Sabar ya uncle masakkan steamboat!
Seronok anak-anak saudara sesekali dapat makan macam ni. Meriah satu meja! Duduk rumah makan macam ni lagi puas hati! Tambahan dengan situasi sekarang, nak makan diluar bawa budak-budak ni risau pula.
Senang ada TOROS Multifunction Electric Cooker ini. Nak masak steamboat boleh, nak masak BBQ boleh, nak masak pizza boleh, nak menggoreng, merebus boleh, senang kata pelbagai guna!
Jangan risau sebab suhunya boleh dilaras dan ada kipas penyejuk bersaiz 12cm dibawah.
Harga asal RM499 tapi sekarang ada promosi tau! Anda boleh dapat TOROS Multifunction Electric Cooker pada harga RM299 sahaja! Klik pautan di bio kalau berminat.
TOROS Malaysia Facebook:
Toros Malaysia
TOROS Malaysia Instagram: https://www.instagram.com/torosmalaysia
TOROS Malaysia Website: https://www.toros.my
.
.
#DineInHome
#StayAtHomeWithTOROS
#KitaSupportLokal
#Rexer
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「kata sabar penyejuk hati」的推薦目錄:
- 關於kata sabar penyejuk hati 在 REEF OMAR Facebook 的精選貼文
- 關於kata sabar penyejuk hati 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
- 關於kata sabar penyejuk hati 在 Azizulhasni Awang Facebook 的精選貼文
- 關於kata sabar penyejuk hati 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文
- 關於kata sabar penyejuk hati 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於kata sabar penyejuk hati 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於kata sabar penyejuk hati 在 Sabar itu... - Kata-kata Mutiara dan Motivasi Penyejuk Hati 的評價
- 關於kata sabar penyejuk hati 在 Khazanah islam || Sabar || Kata kata mutiara penyejuk hati. 的評價
- 關於kata sabar penyejuk hati 在 Gambar Kata Kata Tentang Wanita Kuat - Pinterest 的評價
kata sabar penyejuk hati 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最讚貼文
Ceramah Israq Mikraj Full Version
(Ceramah oleh aku, khas buat anak Haji Kazim Takzim yang suka suka main tweet akaun ayah beliau. Kisah ini dipetik dari Buku Semusim Di Syurga)
Selepas selesai solat magrib, seorang pengerusi masjid bangun dan membuat pengumuman:
“InsyhaAllah tuan tuan, hadirin sekalian, selepas solat sunnat bar’diah maghrib, kita akan adakan ceramah sempena israk dan mikraj yang akan di sampaikan oleh ustaz Hamka Keretamayat, insyaAllah!”
Hadirin mulai bersolat sunnat.. ada jugak yang beredar ke luar masjid, pergi berak agaknya-aku bersangka baik…
Beberapa minit kemudian, bangkitlah seorang lelaki yang berbulu jarang pada kakinya menuju ke kerusi yang telah di tempatkan di hadapan hadirin bersebelahan tempat imam yang membelakangi kiblat dan mengarah kepada kamera, atau dalam situasi sebenar mengarah ke arah penonton juga sidang hadirin masjid.
Kata lelaki yang duduk di kerusi sambil melabuhkan perutnya..:
“Asalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh”
(hadirin mulai menjawab salam, secara berbisik..)
“Saya bukan ustaz, saya baru ‘Nak Start’
(ada hadirin yang tertawa-aku tak buat lawakpun-ikhlas, aku mengaku bukan ustaz)
“Saya sebenarnya hanya di minta oleh pengerusi masjid ini, Imam Habib Abid kerana ustaz Sufi Supian yang sebenar tidak dapat datang kerana hantar mertuanya berubat, saya tak pandai sangat sebenarnya, jadi dalam masa yang terluang ini, elok rasanya kita penuhkan sedikit dengan pengkosian ilmu..
(wah, skemanya aku)
"Bismillahirahmanirahim, Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, yaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk, dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi lalu berkata : 'Ya Tuhan kami, tiadakah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia?. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka'"
(Aku sengaja membaca ayat di atas dalam surah Ali Imran: ayat 190-191dengan harapan dapatlah aku menumpang Nur Al- Quran ke dalam majlis ini kerana berkat Nur Al-Quran, akan mudahlah melembutkan hati manusia dan Jin.. insyaAllah!)
