Dajjal
Ada orang bertanya, bukankah Dajjal itu tertulis di keningnya perkataan 'كفر' lalu kenapa masih ada ramai orang yang percaya?
Aljawab,
1. Itu adalah kerana masih ramai manusia yang akan tetap terpedaya oleh fitnah yang dibawa olehnya.
Menzahirkan dahsyatnya fitnah Dajjal.
2. Di kotak rokok kebanyakannya tertulis amaran bahaya dan penyebab Kanser namun orang ramai masih sahaja tetap membeli dan menghisap rokok.
3. Ramai orang mencela penjual produk kecantikan kerana perangai 'founder'nya yang buruk, tidak berakhlak dan tidak tahu malu.
Sekalipun KKM, pakar perubatan berulang kali memberi amaran bahaya terhadap produk timbang-kilo, kandungan merkuri dan bahan terlarang dalam produk kecantikan.
Namun produk mereka tetap masih ada orang yang percaya dan membelinya.
Begitulah kisahnya dan Dajjal sudah tentu fitnahnya adalah lebih-lebih lagi!
kandungan rokok 在 9bulan10hari Facebook 的最讚貼文
ISTERI HAMIL BERNAFAS UNTUK ANAK YANG DIKANDUNG, JANGAN MEROKOK BERHAMPIRANNYA.
Ibu perlu menyedut udara yang bersih untuk keselamatan dirinya dan anaknya.
Sangat bahaya asap rokok kepada bayi dalam kandungan.
Menurut portal Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth antara kesan negatif dan berbahaya (detrimental) kepada janin adalah:
❌Kekurangan bekalan oksigen dan pendedahan toksin kepada janin akan menyebabkanasphyxia (lemas) dan hypoxic ischemic encephalopathy – komplikasi otak yang boleh menyebabkan ‘tarik’ (seizure) dan kegagalan otak untuk berfungsi.
❌Kekurangan bekalan oksigen dan pendedahan toksin kepada otak bayi boleh menyebabkan masalah pembelajaran.
❌Kecacatan kongenital fizikal (congenital anomalies).
❌Berat lahir kurang daripada 2.5 kg (Intra Uterina Growth Retardation).
❌Kematian dalam rahim (Intra Uterine Death).
❌Kelahiran pramatang.
Janganlah kita berlaku kejam kepada ibu mengandung dan anaknya. Kita mampu mengubahnya.
Buat papa mama yg nak ilmu kehamilan - kelahiran - berpantang - mendidik anak2 & penyusuan susu ibu boleh klik link ini utk dptkannya ya : ebook.9bulan10hari.com 😍
kandungan rokok 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
Benarlah ilmu itu luas..dulu umie xtahu n xpernah ambil tahu.. bila renung wajah anak sendiri YALLAH what should i do?? I love him so much n will do anything for him... how can i convience other people?? Patotla ada ibu2 kat luar sana sanggup menjauhkan anak dr org...
Selalu jugak dengar.. ALAHHHH!! Anak ak ok je hidup jugak sampai sekarang... ALLAH belum uji lagi... now aku diuji dgn perasaan takowt yg teramat sgt... aku perhatikan sikap cerewet mak bapak lain yg betol2 mementingkan kebersihan n persekitaran anak2... basuh tangan sebelum pegang bayi anda yg paling penting jauhi rokok... bila kita terlalu amik tau n cerewet ade yg menganjing ckp kita mengada2... ada yg xamik kesah...lg nampak kita pgg baby lagi dia akar rokok 2..now lihat anak ak sendiri yallah ape ak patot buat...🤧🤧😭😭...
👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇
SISA ASAP ROKOK TETAP MERBAHAYA
Jangan anggap bayi atau anak anda selamat apabila anda merokok di luar rumah. Ini kerana, apabila seorang perokok itu merokok, kesan-kesan nikotin masih terlekat di kulit, baju, bangku, sofa, lantai, langsir, dalam kereta, dan sebagainya walaupun selepas berjam-jam ditinggalkan oleh perokok.
Yang membimbangkan, kepekatan bahan kimia beracun seperti bahan karsinogen, nikotin, karbon monoksida, benzen, formalsehid dan hidrogen sianid yang terkandung dalam asap rokok ‘basi’ adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Ini bermakna asap rokok itu lebih merbahaya kepada kita berbanding perokok itu sendiri, apatah lagi kepada bayi!
5 KESAN ASAP ROKOK KEPADA BAYI & ANAK KECIL
Di Malaysia, bilangan perokok masih meningkat walaupun telah bermacam-macam kempen dijalankan. Sumber menyatakan bahawa pada tahun 2013 peratusan perokok meningkat kepada hampir 25% dan ia adalah angka tertinggi sejak Tinjauan Kesihatan Kebangsaan (NHMS) 2006.
