“Saya Mahu Melabur Untuk Akhirah”
.
Di dalam Al-Quran & Sunnah Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam, banyak janji-janji dari Allah bahawa Allah akan membantu sesiapa yang membantu agama Islam & siapa yang berjihad bersungguh-sungguh, Allah akan bukakan jalan bagiNya serta siapa yang bertaqwa kepadaNya, Allah akan berikan rezeki dari jalan yang tak disangka.
.
Dahulunya sewaktu awal memeluk Islam, saya kurang mengerti sebenarnya. Tetapi kini satu demi satu janji-janji Allah Subhana Wa Ta’ala dimanifestasikan di depan saya sendiri. InshaAllah kisah ini pasti akak memberikan inspirasi serta motivasi kepada kita menyakini janji-janji Allah Subhana Wa Ta’ala.
.
Suatu hari, saya menerima mesej dari seorang penyokong usaha dakwah & kebajikan kami. Pernah berjumpa sekali dua tetapi tidak begitu rapat. Beliau bertanya,
.
“Adakah MRM masih memerlukan pelabur/rakan kongsi untuk MyKampung Fresh Mart & berapakah kosnya?”
.
Saya menjawab; “Ya kami sedang mengembangkan ekonomi kami dan kos untuk pembukaan sebuah MyKampung Fresh Mart adalah lebih kurang RM500,000.” Lalu beliau mengatakan beliau berminat untuk melabur.
.
Apabila beliau mengatakan beliau berminat untuk ‘invest’ sebanyak RM200,000, saya bertanya ‘invest’ dalam erti kata sebagai pemegang saham ke? Namun jawapan beliau menyebabkan saya tersentap dan merenung kehebatan Allah memanifestasikan janji-janjiNya berulang-kali dalam perjuangan dakwah kami. Beliau menjawab;
.
“TAK (bukan memegang saham), (saya mahu) INVEST IN AKHIRAH”
.
Alhamdulilah. Allahuakbar! Dengan ‘pelaburan’ dari beliau, kami bakal membuka cawangan kedua MyKampung Fresh Mart di Seksyen 7 Shah Alam pada 3 April 2021. Beliau menjelaskan lebih lanjut kenapa beliau mahu ‘melabur’ dalam bisnes di bawah MRM;
.
“Biiznillah, bisnes akan berkembang di bawah pasukan MRM yang berkebolehan yang akan memberikan manfaat kepada ummah.”
.
Allahuakbar. Beliau mengetahui bahawa inisiatif ekonomi MRM adalah menjana keuntungan yang akan dikembalikan untuk projek dakwah & kebajikan MRM, maka beliau ‘MELABUR’ untuk aktiviti ekonomi MRM.
.
Dari awal penubuhan MRM ketika tidak ramai yang mengenali kami, seorang insan sanggup membelikan buah bangunan bernilai RM2juta untuk dijadikan pusat dakwah MRM. Kemudian seorang hamba Allah mengingatkan RM200,000 untuk ubahsuai pusat dakwah kami.
.
Disusuli ada yang derma duit syiling mereka, sumbangan bulanan RM1, RM5, RM10, RM100, RM500 selain rantai emas, cincin emas, malahan ada yang wakafkan serta infaqkan hartanah mereka & ada yang menginfakkan kenderaan mereka untuk dimanfaatkan untuk dakwah sebagai ‘PELABURAN’ akhirah mereka. Alhamdulilah Allahuakbar.
.
Semua ini menunjukkan kepercayaan sahabat semua terhadap MRM tetapi ianya juga satu amanah yang besar bagi memastikan ‘PELABURAN’ sahabat semua dapat dituai hasil lumayan di akhirah.
.
Kami percaya ramai sahabat di luar juga merupakan ‘PELABUR’ akhirah dengan menyokong usaha kami di MRM. Bagi sahabat yang berminat menjadi ‘PELABUR’ akhirah ataupun ‘PELABUR’ pemegang saham aktiviti bisnes MRM, boleh hubungi CEO sayap ekonomi MRM iaitu Syed Zulkifli di +60193821427 untuk perbincangan lanjut.
.
Jazakumullahu Khairan sekali lagi kepada semua ‘PELABUR-PELABUR’ akhirah yang menyokong usaha dakwah & kebajikan kami di MRM. Semoga Allah terima sedikit usaha kita bersama dan menjadikannya asbab kita dikurniakan Jannahtul Firdaus. Allahuma Ameen.
.
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #dawahnomy #dakwahnomi #mrmprihatin #foodbankmykampungfreshmart #mykampungfreshmart
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「kata motivasi dakwah」的推薦目錄:
kata motivasi dakwah 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的精選貼文
Bagaimana tidak gemuruh bila bercakap depan Public?
Saya ni takdelah pandai sangat bercakap, menulis ramai orang puji, tapi bercakap ni masih berterabur, sebab bakat menulis dan bakat berpidato adalah dua seni yang berbeza! namun saya pernah berceramah, buat bengkel penulisan, bagi talk, bagi motivasi, dan pernah jadi juru pantun majlis pertunangan!
Maka ada yang minta tips, bagaimana tidak gemuruh bila bercakap depan Public?
Ada dua kaedah mudah.
Pertama korang cuba belajar bercakap agama dari rumah ke rumah kepada orang yang tak pernah korang jumpa.
Sebab? Jika korang jumpa orang yang dha kenal, gumuruh tu takde, cabaran takde, atau ornag tu pulak hina korang dengan serang peribadi sebab kenal siapa kau.
Maka kena cari orang jauh, Macam Nabi bila bercakap dengan orang Mekkah, ramai kata Nabi gila, tapi bila bercakap dengan orang Madinah, ramai yang mendengar dengan baik.