Aku mula berceramah…
Pertama-tama sekali, syukur pada Allah s.b.w kerana telah pilih kita semua, sedangkan ada ramai lagi yang duduk di luar sana, tapi kerana kasih dan sayang Allah, dapat kita duduk di tempat yang patut kita duduk pada waktu dan tika ini…
Sedangkan Allah berkuasa untuk letak kita depan TV sekarang ini atau di mana sahaja,
Tuan tuan yang di muliakan Allah,
Sekiranya kita duduk di tempat yang tidak PATUT kita duduk yakni bukan di masjid… maka kita akan duduk di tempat yang tidak PATUT kita duduk, seperti panggung wayang, padang bola dan sebagainya,
Apabila kita duduk di tempat yang tidak PATUT kita duduk,maka kita akan buat perkara yang tidak PATUT kita buat…
Dan apabila kita buat perkara yang tidak PATUT kita buat, maka kita telah korban pada perkara yang tidak PATUT kita korbankan!
Demikian! Bila kita telah korban pada perkara yang tidak PATUT kita korbankan, maka takut-takut kita akan jadi mayat di tempat yang tidak PATUT kita jadi mayat!
Dan apabila kita menjadi mayat di tempat yang tidak PATUT kita jadi mayat, maka kita akan bangkit bersama dengan orang yang tidak PATUT kita bangkit!!!!
Lalu kita akan duduk ke tempat yang tidak PATUT kita duduk iaitu Neraka jahanam!!!
Naduzubillah,
Maka tuan tuan hadirin sekalian, marilah kita pasang niat untuk duduk dalam majlis ini sampai habis, boleh insyaAllah?!
(hadirin menjawab dengan kuat: insyaAllah!!!)
Satu hari seorang puteri telah keluar ke taman bunga dan memilih beberapa kuntum bunga untuk di letakkan ke dalam pasu di kamarnya bagi mengindahkan pandangan kamarnya,
Maka tuan tuan sekalian, adalah seperti bunga bunga yang telah di pilih oleh Allah SWT lalu di letakkan tuan tuan hadirin sekalian ke dalam tempat yang paling baik, iaitu rumah Allah bagi menghiasi 'taman-taman shurga' ini.
Dan sekuntum bunga telah di pilih oleh sang puteri di antara beberapa kuntum bunga dari dalam pasu bunga lalu di sematkan ke telinga, bagi menambah seri sang puteri, dan ‘bunga’ itu adalah saya, he he he, yang duduk di hadapan tuan tuan!
(hadirin tertawa-aku telah lama kelakar, adohai)
Bercerita mengenai israk dan mikraj, tadi saya dapat tweeter dari ketua kampung kita Haji Kazim Takzim, err, Ketua kampong ada tak datang malam ni?
(hadirin pandang kiri kanan, lepas tu semua pakat geleng kepala)
Bukannya apa, tadi ada dapat tweet dari Haji Kazim Takzim yang persoalkan adakah benar kisah Nabi Israk dan Mikraj naik ke langit, beliau tanya sumber mana? dan berapa kelajuan buraq sampai boleh naik ke langit ke tujuh?
Saya mintak maaf jika soalan ini sudah ada orang tolong jawab kepada Haji Kazim Takzim yang bertanya, sebab israk mikraj ni disambut setiap tahun, bukan 30 tahun sekali, sepatutnya sebagai ketua kampung patut dah tahu lama kisah ni sebab semua ustaz tahu, tapi mungkin ketua kampung yang bertanya perasan sibuk hingga baru dengar kisah Nabi naik ulang alik jumpa Allah, dan baru rasa nak tanya dengan Twiiter kepada seluruh rakyat malaysia.
Saya tak tahu sama ada Haji Kazim Takzim sendiri yang hantar atau mungkin anak Haji Kazim Takzim yang pinjam akaun tweet beliau, atau mungkin ini fitnah dari orang yang tidak suka kepada Haji Kazim Takzim, kita sama sama sangka baik,
Tapi takpelah, sempena malam israk dan Mikraj ini, maka saya cerita sepintas lalu kepada mereka yang baru tahu kisah Nabi Muhammad SAW naik ke langit dengan pantas dan ulang alik jumpa Allah.