Berikut adalah antara risiko yang dihidapi oleh bayi yang terdedah kepada asap rokok, walaupun bukan secara ‘direct’.
1. POTENSI KEMATIAN MENGEJUT
Seperti yang dilaporkan oleh The Health Consequence of Tobacco Use, kebarangkalian untuk bayi kecil mendapat sindrom kematian mengejut (SIDS) adalah tinggi bagi bayi yang terdedah kepada asap rokok mahupun bayi yang dalam kandungan.
Selain itu, bayi dalam kandungan juga berisiko lahir kurang berat badan dan komplikasi lain yang membawa kepada ancaman kesihatan secara kekal.
2. MASALAH SALURAN PERNAFASAN
Bentuk peparu kanak-kanak yang lebih kecil dan masih dalam peringkat perkembangan amat penting untuk dijaga demi mengelakkan masalah jangka masa panjang.
Pakar Perubatan Respiratori Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Norzila Mohamed Zainudin berkata, “Kalau orang dewasa bernafas dalam 15 atau 16 kadar pernafasan seminit, kanak-kanak pula kadar pernafasan mereka adalah lebih tinggi, dalam 40 hingga 50.
“Itu bermakna bahawa dengan kadar pernafasan yang lebih laju, mereka akan menyedut lebih daripada orang dewasa,”
Jelasnya lagi, hampir 90% daripada kanak-kanak yang menghidap penyakit paru-paruadalah daripada keluarga yang sekurang-kurangnya mempunyai seorang perokok.
3. SERANGAN LELAH
Selain faktor genetik dan persekitaran, bayi yang tinggal dengan ibu atau bapa yang merokok lebih berkemungkinan menghidap lelah (asthma) jika dibandingkan dengan bayi yang tinggal dalam rumah yang tidak mengandungi asap rokok.
Walaupun kini terdapat rawatan untuk penyakit lelah, pendedahan kepada asap rokok yang berterusan sebenarnya boleh menyebabkan serangan lelah yang amat serius.
Yang menyedihkan, terdapat kajian mendapati bahawa kandungan nikotin dalam rokok boleh menyebabkan ubat lelah tidak dapat memberi kesan 100%
4. MENJEJASKAN PERKEMBANGAN IQ ANAK
Menurut data oleh American For Non-Smokers’ Right, kesan asap rokok ‘basi’ ini boleh merencatkan keupayaan anak kecil untuk belajar. Ia dibuktikan dengan skor IQ 2.87 poin lebih rendah berbanding anak kecil yang tidak terdedah kepada asap rokok.
Selain itu, kajian Journal of Developmental & Behavioral Pediatrics turut mengaitkan asap rokok sebagai salah satu punca anak yang hiperaktif, ganas, tertekan dan mengalami masalah ADHD (attention deficit hyperactivity disorder), terutamanya di kalangan anak lelaki.
5. PENYAKIT LAIN YANG SERIUS
Selain daripada masalah di atas, banyak lagi penyakit lain yang boleh dihidapi akibat kesan asap rokok.
Antaranya termasuklah jangkitan telinga dan saluran pernafasan, seperti telinga bernanah dan inflamasi pada telinga tengah.
Selain itu, mereka boleh terdedah kepada masalah keradangan paru-paru (bronkitis). Lebih kronik lagi, ia boleh bertukar kepada penyakit lebih serius seperti pneumonia di mana kanak-kanak mula mengalami demam, batuk, meragam, tidak mahu minum susu dan tidak aktif.
BETULKAN MENTALITI, AMBIL PEDULI!
Kata Dr Mohd Shaiful Ehsan melalui artikelnya di Malaysian Medical Gazette, “Percaya atau tidak, kita semua adalah perokok…’Perokok ketiga’. Justeru, sila ambil peduli. Perokok pertama adalah mereka yang aktif merokok dan menghidu asap rokoknya sendiri. Perokok kedua atau pasif pula adalah mereka yang menghidu asap rokok yang dibebaskan oleh perokok pertama. Manakala perokok ketiga adalah mereka yang terdedah pada saki baki bahan rokok yang tersisa selepas ditinggalkan oleh perokok pertama dan kedua. Sedar atau tidak, hampir semua penghuni dunia kini adalah perokok ketiga.”
+ Kredit Izzati Najib
.
.
.
Nak viralkan bisnes anda? Sekarang dibuka iklan pakej terendah hanya RM30. Iklan boleh pilih tarikh dan masa sendiri. Whatsapps admin : http://bit.ly/2FFyZuG