bagi beliau ini adalah satu obsesi yang sangat tidak sihat oleh para peminat anak beliau. Nak tahu tahap mana populariti si Cameron ini?
Di Tiktok beliau ada lebih 2 juta pengikut walaupun tak pernah post satu video pun.
Video yang ada #cameronherrin ada lebih 1 bilion jumlah tontonan dan #justiceforcameron ada lebih 26 juta jumlah tontonan di Tiktok. Walaupun tuan punya badan dah masuk penjara.
Begitulah manusia yang jadi buta tuli hanya disebabkan rupa yang tampan. Sedangkan dia ini seorang pembunuh sebenarnya, pembunuh kepada seorang ibu dan anak.
Begitulah kehidupan dunia tipu-tipu ini.
#AZ
Kredit kepada penulis asal Affan Zahari - https://www.facebook.com/IbnZahari
Subscribe Telegram Channel saya di https://t.me/brofirdauswong
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...