Begini kisahnya.., Kisah ni dah lama, 1400 tahun yang lalu iaitu ketika Nabi sedih tengok ummat manusia buat dosa dan kerosakkan, maksiat sini sana, bunuh anak hidup hidup dan masukkan segala segala jenis jenayah yang terlitas di fikiran anda semua, Maka Nabi Muhammad SAW telah menyendiri di gua Hirak dalam keadaan fikir risau terhadap ummat.
Lalu datanglah malaikat Jibrail a.s wakil kepada Tuhan memberi jalan penyelesan kepada masalah ummat yang melanda masyarkat arab. Pada mulanya Nabi takut dan berpeluh, tapi setelah ditenangkan oleh bininya, dan dengan pendapat dari bapa saudaranya bahawa itulah tanda kenabian, maka Nabi muhammad SAW pun berdakwah pada penduduk Mekkah dengan cara jumpa manusia sorang demi sorang.
Dakwah cara jumpa orang ni memang mujahadah, saya pernah kena maki dengan bekas bilal kampong ni dulu, tak pelik sebab zaman Nabi pun, baginda kena maki, kena ludah, kena lempang, kena sepak dan macam macam lagilah, tapi Nabi faham, ini perintah Allah, dakwah cara jumpa orang ni telah di buat oleh semua Nabi terdahulu, dan cara ni banyak gagal dari berjaya, Nabi musa dakwah cara macam ni, Firaun tak ikutpun, Nabi Nuh dakwah cara macam ni selama 950 tahun, 83 orang jer ikut. Nabi ibrahim dakwah Namrud cara macam ni pun gagal.
Tapi Allah tetap lantik Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi Nuh sebagai nabi ulul Azmi, kerana kejayaan dakwah bukan orang ikut kita, tapi sejauh mana kita berjaya ikut perintah Allah.
10 tahun kemudian, adalah lebih kurang dua tiga ratus orang ikut Nabi Muhammad SAW, terutama orang miskin dan hamba abdi, itupun kena seksa jugak, malahan nabi dan orang islam kena boikot tak boleh dijual makanan kepada mereka, maka adalah anak anak orang islam yang mati kelaparan.
Dalam keadaan susah macam tu, Nabi masih tabah berdakwah siang dan malam, sehinggalah dua orang yang paling banyak bantu Nabi dalam berdakwah, telah meninggal dunia. Pertama, Abu Talib selaku pakcik yang jaga baginda waktu kecil (nabi anak yatim) Pakcik yang akan membela nasib nabi bila di serang oleh orang kafir, sehingga orang kafir tak tergamak nak bunuh Nabi kerana hormat pada bapak saudaranya, namun yang menyedihkan Nabi, bapak saudaranya mati dalam keadaan kafir, beliau ditakdirkan masuk neraka selamanya, kita pun akan sedih jika orang yang kita sayang, mati masuk neraka.., apatah lagi Nabi yang sudah tengok neraka, adohai..
Orang kedua yang Nabi sayang tapi meninggal pada tahun yang sama adalah isteri beliau, iaitu Khatijah r.aha, Dulu bila penat berdakwah dan penat kena maki dengan orang kampung, balik rumah dilayan bini dengan mesra, hilang penat, tapi sekarang.., Balik rumah dah tak de bini, bangun tidur dah takde bini, makan sorang sorang, tidur sorang sorang, basuh baju sorang sorang, jemur baju sorang-sorang, lipat kain sorang sorang, kemas rumah sorang sorang.., siapa tak sayang bini ooii?
Dalam kesedihan sebegitu, orang kapir makin rancak menyusahkan nabi, maklumlah bapak saudara Nabi yang selalu back up dah mati, maka Nabi buat keputusan untuk berhijrah ke taif.
Di taif Nabi datang jumpa ketua mereka mintak izin untuk tinggal di sana dan berdakwah tentang agama islam. Tapi Nabi kena pukul, waktu itu umur Nabi lebih kurang 50 tahun, dah tua tapi kena pukul dan di baling batu oleh orang kampung sejauh 1 km lebih kurang, Nabi luka dan berdarah, dan Nabi telah meninggalkan Taif dalam keadaan cedera dan menangis.
Dalam kesedihan yang bertalu talu, datang peristiwa yang bakal menjadi penyejuk mata baginda Nabi Muhammad SAW, yang mana malaikat Jibril telah datang dan membawa Nabi melihat dunia yang selama ini baginda hanya beriman tanpa melihatnya, dengan menaiki binantang yang bukan berasal dari bumi, Nabi telah naik ke langit dan melihat alam akhirat dengan mata kepala baginda.