Maka sayapun pergi ke kampong yang jauh dari kampong saya, biar orang tak kenal, senang nak borak tanpa orang hokum sejarah kita.
Tapi langit tak selalunya cerah, saya mula mula buat kerja macam ni, menggiggil gila babi, apa kejadah saya yang banyak dosa nak borak bab agama dengan orang tak kenal?
Orang pertama saya jumpa sedang tolak motorsikal, baju petak petak, badan gempal, dan pakai helmet, saya pun berdakwahlah dengan terketar ketar, hujung dakwah saya ajak dia ke masjid.
Dia cakap dia uzur, perempuan gemok berambut pendek rupanya, aduhhhh, malu tu usah cakap, saya rasa nak terjun dalam sawah.
Orang kedua pulak seorang lelaki berambut panjang, tak pakai baju, sedang kopak kelapa dengan parang. Dalam hati aduhai, kenapa orang macam ni yang Allah takdirkan ada depan mata?
Tapi guru saya pesan, ikhlaskan diri, nanti Allah bagi pertolongan.
Saya yang sedang takut dan gemuruh, terus ikhlas kan diri, saya buat kerana Allah, lelaki ni makhluk, parang dia makhluk, jika saya mati kena libas hari ni, saya syahid, terus masuk syurga.
Bila kita ikhlas, pling?! Datang rasa berani macam pengembom berani mati.
Saya bagi salam, lelaki tu tak pedulikan.
Saya cakap:
“Bang, boleh tak kerana Allah, saya nak cakap sikit?”
Lelaki tu terus hunuskan parang depan muka saya dan berkata:
“Siapa tok guru kau?”
Adakah saya terkencing dalam seluar? Tak, Allah tolong saya dari dalam, spontan saya jawab:
“Nabi Muhammad guru saya, boleh saya cakap sikit dengan abang hal agama?”
Terus lelaki tu jatuhkan Parang dan kami pun borak hal agama.
Kemudian orang seterusnya dah takde masalah, ramai yang layan dari yang benci, dan ramai yang lari lintang pukang walaupun mat rempit baju gangster seluar koyak mata bercelak, semua lari tak cukup tanah macam kena kejar dengan Mambang Tanah!
Woha!
Jadi bila selalu buat, maka setakat nak berceramah, nak berpantun, nak menyanyi, nak merisik, nak meminang, nak apa apapun dah tak gemuruh dah, InsyaAllah.
Moga dalam kubur nanti dapat borak dengan Malaikat Kubur tanpa gemuruh, sebab jika korang tak reti bercakap dengan Malaikat Kubur, siaplah kepala kena ketuk sampai pecah!
Jadi, praktis sekarang, biasakan cakap agama depan orang kita tak kenal, berdakwah...
Sekian satu tips, ada satu lagi tips, lebih mudah dari ini, lain kali saya kongsi.
Oh ye, kepada yang Ingin membaca lebih banyak kisah menarik dari Hamka keretamayat, ada ayat power, tazkirah santai, nasihat deep, tips hebat, cerita lucu dan banyak lagi, dapatkan e-book Permata Yang Hilang Kini Di Jumpai.
http://keretamayat.blogspot.com/p/permata-yang-hilang-kini-di-jumpai-ebook.html
Terima kasih semua, abang sayang korang dari jauh.
kata motivasi dakwah 在 Fadzil Zahari Facebook 的最讚貼文
Alhamdulillah.... Moga Allah perkenankan doa kita semua... Allah rahmati dan jumpakan kita semua di syurga Allah nanti... amin...
Kagum dengan Yana Samsudin dan suaminya Fadzil Zahari. Sebak tadi dan semua menangis masa Yana cerita niatnya masa keluar rumah dulu nak cari rezeki halal dan cuma nak satu jer nak masuk syurga. Tak berhenti Yana Samsudin terima kaseh pada orang tuanya dan suaminya. Terkesan cinta dan kasih sayang Yana dan suaminya. Suaminya baik sangat. Mereka sekeluarga selalu tengok saya dakwah di sana sini katanya.
Saya tanya bila mula dapat kekuatan berhijab. Jawabnya satu hari masa nak keluar pergi makan. Suaminya beri tudung padanya. Hadiah untuk sayang. Cubalah pakai. Terus beliau menangis teresak dan berhenti dari bercakap.
Saya tiba-tiba sedih dan teringin nak peluk suaminya nak cakap tahniah. Suaminya terus saya panggil ke pentas dan terus peluknya. Subhanallah hebat suami begini.
Kata Yana pada suaminya Terima kaseh abang. Kata suaminya kita menutup aurat untuk Allah sayang kita. Itulah hari paling bahagia bila suami yang saya cintai tak putus ingatkan saya. Beliau banyak berkorban dan sanggup bantu saya dalam segala hal.
Yana Samsudin sendiri mengajar anaknya mengaji di rumah. Katanya ayahnya sangat tegas dan mengajar mengaji. Ayah saya selalu dengar ceramah ustaz. Saya berusaha jaga perintah Allah. Syukur sangat kini Allah beri peluang beliau menjaga perintah Allah. Beliau kini banyak memberi ceramah dan motivasi di luar sana buat wanita dan anak muda.
Jika hari terakhir yana. Jawabnya ustaz jika hari terakhir saya. Tiada esok, saya cuma nak masuk syurga. Saya nak jumpa semua dalam syurga. Itu saja ustaz. Doa nak masuk syurga. Doakan yer ustaz. Beliau menangis teresak-esak.
Saya hadiahkan buku isteriku bidadari pada keluarga bahagia ini. Allahuakbar. Suaminya senyum jer tolong jaga anak dan sentiasa bersama bertiga. Allahuakbar-ebitlew #abitwithebit #season2 #episodke5 #tvalhijrah