Kita pun jika berdakwah tiba tiba diberi peluang melihat shurga dan neraka, melihat nikmat shurga dan azab neraka, tentu rasa seronok sangat.., dan Nabi digembirakan lagi oleh Allah dengan berpeluang bertemu rakan seperjuangan dan berbual dengan Nabi Nabi terdahulu yang sama susah seperti baginda, dan kemuncak israk dan mikraj, Nabi Muhammad SAW bertemu Allah SWT.
Dalam satu hadis yang aku petik dari Buznama, Allah telah bertanya pada Nabi, apakah perkara yang malaikat saling berbahas, Nabi jawab: aku tidak tahu, lalu Allah buka 7 petala langit depan mata Nabi maka Nabi menjawab bahawa malaikat sedang membahaskan pahala orang yang solat di malam yang sejuk dan hari yang panas, lalu di hujung pertemuan Nabi kekasih Allah, maka telah dikurniakan pada Nabi Muhammad SAW dan ummat akhir zaman yakni solat 50 waktu sehari semalam.
Dalam riwayat yang lain, Nabi telah melihat di setiap lapisan langit terdapat malaikat yang sedang sujud, dilapisan langit lain ada malaikat yang sedang rukuk, dilapisan langit lain pula ada yang mengaji, ada yang bertasbih yang mana rupanya solat adalah himpunan ibadat para malaikat yang beribadat pada kekuatan 7 petala langit yang mampu selesaikan masalah dunia dan akhirat apabila dilakukan dengan tertib dan yakin yang betul.
Sewaktu Nabi berundur bertemu Allah kekasihnya, Nabi Muhammad SAW telah berdialog dengan Nabi musa a.s tentang kurniaan Tuhan kepada ummat akhir zaman, lalu dinasihat oleh Nabi Musa agar Nabi bertemu Allah semula untuk dikurangkan perintah solat kerana 50 itu terlalu banyak,
Menurut tafsir Buznama, (berita dari ustaz yang aku lupa namanya) Allah Maha tahu kemampuan ummat akhir zaman yakni solat 5 waktu sahaja, namun pertemuan Nabi kekasih Allah digembirakn dengan peluang bertemu dengan Allah banyak kali dalam isu penawaran waktu sembahyang yang telah ditakdirkan yang mana setelah beberapa kali Nabi digembirakan bertemu dengan Allah, akhirnya solat dikurangkan kepada 5 waktu dan sekali lagi Nabi digembirakan dengan diberitahu walaupun ummat Muhammad solat hanya 5 waktu tapi pahala masih sama dengan 50 waktu. Subhanallah.
Apabila Nabi pulang ke dunia, Semua sahabat Nabi telah menerima perintah solat dengan gembira, malahan ada yang memberitahu, jika Nabi Muhammad SAW terima 50 waktu sehari semalampun mereka sanggup. Ini adalah kerana yakin dan iman dalam diri sahabat sangat tinggi setelah bermujahadah berdakwah bersama Nabi Muhammad SAW selama 13 tahun lebih kurang.
Tidak lama selepas israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW bersama beberapa orang pengikut telah berhijrah ke Madinah, 10 tahun kemudian, Nabi kembali ke Mekah bersama ratusan ribu sahabat lalu menawan Mekah dari orang kafir, seluruh berhala di sekeliling kaabah telah dimusnahkan, dan Mekah telah menjadi tanah haram untuk orang kafir sehingga ke hari ini.
Tapi kita yang mendengar cerita ini, tentu ada yang berfikir, kenapa Nabi Muhammad SAW tak naik sekali lagi jumpa Allah untuk kurangkan solat hanya sekali seminggu ke, sekali setahun ke, Ini adalah kerana yakin dan iman dalam diri kita sangat lemah kerana tidak pernah bermujahadah dalam berdakwah sebab sibuk layan FB dan blog perasan bagus ‘berjihad’ cukup hanya bersandar pada kerusi dan gerak-gerakan mouse, atau agama hanya dilayan dengan dengar ceramah, adohai..
Bagi Haji Kazim Takzim yang bertanya 'boleh sesiapa sahkan perkara Nabi naik ulang alik jumpa Allah?' Maka jika di umur senja begini dalam hidup beragama islam tapi masih belum yakin dengan peristiwa israk dan mikraj, dan masih bertanya, betuk ke tidak?, habis tu bila masa pulak korang nak solat 5 waktu? Adohai..
Akhir kata, biralah orang kapir sahaja tidak percaya kisah Nabi pergi ke langit jumpa Allah dan balik semula ke dunia hanya satu malam? Mungkin ada yang bertanya berapa laju buraq yang ditungangi Nabi, jawapannya, hajalu= Jarak/masa. Dan masa adalah termasuk ciptaan Allah.
Demi Masa, semua manusia dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan dengan hak dan berpesan dengan sabar.
Sekian terima kasih. Semoga jawapan yang ringkas ini memuaskan Twiiter semua pihak, tutup majlis dengan tasbih kafarah.
kata sabar penyejuk hati 在 Azizulhasni Awang Facebook 的精選貼文
#Repost @hasrizalabduljamil with @repostapp.
・・・
Sabar abah. Kenapa abah menangis?
Masa Along lahir dulu, itulah saat paling bahagia buat abah. Menghadirkan seorang lagi manusia ke bumi ini. Ramai hantar sms ucap tahniah kepada abah. Kata mereka, semoga anak engkau membesar jadi anak soleh, pejuang agama, mujahid, pandai, penyejuk hati ayah ibunya. Abah gembira. Kawan abah ramai orang baik-baik. Tentu harapan mereka ada yang malaikat aminkan sama.
Masa Along umur setahun, hidung dia sumbat. Tak boleh nafas. Abah panik. Abah tak tahu nak buat apa sebab ummi kerja. Abah nekad. Abah tak ada rasa geli. Sebab yang penting Along selamat. Abah sedut hidung Along guna mulut abah. Penuh hingus Along dalam mulut abah. Masa tu abah menangis. Abah kata, ya Allah pindahkanlah sakit Along kepada abah. Abah peluk Along, abah cium Along, pergi mana-mana abah bangga cerita tentang Along kepada kawan-kawan abah.
Tapi kenapa Along buat abah macam ni? Along merokok. Sampai hati dia bakar duit abah. Susah abah cari duit. Sebelum mula kerja, abah baca Bismillah supaya rezeki berkat. Abah tolak rasuah. Abah bayar zakat. Bila abah sedekah kepada pengemis di jalanan, pengemis tu cakap terima kasih tuan. Tapi bila abah bagi duit kepada Along, Along bakar duit tu. Hembus sana hembus sini macam ketua gangster. Ikut hidung yang abah pernah sedut dulu.
Dulu Along tak reti cakap. Abah ajar macam mana nak minta nasi. Macam mana nak bagitau yang Along berak dalam pampers. Kalau Along nampak kapal terbang, Along cakap kelen kelen. Abah tahu Along maksudkan aeroplane. Abah bawa Along naik aeroplane.
Tapi dah besar, abah tak tahu kenapa Along cakap fuck you, lancau, dan segala bahasa setan tu. Dulu Along nak cakap babi pun tak sanggup. Tiba-tiba sekarang ni dia gampangkan orang, butuhkan orang.
Apa yang salah pada didikan Abah? Abah bawa balik duit haramkah?
Sabar abah. Adik temankan abah. Kita doa sama-sama ye. Moga Along kembali. Sayang abah.... #abahmy
kata sabar penyejuk hati 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文
kata sabar penyejuk hati 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
kata sabar penyejuk hati 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
kata sabar penyejuk hati 在 Khazanah islam || Sabar || Kata kata mutiara penyejuk hati. 的推薦與評價
Khazanah islam || Sabar || Kata kata mutiara penyejuk hati. kata kata bijak penyejuk hati. ... <看更多>
kata sabar penyejuk hati 在 Gambar Kata Kata Tentang Wanita Kuat - Pinterest 的推薦與評價
Gambar Kata Kata Tentang Wanita Kuat 25 gambar kata kata cinta islami penyejuk hati dan hikmah dalam kehidupan. Wanita menangis bukan karena lemah namun ... ... <看更多>
kata sabar penyejuk hati 在 Sabar itu... - Kata-kata Mutiara dan Motivasi Penyejuk Hati 的推薦與評價
Sabar itu susah. Sabar itu capek. Sabar itu sakit. Sabar itu bikin stres. Akan tetapi jika kita mampu melewatinya. Maka sabar itu akan menjadi sebuah... ... <看更多>